Ads Top

JAMAL ABDILLAH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Raja Pop Malaysia, Dato' Jamal Abdillah adalah Ikon Muzik Malaysia yang tiada tolok bandingannya. Sehingga kini, tiada siapa dapat merampas takhta beliau sebagai satu-satunya Raja Pop paling hebat, kekal popular dan masih relevan dengan industri muzik sekarang. Tindakan Dato' Jamal yang sentiasa peka dan mengikuti perkembangan muzik semasa di dalam karier muzik beliau menjadikan beliau sentiasa kelihatan segar dari segi lagu dan nyanyian beliau dari semasa ke semasa. Ini adalah suatu kualiti yang jarang ada pada penyanyi generasi baru kini di mana kebanyakan mereka hanya popular sementara sahaja dan tidak bertahan lama. Bermula dengan album pertama pada tahun 1980 sehinggalah tahun 2020, boleh dikatakan hampir setiap dekad Dato' Jamal mempunyai lagu mega hits yang menjadi fenomena dan disukai ramai peminat tidak kira generasi lama atau baru. Kematangan vokal Dato' Jamal yang semakin lama semakin mantap itu menjadikan beliau di antara  penghibur yang hebat dan disegani. Begitu juga dengan kebolehan beliau di dalam menyanyikan pelbagai genre muzik seperti R&B, Blues, Hip Hop, Rock, Dangdut dan yang lain juga mengejutkan ramai peminat dan ini menjadikan beliau sebenarnya adalah penyanyi yang versatile dan serba boleh. 

BIODATA RINGKAS JAMAL ABDILLAH 

Nama  Penuh : Dato' Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali
Tarikh Lahir : 7 Mei 1959
Umur : 61 tahun
Tempat Lahir : Perak
Tahun Aktif : 1979 - kini
Album Studio : 17
Perpisahan Tanpa Relamu 1979
Derita Cinta 1981
Hatiku Luka Kembali 1982
Layang Layang 1983
Sendiri 1984
Mati Hidup Semula 1986
Untukmu 1988
Sepi Seorang Perindu 1989
Seniman Menangis 1990
Jamal 1991 (100,000 unit)
Penghujung Rindu 1994
Suratan Kasih/Penawar Kasih 1995/1997
Samrah 1998
Segala Cinta 2002
Aku Penghibur 2005
Tak Hilang Cinta 2009
Raja Pop 2 2011
Lain-Lain Album
15 Tahun Memori Bersama 1993
Raja Pop 2003 (120,000 unit)
Raja Cinta Raja Pop Vol.2 2006
Antara Pencapaian Utama :
Juara Bintang Kecil Brunei Darussalam 1973
Juara Bintang RTM 1979
Artis Paling Popular Tahun 1984 (Mingguan Malaysia/Pancaindera)
Lagu Filem Terbaik (Azura) FFM 1985 
Juara Solo Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992 (Kekasih Awal Dan Akhir)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Lelaki AIM 1993 (Jamal)
Penyanyi Lelaki Popular ABP 1993  (Mei 1994)
Finalis AJL 1986/1992/1997/1999
Juara AJL 1997 (Ghazal Untuk Rabiah)
Darjah Mahkota Indera Pahang 24 Oktober 2013 (Dato')



JAMAL ABDILLAH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. AZURA 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : OST Azura/Raja Pop
Tahun : 1984/2003
Catatan : Lagu dan filem Azura ini telah berjaya meningkatkan tahap populariti Dato' Jamal ke aras lebih atas pada tahun 1984 kerana lagu dan filem ini meletop di pasaran. Lagu Azura juga menjadi lagu kegemaran ramai para remaja era 1980 an kerana melodi shahdu dan nyanyian dengan vokal mantap daripada Dato' Jamal.
Video Lagu Azura


02. SANDARKAN PADA KENANGAN feat Fauziah Ahmad Daud/Siti Sarah
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album :  OST Azura / Raja Pop
Tahun : 1984/2003
Catatan : Gadingan duet di antara Dato' Jamal dan Fauziah Ahmad Daud melalui lagu unik ini di dalam filem telah berjaya menjadikan mereka pasangan hero/heroin yang sangat popular di era 1980 an. Kejayaan lagu ini sekali lagi diulangi apabila ianya dinyanyikan semula oleh Dato' Jamal sendiri dengan Siti Sarah pada tahun 2003 dan ianya juga mencipta satu kejayaan yang sangat membanggakan. 

Video Lagu Sandarkan Pada Kenangan


03. KAU LUPA JANJI
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Sendiri
Tahun : 14 Mei 1984
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1984 kerana muziknya yang catchy dan sedap di dengar. Melalui lagu dan album ini, nama Dato Jamal telah menjadi satu nama fenomena hebat di dalam bidang nyanyian pada era 1980 an kerana ianya mendapat sambutan daripada peminat seni hiburan tanahair.
  
Video Kau Lupa Janji

04. PERJALANANKU
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Seri Bayu 
Album : Mati Hidup Semula
Tahun : 2 Jun 1986
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama nyanyian Dato' Jamal yang berjaya menjadi Juara Carta Bulanan Muzik Muzik pada bulan Julai 1986 dan seterusnya berjaya ke peringkat Akhir AJL 1986. Namun, Dato' Jamal tidak menyanyikan lagu ini di peringkat akhir atas sebab-sebab tertentu dan diganti dengan penyanyi/komposer Azman Abu Hassan. 

Video Lagu Perjalananku 


05. SEPI SEORANG PERINDU
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik :Mama Juwie
Album : Sepi Serorang Perindu
Tahun : 7 November 1989
Catatan : Lagu ini berjaya mempertahankan populariti Dato' Jamal di hujung era 1980 an kerana ia kerap diputar di radio tempatan dan disukai ramai. 

Video Lagu  Sepi Seorang Perindu


06. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Jamal
Tahun : 11 Jun 1991
Catatan : Lagu ini kerap dikatakan lagu solo paling popular nyanyian Dato' Jamal Abdillah kerana populariti luar biasa lagu ini dan kejayaan yang berganda yang diperolehi melalui ini. Antaranya ialah menjadi Juara Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992, Penyanyi Lelaki Popular ABP 1993 dan Vokal Lelaki Terbaik AIM 1993. Boleh dikatakan tahun 1992 dan 1993 adalah tahun kemuncak kerjaya Dato Jamal untuk era 1990 an.
Video Lagu Kekasih Awal Dan Akhir


07. TAKDIR PENENTU SEGALA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Jamal 
Tahun : 11 Jun 1991
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992  di dalam kategori Pop Kreatif. Lagu ini juga sangat popular pada tahun 1992. 
Video Takdir Penentu Segala

08. PENGHUJUNG RINDU
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Penghujung Rindu
Tahun : 10 Jun 1994
Catatan : Lagu Balada hebat ini sangat popular pada tahun 1994 dan ianya merupakan salah satu lagu Balada terbaik yang pernah Dato' Jamal nyanyikan di dalam karier beliau.

Video Lagu Penghujung Rindu


09. GHAZAL UNTUK RABIAH feat M.Nasir
Komposer : M.Nasir/Jamal Abdillah
Penulis Lirik : Cenderawasih
Album : Suratan Kasih/Penawar Kasih
Tahun : 18 Disember 1995/1997
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik di Malaysia. Melodi dan susunan muziknya yang kompleks, liriknya yang hebat menjadikan lagu unik dan di luar kotak. Maka, tidak menghairankanlah jika lagu ini berjaya  menjadi Juara Lagu AJL 1997. 
Video Lagu Ghazal Untuk Rabiah 


10. SAMRAH MENTARI
Komposer : Pak Ngah 
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Samrah
Tahun : 9 Oktober 1998
Catatan : Lagu berentak Samrah moden ini adalah merupakan salah satu lagu Irama Malaysia berkualiti tinggi dari segi muzik dan liriknya. Lagu ini pernah bertanding di peringkat Akhir AJL 1999 di dalam kategori Irama Malaysia. 

Video Lagu Samrah
 

11. GADIS MELAYU
Komposer : Achmad Albar
Penulis Lirik : Achmad Albar
Album : -
Tahun : 14 Jun 2005
Catatan : Dato' Jamal berjaya mempopularkan semula lagu ini menjadi fenomena dengan gaya alunan vokal yang tersendiri dan mantap. Malah, lagu ini berjaya menjuarai Carta Mingguan ERA untu beberapa minggu dan seterusnya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 2005.
Video Lagu Gadis Melayu


12. AKU MAAFKAN KAMU feat Malique
Komposer : Malique, Jamal Abdillah, Tripdisz
Penulis Lirik :Malique
Album :  -
Tahun : 14 Oktober 2011
Catatan : Ramai terkejut apabila lagu ini diterbitkan kerana tidak menyangka Dato' Jamal akan menyanyikan lagu Hip Hop. Kejutan lagu ini menyebabkan lagu ini cepat popular dan digemari ramai peminat pada tahun 2011/2012. Lebih manis lagi apabila lagu ini juga telah berjaya memenangi Lagu Hip Hop Terbaik di AIM 2011/2012. 
Video Aku Maafkan Kamu


Album Jamal Abdillah


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, arkibnegara.blogspot.com

6 comments:

  1. semua laju2 jamal mmg best! tp syg kan...dia x msk mana2 pertandingan di peringkat antarabangsa... kalau tak mungkin boleh jd pelapis kepada allahyarham sudirman...

    ReplyDelete
  2. Kita bertemu...di penghujung....rinduuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu ini peymes sangat tahun 1994 kan kak. hihi. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.