Ads Top

KONSERT VIRTUAL PERTAMA DI MALAYSIA OLEH DATO' SERI SITI NURHALIZA. SEJARAH TERCIPTA LAGI.

GALAKSI VIRAL - Penyanyi No.1 Malaysia, Dato' Seri Siti Nurhaliza mencetuskan fenomena baru apabila menjadi artis Malaysia pertama membuat konsert atas talian skala besar di Malaysia. Konsert yang diberikan nama Manifestival Siti Nurhaliza X Virtual Concert ini telah diadakan pada 21 Julai 2020 lalu dengan menggunakan aplikasi sidang video Zoom. 


Konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini adalah pertama di Malaysia dan memakan kos hampir sebanyak RM180,000. Konsert ini juga hanya menghadkan kepada 500 orang penonton ketika konsert berlangsung. Konsert virtual ini adalah inspirasi daripada konsert di Thailand dan Korea Selatan dan juga kerana faktor isu Covid-19 yang memerlukan norma baharu di dalam pelbagai perkara termasuklah dalam bidang seni hiburan. 

Tindakan penganjuran konsert alam maya adalah idea yang sangat bijak dan bernas dalam mempromosikan album terbaru Dato' Seri Siti yang tengah meletop di pasaran ketika ini. Kebanyakan lagu di dalam konsert ini adalah lagu daripada album terbaru beliau. Dan pastinya vokal mantap Dato' Seri Siti dan muzik yang bagus telah menjadikan konsert alam maya sangat berjaya, berkualiti dan epik.  

Oleh itu, jangan lupa dapatkan album terbaru Dato' Seri Siti Nurhaliza ya. Banyak lagu best dalam album ini. Sebelum itu, mari kita menonton konsert ini di bawah untuk hiburan bersama.

Video Rasmi Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool Virtual Concert
Credit to Universal Music Malaysia Youtube Channel

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :

Google Image, Youtube Channel, hmetro.com.mysinarplus.sinarharian.com.




1 comment:

  1. Thank you for content. I like it and my site is different for your site. please visit my site. เครดิตฟรี

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.