NAK PANJANG UMUR ?? CARA INI PALING MUDAH DAN SANGAT BERKESAN. JOM TRY.
Ramai manusia kini yang mahukan hidup lama dan panjang kerana pelbagai sebab. Disebabkan itu, terdapat pelbagai cara yang telah dicadangkan atau digunakan oleh mereka ini untuk memastikan mereka panjang umur. Sehingga kini, masih ramai yang tidak sedar atau ketahui bahawa ada satu cara mudah yang boleh buatkan kita bukan sekadar dapat panjang umur, malah membuatkan hidup kita lebih bererti dan berjaya. Nak tahu apakah cara istimewa itu. Jom kita baca ke perenggan seterusnya.
Pernah dengar nama Bill Gates dan Oprah Winfrey yang sangat terkenal di seluruh dunia itu. Mereka berdua ini adalah di antara manusia yang telah sentiasa mengamalkan konsep cara kehidupan unik ini untuk menjadi seorang yang sangat berjaya dan juga panjang umur. Mengapa penduduk negara maju seperti Jepun dan negara Eropah mempunyai jumlah hayat hidup lebih lama daripada penduduk negara membangun dan negara ketiga? Ini semuanya disebabkan salah satu faktor yang akan disebutkan sebentar lagi.
Jawapan kepada persoalan ini ialah dengan hanya membaca buku. Ya, membaca buku. Bill Gates membaca buku setiap minggu dalam setahun dan Oprah pula akan memilih sebuah buku untuk dibincangkan di dalam kelab buku yang disertainya pada setiap waktu tertentu. Salah seorang tokoh paling berjaya dan kaya di dunia iaitu William Buffet, 86 tahun telah mengatakan yang beliau membaca 500 helai buku sehari untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada dirinya. Beliau mengatakan sebelum beliau menceburi bidang karier pelaburan ini, beliau membaca buku secara ekstrem iaitu dalam 600 hingga 1000 muka surat sehari dan terus mengamalkannya dengan menghabiskan 80% masanya dengan membaca dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuannya. Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg juga seorang ulat buku apabila menghabiskan sebuah buku dalam masa dua minggu di sepanjang tahun 2015. Mereka yang berjaya dalam karier masing-masing digelar sebagai ultra berjaya dan menjadikan sifat membaca sebagai asas kejayaan mereka. Selain berjaya dengan cemerlang dalam karier, apakah bukti yang mengatakan membaca boleh panjangkan umur kita? Sebenarnya satu kajian penyelidikan sudah dilakukan dan diterbitkan di dalam Journal Social Science & Medicine pada tahun lalu. Hasil Kajian penyelidikan daripada Sekolah Kesihatan Umum, Universiti Yale yang membuat eksperimen kepada 30,000 responden yang berusia 50 tahun ke atas telah mengesahkan yang membaca buku boleh memanjangkan usia sehingga dua tahun lamanya. Selain itu, membaca waktu malam juga dapat meningkatkan daya ingatan kita untuk jangka masa panjang. Malah, sifat rajin membaca juga dapat mengurangkan stress kita dan dapat mencegah sakit mental. Dalam erti kata lain, dengan membaca kita dapat mengaktifkan minda kita dengan lebih baik dan secara tidak langsung dapat mengelakkan aktiviti otak yang pasif seperti nyanyuk, lupa dan sebagainya. Di bawah ada beberapa info menarik mengenai sifat membaca dan buku :
- Membaca selama 6 minit dapat mengurangkan stress sehingga 60% , dapat memperlahankan degupan jantung dan melegakan ketegangan otot serta mengubah minda.
- Dapat meningkatkan skil komunikasi dengan lebih baik. Ini adalah disebabkan apabila kita banyak membaca, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan keyakinan kita untuk berkomunikasi dengan orang dengan lebih baik dan teratur.
- Dapat menguatkan memori ingatan kita.
- Dapat meningkatkan empati seseorang. Hasil kajian di New York University telah menerangkan bahawa dengan membaca, ianya dapat meningkatkan kemampuan kita untuk memahami perasaan seseorang dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita dengan orang sekeliling kita.
- Semua bangsa maju adalah bangsa yang suka membaca bahan berbentuk ilmiah. Tidak kira samada tamadun purba mahupun tamadun moden. Semua tamadun mementingkan konsep pembacaan kerana melalui pembacaan yang bermaanfat, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka daripada pelbagai sudut dan seterusnya menjadi bangsa ultra jaya.
Itu adalah di antara manfata-manfaat yang boleh kita dapat dengan hanya membaca. Seperti semua maklum, mngkin ada di kalangan kita yang akan berasa bosan jika asyik membaca bahan ilmiah yang serius dan tiada bahan grafik. Untuk hal sebegini, sudah pasti ada penyelesainnya. Jika pernah ke kedai buku MPH atau Popular, mesti anda akan perasan ada novel grafik ilmiah yang menceritakan kisah tamadun sejarah atau sains fiksyen dijual di premis buku itu. Contohnya seperti Komik Novel Grafik Siri Jelajah Dunia (komik asal daripada Korea Selatan dan dialih bahasa ke Bahasa Malaysia) yang sangat bagus dibaca jika kita mahu menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan tamadun sesebuah negara lain seperti Amerika, Peru, Brazil, Jepun dan banyak lagi. Jalan cerita komik grafik ini memang sangat menarik kerana ianya dibuat seperti satu pengembaraan satu tempat ke satu tempat lain dan ianya juga disertai dengan pelbagai info yang menarik di setiap tempat mereka pergi dengan cara santai dan menghiburkan. Selain itu, ada juga novel dewasa yang mempunyai intipati bermanfaat dan tidak hanya fokus pada cinta biasa semata-mata seperti novel Diagnosis. Novel ini sarat dengan pengajaran dan inspirasi yang dikaitkan dengan situasi bidang perubatan dan ianya sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Kalaupun malas nak baca semua ini, baca komik Lawak Kampus pun okey juga. Sekurang-kurangnya ia dapat memgembirakan hati kita dengan lawak-lawak di luar kotak di dalam komik ini. Sementara itu, bagi umat Islam pula, kita sangat digalakkan membaca Al-Quran dan buku ilmiah agama kerana ia bukan saja dapat menambahkan lagi kefahaman kita dalam bidang agama, malah kita juga akan dapat pahala lagi kerana sentiasa beribadat untuk mencari ilmu. InsyaAllah. Aamin. Memang diakui Malaysia bukanlah negara yang penduduknya suka membaca buku atau sewaktu dengannya. Namun, jika kita mahu melahirkan generasi baru Malaysia yang berintelektual tinggi dan berilmiah, marilah kita sama-sama jadikan sifat membaca sebagai satu hobi wajib bagi setiap warga penduduk Malaysia kerana ianya adalah satu sifat yang sangat bagus dan terpuji.
Contoh Novel Grafik Berilmiah
P/S:
Kebanyakan info di dalam artikel ini adalah berdasarkan hasil pembacaan daripada Majalah i Sihat keluaran Mei 2017. Majalah ini sangat bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan di dalam bidang kesihatan manusia dengan konsep majalah yang sangat menarik dan ceria. Oleh itu, jika ada kelapangan, bolehlah anda semua membeli majalah ini untuk dijadikan koleksi peribadi yang bermanfaat.
Sumber rujukan : Majalah Kesihatan Terbaik iSihat Mei 2017 dan Imej Google.
dulu saya ektrem baca buku...
ReplyDeletesekarang ektrem baca blog pulak..
mahu tukar baik habit selepas baca artikel ini
bagus tu Mrhanafi suka baca buku. hihi. ekstrem baca blog pun okey juga. asalkan ianya memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Aamin. :)
DeleteHaha 'membaca'..serius ni bukan kerja yg selalunya senang dilakukan sebahagian kecil manusia..termasuklah yg tulis komen ni.
ReplyDeletesamala kita. hihi. kadang memang tak sempat nak baca sebab kesuntukan masa. tapi takpe, sama2x la kita cuba luangkan masa untuk membaca. hihi. :)
DeleteMama dh la x baca buku dah beberapa bulan agaknya. Buku yg mama baca x abis lagi huhuu
ReplyDeleteTakpe Mama. Okey la tu. hihi. jom kita sama2x luangkan masa untuk membaca. :)
DeleteMaafkan akk adik GV, akk buat masa ni guna phone je utk update, nampaknya blog adik GV ni tak mesra hp kot, takleh tukar ke web version, so nak tengok keseluruhan blog nak cari butang follower pun tak dapek la, apa2 pun trmkasih sgt sudi follow akk Dan komen di bbrapa entri akk.
ReplyDeleteOkey takpe kak Nor Azimah. Terima kasih atas komen akak. GV sangat menghargainya.:)
DeleteDulu selalu la membaca... Sejak menjak ada baby ni... Buku pun tak sempat pegang... Bila la dapat baca buku smule... Huhu
ReplyDeleteTakpe kak. Nanti bila anak dah besar, akak boleh lah fokus pada buku. Gitewww kak. :D
DeleteMembaca buku bukan sahaja dapat menambah pengetahuan tapi juga bagus untuk kesihatan. Bagus sangaat artikel ni kalau dikongsikan di media media sosial.
ReplyDeleteTerima kasih Mr Nurhaziq. Semoga kita semua memperolehi manfaatnya. InsyaAllah. Aamin. :D
DeleteSya pun tk prnh da vaca buku.. Sibuk dngn krja d dlm rmh.. Msak, mngemas, mnjeumur.. Maklum la suri rmh spenuh msa.skrg ni, klau ada klapngnbaca novel ringkas dekt fhone je. Yng penting asa jga d baca kn
ReplyDeleteNampaknya lepas ni saya kena rajin membaca, insyaallah
ReplyDelete