Sunday, March 12, 2017

22 PENYANYI WANITA INDONESIA PALING POPULAR DI MALAYSIA

Berikut ialah 22 Penyanyi Wanita Indonesia Paling Popular Di Malaysia daripada era 1950an sehinggalah 2010an.

Kris Dayanti


01. DATO' ROSSA

Era Popular Di Malaysia : 2000an
Lagu Popular  : Tegar, Pudar, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta, Hey Ladies, Hati Yang Kau Sakiti, Terlanjur Cinta, Ayat-Ayat Cinta, Ku Menunggu, Ku Pinang Dengan Bismillah, Salahkah
Catatan : Dato' Rossa adalah Artis Indonesia Paling Popular di Malaysia ketika ini. Ini adalah disebabkan beliau banyak mencipta  rekod  tersendiri seperti artis Indonesia pertama mendapat gelaran Dato' di Malaysia, artis Indonesia paling banyak menang Anugerah Industri Muzik Malaysia, lagu Ayat-Ayat Cinta adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 2008, dan antara artis Indonesia paling kerap diundang untuk membuat pelbagai persembahan khas di Malaysia. Dato' Rossa juga merupakan juri utama untuk pertandingan nyanyian 3 Juara anjuran TV3 Malaysia baru-baru ini. 

02. KRIS DAYANTI

Era Popular Di Malaysia : 1990an
Lagu Popular : Menghitung Hari, Ku Tak Sanggup, Hati Telah Dilukai, Mencintaimu, Yang Ku Mau, Makin Aku Cinta, Pilihlah Aku, Cobalah Untuk Setia, Cahaya, Cinta, I'm Sorry Goodbye, Aku Wanita Biasa, Amarah Yang Marah, Jika Kau Tak Datang, Dalam Diamku
Catatan : Diva Pop Kris Dayanti adalah pencetus fenomena muzik Pop Indonesia menjadi popular di Malaysia untuk era Millenium. Lagu Menghitung Hari pernah menjadi lagu paling kerap dipilih oleh peserta Malaysian Idol untuk peringkat ujibakat pertama mereka. Selain itu, boleh dikatakan hampir semua peminat seni hiburan Malaysia sedia maklum yang Kris Dayanti adalah teman baik Dato' Siti Nurhaliza. 

03. MELLY GOESLAW

Era Popular Di Malaysia : 2000an
Lagu : Jika, Ada Apa Dengan Cinta, Ku Bahagia, Cinta, Suara Hati Seorang Kekasih, Tak Tahan Lagi, Lelaki Idaman, Gantung, Dibius Cinta
Catatan : Melly Goeslaw sangat popular di Malaysia sebagai penyanyi dan komposer lagu unik. Lagu beliau Jika, Ada Apa Dengan Cinta dan My Heart telah  menjadi lagu paling popular di Malaysia pada tahun 2000, 2003, dan 2006. Ramai artis Malaysia yang berminat dengan lagu ciptaan beliau yang lain daripada lain dan menarik itu. Melly Goeslaw juga telah mencipta rekod tersendiri apabila pernah   menjadi Pengetua Akademi Fantasia 2013 bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Melly Goeslaw juga merupakan komposer Indonesia paling popular bersama Ahmad Dhani di Malaysia ketika ini. 

04. NIKE ARDILLA

Era Popular Di Malaysia : 1990an
Lagu Popular : Aku Takkan Bersuara, Mama Aku Ingin Pulang, Bintang Kehidupan, Duri Terlindung, Matahariku, Izinkanlah
Catatan : Allahyarhamah Nike Ardilla sangat popular di Malaysia kerana vokalnya yang hebat dan lagunya yg sgt popular di kalangan penduduk tempatan. Kemuncak populariti beliau ialah dalam tahun 1993 sehingga 1995. Populariti hebat beliau telah menjadikan beliau sebagai salah seorang artis paling popular sepanjang zaman untuk empat negara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei).


05. HETTY KOES ENDANG

Era Popular Di Malaysia : 1980an
Lagu Popular : Rindu, Tak Ingin Sendiri, Hati Lebur Jadi Debu
Catatan : Hetty Koes Endang adalah Artis Indonesia paling popular di Malaysia untuk era 80 an. Beliau juga merupakan artis Indonesia pertama yang menerima anugerah di Anugerah Industri Muzik Malaysia. 






06. RUTH SAHANAYA

Era Popular Di Malaysia : 1990an
Lagu Popular : Kaulah Segalanya, Keliru
Catatan : Ruth Sahanaya sangat popular dan fenomena di Malaysia dengan lagu beliau Kaulah Segalanya pada awal 90an. Malah lagu ini juga masih popular di Malaysia sehingga kini. Selain itu, Ruth juga adalah salah seorang artis Indonesia paling kerap mengadakan persembahan di Malaysia. 




07. TITIEK PUSPA

Era Popular Di Malaysia : 1950an
Lagu Popular  : Kupu-Kupu Malam, Bing, Bimbi
Catatan : Legenda muzik Indonesia, Titiek Puspa adalah artis seangkatan dengan Biduanita No.1 Malaysia, Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau memulakan karier muziknya pada tahun 1954 dan bertahan sehingga kini. Beliau juga cukup popular di Malaysia di era 50an, 60an dan 70an. 





08. ELVY SUKAESIH

Era Popular Di Malaysia  : 1970an
Lagu Popular : Sekuntum Mawar Merah, Kerana Pengalaman, Gadis Atau Janda
Catatan : Beliau merupakan Ratu Dangdut No.1 Indonesia sepanjang zaman dan menjadi rujukan utama untuk penyanyi dangdut Malaysia juga. Malah, beliau juga cukup popular di Malaysia pada zaman era 70 an dan 80 an. 




09. EMILIA CONTESSA

Era Popular Di Malaysia : 1970an
Lagu Popular : Mimpi Sedih, Penasaran, Hitam Manis, Mungkinkah, Layu Sebelum Berkembang
Catatan : Emilia Contessa adalah penyanyi Pop Wanita Indonesia paling popular untuk era 70an di Malaysia. Lagu-lagu beliau banyak dinyanyikan semula oleh artis tempatan. 





10. ENDANG S.TAURINA

Era Popular Di Malaysia : 1980an
Lagu Popular : Apa Yang Kau Cari, Sangkar Emas
Catatan : Beliau memegang rekod sebagai satu-satunya artis Indonesia yang berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 1990. 







11. BUNGA CINTA LESTARI

Era Popular Di Malaysia : 2000an
Lagu Popular  : Ingkar, Aku Dan Dirimu, Wanita Terbahagia
Catatan : Bunga cukup popular di Malaysia kerana lagu beliau banyak popular di Malaysia dan juga kerana perkahwinan beliau dengan Ashraf Sinclair yang meraih perhatian meluas penduduk Malaysia dan Indonesia.





12. NICKY ASTRIA

Era Popular Di Malaysia  : 1990an
Lagu Popular : Mengapa, Samar Bayangan
Catatan : Lagu Mengapa adalah salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang masa. Ianya secara langsung memberikan impak kepada populariti Nicky Astria untuk bertahan untuk jangka masa lama di Malaysia. 





13. CITA CITATA

Era Popular Di Malaysia : 2010an
Lagu Popular : Sakitnya Tuh Di Sini, Goyang Dumang, Perawan Atau Janda
Catatan : Lagu beliau menjadi fenomena di sini dan dianggap sebagai Puteri Dangdut Moden di Malaysia. 






14. ANGGUN CIPTA SASMI

Era Popular Di Malaysia  : 1990an
Lagu Popular : Snow On The Sahara, Yang Aku Tunggu
Catatan : Kejayaan beliau di peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada rakyat serantau untuk berjaya seperti beliau juga.







15. AGNES MONICA

Era Popular Di Malaysia : 2000an
Lagu Popular : Bilang Saja, Tiada Logika, Matahari, Tanpa Kekasihku, Teruskanlah,
Catatan : Beliau cukup dikenali sebagai artis yang mempunyai vokal mantap dan hebat menari. Lagu-lagu beliau juga banyak mencabar vokal dan selalu menjadi pilihan peserta nyanyian untuk dinyanyikan di pertandingan. 




16. INUL DARATISTA

Era Popular Di Malaysia : 2000an
Lagu Popular : Goyang Inul, Kocok-Kocok
Catatan : Beliau digelar Ratu Dangdut era 2000an kerana berjaya mencetuskan fenomena baru di dalam bidang muzik serantau. Malah, beliau juga dikenali dengan persembahan energetik beliau yang dipanggil goyang gerudi.





17. MULAN JAMEELA

Zaman Popular Di Malaysia  : 2000an
Lagu Popular : Makluk Tuhan Paling Seksi, Teman Tapi Mesra
Catatan : Mulan popular kerana lagu beliau yang unik dan rancak.








18. SHAE

Zaman Popular Di Malaysia : 2010an
Lagu Popular : Sayang
Catatan : Lagu Sayang menjadi lagu Indonesia paling popular utk era 2010an di Malaysia dan ramai menparodikan lagu ini dengan pelbagai gaya lucu serta menarik.






19. DESSY RATNASARI

Era Popular Di Malaysia : 1990an
Lagu Popular : Tenda Biru
Catatan : Dessy pernah dijemput membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik 1997 kerana lagu beliau Tenda Biru adalah lagu Indonesia paling popular di Malaysia tahun 1996.






20. INKA CHRISTY

Era Popular Di Malaysia  : 1990an
Lagu Popular : Cinta Kita (Fantasia Bulan Madu)
Catatan : Beliau  popular di Malaysia kerana lagu duet beliau dengan Amy Search dan beliau juga pernah memenangi Album Terbaik Indonesia di Anugerah Industri Muzik 1998. 


21. MAYANGSARI

Era Popular Di Malaysia  : 1990an
Lagu Popular : Jangan Pisahkan, Tiada Lagi
Catatan : Lagu beliau kerap dibawakan di pertandingan nyanyian Malaysia.







22. DIANA NASUTION

Era Popular Di Malaysia  : 1970an
Lagu Popular : Benci Tapi Rindu
Catatan : Diana merupakan salah seorang artis wanita Indonesia paling dikenali di Malaysia pada era 70an.








Kris Dayanti



Sumber : Semua Info & Imej Gambar Adalah Carian Google.

8 comments:

  1. Replies
    1. Banyak lagu mereka yang best-best. hihi. :D

      Delete
  2. Replies
    1. aah suara melly mmg sgt unik. lagu ciptaan dia pun unik juga. :D

      Delete
    2. kan 😄 tu yg jadi favorite tu 😍

      Delete
    3. yezzza kak. hihi. lagu menghitung hari, ada apa dengan cinta dan my heart best kan kak. :D

      Delete
    4. x kenan sangat lagu menghitung hari sebab slow sngt. lagu kris tu kan?

      Delete
    5. Aah.Lagu Menghitung Hari mmg lagu Kris dan ciptaan Melly Goeslaw. Lagu itulah membawa KD dan Melly ke puncak kejayaan di Indonesia dan Malaysia. GV suka lagu tu. Ala-ala lagu Angel Sarah Mclahan. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget