blog hiburan informasi kababoom

  • Breaking News

    Tuesday, July 11, 2017

    MAKANAN ANEH ORANG JEPUN. OMG !!!

    Kalau sebut makanan Jepun, mesti ramai akan jawab Sushi atau Ramen kan. Sebenarnya, selain Sushi dan Ramen, Jepun juga dikenali dengan makanan dan minuman mereka yang di luar jangkaan kita. Jika kita rasa makan katak, serangga itu sudah kira aneh, di Jepun ada lagi makanan dan minuman mereka yang lebih aneh dan tak tercapai akal kita bak kata Elyana. Kalau hendak tahu, jom kita tengok gambar di bawah. 
    MAKANAN & MINUMAN PELIK JEPUN

    01. SNEK ANAK KETAM PANGGANG
    - Anak ketam ini dipanggang  dan dibungkuskan ke dalam plastik seperti di dalam gambar. Rasa kesian pula bila tahu anak ketam tu dipanggang bakar. Ketam masak cili lagi sedap rasanya.






    02. AIS KRIM SOTONG
    - Dalam ais krim ada sotong. Tidak dapat GV bayangkan rasanya. 







    03. SUSU IBU SEGERA
    - Konsep susu ini ala ala minuman cokelat, oren atau jus jambu dalam bekas kotak seperti di sebelah. Tidak tahu susu yang digunakan itu memang susu original daripada ibu manusia atau susu lain. 















    04. BURGER RAMEN LOTTERIA
    - Burger ini menggunakan ramen yang dimasak untuk dijadikan sebagai penganti roti untuk burger ini. Macam masak Maggi dan lepas tu letak atas daging burger je kan. hihi. 









    05. BIR WASABI
    - GV dulu pernah buat wasabi untuk dimakankan dengan sushi. Masa blend wasabi itu, perghhh, bau menusuk hidung lagi pedih daripada cili padi. Mesti Bir Wasabi ini rasa pedas dan pedih. 







    06. AISKRIM VIAGRA
    - Tidak pasti samada Viagra itu dihancurkan jadi aiskrim atau dalam aiskrim tu ada pil Viagra. 









    07. BISKUT SERANGGA PENYENGAT
    - Ala-ala biskut Chipsmore. Cuma chip coklat ditukar dengan serangga penyengat yang rangup dimakan. Kuku lelaki ini kotoq la. Manicure please. 










     08. AIR PEPSI PERISA TIMUN, YOGHURT, ETC.
    - Pepsi Yoghurt mungkin sedap. Tapi Pepsi Timun rasa macam cannot go je. 








    09. SNEK KOLON
    - Rasanya bentuk biskut ini nampak macam kolon tapi bukan guna kolon betul.










    09. AISKRIM DAKWAT SOTONG
    - Antara bahan utama aiskrim ini ialah dakwat sotong katak. 













    10. MINUMAN 10000 JELI PLASENTA
    - Minuman ini menggunakan plasenta khinzir sebagai salah satu bahan campurannya. Ianya dikatakan menyihatkan dan rasa ala ala buah pic.  








    11. AIR LIMAU KARI
    - Air limau yang dicampur kari. Kalau minum ini, confirm tak lalu makan kari ikan, ayam dan daging dah.


















    12. GULA-GULA SOTONG
    - Dikatakan gula-gula ini antara makanan kegemaran ramai penduduk di Jepun.










    13. SODA BELUT
    - Air minuman pun boleh dicampurkan dengan belut. Mesti air tu rasa belut bergas soda.
















    14. AISKRIM KUDA
    - Nampaknya bukan sotong je ada aiskrim, kuda pun ada juga. GV takkan terkejut lagi kalau lepas ini GV terjumpa Aiskrim Kangaroo ke, Aiskrim Penyu, atau Aiskrim Gajah. Out of box itu pasti. 



    15. ROTI TIN
    - Roti pun dah dimasukkan dalam tin sekarang ini ya. Inovatif betul orang Jepun ini kan. 












    Orang Jepun ini memang suka berfikir di luar kotak dan maju ke hadapan kan. GV harap sangat satu hari nanti GV dapat pergi ke sana dan dapat  jumpa Ultraman, Doraemon, Naruto, Son Goku dan Sailormoon. Gababtte Kudasai.  :D


    Sumber : Japan1Japan2Japan3Japan4Japan5 dan Google Image.

    4 comments:

    1. yang paling saya terkesan susu ibu dalam kotak

      dan jelly plasenta khinzir..agak geli la

      ReplyDelete
      Replies
      1. aah. agak geli. Makanan Jepun mmg pelik2x kan. huhu.

        Delete
    2. Kreatif diorg ni Kan mcm2 ada

      ReplyDelete
      Replies
      1. aah, kadang kagum juga cmner Jepun boleh fikir idea pelik2x ni. huhu.

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Popular Posts

    Waktu Solat

    Follow by Email

    Blogged.my

    Iklan Babab

    Powered by Blogger.