RAMALAN ORANG ZAMAN DAHULU MENGENAI MASA DEPAN

GALAKSI VIRAL - Sejak kurun ke 18 lagi, manusia di planet Bumi gemar membuat ramalan mengenai kehidupan mereka pada masa hadapan. Ada yang ramalannya tepat dan ada juga sebaliknya. Boleh dikatakan manusia pada zaman itu rasa sangat teruja dengan apa yang berlaku pada masa hadapan kerana beranggapan manusia pada masa akan datang berada dalam satu era kehidupan yang lebih bagus daripada zaman itu. Jawapannya ialah ya dan mungkin tidak. Ianya subjektif. Sebelum itu, mari kita lihat antara ramalan manusia pelbagai zaman mengenai sesuatu perkara itu mengikut pendapat mereka masing-masing.



RAMALAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MASA HADAPAN . 
BENAR ATAU TIDAK ?



01. TELEFON TIDAK RELEVAN UNTUK BIDANG KOMUNIKASI ?
JAWAPAN : TIDAK 
William Preece dari British Post Office dan William Orton, Presiden Western Union meragui keberkesanan dan status penggunaan telefon pada hujung dekad 1870an kerana beranggapan ianya tidak relevan, kompleks dan bersifat sementara. Namun, jelas sekali pendapat mereka 100% silap kerana teknologi telefon telah berkembang pesat dan kini ianya sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang ketika ini. 


02. MANUSIA AKAN BOSAN DENGAN TELEVISYEN ?

JAWAPAN : TIDAK 
Darryl Zanuck iaitu seorang pengarah terkenal Amerika era awal dekad 1900 an ini telah mengatakan bahawa televisyen tidak akan disukai oleh orang ramai kerana penonton akan rasa penat dan bosan menontonnya setiap malam. Sekali lagi ramalan ini salah 100%. Walaupun kita sudah memasuki zaman digital, televisyen pelbagai bentuk masih lagi menjadi barang utama di rumah kita sekarang. Ianya seolah menjadi salah satu barang paling penting di rumah. Televisyen masih lagi merupakan sumber utama hiburan seisi keluarga tidak kira di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sebab itulah, rating rancangan TV  terutamanya drama, berita, hiburan dan agama masih lagi tinggi tontonannya  kerana masih ramai lagi yang menontonnya melalui televisyen. 



03. INTERNET TIDAK AKAN MAJU DAN DIABAIKAN ?


JAWAPAN : TIDAK
Agak melucukan apabila ada pakar bidang teknologi sendiri memandang rendah kepada keupayaan internet dalam mencorak kehidupan baru yang lebih moden di kalangan manusia ketika itu. Robert Metcalfe & beberapa lagi golongan professional  dalam bidang IT adalah di antara mereka yang pernah membuat kenyataan sebegini terhadap internet pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, mereka semua telah mengalami satu perasaan malu besar apabila internet menjadi semakin maju dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pengguna IT sendiri  selepas tahun 1996 dan meningkat kepada tahun seterusnya. Rasanya mulai saat itu, mereka baru mula berfikiran terbuka terhadap pelbagai perkembangan baru berkaitan sistem teknologi moden kerana setiap ciptaan baru itu perlu diberi peluang dahulu untuk melihat keberkesanannya untuk satu tempoh masa tertentu dan kemudian barulah penilaian akan dilakukan. 


04. HAIWAN AKAN MENJADI PEMBANTU RUMAH MANUSIA ? 


JAWAPAN : YA DAN TIDAK
Pada era 60 an, ada pendapat mengatakan haiwan boleh dijadikan sebagai pekerja buruh untuk membantu manusia melakukan kerja seharian. Kalau monyet itu rasanya ada orang di kawasan kampung itu bela haiwan ini untuk tolong mereka buat kerja seperti pulas dan kutip buah kelapa. Kalau kangaroo itu, belum pernah dengar lagi. Tapi rasanya mesti ada tentangan daripada pencinta haiwan kerana memaksa haiwan melakukan kerja di luar kemampuan mereka. 



04. REL BERKELAJUAN TINGGI TIDAK MUNGKIN BOLEH DIBINA ? 

JAWAPAN : TIDAK
Dr Dionysius mengatakan rel kereta api kelajuan tinggi untuk perjalanan jauh atau dekat tidak mungkin di bina kerana penumpangnya akan mati disebabkan oleh penyakit Asphyxia. Penyakit Asphyxia ini berkait rapat dengan kekurangan oksigen yang mengganggu sistem pernafasan pesakit. Untuk zaman ini, ianya jelas tidak menjadi masalah kerana kecanggihan teknologi zaman kini telah mengatasi masalah yang pernah dikatakan oleh Doktor ini pada kurun ke 18 yang lalu. 



05. KUMPULAN THE BEATLES TIDAK AKAN POPULAR ? 

JAWAPAN : TIDAK 
Syarikat rakaman Decca telah menolak kumpulan Beatles untuk menjadi artis rakaman mereka pada tahun 1962. Mereka mengatakan muzik The Beatles tidak bagus dan ketinggalan zaman. Namun, segala-galanya berubah apabila hampir kesemua lagu The Beatles meletop di pasaran dan kini kumpukan ini sudah menjadi legenda kumpulan muzik No.1 di dunia. 



06. APPLE BAKAL BANKRUP DAN DITUTUP OPERASINYA ?

JAWAPAN : TIDAK
Pada tahun 1995-1997, banyak komen negatif telah dilemparkan kepada Steve Job dan syarikat miliknya iaitu Apple Inc. Majalah ternama dan terkenal seperti The Economist, NewYork Times, Business Week dan banyak lagi  telah meramalkan jangka hayat produksi kompeni Apple ini akan tidak lama kerana pelbagai masalah seperti isu bankrup, produk tidak berkualiti dan tidak disukai ramai. Namun, sekali lagi ramalan pakar ekonom i& IT itu telah silap kerana  Apple Inc. telah berjaya menjadi suatu jenama yang sangat terkenal dan telah menghasilkan pelbagai bahan teknologi canggih serta menjadi kegilaan ramai peminat. Satu perkara yang jelas, hendak berjaya bukan perkara yang mudah kerana banyak kritikan  negatif akan diterima berbanding dengan kritikan membina. Orang kata kena kuat semangat baru boleh berjaya. Ianya susah tapi kena cuba sedaya upaya. Contohnya seperti apa yang dilalui oleh Steve Jobs dan The Beatles. 

Itu adalah di antara ramalan orang dahulu mengenai perkara masa hadapan yang melibatkan teknologi. Kalau pernah tengok filem Back To The Future 1, 2 dan 3, dalam filem itu ada banyak ramalan masa depan dinyatakan di dalam filem itu. Kebanyakan orang zaman dahulu suka buat ramalan berkaitan teknologi dan perkara moden yang mengubah cara hidup mereka di masa hadapan. Bagaimana dengan manusia zaman sekarang ? Majoriti besar manusia zaman sekarang gemar melakukan ramalan masa hadapan seperti :

- Dunia akan mengalami malapetaka bencana alam yang amat dasyat sehingga memaksa manusia memulakan semula tamadun baru di planet lain
- Dunia akan dikuasai dengan kuasa New World Order @ Illuminati @ All Seeing Eye @ Zionis
- Manusia akan digantikan dengan robot kerana manusia akan pupus atas pelbagai sebab seperti cerita Terminator 
- Manusia berubah menjadi mutant macam cerita X-Men
- Manusia akan menjadi zombie dan hidup dalam kegelapan seperti drama The Walking Dead dan Fear The Walking Dead
- Hanya segolongan manusia sahaja akan hidup di angkasa kerana Bumi sudah tidak produktif lagi untuk hidup seperti drama The 100 dan filem Elysium
  
Dan macam-macam lagi ramalan manusia sekarang yang ramalkan. Majoriti lebih menjurus ke arah negatif. Untuk GV pula, GV bukan mahu buat ramalan tetapi GV dapat rasakan satu ada teknologi akan dibina pada masa akan datang yang akan mengubah 360 darjah tamadun manusia nanti iaitu :

"Mesin Waktu Akan Dicipta Dalam Masa 100 Tahun Lagi - Galaksi Viral, 30 Disember 2017"

Telefon tanpa wayar boleh dicipta dan kini cuaca dunia pun boleh dibuat oleh manusia, jadi tidak mustahil jika mesin waktu boleh tercipta. Mungkin akan kata mustahil dan tidak mungkin akan berlaku. Namun, sejarah sudah membuktikan betapa banyak perkara yang dulunya sangat mustahil tetapi kini sudah menjadi realiti. Walaupun begitu, kita harus akui segala yang berlaku pastinya kerana ketentuan Ilahi yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan apa saja perkara  untuk berlaku atau sebaliknya. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



15 ulasan:

  1. Bila banyak ramalan yang dirasakan mustahil tetapi boleh berlaku atau terealisasi...itu untuk menyedarkan manusia bahawa kalau Allah berkehendak tiada yang mustahil dan perantaranya adalah manusia..ilham atau idea itu daripadaNya dengan izinNYA juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak PC. Segala yang berlaku adalah kerana keizinan dan ketentuan daripadaNya yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. :)

      Padam
  2. Hanya sekadar ramalan.
    Segalanya ketentuan Allah jua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Mr WP. Segala ketentuan daripada Allah SWT jua. :)

      Padam
  3. hahaha kelakar buat minda berfikir sejenak..bijak GV ni..bermain teka teki..menarik sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi. Terima kasih Mr Etuza. GV hargai kata-kata positif Mr Etyuza. Mr Etuza terbaik. Yezzzaa semua. :D

      Padam
  4. Bagus sekali infonya. Terima kasih for sharing

    BalasPadam
  5. Semua ramalan telah direalisasikan seiring dengan teknolgi terkini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak Fatin. Teknologi semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. :)

      Padam
  6. kebetulan pula sy tgh baca buku Armagedon 2012 ni, sama mcm entri GV ni,diorg suka ramal perkara yg akan dtg.. dlm buku tu diorg slalu meramalkan kiamat akan berlaku sekian2 tarikh sampai tahap upacara membunuh diri beramai2..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam best juga buku Armagedon 2012 tu. Nanti GV cuba cari buku ini. GV ingatkan movie 2012 tu. huhu. Terbaik Mr Cahaya. :)

      Padam
  7. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak ianya berlaku... Walaupun itu perancangan manusia... Tapi Allah lebih bijak merancang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak Maria. Allah SWT Maha Berkuasa Lagi Maha Agung. :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D