Ads Top

ANIME PALING DIGEMARI BUDAK 90 AN

Rancangan anime atau kartun atau live action sudah lama bertapak di Malaysia sejak hujung 80 an lagi. Kebanyakan rancangan anime ini berasal daripada Jepun dan Hollywood. Untuk zaman sekarang boleh dikatakan Boruto, Naruto Shippuden, One Piece, Bleach, dan banyak lagi telah menjadi trending di kalangan peminat anime. Namun, tahukah anda apakah anime atau kartun yang pernah menjadi fenomena di kalangan penduduk Malaysia di era 90 an ? Jika ingin tahu, jom kita baca di bawah. (senarai di bawah turut meliputi rancangan live action).

10 KARTUN/ANIME/LIVE ACTION 
PALING POPULAR DI ERA 90 AN

01. DORAEMON
Doraemon adalah anime Jepun paling berpengaruh di Malaysia ketika era 90 an sehinggalah sekarang. Anime yang menceritakan persahabatan antara robot kucing masa depan dengan manusia abad lepas sememangnya amat menarik dan relevan sepanjang masa. Komik Doraemon mula diterbitkan pada tahun 1969 dan mula dijadikan anime untuk pertama kali pada tahun 1973 di Jepun. Sewaktu kartun Doraemon mula ditayangkan di Malaysia pada tahun 1990, ianya terus menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ianya tidak menghairankan kerana kartun ini mempunyai banyak karakter menarik seperti Doraemon sendiri yang merupakan kucing masa depan yang boleh bercakap dan mempunyai alat ajaib di dalam poket sakunya. Begitu juga dengan watak Nobita yang selalu kelam kabut tetapi mempunyai hati yang lembut dan sangat baik hati. Selain itu, jalan cerita kartun ini yang banyak melibatkan dunia fantasi yang tidak keterlaluan juga menjadi faktor utama kenapa kartun ini sesuai ditonton untuk semua golongan umur.

02. DRAGON BALL

Kartun kedua yang mencetuskan fenomena yang sangat hebat di era 90 an ialah kartun Dragon Ball. Watak Son Goku adalah watak paling popular di dalam anime dan komik ini. Ianya mengisahkan kisah perjalanan hidup seorang lelaki bernama Son Goku yang mempunyai kuasa ajaib Super Saiya menolong Bulma dan beberapa rakan yang lain mencari 7 buah bola naga ajaib yang mempunyai kuasa untuk menunaikan apa sahaja hajat mereka. Di dalam perjalanan mereka mencari bahan ajaib itu berlaku macam-macam peristiwa samada drama, komedi dan juga air mata. Ianya boleh dikatakan anime Naruto versi 90an.

03. ULTRAMAN
Ultraman ialah kisah superhero gergasi yang mempunyai kuasa hebat berlawan dengan raksasa jahat demi menjaga keamanan dunia. Perbezaan populariti Ultraman dengan Doraemon dan Dragon Ball ialah Ultraman lebih popular dengan rancangan Live Action dan bukannya anime seperti kebiasaannya. Terdapat banyak jenis Ultraman dan kesemuanya mempunyai rancangan Live Action Ultraman tersendiri. Namun, untuk era 90 an, Ultraman yang paling diingati pastinya ialah Ultraman Ace yang ditayangkan di TV3. Ini disebabkan hanya rancangan Ultraman Ace sahaja yang ditayangkan secara konsisten di televisyen ketika itu walaupun ada masa ketikanya ada juga diselitkan sedikit rancangan Live Action abang Ultraman yang lain seperti Ultra Q, Ultra Seven, Ultraman Taro dan Ultraman Leo.

04. X-MEN
X-Men boleh dikatakan kartun Hollywood paling popular di Malaysia pada era 90 an. Ianya mengisahkan kisah sekumpulan mutant yang mempunyai kuasa luar biasa yang terbahagi kepada dua kategori iaitu mutant baik dan mutant jahat. Mutant baik percaya yang mereka boleh hidup aman damai dengan manusia walaupun menghadapi pelbagai halangan dan ianya berbeza dengan mutant jahat yang berfikiran sebaliknya. Watak yang paling digemari di dalam kartun ini pastinya Wolverine, Storm, Jean Grey, Rogue, Cyclops, Professor X dan banyak lagi.

05. STREET FIGHTER
Jika X-Men lebih fokus kepada kuasa mutant, berbeza dengan Street Fighter yang lebih fokus pada kuasa seni pertahanan diri yang hebat dan pakaian watak kartun ini banyak dipengaruhi tempat asal negara mereka. Contohnya seperti watak Ryu yang mewakili negara Jepun, Guy watak orang Amerika, Chun Li watak orang China, Zangieff orang Rusia, Cammy Britain, Blanka Brazil, Rashid Arab, Dhalsim India, Sagat Thailand dan banyak lagi. Kekuatan kartun ini terletak pada kuasa berlawan mereka yang melibatkan teknik perlawanan unik seperti Kung Fu, Karate, Taekwando, Tomoi dan banyak lagi.

06. POWER RANGERS
Anda pernah menonton rancangan Flashman dan Maskman daripada Jepun? Pasti kita akan dapati
persamaan yang ketara dengan Power Rangers. Walaupun begitu, Power Rangers lebih popular kerana ia konsisten ditayangkan di televisyen dan jalan cerita Power Rangers juga sentiasa berkembang dan menarik. Secara ringkasnya, Power Rangers mengisahkan lima orang  muda yang mendapat kuasa ajaib daripada makhluk asing dan berlawan dengan raksasa jahat dengan memakai pakaian kostum hebat yang terdiri daripada lima warna kostum iaitu merah, merah jambu, kuning, biru dan hitam.

07. SPIDERMAN
Kartun Spiderman lebih popular daripada kartun Batman dan Superman kerana jalan cerita kartun Spiderman yang lebih baik dan selalu dikaitkan dengan watak superhero lain seperti X-Men. Malah, watak kartun Spiderman juga lebih popular di kalangan kanak-kanak era 90 an berbanding Batman dan Superman. Watak pembantu Spiderman iaitu Firestar dan Iceman juga turut membantu populariti kartun Spiderman.

08. SAILOR MOON
"Dengan Kekuatan Bulan Akan Menghukummu". Itulah kata-kata hikmat daripada Sailor Moon. Jalan cerita Sailor Moon yang melibatkan mahkluk bulan, planet dan galaksi lain menjadikan kartun ini berbeza dengan anime yang lain. Malah nama watak yang lain seperti Sailor Venus, Sailor Jupiter, Sailor Mars, Sailor Mercury, Sailor Venus, Sailor Neptune, Sailor Pluto dan Sailor Saturn juga sangat menarik kerana setiap daripada mereka mempunyai kuasa unik dan berbeza antara satu sama lain. Malah, anime ini juga satu-satunya anime yang menampilkan superhero utamanya ialah wanita dan sangat popular di kalangan penggemar kartun di Malaysia ketika itu.

09. KESATRIA BAJA HITAM
Satria Baja Hitam Live Action pernah mencetuskan fenomena yang hebat pada awal 90 an. Kostum
hero yang  berasaskan belalang itu memang kelihatan sangat canggih ketika itu dan jalan ceritanya juga menarik.
10. USOP SANTORIAN
Rasanya majoriti rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa Usop Santorian aadalah kartun tempatan yang pertama ditayangkan di TV1 dan sangat popular ketika di era 90 an. Ianya mula ditayangkan pada tahun 1996 sehingga 1998. Secara ringkasnya, kartun ini mengisahkan kisah hidup Usop bersama rakan-rakannya di Kampung Parit Sonto dan banyak adegan-adegan komedi berunsurkan nasihat di dalam kartun ini. Kartun Usop ini pastinya  mengimbau kenangan kanak-kanak di era 90 an dan akan diingati sebagai kartun legenda Malaysia sampai bila-bila.

Sumber : Google Image.


6 comments:

  1. Memang betul Zaman Tu semua katun ni lah yg dilayan

    ReplyDelete
  2. Haha episod dragon ball tu kemain panjang.. Katun Yokies yg bulat2 mcm telur pun best.. Tp zaman skrng ni best layan spongebob dgn katun larva je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. hahaha. malah dragon ball tetap popular sampai skang. Yokiesssss. kartun tu best juga. spongebob dan larva dua dua best juga. hihi.

      Delete
  3. hi drop by at my website :D also posted about anime https://hashiramin.blogspot.my/2017/08/top-5-anime-yang-popular-korang-patut.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Tq sudi singgah. Nanti GV singgah blog kak N ya. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.