Ads Top

ELYANA GEGAR VAGANZA 4 KENA KANSER TAHAP 4 !!!!

GV masih dalam mood tidak percaya apabila penyanyi popular Elyana mengumumkan yang beliau adalah pesakit kanser tahap 4. Ianya sememangnya satu kejutan besar kepada semua peminat beliau. Sebenarnya isu Elyana kena kanser ini sudah mula kedengaran pada tahun 2013. Namun, ianya telah dinafikan oleh pihak berkenaan. Kini, baru GV faham kenapa Elyana sentiasa happy dan berfikiran positif sepanjang masa. Di sepanjang pertandingan GV ini, Elyana sentiasa tersenyum dan tidak sekali menunjukkan riak wajah penat atau tidak suka terhadap sesuatu perkara. Betapa kuatnya Elyana dalam menghadapi penyakit beliau selama ini. GV sangat kagum dengan beliau. Kanser yang dihidapi oleh ialah kanser lymphoma. Boleh tonton video perbualan antara Elyana dan Dato' Seri Vida mengenai kanser beliau.

Video Penjelasan Kanser Elyana Bersama Dato Seri Vida 
YouTube Channel

Untuk pengetahuan semua, GV adalah salah seorang peminat beliau. GV memang nak sangat Elyana menang Gegar Vaganza selain Lan Kristal. Ini adalah disebabkan kedua-duanya penyanyi ini mempunyai tone suara yang sangat berbeza dengan penyanyi lain di Malaysia. Untuk Elyana, beliau  boleh dikatakan satu-satunya penyanyi wanita yang membawakan konsep Modern Rock + Pop Rock paling popular di Malaysia. Beliau juga adalah seorang penghibur yang hebat dan lain daripada yang lain. Selain terkenal dengan style tidak suka pakai kasut di atas pentas, Elyana juga terkenal dengan style duduk sepanjang persembahan beliau. Ianya pernah dilakukan ketika persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 2008 dan Final Anugerah Juara Lagu 2008 untuk lagu Kalis Rindu. Banyak lagu beliau yang sangat popular di era 2000 an iaitu seperti Niat, Rela, Ironi, Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Kau Atau Aku, Kalis Rindu, Moleq, Bukannya Satelit dan banyak lagi. 

GV doakan semoga Elyana terus kuat dan tabah dalam menghadapi kanser ini dan memohon kepada Allah SWT semoga dipermudahkan urusan beliau di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin.



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image & MotifHidup YouTube Channel

14 comments:

  1. Pernah juga dgr elyana sakit, kanser rupanya..
    Dan tahap 4 pula...sedih.
    Suka elyana ni, mmg teringat dia ni penyanyi tak suka pakai kasut kat pentas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Pip. Semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.Aamin.

      Delete
  2. SubhanaAllah..berilah kesembuhan kepadanya.Pulihkan kesihatan untuknya agar dia boleh lebih terus beribadah kepadaMU.Pandang dan terimalah amal kebaikkan yang pernah dilakukan dan ganti dengan umur yang panjang...amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga elyana dpt sembuh spt sedia kala,.sabar, dunia mmg tempat kita diuji..

    ReplyDelete
  4. akak pun tak percaya...
    apa2 pun kita doakan elyana sembuh
    sedia kala

    ReplyDelete
  5. macam tak caya je elyana kena kanser. apepun moga dia tabah. By LubukSeni.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. Kejutan sangat. Semoga kak Elyana cepat sembuh kak. InsyaAllah. Aamin.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.