LAGU PALING POPULAR TAHUN 2003 DI MALAYSIA

GALAKSIVIRAL - Tahun 2003 masih  merupakan tahun kejayaan Diva Pop Siti Nurhaliza buat kesekian kalinya kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu.  Album E.M.A.S Siti Nurhaliza juga telah berjaya menjadi album Melayu paling laris tahun 2003 dengan jualan lebih 200,000 unit di Malaysia sahaja. Selain itu, Siti Nurhaliza juga berjaya mengekalkan Anugerah Artis Malaysia Pilihan MTV Asia Awards 2003 dan Vokalis Wanita Terbaik/Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003/2004.  Tahun ini juga menyaksikan kebangkitan penyanyi baharu dengan konsep muzik berbeza iaitu Waheeda dengan irama Pop Arab/World Music dan Ezlynn Modern Pop Rock. Antara komposer  popular tahun ini ialah KRU dan Ajai. Tahun 2003 juga diingati dengan kejayaan OST Ada Apa Dengan Cinta yang menjadi  fenomena sepanjang tahun. Tahun ini juga menjadi tahun bersejarah bagi fenomena penerbitan telefilem VCD/DVD di mana terdapat judul lagu dijadikan judul telefilem VCD seperti lagu Paling Comel (Achik & Nana) dan Laukku Cukup Masin (Spider). Terdapat banyak juga lagu Adunan Semula dan Rakaman Semula untuk pelbagai irama muzik popular tahun ini. 




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 2003


1. BUKAN CINTA BIASA
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Dewiq/Siti Nurhaliza
Penulis Lirik : Dewiq/Siti Nurhaliza
Album : E.M.A.S
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular daripada Siti Nurhaliza dan kerap dinyanyikan oleh peminat etnik Cina tempatan di dalam acara nyanyian sehingga kini. Lagu ini  juga pernah menjuarai Carta ERA selama 10 minggu dan menguasai kesemua carta lagu di Malaysia ketika itu. Antara kejayaan lain lagu ini ialah Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2003, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu Anugerah Industri Muzik 2003/2004 dan Lagu Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2004.



2. DEKAT PADAMU
Artis : Yusry 
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
Album : Yusry
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah Juara Carta 100 Terhangat di ERA tahun 2003. Irama lagu Modern Pop Rock yang berbeza daripada kebiasaan muzik kumpulan KRU telah berjaya menjadikan Yusry sebagai salah seorang penyanyi lelaki paling berjaya tahun 2003. 




3. WASSINI
Artis : Waheeda
Komposer : Yasin
Penulis Lirik : Yasin
EP : Wassini
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop Arab Malaysia paling popular tahun 2003. Kehadiran Waheeda dengan vokal berbeza dan irama Pop Arab/World Music telah menambahkan lagi variasi jenis muzik di Malaysia ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya menjadi juara carta ERA selama 3 minggu dan Juara Irama Malaysia/Etnik Kreatif Anugerah Juara Lagu 2003. 




4 . HI HI BYE BYE
Artis : Ezlynn
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Ehmm..
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini berjaya menjadi juara carta ERA selama 8 minggu dan mendapat anugerah Carta ERA di Anugerah ERA 2003. Lagu ini melambangkan bermulanya revolusi baharu muzik ciptaan KRU apabila irama Modern Pop Rock menjadi taruhan mereka berbanding irama Pop Dance seperti kebiasaannya. Antara kejayaan lagu ini ialah menenangi Juara Pop Rock Anugerah Juara Lagu 2003 dan Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003/2004.



5 . SANDARKAN PADA KENANGAN 
(ADUNAN SEMULA)
Artis : Dato' Jamal Abdillah bersama Allahyarham Siti Sarah
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Raja Pop
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu adunan semula gandingan Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah dengan penyanyi baharu paling popular ketika itu iaitu Allahyarham Siti Sarah telah meletop di pasaran dan kekal menjadi salah satu lagu duet paling berjaya dalam sejarah muzik Malaysia. Antara kejayaan lagu ini ialah menjadi juara carta ERA selama 6 minggu dan memenangi anugerah Vokal Duo/Kumpulan Pilihan Anugerah ERA 2003. Menariknya, lagu ini juga pernah dimainkan di dalam salah satu game show Cina tempatan di televisyen ketika itu untuk permainan teka perkataan. Kolaborasi lagu ini juga telah mengingatkan kepada kejayaan kolaborasi lagu Mawarku nyanyian 2by2 dan Siti Nurhaliza tahun 1996.



6 . PALING COMEL
Artis : Siti Nordiana & Achik
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Aidit Alfian
Album : Nana & Achik
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu Paling Comel menjadi lagu kemuncak populariti pasangan duet Siti Nordiana & Achik kerana menjadi fenomena tahun 2003 sehingga wujudnya telefilem VCD berdasarkan populariti lagu ini. Lagu ini juga merupakan lagu pertama nyanyian mereka yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Pop Rock tahun 2003. Lagu yang rancak dan ceria ini juga telah membuktikan yang Siti Nordiana dan Achik adalah penyanyi yang versatil dan tidak terikat dengan irama lagu Pop Jiwang semata-mata.



7 . MUNGKIN
Artis : Anuar Zain
Komposer : Pacai
Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Anuar Zain paling popular sepanjang zaman. Kekuatan vokal Anuar yang sangat padu dan muzik lagu yang mantap menjadikan lagu Pop R&B Ballad ini sangat digemari oleh peminat seni tempatan. Lagu ini juga antara lagu paling kerap dinyanyikan oleh peserta nyanyian di Malaysia kerana dapat menonjolkan dinamik  dan kekuatan vokal di dalam penyampaian lagu. Lagu ini juga mengesahkan lagi Anuar Zain adalah salah seorang vokalis terbaik Malaysia dan penyanyi lelaki paling popular tahun 2003. Antara kejayaan Anuar Zain pada tahun ini ialah Penyanyi Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2003 dan Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Planet Muzik 2003.




8 . HANYA DI MATA
Artis : Erra Fazira
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik : Ucu
Album : Kini Kembali (2004)
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu mega hits Erra Fazira untuk era 2000 an. Lagu berirama rancak ini berjaya ke Final Anugerah Juara Lagu 2004.




9 . KHAYALAN 
(ADUNAN SEMULA)
Artis : Ruffedge & V.E
Komposer : CC
Penulis Lirik : CC / Cat SuperRubberBand Farrish
Album : Extreme Pleasure Extra
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu retro adunan semula dengan muzik Pop R&B Hip Hop sangat popular pada tahun 2003. Keserasian vokal kumpulan Ruffedge dan V.E ini menjadikan lagu kolaborasi ini sangat dinamik dan diminati ramai. 



10 . SALSABILA
Artis : Yasin
Komposer : Yasin
Penulis Lirik : Yasin
Album : Salsabila
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagi Pop Arab Malaysia yang mencabar vokal dan  sanvgat popular fahun 2003. Lagu ini berjaya ke peringkat Final Anugerah Juara Lagu 2003. 

11 . SELAGI ADA CINTA
Artis : Ning Baizura
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Nurul
Album : Selagi Ada..
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu comeback Ning Baizura yang sangat berjaya. Kombinasi komposer dan penulis lirik yang serasi bersama ketika itu iaitu Ajai dan Nurul telah berjaya menghasilkan satu lagu indah dan bersesuaian dengan kekuatan vokal Diva Pop R&B Malaysia. Video muzik lagu ini juga berkualiti dan bagus. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat Final Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2003 dan berjaya merangkul anugerah Vokal Wanita Pilihan Anugerah ERA 2003.




12 . AKUSTATIK
Artis : OAG
Komposer : Natazar
Penulis Lirik : Natazar
Album : Satelit Ink
Tahun : 2003
Catatan :
Lagu easy listening berkonsep Pop Rock ini adalah salah satu lagu paling popular daripada kumpulan OAG. Lagu ini berjaya menaikkan lagi populariti kumpulan OAG di dalam muzik arus perdana selepas kejayaan luar biasa lagu Slumber tahun 2002. Lagu ini juga merupakan lagu pertama kumpulan OAG yang berjaya melangkah ke peringkat Final Anugerah Juara Lagu 2003/ 


---------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA 
PALING  POPULAR  


KU BAHAGIA
(INDONESIA)
Artis : Melly Goeslaw
Komposer : Anto Hoed
Penulis Lirik : Melly Goeslaw
Album : OST Ada Apa Dengan Cinta 
Tahun : 2002
Catatan:
Lagu ini adalah Lagu Asia Paling Popular pada tahun 2003 di Malaysia. Ini ditambah dengan populariti filem ini meletop di Malaysia awal tahun 2003 walaupun filem ini sebenarnya sudah dirilis awal di Malaysia pada tahun 2001/2002. Lagu ini juga kerap dinyanyikan oleh peserta nyanyian di dalam pertandingan vokal di Malaysia. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA


WHERE'S THE LOVE 
 (USA)
Artis : Black Eyed Peas feat Justin Timberlake
Komposer : William Adams/Allan Pineda/Jamie Gomez/Justin Timberlake/Printz Board/Michael Fratantuno/Georga Pajon/J.Curtis
Penulis Lirik : William Adams/Allan Pineda/Jamie Gomez/Justin Timberlake/Printz Board/Michael Fratantuno/Georga Pajon/J.Curtis
Album : Monkey Business
Tahun : 2003
Catatan:
Lagu ini adalah lagu perintis kepada bermulanya fenomena Black Eyed Peas di peringkat global untuk era 2000 an. Lagu berkonsepkan Pop/Hip Hop ini disukai ramai dan menjadi salah satu lagu paling popular di dunia tahun 2003. Lagu ini kerap dimainkan di stesen radio Malaysia dan pernah menduduki dalam Carta Top 100 Terhangat ERA tahun 2003. 



Sumber : Google Image

0 Comments

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D