WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL Kumpulan Wings adalah salah satu daripada The Big Three Rockers Group of 1980's selain kumpulan Search dan Lefthanded. Dengan jualan album keseluruhan mereka yang melebihi 1.3 juta unit, ianya sudah cukup membuktikan betapa kuatnya pengaruh mereka di dalam industri muzik tempatan. Malah, lebih menarik lagi apabila sehingga kini, kumpulan Wings masih mampu bersaing hebat dengan artis generasi baru dan ianya sudah dibuktikan apabila mereka memenangi ABP 2016 untuk Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Paling Popular selepas hampir 30 tahun berada dalam industri muzik tanahair. Selain itu, kumpulan ini juga merupakan salah sebuah kumpulan muzik paling berjaya dan Ikon Muzik bertaraf legenda di Malaysia. 




BIODATA RINGKAS KUMPULAN WINGS

Nama Ahli Kumpulan : Awie, Syam, Edrie, Eddie, Black, Joe, Mel, Mus, Jojet
Tahun Aktif : 1985 - kini
Album Studio : 11
1987 - Belenggu Irama (180,000 unit)
1988 - Hukum Karma (180,00 unit)
1990 - Teori Domino (200,000 unit)
1991 - Jerangkung Dalam Almari (200,000 unit)
1993 - Bazooka Penaka (200,000 unit)
1995 - Orang Asing (158,000 unit)
1996 - Biru Mata Hitamku (126,000 unit)
1998 - Mencari Asal Usul (100,000 unit)
2000 - Mr Barbarik (20,000 unit)
2002 - Naga Keramat (50,000 unit)
2014 - Menakluk Kosmos (15,000 unit)
Lain-Lain Album
1992 - Best of Wings (200,000 unit)
1992 - Double Trouble (100,000 unit)
1994 - Wings & Superfriends Opera Kenangan 1 & 2 
1996 - Puisi Aidilfitri
1998 - Double Trouble 2
1999 - Best of Wings 2 
Antara Pencapaian Utama :
1988 - Anugerah Musik Singapura - Kumpulan Rock, Penyanyi Lelaki, Pemain Dram, Lagu Rock dan Lagu Slow Rock Terbaik
1989 - AJL - Finalis Akhir (Taman Rashidah Utama/ Misteri Mimpi Syakila)
1990 - AJL - Tempat Ketiga & Persembahan Terbaik (Sejati)
1994 - AIM - Rakaman Album Terbaik (Bazooka Penaka)
1997 - AIM - Kulit Album Terbaik (Biru Mata Hitamku)
2014 - APM - Anugerah Khas APM
2016 - ABP - Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Paling Popular



WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. INTANKU KESEPIAN 
Komposer : M.Nasir 
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Belenggu Irama 
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang paling popular di kalangan peminat muzik arus perdana pada ketika itu. Kelainan vokal Dato' Awie dan kehebatan pemain muzik di dalam kumpulan ini memberikan satu petanda yang mereka bakal meletop di dalam industri hiburan ini. 

Video Lagu Intanku Kesepian


02. PERONDA JAKET BIRU
Komposer : Usop
Penulis Lirik : Usop
Album : Belenggu Irama
Tahun : 1987
Catatan : Lagu Rock ini adalah salah satu lagu Rock paling popular untuk era 1980's. Muziknya yang rancak dan lirik lagu Na Na Na Na menjadikan lagu ini sangat enjoy dan sangat sesuai dinyanyikan di sesebuah konsert atau anugerah majlis hiburan. Lagu ini antara lagu Rock Kapak yang malar segar sehingga kini.
  
Video Lagu Peronda Jaket Biru 



03. TAMAN RASYIDAH UTAMA 
Komposer : Bob Lokman
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Hukum Karma
Tahun1988
Catatan : Lagu ini adalah lagu yang membawakan nama kumpulan Wings ke status kumpulan muzik gred A  di Malaysia kerana kualiti lagu dan persembahan bakat luarbiasa mereka di dalam mempersembahkan lagu ini secara langsung di atas pentas. Lagu ini yang dimulakan intro guruh dan hujan menjadikan ianya satu lagu unik pada tahun itu dan juga merupakan salah satu lagu Rock Balada paling popular sepanjang zaman di Malaysia. 

Video Lagu Taman Rasyidah Utama


04. MISTERI MIMPI SYAKILA
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Hukum Karma 
Tahun : 1988
Catatan : Lagu megahits ini meneruskan kehebatan dan populariti tahap tertinggi untuk kumpulan Wings di era 1980 an selepas meletop dengan lagu Taman Rasyidah Utama. Pada tahun ini boleh dikatakan kumpulan Wings adalah kumpulan paling popular tahun 1988 di Malaysia.

Video Lagu Misteri Mimpi Syakila



05. OPERA HIDUP
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nasir Jani
Album : Hukum Karma
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini salah satu lagu Rock paling popular dan dikenali hampir semua peminat seni hiburan tempatan. Permainan muzik yang energetik dan power menjadikannya  lagu ini antara lagu yang kerap dimainkan di mana-mana konsert mereka bagi menaikkan mood peminat agar sama-sama head banging dan enjoy.

Video Lagu Opera Hidup


06. SEJATI 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir 
Album : Teori Domino
Tahun : 1990
Catatan : Siapa dapat melupakan kemantapan vokal hebat Dato' Awie dalam menyanyikan lagu bernada tinggi ini di dalam pertandingan Akhir AJL tahun 1990. Semua terkesima dan kagum permainan muzik secara langsung yang kemas dan vokal emas Dato' Awie seperti di dalam kaset.  Hasilnya mereka telah memenangi Persembahan Terbaik dan Tempat Ketiga AJL pada tahun itu. Yang uniknya intro lagu ini ada unsur muzik tradisional di mana ia mencerminkan era muzik awal 1990 an yang banyak lagunya digabungkan dengan unsur muzik tradisional bagi menghasilkan sesuatu yang baru di dalam industri muzik ketika itu. Rasanya jika Dato' Awie menyanyikan lagu Gemilang Jaclyn Victor pada tahun itu pasti semua terkejut dengan nada tinggi superb Dato' Awie itu. Selain itu, perkataan Sejati juga seolah-olah sangat sinonim dengan kumpulan ini kerana fenomena hebat lagu ini yang masih kekal popular sehingga kini. 

Video Lagu Sejati

07. AKU PUN TAHU 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nasir Jani 
Album : Jerangkung Dalam Almari 
Tahun : 1991
Catatan : Lagu ini adalah lagu Balada Rock di dalam album Hard Rock paling dark pernah diterbitkan oleh kumpulan ini. Dengar judul albumnya sahaja cukup mengambarkan bagaimanakah bentuk lagu di dalam album ini. Lagu Aku Pun Tahu adalah satu-satunya lagu yang paling popular dan dikenali oleh peminat arus perdana kerana lagunya lebih ringan berbanding lagu lain yang lebih keras. Walaupun begitu, paduan petikan gitaris terbaik Malaysia Joe dan Black di awal lagu serta hentakan drum di sepanjang lagu ini tetap mantap dan hebat. 

Video Lagu  Aku Pun Tahu


08. BERNAFAS DALAM LUMPUR
Komposer : Wings 
Penulis Lirik : Wings
Album : Bazooka Penaka
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini adalah lagu sing-along paling popular dan disukai ramai peminat muzik hiburan tempatan daripada kumpulan ini kerana lagunya yang catchy dan lirik lagunya yang mudah dihafal oleh peminat. Malah, lagu ini sangat popular pada tahun 1993 dan antara lagu paling popular era 1990 an.

Video Lagu Bernafas Dalam Lumpur


09. DI AMBANG WATI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nurbisa
Album : Bazooka Penaka
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini antara lagu Balada Rock paling popular daripada kumpulan ini dan ianya selalu dikaitkan dengan filem box office Sembilu. Tambahan pula memang ada watak filem ini yang bernama Wati yang dilakonkan oleh Primadona Malaysia Alaf Baru Erra Fazira. 

Video Lagu Di Ambang Wati


10. LENA DIULIT INTAN
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Orang Asing
Tahun : 1995
Catatan : Satu pembaharuan yang cukup ketara daripada kumpulan Wings apabila muncul dengan tiga elemen baru di dalam lagu ini iaitu lagu berentak Rock Retro, penyanyi baru Wings iaitu Mel dan lagu ciptaan komposer Saari Amri. Formula ini juga telah berjaya apabila album ini meletop di pasaran dan mempunyai dua killer hits untuk album ini iaitu lagu Lena Di Ulit Intan dan lagu Semalam Yang Hangat. 

Video Lagu Lena Diulit Intan

11. BIRU MATA HITAMKU
Komposer : Andi Rahman
Penulis Lirik : Loloq
Album : Biru Mata Hitamku
Tahun : 1996
Catatan : Sekali lagi peminat muzik hiburan terkejut dengan penerbitan lagu dan album ini kerana muziknya yang sangat segar dan penampilan Mus May sebagai vokalis kumpulan ini. Lagu ini sangat cepat popular di radio tempatan dan antara lagu paling popular di era 1990 an. Jangan terkejut jika Ratu Dangdut Amelina sendiri pernah menyanyikan lagu ini secara langsung beberapa tahun lepas di persembahan pentas. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa popularnya lagu ini kerana ianya bukan sahaja diminati peminat muzik Rock, malah peminat muzik genre lain  juga turut meminati lagu ini.

Video Lagu Biru Mata Hitamku


12. INGATKAN DIA 
Komposer : Amir 
Penulis Lirik : Najah 
Album : Menakluk Kosmos
Tahun : 2014
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 2015/2016. Ianya kerap dimainkan di stesen radio tempatan dan turut diminati oleh peminat muzik generasi baru. Malah, melalui populariti lagu ini juga mereka telah berjaya memenangi anugerah Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan di Anugerah Bintang Popular 2016 dengan mengalahkan artis generasi baru yang lain. Hebat kan. 


Video Lagu Ingatkan Dia

Album Studio Kumpulan Wings


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel






18 comments:

  1. Banyak lagu Wings yang popular.
    Suka lagu rancak-rancak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu rancak-rancak boleh hilangkan mengantuk kan kak. huhu

      Delete
  2. Sampai skrg suka lagu HUKUM KARMA!

    ReplyDelete
  3. My Fav sejati dan taman rashidah utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori era lagu hujung 80 an dan awal 90 an kan kak. dua dua lagu best. :D

      Delete
  4. Baru je tengok konsert wings live streaming hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV belum sempat tgk ari tu. Tapi pasti persembahan mereka gempak kan Uncle. huhu.

      Delete
  5. Semua lagu wings kita suka.. nostalgia sungguh

    ReplyDelete
  6. Semua lagu Wings letop sampai sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. bebudak muda zaman skang pun tahu lagu mereka. hebat mereka. huhu.

      Delete
  7. Suka lagu bernafas dalam lumpur tu

    ReplyDelete
  8. walaupun search dan wings sama2 naik ketika di zaman kegemilangan mereka, tp mereka bersaing secara sihat. masing2 berjaya hasilkan lagu2 terbaik sampai boleh tembus pasaran luar... perkara mcm nilah yg artis2 masa kini perlu pelajari kalau benar2 nk menaikkan martabat seni kreatif negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 % setuju kak. mereka berusaha menghasilkan karya bermutu tinggi dan sebab itulah banyak lagu mereka menjadi malar segar. artis era ini kena belajar dengan mereka cmner boleh bertahan begitu lama di dalam industri dan masih popular sehingga kini.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D