GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Monday, October 23, 2017

SIAPA POPPY ? ARTIS YOUTUBE YANG MUNGKIN MEMBUATKAN RASA SERAM.

Illuminati dan Hollywood memang tidak dapat dipisahkan. Rasanya semua peminat seni hiburan tahu isu Illuminati ini mula diperkatakan secara meluas apabila Puteri Pop Britney Spears dikatakan mula menjadi gila kerana mahu keluar daripada pengaruh Illuminati. Ada satu album misteri Britney yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2005 tetapi tidak dapat diterbitkan kerana ianya ada kaitan  dengan isu Illuminati. Semua peminat Britney Spears pasti tahu hal ini. Michael Jackson sendiri pernah menasihati Britney agar kuatkan diri kerana beliau risau jika Britney akan hadapi masalah seperti beliau. Jika anda selalu baca isu artis yang dikaitkan dengan illuminati ini, pasti anda akan perasan, sesesorang artis itu akan dikaitkan dengan sakit mental sebaik saja artis tu mengumumkan mahu keluar daripada pengaruh illuminati. Namun begitu, Britney bernasib baik kerana kesemua ahli keluarganya menyelamatkan beliau sebelum beliau betul-betul menjadi gila dan hanyut dengan kekusutan hidup. Tetapi ada kesan negatif pada diri emosi Britney apabila beliau kini menjadi seperti robot hidup, mata beliau seakan kosong, dan kadang suka berkelakuan aneh. 

Hal yang sama yang pernah terjadi kepada Michael Jackson dan Tupac Shakur. Tupac Shakur pernah membuat lagu mengenai isu illuminati dan akibatnya beliau meninggal dalam keadaan tidak terjangka. Begitu juga Michael Jackson. Sudah lama bertebaran berita yang Michael Jackson tidak berminat dan tidak mahu dikaitkan dengan Illuminati. Walaupun ada penjelasan secara saintifik kenapa kedua-duanya meninggal, namun ada persamaan  yang sangat ketara di antara mereka berdua iaitu kedua-duanya tidak suka illuminati. Dan majoriti peminat seni Hollywood juga tahu isu illuminati ini dengan kes kematian mereka tetapi tidak dapat dinyatakan secara jelas kerana pelbagai faktor. 

Artis Hollywood yang kerap dikaitkan dengan pengaruh Illuminati ini tanpa mengalami masalah tekanan mental adalah seperti  Madonna, Beyonce, Rihanna, Katy Pery & Taylor Swift. Ada ura-ura mengatakan Lady Gaga mahu keluar daripada imej Iluminati. Mungkin benar kerana Lady Gaga sudah  jarang memakai imej Illuminati sepertimana di awal kemunculan beliau. Isu illuminati ini bukan saja diperkatakan di negara kita, malah peminat seni hiburan di Amerika & Eropah sendiri tertanya-tanya siapakah orang di sebalik isu illuminati ini. Mereka dikatakan berkuasa di dalam menentukan arah tuju seseorang terutama di dalam bidang hiburan peringkat antarabangsa. 

Apa kaitan fenomena Poppy dan Illuminati ? Jika anda selalu melayari sosial media terutamanya di You Tube, pasti anda akan kenal dengan Poppy. Poppy kini menjadi trending di Hollywood kerana keanehan dan keunikan beliau sebagai artis sosial media yang terkenal. Ianya bermula dengan video aneh beliau yang berjudul "I'M POPPY". Video ini asalnya diterbitkan pada tahun 2014. Namun ianya mula diperkatakan pada tahun ini apabila video beliau mula dikongsikan di laman You Tube terkenal seperti FBE React Video. Kenapa video yang dibuat oleh Poppy ini aneh dan pelik? Ini disebabkan majoriti video beliau kelihatan seperti psiko, seram dan pelik. Beliau sebenarnya adalah peyanyi Pop tetapi mempunyai gaya di luar kotak kerana beliau seolah-olah seperti robot yang diprogram. Ada video beliau bercakap dengan tumbuhan, ada video beliau sebut nama beliau selama 10 minit tanpa henti dan banyak lagi. Poppy mula dikaitkan dengan illuminati kerana beliau membawa gaya dan imej  yang cukup sinonim dengan illuminati iaitu seperti :

- Kelihatan seperti robot hidup yang diprogram untuk sebut apa yang disuruh.
- Dikatakan mempunyai persona aura Britney Spears. Poppy juga pernah membuat gaya seperti gaya kulit album Britney Spears di dalam video beliau. Britney adalah ikon illuminati yang cukup popular di seluruh dunia (suatu ketika dahulu).
- Kelihatan seperti puppet atau boneka atau patung hidup.
- Kerap membuat simbol mata satu, imej piramid dan kadang ada tengkorak bercakap. 
- YouTuber Terkenal, Matt Pat  turut membincangkan mengenai Poppy dengan isu Illuminati melalui saluran YouTube  beliau, The Film Theorist.
- Poppy kini digelar Ratu Illuminati YouTube apabila ramai Youtuber seluruh dunia membincangkan pengaruh illuminati di dalam video beliau.

Mari kita lihat video menarik mengenai Poppy.

Video Aneh I'M POPPY


GV suka tonton video Channel FBE React kerana banyak info-info baru GV pelajari. Jom tonton.

VIDEO SATU
KIDS REACT TO POPPY


VIDEO KEDUA
 POPPY REACT TO KIDS REACT TO POPPY


VIDEO KETIGA
KIDS REACT TO POPPY REACT TO KIDS REACT TO POPPY


VIDEO KEEMPAT
POPPY HIDDEN CONSPIRACY EXPOSED : ILLUMINATI

Menarik kan video di atas. Nama sebenar Poppy ialah Moriah Rose Pereira dan berusia 22 tahun. Beliau adalah seorang penyanyi pop Amerika dan mempunyai dua album yang diterbitkan pada tahun 2016 dan 2017. Video Poppy ini juga turut dibincangkan di sosial media seluruh dunia dan majoritinya mengatakan unik tetapi tidak sukakan unsur illuminati. Bukan orang Malaysia sahaja kurang suka illuminati, malah majoriti orang Latin, Negro, Africa, Eropah, Turki, dan Rusia sendiri tidak suka dengan illuminati. Namun yang menjadi persoalan sekarang, siapakah pengasas Illuminati yang sebenar dan adakah ianya betul wujud atau hanya teori budaya pop semata-mata?  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY I'M POPPY I'M POPPY   I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY  I'M POPPY 
Sumber : FBE Youtube Channel, The Film Theories Youtube Channel & Google Image

12 comments:

  1. Comel sangat ni.. but creepy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu. Mmg comel tapi creepy sangat. Unik pun ya juga. huhu.

      Delete
  2. Salam singgah! Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Julia. Terima kasih sudi singgah blog GV. Nanti kalau ada kelapangan, GV akan cuba join ya kak. Terima kasih sudi jemput. Terbaik la kak. :D

      Delete
  3. Baca info ni baru tahu ramainya artis hollywood ni artis iluminati...sebelum nih xpernah ambil tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Mimi. Boleh kata semua artis Hollywood ini ada dikaitkan dengan illuminati. Celine Dion pun ada juga dikaitkan tapi tidak terlalu terdedah beritanya berbanding artis lain. huhu.

      Delete
  4. Betul ke Britney Spears pun dah Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kak. Mmg tahun 2008 dulu ada rumours kata Britney nak masuk Islam tapi tidak benar kak. Lagipun, selepas Britney keluar agama Kabbalah, Britney rasanya kembali menganut Kristian sebab Britney pernah post pic dia pergi ke gereja di Instagram beliau kak. :)

      Delete
  5. Replies
    1. aah kak hasliynda. dunia zaman kini. huhu

      Delete
  6. Artis luar negara saya tak ikut sangat perkembangannya... hihi... btw, nice info GV...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr Noor Azlan sudi baca. hihi. Okay la tu. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI