GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Saturday, March 11, 2017

10 PENYANYI WANITA BARU PALING POPULAR ERA 2000AN

Sepanjang era 2000an, terdapat ramai penyanyi baru wanita yang muncul dengan konsep muzik dan mutu persembahan yang berbeza antara satu sama lain. Berikut ialah 10 Penyanyi Wanita Baru Paling Popular era 2000an.

Penyanyi Baru Wanita Era 2000an


01. MISHA OMAR

Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2002
Lagu Megahits : Bunga Bunga Cinta, Halaman Cinta, Semoga Abadi, Pulangkan, Dedebu Cinta, Ku Seru, Nafas Cahaya. Sembunyi, Cinta Adam & Hawa
Ulasan : Beliau digelar sebagai Diva Alaf Baru. Dari tahun 2002 sampailah 2009, setiap tahun beliau mempunyai single hits dan selalu tercalon dalam anugerah popular dan terbaik muzik di Malaysia. Pernah dikatakan saingan baru Dato' Siti Nurhaliza ketika di awal kemunculan beliau dan kini beliau sudah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang Artis Wanita Paling Popular era 2000an.  

02.JACLYN VICTOR

Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2002, 2004
Lagu Megahits : Gemilang, Di Bawah Pohon Asmara, Ceritera Cinta, Wajah, Satu Harapan, Bertamu Di Kalbu
Ulasan : Beliau dikatakan sebagai Penyanyi Baru Terbaik era 2000an. Pemenang pertama Malaysian Idol ini adalah antara penyanyi wanita paling banyak mendapat anugerah di Malaysia. Disebabkan kehebatan vokal beliau, ramai juga penyanyi lain ketika itu risau berduet dengan beliau kerana takut tenggelam dengan kehebatan vokal beliau. 


03. SITI SARAH

Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2002
Lagu Megahits : Kesetiaan, Ku Teruskan, Sandarkan Pada Kenangan, Saat Hilang Cintamu, Jangan Kau Mimpi, Bersamamu
Ulasan : Beliau cukup dikenali dengan vokal unik dan style teknik vokal yang superb. Cukup popular pada awal kemunculan beliau dan pernah dikatakan saingan baru Dato' Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu. 


04. ADIBAH NOOR


Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2005
Lagu Megahits : Terlalu Istimewa
Ulasan : Penghibur serba boleh ini cukup dikenali sebagai penyanyi versatile kerana boleh menyanyikan pelbagai genre muzik. 


05. ELYANA





Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2001
Lagu Megahits : Niat, Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Kau Atau Aku, Kalis Rindu
Ulasan : Konsep muzik Elyana lebih kepada Pop Rock/Modern Rock membuatkan Elyana penyanyi yang ada identiti tersendiri. Beliau juga diingati sebagai satu-satunya penyanyi berkaki ayam dan duduk sepanjang persembahan di dalam dua acara berbeza di dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu.


06. WAHEEDA

Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2003
Lagu Megahits : Wassini, Dua Dalam Bahtera, Binafsha, 
Ulasan : Beliau adalah penyanyi pertama yang mencetuskan fenomena bertudung di kalangan penyanyi wanita utk era 2000an dan perintis kepada irama World Music bagi artis wanita. 


07. STACY 




Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2008
Lagu Megahits : Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang
Ulasan : Beliau digelar Puteri Tari Malaysia kerana berkebolehan menari sambil menyanyi dengan sangat baik. Malah, beliau juga pernah digelar Britney Spears Malaysia. 


08. YUNA







Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2008
Lagu Megahits : Dan Sebenarnya
Ulasan : Yuna adalah artis Indie wanita paling berjaya ke muzik arus perdana. Malah, Yuna juga menjadi artis wanita bertudung pertama yang membawakan konsep muzik Pop Folk, Modern Rock, dan R&B. 


09. MILA JIRIN


Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2007
Lagu Megahits : Persis Mutiara, Mila Bila Cinta, Aku Lebih Tahu, Gila
Ulasan : Beliau dikenali sebagai penyanyi paling banyak meningkat dari segi mutu suara ketika di dalam Akademi Fantasia 2007. Cukup terkenal dengan lagu Pop Rancak dan Balada. 


10. SYURA

Tahun Album/Single Rasmi Pertama : 2000
Lagu Megahits : Kasih Tak Terjamah, Bakawali, Nazam Berkasih
Ulasan : Pada awalnya beliau cukup dikenali sebagai penyanyi lagu Pop Melankolik/Jiwang tetapi selepas itu beliau lebih popular sebagai penyanyi Irama Malaysia generasi baru. 






Penyanyi Baru Wanita Era 2000an


Sumber : Semua Info & Imej Gambar Adalah Carian Google. 

10 comments:

  1. rindu pula zaman misha omar hits dgn Pulangkan dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la GV. Masa tu lagu Pulangkan mmg betul2x berhantu dan popular. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Oh, list ini untuk penyannyi baru muncul era 2000an je. siti muncul era 90an. hihi. :D

      Delete
  3. suara waheeda mcm bienda sikit2 😄 sy suka dgr sora dorang nyanyi, bukan dgr lagu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara waheeda dan bienda ala suara besar wanita arab gitu. hihi. dua dua banyak lagu best. hihi. :D

      Delete
    2. ada 1 lagu waheeda yg best tapi sy lupa tajuk lagu tu

      Delete
    3. lagu wassini kut kak. hihi. best lagu tu. :D

      Delete
  4. entah kenapa saya sangat suka dengan Adibah Noor. walaupun badan dia agak gempal, tapi bakat dia sangat besar dan hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adibah Nor artis serba boleh. semua cabang bidang seni beliau boleh lakukan. Bakat beliau mmg sgt besar. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI