Ads Top

IKAN BAKAR PALING SEDAP DI BANDAR BARU BANGI


Ikan Bakar
Bandar Baru Bangi memang sangat terkenal dengan kedai-kedai makanannya yang sentiasa menghidangkan pelbagai jenis masakan yang sedap dan lazat. Antara masakan yang cukup popular di sini ialah masakan ikan bakar. Terdapat banyak restoran di kawasan ini yang menyajikan hidangan masakan ikan bakar tidak kira di waktu siang mahupun malam. Salah satu tempat makan ikan bakar paling terbaik di Bandar Baru Bangi ialah Restoran D' Limau Nipis di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Restoran ini sangat terkenal dengan masakan ikan bakar yang lazat beserta dengan sambal cicah yang sedap hingga menjilat jari. Kelembapan dan keenakan ikan bakar di sini tidak dapat diluahkan dengan kata - kata kerana rasanya sangat sedap sehingga seperti mahu menambah nasi dan lauk dua tiga kali.
Selain ikan bakar, restoran ini juga ada menghidangkan makanan masakan kampung yang lain seperti gulai kawah, ulam-ulaman, pelbagai jenis sambal belacan, begedil, ayam goreng, pucuk ubi masak lemak, telur masin dan banyak lagi. Antara perkara menarik mengenai  restoran popular di Bangi ini ialah :
  • Restoran ini hanya menggunakan bahan mentah tempatan segar gred A untuk setiap hidangan masakan mereka. Ini menunjukkan mereka sangat menjaga kualiti masakan restoran mereka dengan begitu teliti dan baik. 
  • Air istimewa restoran ini iaitu DL'03 telah dipatenkan dan menjadi hak milik ekslusif restoran ini sahaja. Rasanya memang sedap gila.
  • Setiap pinggan ikan/sotong bakar sudah ditulis harganya di atas pinggan. Sambal cicah  ikan bakar ini memang sangat lazat. 
  • Sistem pengurusan restoran ini memang sistematik dan tersusun. Ini boleh dilihat dengan proses kerja yang dijalankan oleh pekerja restoran ini yang sangat mesra pelanggan, cepat mengambil order pelanggan dan kawasan tempat makanan sentiasa bersih serta selesa.
  • Di sini ada juga kuih-muih dan masakan gulai ikan patin  yang sudah siap sedia dibungkus di dalam tupperware plastik bagi memudahkan pelanggan membelinya. 
  • GV ada terjumpa link twitter yang mengatakan Dato Ahmad Maslan juga pernah makan di restoran ini dan memuji masakan kedai ini yang lazat dan enak.
  • Harga makanan di restoran ini juga sangat berpatutan. Kalu tidak silap GV, untuk masakan ikan bakar, boleh dikatakan ikan bakar keli paling murah iaitu berharga RM6.00 sepinggan beserta dengan sambal cicahnya yang sangat sedap.
  • Restoran ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga 6 petang setiap hari. (kecuali Jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan - tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)
  • Jika ada sesiapa yang berminat mahu ke restoran ini, anda bolehlah pergi ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Anda hanya perlu cari PKNS Bangi dan McDonald Bangi kerana restoran ini hanya berada di seberang jalan daripada kedua - dua premis bangunan ini. 
Sotong Bakar

Ulam - Ulaman

Ikan Bakar 

Air DL'03. Harga terbaru ialah RM6. 

Twitter : Dato' Ahmad Maslan memuji restoran ini makanan enak dan sedap. 



Restoran D'Limau Nipis

Segala informasi terkini mengenai restoran ini boleh dirujuk di laman rasmi Facebook mereka iaitu Restoran D' Limau Nipis
Alamat :
201 & 205,
Jalan 8/1, Seskyen 8,
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Ikan Bakar

Sumber : Semua Gambar Daripada Google, Facebook & TwitterAhmadMaslan

4 comments:

  1. pergh...ikan bakar..

    feveret nie..

    makan tengahari nanti pasti berselera

    ReplyDelete
  2. dalam byk2 tu part ulam-ulaman tu yg plg menarik hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak. mmg banyak sangat ulam-ulaman kak. cicah dengan sambal belacan. sodap sangat. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.