Ads Top

LAGU & LIRIK MELAYU PALING TOP TAHUN 1997 (PENYANYI WANITA)

Diva Pop Ziana Zain
Tahun 1997 adalah tahun  kebangkitan irama muzik  Nasyid dan Rock Metal. Pada tahun ini artis-artis baru seperti Raihan, Rabbbani, Hijjaz, Brothers dan Saujana telah menjadi ikon irama Nasyid yang mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Tiada siapa yang dapat menyangka irama Nasyid yang selama ini lebih popular di kalangan bukan penggemar muzik arus perdana telah berjaya menguasai pasaran muzik Malaysia pada tahun itu. Menambahkan lagi  kemeriahan industri muzik tanahair pula ialah kebanjiran artis yang memperjuangkan irama Metal Rock yang dipelopori oleh kumpulan XPDC. Jika kumpulan Raihan berjaya menggegarkan irama Nasyid dengan jualan luar biasa album pertama mereka iaitu Puji-Pujian, begitulah hal yang serupa berlaku kepada kumpulan XPDC. Kejayaan album Brutal XPDC yang berkonsepkan irama Hard Rock dan Metal Rock ini telah menyebabkan ramai penyanyi pada masa itu mengambil peluang untuk merakamkan semula lagu lama dengan irama Rock Metal dan ternyata ia menjadi perhatian para peminat ketika itu. Selain itu, kehadiran artis baru berbakat besar pada tahun itu seperti Liza Hanim, Safura, Camelia, Arni Nazira, Noryn Aziz, Rem, kumpulan Candy, kumpulan Innuendo dan kumpulan Indigo juga telah berjaya memeriahkan lagi suasana irama muzik di Malaysia ketika itu. Antara momen menarik pada tahun itu ialah seperti :
  • Lagu dan video muzik kumpulan KRU berjudul Fanatik dipuji ramai kerana unik dan moden.
  • Untuk irama Pop, lagu-lagu Ziana Zain dan Dato' Siti Nurhaliza telah menguasai pasaran muzik Pop ketika itu sehinggakan ramai artis baru yang muncul cuba untuk mengikut gaya nyanyian dan imej kedua-dua Diva Pop Malaysia ini.
  • Lagu Puncak Kasih nyanyian Ziana Zain berjaya menjadi juara Carta Muzik Muzik 1997 selama 17 minggu tidak berturut-turut. 
  • Nama komposer Eddie Hamid mula jadi popular dan menjadi rebutan ramai penyanyi lain apabila lagu kumpulan Spring berjudul Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta menjadi top hits pada tahun itu. 
  • Noraniza Idris telah berjaya memecah monopoli pasaran muzik semasa apabila album Ala Dondang beliau berjaya terjual lebih 200,000 unit. 
  • Persembahan hebat Noraniza Idris melalui lagu Awalla Dondang di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1997 telah mendapat pujian ramai. Sejak daripada itu, tema penuh satu pentas dengan penari dan gimik menarik telah menjadi trademark Noraniza Idris setiap kali membuat persembahan untuk tahun-tahun seterusnya. 
  • Lagu Aku Cinta Padamu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza telah fenomena yang sangat hebat di negara serantau (Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia) pada tahun itu.
  • Persembahan vokal hebat gabungan tiga Diva Pop Malaysia iaitu Ziana, Ning, Nora bersama dengan penyanyi Indonesia, Dessy Fitri untuk lagu Di Akhir Garisan di pentas Anugerah Industri Muzik 1997 telah menerima pujian ramai kerana keharmonian vokal mereka yang padu dan mantap.
  • Album Raihan Puji-Pujian bersaing hebat dengan album Siti Nurhaliza 1997, XPDC Brutal dan Puncak Kasih Ziana Zain untuk takhta No.1 di dalam Carta RIM. Pemenangnya adalah kumpulan Raihan apabila album mereka terjual lebih 660,000 unit untuk tahun 1997 sahaja dan menjadi album paling laris dalam sejarah muzik Malaysia.
Disebabkan tahun 1997 adalah salah satu tahun kegemilangan lagu Melayu Malaysia. Jadi GV bahagikan kepada 4 kategori untuk Lagu Melayu Paling Popular tahun 1997 iaitu untuk penyanyi wanita, lelaki, duo/kumpulan/kolaborasi dan band. 

LAGU MELAYU PALING POPULAR TAHUN 1997
KATEGORI : PENYANYI WANITA

01. PUNCAK KASIH 
ARTIS : ZIANA ZAIN
CIPTAAN : ADNAN ABU HASSAN / MAYA SARI
GENRE : POP BALADA
ALBUM : PUNCAK KASIH
ULASAN : 
Lagu Puncak Kasih adalah lagu yang sangat istimewa bagi Ziana Zain kerana berjaya mendapat anugerah daripada dua sudut berbeza iaitu kategori terbaik dan juga popular. Daripada sudut terbaik, lagu ini telah memenangi Lagu Kategori Balada Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1998.  Manakala dari sudut  populariti pula, lagu ini telah dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1998 anjuran Carta Pujaan Radio 3 Shah Alam. Lebih menarik lagi ialah apabila video muzik lagu ini  juga telah berjaya memenangi Video Muzik Paling Popular di Anugerah Video M 1997/1998. Video muzik lagu ini juga merupakan salah satu muzik video terbaik di era 90 an kerana sinematografinya yang cantik, simple tapi penuh kesenian. Selain itu, lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu penyanyi wanita paling lama bertahan menjadi juara Carta Muzik Muzik untuk berminggu-minggu lamanya iaitu selama 17 minggu tidak berturut-turut. Maka tidak hairanlah jika lagu Puncak Kasih ini adalah lagu paling popular untuk kategori penyanyi wanita di Malaysia pada tahun 1997. Tahniah Diva Pop Ziana Zain. 
Video Muzik Puncak Kasih
LIRIK LAGU :
DALAM AIR TENANG, ARUS MENYUSUR DAMAI
SEKALI EMBUN YANG MENITIS MEMECAH
DI MANA PERCIKKANYA DI MATA
LALU KU SENTIH BASAHNYA KEJERNIHAN

DALAM HATI SUNYI, BAGAI HENING PAGI
TIADA BEZA LAGI, KEDUKAAN INI
ANDAI NILAI SETIA TIADA
BAGAIMANA PULA NANTINYA
DI DALAM ISTANA. SERIKAH WARNANYA

CHORUS 1
RETAK KASIH INI
BERLIMPAHAN RONA LUKA
TELAH  PUN KITA SIMPAN
TAK SEDIKIT SEJARAH PERCINTAAN
PUNCAK KASIH KITA
RENDANGNYA OH SEKETIKA
BAGAI CERITA SATU MIMPI EPISOD CINTA
TERPAKSA AKU REDHA
WALAUPUN DALAM NYATA
KAU MERISIK TANYA
TIDAK KU PERCAYA

DALAM AIR TENANG, HATI MELAWAN SUNYI
TIADA BEZA LAGI, KEDUKAAN INI
ANDAI NILAI SETIA TIADA
BAGAIMANA PULA NANTINYA
DI DALAM ISTANA, SERIKAH WARNANYA
HEBATKAH CINTA
ULANG CHORUS 1

DALAM AIR TENANG, ARUS MENYUSUR DAMAI
SEKALI EMBUN YANG MENITIS MEMECAH
ANDAINYA TIADA CAHAYA, TIDAK KU MAMPU
UNTUK MENGHADAPINYA

02. AKU CINTA PADAMU
ARTIS : DATO' SITI NURHALIZA
CIPTAAN : LY / BAIDURI
GENRE : POP BALADA
ALBUM : SITI NURHALIZA 1997
ULASAN :
Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Singapura dan Brunei. Lagu ini telah menjadi salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara selepas kejayaan yang sama dikecapi oleh kumpulan Slam melalui lagu mereka iaitu Gerimis Mengundang pada tahun sebelumnya. Malah, lagu ini juga telah berjaya memberikan impak yang besar kepada populariti Dato' Siti Nurhaliza sehingga beliau berjaya  menjadi penyanyi wanita paling popular tahun 1997. 
Video Muzik Aku Cinta Padamu
LIRIK LAGU 
ANDAINYA ENGKAU KU MILIKI
TERDAHULU SEBELUMNYA'
ANDAI KU CURAH RASA HATI
MUNGKIN KINI, KU KAN TENANG DI SAMPINGMU

BELUM PUAS KU MENIKMATI
KESAN KASIH SAYANG, KAU TERPAKSA PERGI
INGIN KU TERUS DICINTAI, WALAUPUN BISIKANMU AZIMAT BERDURI
BILA CINTA BERBUNGA, JADI AIRMATA DI JARIKU

CHORUS 1
BETAPA KU CINTA PADAMU
KATAKANLAH KAU CINTA PADAKU
SEMATKANLAH KU DI HATIMU, WALAU DI MANA BERADA
INGAT KU DI DALAM DOAMU
HIASILAH HATI, DENGAN CINTA SUCI, SELAMANYA

 CHORUS 2
GEMERLAPKAN JIWA, SEMIKANLAH CINTA
SEMOGA KAU DAN AKU, AKHIRNYA BERSAMA
AKUKAN MENUNGGU, WALAUPUN SERIBU TAHUN LAGI
ULANG CHORUS 2
ULANG CHORUS 1
ULANG CHORUS 2

03. SENGGOL-SENGGOLAN CUBIT CUBITAN
ARTIS : MAS IDAYU
CIPTAAN : FITRI
GENRE : DANGDUT
ALBUM : DUNIA CINTA
ULASAN :
Intro muzik lagu ini saja sudah cukup untuk membuatkan kita untuk menari bersama-sama apabila mendengar lagu ini. Lagu ini adalah merupakan salah satu lagu Dangdut terbaik di Malaysia dan juga di sepanjang karier muzik Mas Idayu.
Muzik Video Senggol-Senggolan, Cubit Cubitan
LIRIK LAGU
SEMINGGU SEKALI. KAU DATANG PADAKU
MEMBAWA CINTA YANG SUCI
(AMBOI AMBOI ENAK) 2X
SEMINGGU SEKALI. KU DIMANJA - MANJA
DAN DISAYANG - SAYANG DIRIMU
(AMBOI AMBOI ENAK) 2X

DUDUK BERDUA DI BANGKU BAMBU
MERENDA CINTA, AKU BAHAGIA
DUDUK BERDUA DI BANGKU BAMBU
BERCANDA RIA, DUNIA TERASA MILIK BERDUA
(AMBOI)
INDAHNYA CINTA (AMBOI)
INDAHNYA CINTA

SENGGOL-SENGGOLAN, CUBIT CUBITAN
AKU BERNYANYI, KAU PETIK GITAR
SENANDUNGKAN CINTA
BUNGA BERSERI, KUMBANG MENARI
ASMARA KITA, SEMAKIN BERSEMI
SEMOGA ABADI (3X)

05. SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK
ARTIS : AMELINA
CIPTAAN : IWAN
GENRE : DANGDUT
ALBUM : CINTA OH CINTA
ULASAN :
Lagu Dangdut romantik ini telah berjaya mengekalkan status Amelina sebagai salah seorang penyanyi wanita paling popular tahun itu. Lagu ini juga sangat popular di kalangan pasangan yang sedang bercinta atau sudah berkahwin.
Muzik Video Semakin Rindu Semakin Asyik
LIRIK LAGU
TERANG BULAN MALAM INI, KERLIPAN BINTANG SERIBU
YANG KU DAMBA SAAT INI, HANYALAH ENGKAU YANG SATU
DI DALAM HIDUPKU
TERATAI DI PINGGIR KALI,
MULANYA MEKAR BERKEMBANG,
YANG KU SEBUT HARI-HARI
HANYA NAMAMU SEORANG, KU MABUK KEPAYANG

 BILA KAU JAUH, TERASA SUNYI
RESAH GELISAH SEPANJANG HARI,
SEANDAINYA KAU ADA DI SISI
BAHAGIANYA  HIDUPKU INI
KALI PERTAMA KU KENAL CINTA
BARUKU SEDAR ERTINYA CINTA
JIWA GELORA MIMPI MENGUSIK
SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK

CHORUS
PANAS-PANAS PANASNYA MENTARI
TAK SEPANASNYA CINTAKU INI
KEPADAMU YANG AKU KASIHI
SAMPAI AKHIR HAYATKU NANTI
BUNGA-BUNGA BUNGANYA ASMARA
HARUM DAN MEKAR DI DALAM DADA
KASIH SAYANGKU IKHLAS DAN SUCI
WALAU APAPUN YANG MENGHALANGI
SETIAKU PASTI

04. AWALLAH DONDANG
ARTIS : NORANIZA IDRIS
CIPTAAN : ANAK SARAWAK / HAIRUL ANUAR HARUN
GENRE : IRAMA MALAYSIA
ALBUM : ALA DONDANG
ULASAN :
Pertama kali dengar lagu ini terus rasa jatuh cinta dengan Irama Malaysia. Usaha Noraniza Idris menerbitkan album Irama Malaysia dengan adunan muzik semasa menjadikan album beliau meletup di pasaran dan ramai mula membuka mata kepada irama ini. Itulah kehebatan Ratu Pop Entik Malaysia, Noraniza Idris. 

Muzik Video Awallah Dondang
LIRIK LAGU
AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AYUM - AYUMAWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG

SUARA MERSIK BURUNG KENARI
BAGAI MERAUT ROTAN SEBATANG
AYUM AYUM
BAGAI MERAUT ROTAN SEBATANG
TIADA NASIB UNTUK DICARI
BAGAI MELUKUT TEPIAN GANTANG
AYUM AYUM
BAGAI MELUKUT TEPIAN GANTANG

AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AYUM - AYUMAWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG

SERINDIT PUTIH DI DAHAN MANGGIS
KE MANA PERGI BURUNG KENARI
AYUM AYUM
KE MANA PERGI BURUNG KENARI
LANGIT MERINTIH AWAN MENANGIS
LUKANYA HATI TANGGUNG SENDIRI
AYUM AYUM
LUKANYA HATI TANGGUNG SENDIRI

AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AYUM - AYUMAWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
(ULANG 1X)

PERANG YANG LAMA DIGANTI HULU
TURUN KE HUMA BEKAL DIBAWA
AYUM AYUM
TURUN KE HUMA BEKAL DI BAWA
DAYANGNYA KITA MUSAFIR LALU
TIBA MASANYA KEMBALI JUA
AYUM AYUM
TIBA MASANYA KEMBALI JUA

AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
AYUM - AYUMAWALLAH DONDANG, DONDANGLAH SAYANG
(ULANG 1X)

06. PERTEMUAN
ARTIS : ERRA FAZIRA
CIPTAAN : ADYL/RAM/ERRA
GENRE : POP
ALBUM : 2.5 SAYANG
ULASAN :
Lagu rancak ini telah berjaya mempertahankan Erra Fazira sebagai salah seorang penyanyi wanita paling popular di Malaysia ketika itu. Lagu ini sebenarnya mula popular di hujung tahun 96 dan ianya terus kekal popular di sepanjang tahun 1997 sehinggalah kini. Tindakan Erra menjadikan lagu rancak ini sebagai single utama juga merupakan strategi yang berjaya kerana ramai peminat menyukainya dan album Erra juga laris di pasaran. 
Muzik Video Pertemuan
LIRIK LAGU 
PERTEMUAN YANG TAK TERDUGA
KAN KU LIHAT MERENUNG MANJA
GETARAN PUN MELANDA JIWA
ADAKAH CINTAKAN BERBUNGA

TAKKU SANGKA KITA SEJIWA
PUNYA RASA CITA YANG SAMA
DIRIKU RATU DIHATIMU
KAN KAU BAGI DEWA HATIKU

WALAU SEKETIKA PERTEMUAN
KITA TERPISAH DENGAN LAUTAN
NAMUN KAU TETAP KAU DIINGATAN
DIRIMU TAK MUNGKIN KU LUPA

SAYANG DENGARKANLAH DENDANGAN
BUATMU INSAN YANG TERCINTA
BIAR JAUH DARI PANDANGAN
DI HATI TETAPKAN BERSAMA

PERTEMUAN YANG TAK TERDUGA
KAU KU LIHAT MERENUNG MANJA
GETARAN PUN MELANDA JIWA
ADAKAH CINTAKAN BERBUNGA

TAKKU SANGKA KITA SEJIWA
PUNYA RASA CITA YANG SAMA
DIRIKU RATU DIHATIMU
KAN KAU BAGI DEWA HATIKU

PERTEMUAN YANG TAK TERDUGA
KAU KU LIHAT MERENUNG MANJA
GETARAN PUN MELANDA JIWA
ADAKAH CINTAKAN BERBUNGA

07. SEDALAM MANA CINTAMU
ARTIS : SAFURA
CIPTAAN : LY / BAIDURI
GENRE : POP BALADA
ALBUM : SEDALAM MANA CINTAMU
ULASAN :
Lagu ini sememangnya sangat popular tahun 1997 kerana melodi dan liriknya yang puitis. Walaupun album Liza Hanim lagi popular daripada album Safura, namun, dari sudut single utama paling popular sememangnya di menangi oleh Safura. Lagu ini boleh dikatakan diputarkan hampir semua radio Melayu di Malaysia pada tahun itu. 
Muzik Video Sedalam Mana Cintamu
LIRIK LAGU 
KAU BERJANJI AKAN MASIH SEPERTI DAHULU
MENYINTAI MENYANGI KU DENGAN SEPENUH HATI
DALAM HUJAN DAN KEMARAU KAU LINDUNGI AKU
BELUM PUAS KU KECAPI HANGAT KASIH MU

CHORUS
SEJAK ENGKAU PERGI
KAU BAWA BERSAMA BISA HATI INI
KEMBALIKAN BELAIN JIWA KU
MOGA CINTA BERCAHAYA SELAMANYA

SEDALAM MANA CINTAMU
HINGGA SANGGUP MELUKAKAN HATI INI
DI KALA RINDU, KASIH SAYANG MU DI SISI KU HINGGA AKHIR NANTI
PULANGKANLAH BINTANG SIANG DAN MALAM KU
LEPASKANLAH SENGSARA INI
KATAKANLAH ENGKAU MENJADI MILIK KU
BERJANJILAH HILANGKAN RESAH KU

08. NALURI (HADIRLAH KASIH)
ARTIS : NORA
CIPTAAN : JOHAN NAWAWI
GENRE: POP BALADA
ALBUM : NALURI
ULASAN :
Lagu ini meneruskan populariti Nora dengan lagu yang memerlukan vokal gemersik dan merdu. Lagu ini juga menjadi salah satu lagu tema drama Cinta Antara Benua dan layak ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1997.
Muzik Video Naluri
LIRIK LAGU
KETIKA DIRIKU, SEOLAH TIADA BERMAYA
TERASA SANG BAYU, MENEGUR PASRAHKU
MASIH ADA LAGI, SI DIA YANG PASTI
DAPAT MEMBAWAKAN BAHAGIA
SEGALA HARAPAN, TERNYATA BUKAN KHAYALAN
KAU HADIR DEPANKU, MENGHULURKAN TANGANMU

 CHORUS
HADIRLAH KEKASIH, HADIRLAH KEKASIH
HADIRLAH DIKAU DALAM MIMPIKU
CINTA INI HANYALAH PADAMU
OH! HADIRLAH KEKASIH
HADIRLAH KE DASAR HATI INI
KERNA KASIH BERSAMAMU
NALURIKU RASA BAHAGIA
ULANG CHORUS

09. GETARAN CINTA DI JIWA
ARTIS : LIZA HANIM
CIPTAAN : ADNAN ABU HASSAN / HANI MJ
GENRE : POP BALADA
ALBUM : EPILOG
ULASAN :
Lagu ini sangat menarik kerana mengunakan konsep Pop Akustik dan merupakan lagu pertama Liza Hanim di dalam industri muzik tanahair. Selain berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1998, lagu ini juga memegang rekod sebagai satu-satunya lagu paling lama dalam carta Muzik Muzik iaitu selama 51 minggu. Hampir setahun di dalam carta dan ini adalah suatu yang menakjubkan.
Muzik Video Getaran Cinta Di Jiwa
LIRIK LAGU
DI HATIKU CINTA BERMULA
DAN RINDUKU SEHARUM BUNGA
SETIAP DETK KINI NYATA HANYA DIRIMU
OH SAYANG
 NAMUN JAUH DI SUDUT HATI
MUNGKINKAH KAU DAKU MILIKI
TAK INGIN DAKU, BERSENDIRI LAGI
KEHILANGAN MU OH KASIH
TAK SANGGUP KU MENGHADAPI
TUHAN SESUNGGUHNYA KAU LEBIH MENGERTI

CHORUS
PEDIH MENYASIKAN KAU DAN DIA
PILU, AIR MATA MENGALIR DI PIPI
HAMPA, IMPIANKU LUKA BERDARAH
MANA HARUSKU  BAWA HATI YANG KECEWA
TAK SANGGUP KEHILANGANMU
WALAU ITU HANYA DALAM MIMPIKU
DENGARKANLAH OH SAYANG, BICARAKU
SESUNGGUHNYA KU MENYINTAIMU

KU LUAHKAN PERASAANKU
YANG TERPENDAM DI DALAM KALBU
KUTULIS LAGU
DENGARKANLAH, GETARAN CINTA DI JIWA
SEANDAINYA DIKAU MENGERTI
KATAKANLAH PADA DIRIKU
SIAPAKAH YANG ADA DIHATIMU
TELAH SEKIAN LAMANYA KAU BERTAKHTA DALAM JIWA
SETIAP KETIKA RINDU KU UNTUKMU

10. APA KU RASA
ARTIS : SHIMA
CIPTAAN: FAUZI MARZUKI / DARWISH
GENRE : POP ROCK
ALBUM : RASA
ULASAN :
Lagu ini merupakan salah satu lagu terbaik Shima kerana berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1997 dan susunan muzik lagu ini juga sangat bagus dan mantap. Malah, Shima juga membuat pilihan terbaik apabila menjadikan lagu berentak Pop Rock menjadi single utama beliau untuk album ketika itu kerana lagu ini cukup popular pada tahun 1997.
Muzik Video Apaku Rasa
LIRIK LAGU
TELAH AKU MERASA, BAGAI RIBUT MELANDA
MENGHEMPAS JIWA
MUNGKIN TIDAK KAU TAHU, PERASAAN MURNIKU
PADA DIRIMU

CHORUS
KINI AKU MERINDU, AKU BENAR BERSUNGGUH
MENYINTAIMU
BUKAN LAGI BERPURA, TAPI ITU HAKIKATNYA
ITULAH YANG BENAR KU RASA
PERCAYA, KEPADA KATA
BUKAN LAGI BERAHSIA
PERCAYA, KEPADA JANJI
BUKAN SEKADAR DI BIBIR
USAHLAH, KAU MENDUGA
MENJADI HIDUPKU GERHANA
USAHLAH, KAU HINDARI
MENJAUHKAN DIRI DARI SISI
ULANG CHORUS

TELAH AKU MERASA, BAGAI RIBUT MELANDA
MENGHEMPAS JIWA
MUNGKIN TIDAK KAU TAHU, PERASAAN MURNIKU
PADA DIRIMU

11. KAU TETAP DI DALAM ANGANKU
ARTIS : AZIE
CIPTAAN: SAARI AMRI / FITRI AMRI
GENRE : POP BALADA
ALBUM : KAU TETAP DALAM ANGANKU
ULASAN :
Lagu berhantu ini memang sangat popular kerana ianya seperti kesinambungan lagu popular lama Azie berjudul Pelamin Anganku Musnah. Vokal unik Azie dalam melagukan Balada sebegini juga menjadi tarikan utama  kepada para pendengar untuk mendengarnya dan album beliau juga laris di pasaran.
Muzik Video Kau Tetap Di Dalam Anganku
LIRIK LAGU
SEKILAS KU TERINGAT, DETIK - DETIK YANG LEPAS
INDAHNYA PERKASIHAN, SEMACAM KU RASAKAN
TAK SANGGUP RASANYA, SESAAT DITINGGALKAN
DAN SEBOLEH-BOLEHNYA, KAU INGIN MENGIKUTMU
WALAU KE LURAH DALAM, AKU SANGGUP TERLUKA
DEMI KERANA SAYANG, APA JUA KURELA
JIWA DAN RAGA

CHORUS
ENGKAU SAJA YANG SENTIASA, BERMAIN DI FIKIRAN
TIAP MASA DAN KETIKA
TAK TERLINTAS DI HATI INI, UNTUK CURANG KEPADAMU
OH KEKASIH
AKU BERHARAP PENDIRIAN ENGKAU JUGA
SAMA - SAMA PERTAHANKAN KEBAHAGIAAN
WALAU DIACU BELATI TAJAM MENGUGUTKU
CINTA AKU KASIH AKU TETAP UNTUKMU
SAMPAI KE MATI, HANYA ITU MAMPU KU BERI

TERSENTAK LAMUNAN
BILA DIRI INI DISENTUH, OLEH SESEORANG
KU CUBA DAMAIKAN, HATI YANG KIAN BERKOCAK
AGAR PERASAAN SEDIHKU TIDAK NAMPAK
DI PUSARA INI, KU SEDIA BERDIRI
BERSAMA DOA - DOA, TAK PUTUS KUHULURKAN
ITULAH TANDA KASIH.. KASIH YANG SEBENAR
WAJAH DAN SENYUMANMU, SENTIASA KU ANGANKAN
ADUHAI SAYANG OH..

12. RINDU PADANYA
ARTIS : CAMELIA
CIPTAAN: ADNAN ABU HASSAN / HANI MJ
GENRE : POP BALADA
ALBUM : CAMELIA
ULASAN :
Camelia mempunyai vokal yang berbeza dengan penyanyi seangkatannya dan ini memudahkan peminat baru untuk mengenali vokal beliau. Tambahan pula muzik beliau lebih fokus pada muzik R&B. Lagu ini sangat popular di kalangan pasangan yang tengah bercinta ketika itu. 
Muzik Video Rindu Padanya
LIRIK LAGU
SEJAK TERPANDANG WAJAHMU, HATIKU BERTANYA SELALU
SIAPA DIA MENGIKAT PANDANGANKU
SERINGKALI DIA BERLALU
DI HADAPAN DAN MENYAPAKU
SEHINGGA HATIKU SERINGKALI MERINDU
TERBAYANG WAJAHMU DI MATAKU

INGIN KU TANYA NAMANYA
TAPI HATIKU RASA MALU
TAK TERUCAP WALAU SEPATAH KATA
MUNGKINKAH DIRIKU TELAH DILAMUN CINTA
OH.. HATIKU RESAH SELALU

CHORUS
HARUSKAH AKU MENYATAKAN
PERASAAN KEPADANYA
MUNGKINKAH DIA KINI TELAH BERPUNYA
GETAR HATI MAKIN TERASA
BILA TERDENGAR SUARA DAN BERTENTANG MATA
KU BAGAIKAN BEBUNGA KEHUJANAN
 BERKEMBANG MEKAR
DI SETIAP KETIKA

TIDUR MALAMKU TAK LENA
ASYIK TERINGAT PADANYA 
BILAKAH MENTARI MEMANCARKAN CAHAYA
HANYALAH DIRINYA BERMIAN DI INGATAN
OH TUHAN KU RINDU PADANYA

13. CINTA ANTARA BENUA
ARTIS : ARNI NAZIRA 
CIPTAAN: JARI / AZAM DUNGUN
GENRE : POP BALADA
ALBUM : CINTA ANTARA BENUA
ULASAN :
Arni Nazira beruntung kerana dipilih menyanyikan lagu tema Cinta Antara Benua (judul drama dan tajuk lagu tema adalah sama) kerana secara tidak langsung ia akan menolong menaikkan populariti Arni sebagai salah seorang artis baru popular tahun itu. 
Muzik Video Cinta Antara Benua
LIRIK LAGU
TIADA KATA HARUS KU LAFAZKAN
UNTUK MENYATAKAN CINTAKU PADAMU
HEMBUSAN RINDU ANTARA BENUA
TERNYATA SYAHDU MEMBELAI
CHORUS 
AKU JUA SEPERTI MU KASIH
MERINDUMU SEPANJANG HAYATKU
SABARLAH MENANTI HADIRKU
WALAU BERJAUHAN, WALAU KESUNYIAN
KU TETAP MENANTIMU HINGGA KE AKHIR NANTI
ITULAH SUMPAH KITA YANG TERPATRI
TAK MUNGKINKAH TERLERAI SELAMANYA

TIADA KATA HARUS KULAFAZKAN
ASYIKNYA DEBAR CINTAKU PADAMU
RIAK ASMARA YANG MENGUSAP HATI
TERNYATA HEBATNYA CINTA

14. NURANI
ARTIS : EISYA
CIPTAAN: ABDUL GHANI ILYAS
GENRE : POP BALADA
ALBUM : NURANI
ULASAN :
Sebab utama lagu ini menjadi sangat popular ialah kerana muzik video lagu ini keluar di TV3 hampir setiap hari sehingga berminggu-minggunya. Selepas itu, baru radio di seluruh Malaysia baru mula memutarkannya sehingga menjadi salah satu lagu popular tahun 1997. Selain itu, lagu ini juga turut popular kerana nada tingginya yang agak sukar jika dinyanyikan secara live. Namun, ianya tidak menjadi kepada penyanyi asal lagu ini iaitu Eisya kerana lagu itu sememangnya sesuai dengan vokal beliau.
Muzik Video Nurani
LIRIK LAGU
DI KALA MALAM SEPI BILA KU SENDIRIAN
KISAH SILAM DATANG MENJELMA
WALAUPUN SEMUANYA TELAH BERLAKU
TAPI TETAP SEGAR DI DALAM INGATANKU

BILA KUKENANG MASA YANG LALU
AIRMATAKU MEMBASAHI PIPI
ANGIN NAN MALAM TEMAN SEJATI
UNTUK MENGUBATI HATIKU RINDU PADAMU

CHORUS
NURANI, KAU LAMBANG CINTAKU
OH NURANI
NAMAMU SENTIASA DI HATIKU SAYANG
MASIH SEGAR DALAM INGATANKU
DIHARI PERNIKAHAN KITA
KU CIUM TANGANMU
DAN KAU MENGUCUP DAHIKU
KU TERASA SUNGGUH BAHAGIA
KERANA DAPAT HIDUP BERSAMAMU
MOGA KASIH SAYANG KITA
KEKAL UNTUK SELAMANYA
ULANG CHORUS

TAPI SEDIKIT TAK KU DUGA
IA HANYA SEBENTAR SAJA
KASIH YANG DIIKAT TELAH TERLERAI JUGA
SEMASA KEPULANGANMU
KAU DITIMPA BENCANA
KAU TINGGALKAN DIRIKU
UNTUK SELAMA - LAMANYA

NURANI 3X

15. KE SAYUP BINTANG
ARTIS : NING BAIZURA
CIPTAAN: FAUZI MARZUKI / AMRAN OMAR
GENRE : POP R&B
ALBUM : KE SAYUP BINTANG
ULASAN :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Ning yang dikenali dengan teknik nyanyian berbisik kerana hampir keseluruhan lagu ini menggunakan teknik nyanyian nada rendah yang sangat mantap dan merdu. Konsep lagu ini sangat jauh berbeza dengan lagu-lagu Ning sebelum ini yang banyak menggunakan vokal nada tinggi. Susunan muzik yang sangat bagus dan liriknya juga puitis telah menjadikan lagu ini sebagai salah satu lagu terbaik di sepanjang karier Ning Baizura.
Muzik Video Ke Sayup Bintang
LIRIK LAGU
KITA BERTEMU, DI BATASAN WAKTU
MENGENAL ERTINYA RINDU
INDAH MENYATU, KASIHMU KASIHKU
DI BAWAH AWAN SETUJU
CINTA YANG KU DAMBAKAN 
SEKIAN LAMA
KINI DATANG MENGISI HALAMAN
MENGHIDUPKAN KEMBALI
RUANG NAN SUNYI
KAU YANG MEMBERI
KAU MENGHIASI
HIDUP SEINDAH MIMPI

CHORUS
KE SAYUP BINTANG KU LEPASKAN
SEGALA RESAH DI JIWA BERSAMAMU
INGIN DAKU MENGECAPI BAHAGIA
KE SAYUP PANDANG KU LETAKKAN
HARAPAN YANG BERMAKNA
KAU YANG KU CINTA
KAU YANG BERTAKHTA
KAU SEGALANYA, DI MATA DAN HATI INI

INDAH CINTAMU, SEINDAH PELANGI
SETELAH RINTIK GERIMIS
AKU LENA MENYUSUR, HARI BERGANTI
TIDAK INGIN LEPASKAN KAU PERGI
KAULAH KERLIPAN SAKTI
YANG MENYINARI, MOGA ABADI
TERUS BERSEMI, HINGGA KE AKHIR NANTI
SELAMANYA

16. GEMA REMBULAN
ARTIS : AMY MASTURA
CIPTAAN: J.BOYLE / D.BAHAREIN
GENRE : POP MODEN KLASIK
ALBUM : PUTERI
ULASAN :
Amy Mastura sememangnya  cukup terkenal dengan konsep albumnya yang sangat berbeza dengan artis arus perdana yang lain sejak di awal kemunculannya lagi. Kebanyakan lagu beliau mempunyai pengaruh muzik Pop Jepun dan berkonsepkan lagu ceria. Dan kini beliau telah membuat kejutan dengan menyanyikan lagi berentak Pop Moden Klasikal di mana ia memerlukan teknik nyanyian yang agak berbeza sedikit berbanding dengan gaya nyanyian Amy Mastura sebelum ini. Namun, yang pastinya Amy Mastura telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan terbaik dan hasilnya lagu ini telah menjadi salah satu lagu paling popular untuk lagu tema filem beliau berjudul Puteri Impian.
Muzik Video Gema Rembulan
LIRIK LAGU
 BULAN MENYINARI DI ANGKASA
MENEBUS KEGELAPAN CUACA
TAK TERBANDING SEGALANYA DI SULUHKAN NYATA
SEMALAMAN MENYINARIKAH SEGENAP MATA

ANDAINYALAH MENCIPTAKAN HATI
SI PEMUDA NDA PEMUDI PERI
DI SEGENAP SUDUT, KE SELURUH NEGERI
SANG REMBULAN 
MENYERIKAN BUMI

17. FANTASI O REALITI
ARTIS : NORYN AZIZ
CIPTAAN: ZAINAL RAMPA / NORYN AZIZ
GENRE : POP/ROCK ALTERNATIF
ALBUM : FANTASI O REALITI
ULASAN :
Noryn Aziz memang diakui sebagai salah seorang artis Malaysia yang sangat versatile dengan keupayaan vokalnya yang unik. Sebelum beliau muncul secara solo dengan membawa konsep Pop/Rock Alternatif, beliau adalah merupakan salah seorang ahli kumpulan Sister Sister yang membawakan lagu berentak irama Pop Komersial. Kini, dengan perubahan konsep lagu yang dibawakan oleh beliau, ianya secara tidak langsung menunjukkan yang beliau adalah artis yang berbakat besar dan boleh menyanyikan pelbagai lagu mengikut kesesuaian vokal unik beliau.
Muzik Video Fantasi O Realiti
LIRIK LAGU
DI SINI KU BERDIRI RESAH MENYALUTI
AWAN-AWA KELABU SERING MENGELABUI
CUBA AKU MENGHENTI, HENTIKAN RESAH INI

KUCUBA BERLARI MENGAPAI AWAN TINGGI
WALAU CUMA SECEBIS AKU TERINGIN
LALU AKU BERLARI HENTIKAN RESAH INI

OO OO OO OO  U YA YA
FANTASI O REALITI
FANTASI O REALITI
KINI AKU SENDIRI
CUBA KUHENTIKAN RESAH INI
YANG SERABUT DI DALAM HATI
 DI SINI KU BERDIRI RESAH MENYALUTI
AWAN - AWAN KELABU SERING MENGELABUI

OO OO OO OO  U YA YA
FANTASI O REALITI
FANTASI O REALITI
KINI AKU SENDIRI
CUBA KUHENTIKAN RESAH INI
YANG SERABUT DI DALAM HATI

FANTASI DAN REALITI
UYEH .. UYEH..
REALITI O REALITI UH UH UH UUUU
FANTASI DAN REALITI  UYEH... UYEH
CUBA KU HENTIKAN RESAH INI
YANG SERABUT DI DALAM HATI 

18. JELING MENJELING
ARTIS : HAIZA
CIPTAAN: unknown
GENRE : DANGDUT
ALBUM : WAJAH
ULASAN :
Lagu Dangdut ini telah berjaya mempertahankan nama Haiza sebagai salah seorang penyanyi Dangdut popular pada tahun itu. Ini kerana lagu Dangdut ini mempunyai irama yang agak berbeza dengan kebanyakan lagu Dangdut lain yang berada di pasaran ketika itu.
Muzik Video Jeling Menjeling
LIRIK LAGU
LENGGANG MELENGGANG LENGGOK
MELENGGANG SAMBIL MELENGGOK
HAI LENGGANG - LENGGANG SERONOK
SAMBIL CARI PASANGAN
YANG MANA BERKENAN
AHAI HAI JADIKAN KAWAN
BUAT TEMAN BERJALAN - JALAN

JELING OI SAMBIL MENJELING
JELING HAI MENJELING
JELING KIRI DAN KANAN
INGIN DI BUAT KAWAN

OI TAPI OI JANGAN OI
JANGAN CIK ABANG RAPAT
OI SAYA JANGAN DIJERAT OI
JANGAN NAK BUAT KACAU
ABANG JANG MENGIGAU
AHAI HAI BAK KENA ANGAU
CUKUPLAH JELING BERGURAU
SEKADAR JELING BERGURAU

JELING OI SAMBIL MENJELING
JELING OI SAMBIL MENJELING

19. KAU KASIH KU SAYANG
ARTIS : ASHA MALIK
CIPTAAN: ADNAN ABU HASSAN / SHAM AMIR HUSSIN
GENRE : DANGDUT
ALBUM : KAU KASIH KU SAYANG
ULASAN :
Lagu ini unik kerana boleh dikatakan ini adalah lagu Dangdut pertama ciptaan Allahyarham Dato' Adnan Abu Hassan yang sebelum ini cukup terkenal dengan lagu ciptaannya yang berentak Pop Komersial dan Balada. Malah, kebetulan pula lagu ini juga telah dinyanyikan oleh seorang penyanyi baru ketika itu yang bernama Asha Malik. Hasilnya sangat memberangsangkan apabila lagu ini popular dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Kategori Irama Malaysia tahun 1997.
Muzik Video Kau Kasih Ku Sayang
LIRIK LAGU
DULU KU HILANG MENYEPI
 MENANGIS AKU SENDIRI
SEKSANYA RASA HATI
CINTAKU KASIHKU HANCUR SEPI OOO

KINI KAU HADIR KEMBALI
SINARI HIDUPKU INI
BAGAIKAN TAK PERCAYA
GEMBIRA RASA DI HATIKU INI
PERCAYALAH PADAKU 
TAK AKAN BERULANG LAGI KISAH ITU
MAAFKANLAH SAYANG KEPADA DIRIKU
AGAR CINTA KITA KAN KEKAL ABADI

CHORUS
KAU KASIH AKU SAYANG
AAA AKU CINTA AKU RINDU
OH, ASYIKNYA BILA DILANDA ASMARA OH..
KAUKASIH AKU SAYANG
KAU CINTA AAA AKU RINDU
OH, BEGINILAH DUA INSAN BERCINTA

JANGAN KAU PERGI LAGI
TINGGALKAN AKU HIDUP MENYENDIRI
MANAKAH JANJI SUCI DULU TERHADAPKU
YANG SETIA MENANTO
OH CINTA KITA
20. UNGKAPAN KATA BERNAFAS CINTA
ARTIS : FEEZA
CIPTAAN: AZMIRA
GENRE : POP BALADA
ALBUM : KEHADIRAN
ULASAN :
Feeza boleh dikatakan sebagai Artis One Hit Wonder kerana beliau hanya popular dengan satu lagu sahaja iaitu berjudul Ungkapan Kata Bernafas Cinta. Lagu Pop Balada ini pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1997 dan ianya masih diminati sehingga kini. 
Muzik Video Ungkapan Kata Bernafas Cinta
LIRIK LAGU
DIKEHENINGAN MALAM YANG PANJANG
MATAKU MATAMU BERTENTANGAN
TERJALIN SEMANGAT YANG MEMBUKA RAHSIA DI JIWA
DENGAN GETARAN RASA KAU BISIKAN
UNGKAPAN KATAKU BERNAFAS CINTA
INDAHNYA DEBARAN SAAT PERTAMA BERSUA

CHORUS
TAK PERNAHKU HARAPKAN BERSUMPAH SETIA 
DEMI KERANA ALAM 
DAN MALAM TELAH INI MENJADI SAKSI KITA
IKRAR CINTA ABADI YANG BERSEMI
LENA DI BUAI ANGIN MALAM INI
KITA BERDUA
BERTEMU RINDU BERSAKSI PURNAMA
KITA BERSAMA SALING BERCINTA
SEHATI DAN SEJIWA
KITA BERSAMA SALING BERDOA
BERKEKALAN AKHIRNYA

AKAN DATANG 
(LINK ARTIKEL AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN)

LAGU MELAYU PALING TOP TAHUN 1997 (LELAKI) - belum dikemaskini
LAGU MELAYU PALING TOP TAHUN 1998 - belum dikemaskini
Diva Pop Ziana Zain

Sumber : Semua Gambar, & Video Muzik adalah daripada Google/You Tube

7 comments:

  1. Memang semua artist perempuan ni mama minat. Lagu diorg semua best boleh layan smpai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju mama. lagu dorg mmg best best. hihi. :D

      Delete
  2. banyaknya lirik lagu..

    memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. best kan lagu2x mereka. hihi. :)

      Delete
  3. Oh sy dah tak ingat kegemilangan nasyid dulu kala, tau tau je entah mcmana sesetengah lirik lagu nasyid mmg ada dlm kepala.. Baru dengar semula lagu ziana zain puncak kasih tu, penuh nostalgia!.. Ok nanti2 ada masa free baru nk dgr lagu2 yg GV senaraikan tu.. Entri yg menggamit memori~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasyid tahun 1997 mmg sangat fenomena. hihi. lagu puncak kasih mmg sangat nostalgia. mengimbau kenangan era 90 an. Terima kasih sudi baca dan dengar lagu di atas. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.