Ads Top

RATU CANTIK MALAYSIA/UNIVERSE PILIHAN UTAMA MENANG MISS UNIVERSE 2017

Ramai peminat peringkat antarabangsa meramalkan Ratu Cantik Malaysia/Universe 2017 bakal ke peringkat akhir Top 20 Miss Universe 2017 dan seterusnya mempunyai peluang yang amat besar untuk memenanginya. Antara yang meramalkan keputusan ini ialah bekas Miss Universe 2005, Natalie Glebova. Ramai peminat ratu cantik menunggu ramalan Natalie ini kerana ramalan beliau selalunya memberikan gambaran siapakah yang bakal menang Miss Universe dan ianya kerap menjadi kenyataan. 

Pada tahun  ini, Natalie meramalkan Malaysia bakal berada di dalam Final Top 20 bersama USA, Colombia, Philipines, Thailand etc. Natalie memuji Ratu Cantik Malaysia kerana mempunyai wajah yang sangat cantik dan berperwatakan sangat menarik. Beliau juga merasakan yang Samantha bakal melakukan kejutan di dalam pertandingan ini kerana berpendapat wakil Malaysia kali ini sangat bagus dan ada tarikan tersendiri. Di bawah ada sedikit biodata Miss Malaysia/Universe 2017. 

Biodata Ringkas 
Nama :  Samantha Katie James
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Kerjaya : Model dan Pelakon
Filem/Telemovie : Kastil Tua (Kellie Castle, Batu Gajah Perak) 2015, Huang (Chinese Mandarin, China) & Wanita Terindah 2017(bersama Fattah Amin & Nur Fazura)

Samantha adalah salah seorang Model Malaysia yang sangat popular di kalangan orang industri fesyen tempatan. Selain model, beliau juga turut pernah berlakon filem di peringkat antarabangsa seperti filem Huang terbitan negara China dan Kastil Tua iaitu filem kolaborasi Malaysia-Indonesia mengenai Kellie Castle Batu Gajah Perak. Samantha juga sangat fasih berbicara di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Mari kita sama-sama sokong Ratu Cantik Malaysia kita untuk menang Miss Universe 2017 di Planet Hollywood, Las Vegas, United States pada 26 November 2017 ini. Malaysia Boleh. 






Video 
Bekas Miss Universe 2005, Natalie Glebova meramalkan 
Malaysia bakal ke final Top 20 Miss Universe 2017
Video Malaysia Bermula Pada Minit ke 8.22





GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
http://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : missuniverse_fanpageMissUniverseMalaysia, Google Image, Beauty Beauty YouTube Channel.

3 comments:

  1. singgah sini..

    nice info..dasyat malaysia.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah kak Cuya. Tapi sayang Malaysia kalah lagi. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.