Ads Top

SENARAI MEDIA SOSIAL PALING POPULAR DI MALAYSIA TAHUN 2017 DAN 2018

GALAKSI VIRAL - Platform media sosial atas talian kini telah menjadi salah satu sumber utama  untuk penyebaran maklumat, pemasaran perniagaan, dan juga tempat luahan pendapat terhadap pelbagai isu/perkara yang cukup popular di  kalangan masyarakat dunia. Dengan penggunaan internet yang semakin meluas kini, ianya secara tidak langsung menggalakkan lagi penggunaan platform media sosial atas talian kerana ianya boleh diakses dengan mudah, cepat dan pantas. Bagaimana pula di Malaysia ? Sosial media manakah paling popular di Malaysia ketika ini ? Jawapannya ada di bawah.

Berdasarkan info daripada Reuteurs Institute Digital News Report 2017, terdapat lima  jenis aplikasi platform sosial media paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai info berita. 

APLIKASI PLATFORM  SOSIAL MEDIA 
PALING POPULAR  DI MALAYSIA



01. FACEBOOK


Tempat pertama jatuh kepada Facebook (58%). Ianya tidak menghairankan  jika Facebook mendapat pertama kerana sememangnya majoriti rakyat Malaysia gemar melayari Facebook tidak kira waktu, masa dan tempat. Selain itu, majoriti info atau video viral di Malaysia pun lazimnya bermula daripada Facebook dan kemudiannya baru tular ke platform media sosial yang lain. 



02. WHATSAPP
Tempat kedua pula jatuh kepada WhatsApp. Dengan peratusan 51%, ianya secara rasminya menjadikan Malaysia adalah pengguna terbesar aplikasi platform ini di dunia ketika ini. Saingan Malaysia untuk WhatsApp ini ialah Brazil dengan 46% dan Chile 39%.




03. YOUTUBE


Tempat ketiga pula dimiliki oleh YouTube dengan 26%. YouTube menjadi platform paling popular di kalangan artis professional/amatur dan pengamal sosial media dalam menyampaikan pelbagai info meliputi isu hiburan, hal semasa dan sebagainya.


04. WECHAT
Tempat keempat adalah milik WeChat  dengan 13 %. Untuk zaman kini, boleh dikatakan budak generasi Z gemar memggunakan WeChat sehingga wujudnya geng budak Wicet. Ini adalah berdasarkan pendapat umum kerana kebanyakan yang viral berkaitan penggunaan WeChat ini adalah di kalangan budak baru hendak akil baligh. Mungkin disebabkan itu wujudnya nama Geng Budak Wicet. 


05. INSTAGRAM

Tempat kelima dan terakhir jatuh kepada Instagram dengan peratusan sama dengan WeChat iaitu 13%. Boleh dikatakan majoriti artis di Malaysia mempunyai akaun Instagram kerana Instagram kini boleh dikatakan menjadi salah satu penentu populariti seseorang artis itu samada popular atau tidak. Ini adalah disebabkan  majoriti peminat seni hiburan Malaysia ini gemar melihat gambar-gambar terkini artis pujaan mereka dan IG adalah platform terbaik untuk mereka memenuhi kehendak mereka itu. Semakin banyak followers mereka ada, maka semakin popularlah seseorang artis itu. Contohnya seperti Siti Nordiana. Sebelum menang Gegar Vaganza, followers Siti Nordiana hanya ratus ribu sahaja. Tetapi selepas beliau menang Gegar Vaganza, followers naik sampai 2.3 juta followers. Ianya jelas menunjukkan populariti Siti Nordiana semakin memuncak dengan pertambahan followers itu. Malah, ada ura-ura mengatakan ada orang industri seni yang mahu tengok berapa jumlah followers di IG kerana mahukan hanya artis popular sahaja mendapat kerja di produksi mereka. Tidak dapat disahkan benar atau tidak, namun, ianya secara tidak langsung jelas menunjukkan yang IG kini semakin mendapat tempat di Malaysia. 

Kesimpulannya, boleh dikatakan Top 5 aplikasi platform media sosial di atas berkemungkinan besar akan terus popular sehingga tahun 2018 kerana kebanyakan hanya platform media yang sama sahaja berada di kedudukan teratas. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kenapa aplikasi Twitter tidak tersenarai dalam kedudukan lima terbaik di atas. Mungkin Twitter kini sudah semakin tidak popular di kalangan generasi muda. Lagipun Twitter sekarang hanya popular secara bermusim sahaja. Contohnya seperti jika ada drama popular atau pertandingan seperti Gegar Vaganza, baru ianya aktif mendapat reaksi daripada pengguna kerana ramai menggunakan simbol hashtag # dan ianya akan trending di Twitter. Namun, itu hanyalah pendapat umum sahaja. 


(Informasi kedudukan statistik di atas  adalah berdasarkan kajian artikel  Tuan Zaharom Nain daripada Centre for the Study of Communications dan Culture, Univesity of Nottingham Malaysia Campus yang diterbitkan di Reuteurs Institute Digital News Report 2017) 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


45 comments:

  1. Mungkin suatu masa nanti orang tak akan beli dan baca akhbar2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan juga Mr WP. Jika kemudahan dan kelajuan dipertingkatkan dengan lebih baik lagi, kemungkinan besar akhbar bercetak boleh pupus. huhu.

      Delete
  2. Segala info terkini hanya di hujung jadi . Ada kebaikkan juga setiap laman sosial media ni . Cuma gunakan dengan cara yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Cik Cappucino. Kita kena verified dulu samada info tu betul atau sebaliknya. Terbaik kak. huhu.

      Delete
  3. Peredaran zaman yang seiringnya waktu majoriti mahukan kepantasan..namun setiap kita yang menjadi pengguna atau pengamalnya mesti bijak menapis setiap maklumat yang diterima atau yang mahu dikongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Penyebaran informasi zaman kini semakin berkembang laju dengan kewujudan sosial media ini. Kita sememangnya perlu meneliti segala bentuk info yang kita baca dan terima serta analisanya samada ia baik atau sebaliknya. Terbaik kak. Huhu.

      Delete
  4. we chat je dah uninstall...yang lain memang layannnnn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. GV pun baru uninstall wechat gak kak. Hihi. Yang lain GV layan juga. hihi. :D

      Delete
  5. memang medan sosial FB sesak hari-hari GV. Blog agak kurang di klik hanya bloggers yang faham berbelog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr Etuza. Skang ramai duk fokus pada FB dan terbaru WhatsApp. Blog lazimnya akan diklik bila ada info tertentu berkaitan dengan pencarian tertentu di internet. huhu.

      Delete
  6. fb,whatsapp, twitter, blog yng guna hihihihi.. wechet dah unistall hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak Cik Ash. huhu. GV pun baru uninstall we chat juga. huhu.

      Delete
  7. I love insta very much. Ada insta x GV? follow me @fatinshahrizam , hahaha tetiba promote :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak Fatin. Nanti GV join insta akak ya. GV punya @galaksiviral . Tq so much kak Fatin .hihi. :D

      Delete
  8. Dunia tanpa sempadan, informasi di hujung jari.. facebook masih mengekalkan kejuaraan hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Khir. Dunia tanpa sempadan. Hihi. Lama tu Facebook duk No.1. Tapi Whatsapp makin menghampiri untuk menjadi juara sebab peratusan dah dekat sama. huhu.

      Delete
  9. Semua platform social media di atas saya guna kecuali WeChat. Tak sangka pula Insta no. 5..
    Apa pun social media menjadi satu keperluan zaman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak LZ. GV pun ingat IG no.1 sebab rasanya merata orang Malaysia skang suka IG. Huhu. Cmner pun, social media mmg dah jadi keperluan kepada generasi skang kan kak LZ. huhu.

      Delete
  10. tak sangka insta no 5, fb still no 1 kan.
    social media dah jadi keperluan bukan kehendak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. GV pun ingat Insta no.1. Tapi nampaknya FB masih pegang takhta no.1. Saingan utama ialah Whatsapp. Setuju kak. Sosial media dah jadi keperluan ketika ini. huhu.

      Delete
  11. aikk twitter xde dalam senarai..tak per..twitter mmg fav akk sbb kat situ tempat nak lepaskan perasaan..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. Twitter tak termasuk top 5 kak. Ini kerana Wechat dan Insta atasi peratusan twitter untuk berada dalam top 5. Huhu. Oh, twitter jadi tempat akak lepaskan perasaan ya. huhu.

      Delete
  12. Media social kalau pandai ambil manfaat memang bagi kebaikan, contohnya boleh connect balik dengan sedara or kawan lama ke, buat bisnes ke hehe. Dat's why bercambah-cambah seller kat fb ek? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Jaja. Hihi. Seeloknya kita gunakan untuk kebaikan dan memberikan manfaat kepada kita. Hihi.

      Delete
  13. semua info kat hujung jari je ni, sekarang pun memang dah malas sangat-sangat beli newspaper hahahha...sebab boleh baca online je kan..mudah tak payah pepagi nak keluar start kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Eita. Semua dihujung jari. Baca news pun baca online jew skang. Jimat duit minyak kak. Hihi.

      Delete
  14. Tak semua media soc mendatangkan kebaikan. Tapi, apa pun sbnrnya ikut pengguna tu cmna. Ika dah uninstall wechat sebab ika tahu wechat banyak problem Huu.

    Ika singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2017/12/cara-saya-susun-beg.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Ika. Ianya bergantung bagaimana kita menggunakannya. GV pun dah uninstall wechat sebab makan space dalam smart phone. huhu.

      Delete
  15. Wow.. FB no 1 ye.. Sian IG no5.. Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Shahida. FB no.1. Huhu. IG masih mendaki ke tangga juara.huhu.

      Delete
  16. Memang dijangka jatuh mo 1. Saya dpt tau ada ibu2 buka akaun anal walau pun anak belum tahu membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr Adam. Mungkin parents tu terlalu excited nak anak kecil dia belajar guna fb kut. huhu.

      Delete
  17. Budak generasi Z = Geng Budak Wicet..hahaha kesian makin hari makin popular gelaran ni..
    Wow mlysia pennguna terbesar whatsapp di dunia, hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng budak wicet ni kan suka merepek bukan2x. Huhu. Aah, Malaysia pengguna terbesar Whatsapp di dunia. FB pun dah mula tergugat dengan kehadiran whatsapp ni. huhu.

      Delete
    2. Whatsapp & Instagram dh jadi milik Facebook.

      Delete
  18. Jom ramai2 support Aplikasi media sosial dari Malaysia..(Yippi)
    Install Free di Playstore @ Appstore.

    (Yippi)
    The Unique Super Apps.

    ➡️ https://yippi.app.link/qtnz0MKokL

    ReplyDelete
  19. I think this is a real great blog post.

    ReplyDelete
  20. Good post, so i know social media popular in Malaysian

    ReplyDelete
  21. COVID-19: Ya Tuhan kami, satukanlah hati-hati kami harungi pandemik ini kerana keperitannya semakin terasa. Sulaimansallehkuis2.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.