Ads Top

SITI NORDIANA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Siti Nordiana adalah salah seorang penyanyi wanita yang paling popular dan berjaya di Malaysia ketika ini. Beliau adalah di antara segelintir artis era 1990 an yang berjaya mengekalkan populariti untuk suatu jangka masa yang agak lama iaitu bermula tahun 1999 sehingga kini. Beliau juga merupakan  perintis awal kepada lagu-lagu Pop shahdu dan tangkap lentoq di awal 2000 an dahulu bersama dengan Elly Mazlein, kumpulan New Boyz, kumpulan Spin dan Syura. Kini, beliau telah digelar The Finnese Queen of Leman oleh peminat seni tempatan kerana pengaruh lagu beliau yang sangat besar di kalangan peminat yang gemarkan lagu shahdu dan mendayu-dayu di Malaysia. Selain itu, beliau juga turut digelar Ratu Pop Malaysia kerana berjaya memenangi anugerah-anugerah besar di Malaysia dan diminati ramai peminat. 

                                

BIODATA RINGKAS SITI NORDIANA

Nama  Penuh : Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir : 22 November 1984
Umur : 36 tahun
Tempat Lahir : Negeri Sembilan
Tahun Aktif : 1999 - kini
Album Studio : 5
Gurindam Rindu Berkasih 1999
Luahan Hati Kekasih 2000
Bingkisan Kasih 2002
Pelangi 2004
Semakin Jelas 2011
Anakku Sayang 2015
Lain-Lain Album
The Best of Siti Nordiana - Rintihan 2002
Cahaya Kekasih 2007
Antara Pencapaian Utama :
Penyanyi Baru Paling Popular, Majalah Mangga 1999
Finalis Konsert Pilihan Hits Pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur & Radio Muzik 2002 (Memori Berkasih)
Juara Gegar Vaganza 2015
Artis Youtube Popular ABP 2016
Penyanyi Meletop, Anugerah Meletop Era 2017
Penyanyi Wanita Popular ABP 2017 & 2019
Juara Mentor 7 2018
Buku Umum Terbaik (Life Goes On), Anugerah Buku Negara 2019
Top Top Meletop Wanita, Anugerah Meletop 2019
Pengacara TV Popular ABP 2019


SITI NORDIANA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. CINTA HANYA SANDARAN
Komposer : Adnan Abu Hassan 
Penulis Lirik : Hani MJ
Album : Gurindam Rindu Berkasih
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini telah berjaya menjadikan Siti Nordiana sebagai salah seorang artis baru paling popular pada tahun 1999. Lagu ini sangat popular dan kerap dimainkan di radio tempatan. Kelunakan dan keunikan vokal beliau telah menjadikan beliau sebagai salah seorang idola remaja yang paling popular ketika itu selain Tomok dan Syura. Jika tidak silap, kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1999/2000 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 13 minggu.
  
Video Cinta Hanya Sandaran


02. GURAUAN BERKASIH (feat Achik Spin)
Komposer : Patrick Khamis
Penulis Lirik : Patrick Khamis
Album : Spin Roda Roda Rindu 
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini telah berjaya menaikkan lagi populariti kedua-dua penyanyi iaitu Siti Nordiana dan Kumpulan Spin pada tahun 2000 kerana lagu ini meletop di pasaran tempatan. Gadingan suara serasi bersama antara Siti Nordiana dan Achik Spin telah menjadikan mereka sebagai salah satu pasangan duet paling popular di Malaysia sepanjang zaman. 
Video Lagu Gurauan Berkasih


03. KASIHMU SEAKAN BERUBAH
Komposer : LY
Penulis Lirik :LY
Album : Luahan Hati Kekasih
Tahun : 2000
Catatan : Lagu unik ini telah mengukuhkan lagi populariti Siti Nordiana pada tahun 2000. Lagu ini diingati kerana melodinya yang indah dan alunan instrumen muzik Cina bernama Erhu di dalam lagu ini.
Video Lagu  Kasihmu Seakan Berubah


04. BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT
Komposer : Azmeer
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Luahan Hati Kekasih
Tahun : 2000
Catatan : Judul lagu ini pernah menjadi perbualan di kalangan para remaja ketika itu kerana ianya dikaitkan kuih bangkit. Walaupun begitu, lagu ini sebenarnya mempopularkan lagi nama Siti Nordiana apabila ianya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 2000 bersama dengan single terdahulu beliau berjudul Kasihmu Seakan Berubah. Kedua-dua lagu ini mendapat perhatian meluas di kalangan peminat seni hiburan tanahair dan seterusnya mengukuhkan lagi populariti beliau sebagai idola remaja ketika itu.
Video Lagu Bukan Mengungkit Tapi Membangkit


05. BAKAWALI (feat Syura)
Komposer : Yusry 
Penulis Lirik : Affendy
Album : Firus
Tahun : April 2001
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 2001 dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2001 di dalam kategori Etnik Kreatif. 
Video Lagu  Bakawali


06. MEMORI BERKASIH (feat Achik Spin)
Komposer : Patrick Khamis 
Penulis Lirik : Nai Dinamik
Album : Spin 2 Litar Asmara 
Tahun : 1 Mei 2001
Catatan : Lagu ini adalah di antara lagu duet paling popular di era 2000 an kerana ianya sangat popular di radio tempatan dan kerap menjadi lagu pilihan peminat seni hiburan untuk memyanyi di pusat karaoke. Selain itu, lagu ini juga pernah bertanding di Peringkat Akhir Konsert Pilihan Hits Pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur & Radio Muzik pada tahun 2002. Lebih menarik lagi, lagu ini juga pernah dirakamkan di dalam Bahasa Iban pada tahun 2003.
Video Lagu Pengingat Besulu (Memori Berkasih) 2003


07. PALING COMEL (feat Achik Spin)
Komposer : Aidit Alfian 
Penulis Lirik : Aidit Alfian
Album : Istimewa Untukmu
Tahun : 15 Jun 2003
Catatan : Lagu fenomena ini merupakan salah satu lagu paling popular di sepanjang era 2000 an. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2003 di dalam kategori Pop Rock. Perkataan Paling Comel juga sudah menjadi sinonim dengan Siti Nordiana dan arwah Achik Spin kerana populariti hebat lagu itu sehingga kini.
Video Lagu Paling Comel


08. BENANG EMAS (feat Achik Spin)
Komposer : Eddie Hamid 
Penulis Lirik : Ku Seman
Album : Benang Emas
Tahun : 2006
Catatan : Lagu irama Tradisional ini telah berjaya menempatkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2005 di dalam kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Lagu ini juga sangat popular di radio tempatan pada tahun 2005 dan 2006. 
Video Lagu Benang Emas

 
09. TERUS MENCINTAI
Komposer : Nana Alias 
Penulis Lirik : Nana Alias
Album :  -
Tahun : 2017
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu paling popular tahun 2017. Lagu ciptaan Siti Nordiana ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA 2017/2018 dan Carta Muzik Muzik 2018.
Video Lagu Terus Mencintai


10. HATIKU MILIKKMU
Komposer : Siti Nordiana
Penulis Lirik : Shana
Album : -
Tahun : 2018
Catatan : Lagu ini meneruskan populariti hebat Siti Nordiana di dalam bidang nyanyian  apabila lagu  ini meletop di pasaran dan menjadi salah satu lagu paling popular tahun 2018/2019.

Video Lagu Hatiku Milikkmu


11. SATUKAN RASA (feat Khai Bahar)
Komposer : Dinda & Kanda
Penulis Lirik : Iman Imran
Album : -
Tahun : 2019
Catatan : Kombinasi vokal Siti Nordiana dan Khai Bahar yang serasi bersama itu menjadikan lagu ini cepat popular dan diminati ramai. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 2019 dan juga berjaya  ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2019.
Video Lagu Satukan Rasa


12. ANGKARA
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Fedhri Yahya & Nana Alias
Album :  -
Tahun : 2020
Catatan : Lagu ini antara lagu paling cepat trending di kalangan peminat seni hiburan kerana kejayaan gimik promosi awal lagu ini yang mengunakan drama bersiri online di Youtube sebelum lagu baru ini dipersembahkan kepada umum.

Video Lagu Angkara

Album Siti Nordiana

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, praharaseni.blogspot.com

6 comments:

  1. Teringat video clip lagu dia yang ada pontianak tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tema filem Pusaka tu ke kak. Best juga lagu tu. huhu.

      Delete
  2. penyanyi ini juga cantik orangnya hahhaha

    ReplyDelete
  3. sy dulu x boleh terima suara nana ni sbb ms dia mula2 muncul kn ramai penyanyi perempuan... pastu dgr suara dia mcm x ckp nafas je hahaha skrg x lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nana telah berjaya membuktikan kehebatan vokal nana selepas gegar vaganza kan kak. huhu

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.