Ads Top

INFO ANIME : JOJO'S BIZARRE ADVENTURE

GALAKSI VIRAL - Anime Jojo's Bizarre Adventure mungkin belum popular di Malaysia tetapi ianya cukup popular di peringkat antarabangsa. Anime ini juga merupakan salah satu anime Jepun terbaik di dunia. Apa lagi info yang menarik mengenai anime ini ? Jom kita baca info ringkas mengenai anime hebat ini.

Jotaru dan Stand beliau bernama Star Platinum

INFO JOJO'S BIZARRE ADVENTURE

1. Manga pertama berjudul Phantom Blood diterbitkan pada tahun 1987

2. Anime pertama diterbitkan pada tahun 1993.

3. Nama Jojo pada judul anime ini diambil daripada lagu kumpulan The Beatles berjudul Get Back.

4. Majoriti watak hero di dalam anime ini mempunyai nama bermula dengan huruf J seperti Joseph Joestar, Johnathan, Jotaru dan Josuke.

5. Grafik anime ini lain daripada lain dan penuh gaya yang over acting tetapi stailo.

6. Kesemua watak utama anime mempunyai fesyen tersendiri dan di luar kotak.

Watak Josuke Live Action

7. Watak anime yang mempunyai kuasa yang dipanggil  Stand lazimnya dinamakan bersempena dengan judul lagu, album, band dan pemuzik popular Barat era 1970 an. Stand ini boleh dikatakan pendamping manusia yang mempunyai kuasa istimewa anda ianya  yang dikawal oleh tuan mereka

8. Jalan cerita anime ini turut melibatkan budaya negara lain seperti Mesir, Itali, Perancis, Afrika dan juga Singapura. 

Salah Satu Adegan Di Singapore di Dalam Stardust Crusader Arc

9. Lagu ending anime ini kebanyakannya  menggunakan lagu Bahasa Inggeris. Contoh seperti video bawah.

Lagu Savage Garden I Want You 

10. Sinopsis ringkas anime/manga ini ialah mengisahkan keluarga Johnathan Joestar yang mempunyai pergaduhan panjang dengan musuh tradisi keluarga mereka iaitu Dio sehingga ianya berlanjutan ke anak cucu cicit mereka. Kedua-dua Joestar dan Dio mempunyai kuasa menggunakan stand (pendamping dalam berbagai bentuk) dan ini melibatkan pergaduhan besar antara mereka terutamanya Dio yang ingin menghapuskan keturunan Joestar dan menjadi satu-satunya manusia mempunyai kuasa berkenaan. Banyak adegan menarik, aneh dan di luar kotak di dalam anime ini. Ianya sangat berbeza dengan anime Naruto, One Piece, Sailormoon, Dragon Ball dan Doraremon. Tetapi ianya mempunyai sedikit persamaan dengan anime Bleach terutama seperti penggunaan Stand yang boleh dikatakan mempunyai fungsi sama seperti Zanpaktou. Cuma Zanpaktou boleh melawan tuannya berbanding Stand yang sangat setia pada tuannya dan bersifat protektif terhadap tuannya. Anime ini boleh ditonton di saluran Astro 719 Animax ketika ini dengan judul Jojo Bizarre Adventure : Golden Wind.

Watak bernama Dio membelah mukanya kepada dua bahagian

Trailer Live Action Jojo Bizarre 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : akibapress.comfunnyjunk.com



15 comments:

  1. Bila ada perkataan zanpaktou teringat animasi Samurai X. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, GV tahu anime Samurai X tapi tak pernah menontonnya. huhu. Dalam samurai X pun ada zanpakuto. best tuh kak. huhu

      Delete
  2. Replies
    1. best cite dia kak. anime dia kadang kelakar juga. huhu

      Delete
    2. nak dok hadap tu yg sy x de masa...tak tahu laa mana masa sy tu pergi hahahaha

      Delete
    3. takpe kak. free free time nanti akak tonton kak. Akak bz ngan keje seharian kan kak. huhu.

      Delete
  3. cerita yang terlalu asing buat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best cite ni. Anime jepun banyak yang pelik pelik tapi boleh kata semua anime super natural ada satu persamaan iaitu kuasa luar biasa tidak kira hero atau villain. Anime ni antara anime jepun yang sangat popular dan terbaik di dunia. huhu.

      Delete
  4. tak tahu pun anime ni sampai tengok live action movie. best! ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best anime kak. Bagi GV anime dia lagi best daripada live action. huhu.

      Delete
  5. Dulu zaman remaja suka gak layan anime. now dah beralih arah seiring usia gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV memahami kak. GV pun dah tak follow gila gila anime macam dulu. cuma kdg kdg jew tertengok anime mcm di atas. huhu

      Delete
  6. kento ke jadi utk live action..even tak pernah tgk anime ni..tetap kena tgk live action sbb sis mmg bias dgn si kento ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kak. kento yamazaki pelakon utamanya. hihi, wahh hebat kak siap tahu nama pelakon jepun ya. hihi. terbaik kak. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.