Ads Top

DRAMA TV : STARGIRL ADIK BERADIK SUPERMAN, BATMAN, FLASHMAN, AQUAMAN, WONDER WOMAN

GALAKSI VIRAL - Pernah dengar nama Stargirl ? Jika anda peminat fanatik Smallville, Supergirl, Flashman, Arrowman dan DC's Legend of Tommorrow pastinya  sudah kenal siapakah Stargirl. Stargirl adalah salah satu watak utama di dalam Persatuan Keadilan (Justice of Society) di planet Bumi 2. Di dalam jalan cerita superhero keluaran syarikat DC ini, ianya mempunyai banyak planet Bumi yang mempunyai realiti berbeza-beza. Ianya bermula dengan drama TV Arrowman dan fenomena planet Bumi yang mempunyai pelbagai realiti ini di panggil Arrowverse. Terdapat satu planet Bumi yang dipanggil Bumi Prima atau Earth Prime iaitu planet induk Bumi. Manakala planet Bumi yang lain dipanggil menggunakan nombor bilangan 1 hingga 99. Kesemua planet Bumi ini sebenarnya mempunyai orang yang sama. Cuma ianya berbeza dari segi watak dan realiti kehidupan mereka. Untuk cerita Stargirl ini adalah di planet Bumi 2 di mana Justice of Society telah kalah dengan kumpulan Injustice Society of America. Justice of Society ini sebenarnya adalah seperti Justice League dan salah seorang anggota asalnya ialah Flashman dan Green Hornet. 

SINOPSIS & REVIEW

Ianya bermula apabila watak utama bernama Courtney yang mewakili Justice of Society telah berjaya menggunakan tongkat bintang untuk berlawan dengan ahli Injustice Society of America. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehidupan dunia dan inilah menjadi punca mereka bergaduh dan berperang sesama mereka.

Antara rakan-rakan yang turut serta menyertai Courtney @ Stargirl ialah Doctor Midnite (mempunyai google mata  berkuasa teknologi tinggi), Wildcat (mempunyai kuasa berlawan seperti kucing), Hourman (mempunyai kuasa kekuatan luar biasa apabila memusingkan jam pasir) dan robot gergasi bernama STRIPE yang dicipta oleh ayah tirinya yang bernama Pat Dugan. 

Hourman,Stargirl,Dr Midnite,Widcat


 

Tigress, Brainwave, Icicle, Dragon King, Sportmaster 

Injustice Society of America

GV pada mulanya beranggapan jalan cerita ini sama seperti drama Arrowman, Flashman atau Supergirl. Tetapi jangkaan GV meleset apabila melihat CGI dalam drama ini adalah lebih baik daripada drama yang sebelumnya. Contohnya seperti adegan Courtney terbang menggunakan tongkat bintang di langit adalah merupakan adegan yang sangat menarik dan mengkagumkan. Jalan ceritanya juga sukar dijangka dan pastinya ada kejutan juga. Drama Stargirl ini sebenarnya sudah ditayangkan di Warner Brothers TV (Saluran Astro 712) sebanyak 13 episod dan ianya mendapat sambutan yang hangat. Jom tengok sedutan drama ini di bawah :

Video Sedutan Drama Stargirl


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : 

Youtube Channel, Google Image

12 comments:

  1. Replies
    1. barisan pelakon mmg x pemes eh?

      Delete
    2. Ya kak. semua pelakon tak peymes. cuma sorg je yg peymes iaitu Luke Wilson yang control robot itu. Tapi cerita dia sama level cite drama Smallville. Best kan. huhu

      Delete
  2. macam captain america lak stargirl ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak. tu GV fikir bila tgk cite ni. tapi kuasa mereka berlainan. Kuasa stargirl pada tongkat bintang dan stargirl takde kuasa superhuman macam Captain aMERICA. HUHU

      Delete
  3. hahahaha...macam cerita budak-budak bro GV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul Mr Hanafi. Mmg macam cite budak budak sebab diambil daripada cerita komik. Mereka ni geng Justice League (Superman,Batman,Wonder Woman, Flash) tapi duduk realiti yang lain. Olahan cerita dibuat macam drama Smallville yg pernah peymes dulu. Actually Smallville adalah pencetus kepada drama superhero yg lain seperti Arrowman, Flash, Supergirl, Constantine, Gotham City, Pennyworth dan DC Legend of tommorrow dan terbaru Stargirl. huhu.

      Delete
  4. Tak pernah dengar Stargirl pulak. Macam Captain Marvel. Macam Wonder Women pun ada. Suka gak tengok cerita superhero ni. Tapi ni versi junior lah kiranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun baru 1st time dengar Stargirl. huhu. Aah macam Captain Marvel dan Wonder woman. Sebenarnya Stargirl pernah muncul dalam rancangan Smallville yg popular era 2000 an dulu. Skang superhero baru macam Supergirl, Flashman, Arrow man etc semua pernah muncul dalam Smallville. Best cite Stargirl ni kak. huhu.

      Delete
  5. tak pernah tau ada drama ni! mcm best !! nak layan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah best kak. nanti leh tgk kt astro bila ada ulang tayang. huhu

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.