Ads Top

LEFTHANDED : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Lefhanded adalah salah satu daripada The Big Three Rockers Group of 1980's selain kumpulan Search dan Wings. Ini menunjukkan kumpulan Lefthanded adalah salah satu Legenda Muzik Rock Malaysia yang sangat hebat dan tiada tandingannya. Lebih menarik lagi apabila kumpulan ini juga turut dianggotai dengan Raja Gitar Malaysia iaitu Man Kidal dan arwah Samad. Ahli lain seperti Man (Bass) dan arwah Man Dayak (drum) juga tidak kurang hebatnya dengan instrumen muzik masing-masing.

Jika kumpulan Search dan Wings sangat sinonim dengan lagu komposer Dato' M.Nasir, berlainan pula dengan kumpulan ini apabila kebanyakan lagu mereka adalah ciptaan Papa Rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip. Ini juga secara tidak langsung menjadikan lagu-lagu Rock mereka agak berbeza dengan kumpulan rock lain. Satu lagi kelainan kumpulan ini ialah mereka juga di antara perintis kepada lagu keagamaan yang berkonsepkan irama Rock seperti lagu Seruan.


BIODATA RINGKAS KUMPULAN LEFTHANDED

Nama Ahli Kumpulan : Nash, Man Kidal, Yan, Tom, Isa, Ramli Sarip, Man Dayak, Arab, Firdaus, Roy, Rahim Maarof 
Tahun Aktif : 1979 - kini
Album Studio : 6
1986 - Keadilan (60,000 unit (tahun 1986 sahaja))
1987 - Seruan
1988 - Qabul
1989 - Evolusi
1991 - Fanatisme 
1999 - Syurga & Neraka
Lain-Lain Album
1986 - Battle Of The Bands  1 & 2
1992 - Seleksi Legenda Lefthanded
1996 - Nafas
1998 - Dimensi Baru
2003 - Lefthanded Reunion
2006 - Live & Unplugged at Planet Hollywood 06
2008 - Memori Hit Lefthanded
2010 - Legenda Hit Lefthanded
Antara Pencapaian Utama :
Album Rock Terbaik  AIM 1997 (Nafas)



LEFTHANDED : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. DEBUNGA WANGI
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Jabar Isnin
Album : Battle Of The Band Round 1/Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Lagu debut kumpulan Lefthanded ini telah berjaya menaikkan nama mereka sebagai salah satu kumpulan Rock Malaysia yang hebat baik dari segi permainan muzik mereka dan kekuatan vokal utamanya iaitu Nash.

Video Lagu Debunga Wangi


02. KEADILAN
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Keadilan
Tahun : 1986
Catatan : Lagu Hard Rock ini sangat hebat dengan permainan gitar yang superb dan sangat energetik.  Orang kata main gitar goreng habis dan hentakan drum yang bergegar hebat. Lagu ini antara lagu Hard Rock terbaik era 1980 an dan pernah dipersembahkan di dalam filem Rozana 1987.
  
Video Lagu Keadilan


03. LAGENDA CINTA
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Lefthanded
Album : Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Jika sebut lagu Lagenda Cinta, secara automatik nama Lefthanded akan muncul di fikiran peminat seni hiburan. Lagu Balada Rock sangat popular tahun 1986/1987 dan masih kekal popular sehingga kini.

Video Lagu Lagenda Cinta


04. TIADA LAGI KIDUNGMU
Komposer : Arie Wibowo
Penulis Lirik : Arie Wibowo
Album : Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Rasannya ramai tidak mengetahui lagu ini adalah lagu asal nyanyian penyanyi Indonesia bernama Jack Marpaung yang pernah popular pada tahun 1980. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular daripada kumpulan Lefthanded.

Video Lagu Tiada Lagi Kidungmu


05. KU KEHILANGAN CINTA TIGA DIMENSI
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Keadilan
Tahun : 1986
Catatan : Album Keadilan adalah album paling meletop daripada kumpulan Lefthanded apabila lima lagu daripada album ini menjadi antara lagu Rock paling popular era 1980 an. Jika ada Billboard seperti Billboard Hot 100 USA, boleh dikatakan Lefthanded mempunyai lima single No.1 dalam satu album sahaja. Lagu ini juga sangat popular  kerana tajuknya yang unik iaitu ada perkataan tiga dimensi 

Video Lagu Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi 


06. KU DI HALAMAN RINDU
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Seruan 
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini meneruskan populariti hebat kumpulan Lefthanded apabila mendapat perhatian para peminat seni hiburan pada tahun itu. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh Ramli Sarip dan Amy Search di dalam album masing-masing. 

Video Lagu Ku Di Halaman Rindu 


07. SERUAN 
Komposer : Ramli Sarip 
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album : Seruan
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah antara Rock terbaik di Malaysia sepanjang zaman. Petikan gitar yang hebat dan susunan muzik yang sangat mantap serta lirik bercorakkan keagamaan menjadikan lagu Rock ini sangat luar biasa dan di luar kotak. Penghayatan yang mantap daripada Nash menjadikan  lagu ini adalah berjiwa dan ada semangatnya tersendiri. 

Video Lagu Seruan

08. KENANGAN BERSAMAMU
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Yan/Hamid
Album : Seruan
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini sebenarnya pernah diterbitkan pada tahun 1986 di dalam album Battle of the Bands Round 2. Lagu Rock Balada antara lagu yang cepat menangkap perhatian pendengar arus perdana kerana muziknya yang lebih kepada Slow Rock dan sentimental.

Video Lagu Kenangan Bersamamu


09. HIDUP DAN PERJUANGAN 
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album : Qabul
Tahun : 1988
Catatan : Petikan gitar di awal lagu ini memang gempak gila. Antara lagu  Heavy Metal terbaik daripada Lefthanded. Percakapan dialog di tengah lagu ini menambah kehebatan lagu ini ke tahap maksima. 

Video Lagu Hidup Dan Perjuangan

10. MAYA PERSADA
Komposer : Man Kidal
Penulis Lirik : A.J
Album : Qabul
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini menjadi lagu hits utama Rock Balada daripada kumpulan Lefthanded untuk album Qabul. Lagu ciptaan pemain gitar negara ini iaitu Man Kidal mmg sedap didengar. 

Video Lagu Maya Persada

11. PENCINTA 
Komposer : Yan 
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Evolusi 
Tahun : 1989
Catatan : Lagu Rock Balada ini sangat popular tahun 1989 dan menjadi malar segar sehingga kini. 

Video Lagu Pencinta

12. SEMANGAT LAMINA
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob
Album : Fanatisme
Tahun : 1991
Catatan : ;Lagu ini adalah salah satu lagu Hard Rock terbaik era 1990 an. Permainan muzik yang hebat oleh ahli kumpulan dan lontaran vokal hebat Papa Rock Malaysia/Singapura menjadikan lagu ini berada di kelasnya yang tersendiri dan berkualiti tinggi. 

Video Lagu Semangat Lamina

Album Studio Kumpulan Lefthanded


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :

14 comments:

  1. Menggamit memori dulu2 sungguh ni..😁
    Tiada Lagi Kidungmu..antara lagu fav.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu fenomena popular kan kak. best lagu itu. :)

      Delete
  2. Band popular dulu2..ku di halaman rindu 👍

    ReplyDelete
  3. Rock Kapak zaman dulu nih. Suara Nash tu power sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul kak. suara nash mmg power skang. GV pernah jumpa beliau. sangat baik dan peramah kak. huhu.

      Delete
  4. Kumpulan yang paling zumal minat ni

    ReplyDelete
  5. lagu-lagu yang sering berkumadang do corong radia pada zaman saya muda dulu bro GV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, mengimbau kenangan masa lalu kan Mr Hanafi. huhu. :)

      Delete
  6. di mana ada lefthanded di situ adanya rock kapak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. hihi. lagu2x mereka superb. hihi. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.