GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Tuesday, July 11, 2017

MAKANAN ANEH ORANG JEPUN. OMG !!!

Kalau sebut makanan Jepun, mesti ramai akan jawab Sushi atau Ramen kan. Sebenarnya, selain Sushi dan Ramen, Jepun juga dikenali dengan makanan dan minuman mereka yang di luar jangkaan kita. Jika kita rasa makan katak, serangga itu sudah kira aneh, di Jepun ada lagi makanan dan minuman mereka yang lebih aneh dan tak tercapai akal kita bak kata Elyana. Kalau hendak tahu, jom kita tengok gambar di bawah.
MAKANAN & MINUMAN PELIK JEPUN

01. SNEK ANAK KETAM PANGGANG
Anak ketam ini dipanggang  dan dibungkuskan ke dalam plastik seperti di dalam gambar. Rasa kesian pula bila tahu anak ketam tu dipanggang bakar. Ketam masak cili lagi sedap rasanya.


02. AIS KRIM SOTONG
- Dalam ais krim ada sotong. Tidak dapat GV bayangkan rasanya. 


03. SUSU IBU SEGERA
- Konsep susu ini ala ala minuman cokelat, oren atau jus jambu dalam bekas kotak seperti di sebelah. Tidak tahu susu yang digunakan itu memang susu original daripada ibu manusia atau susu lain.





04. BURGER RAMEN LOTTERIA
- Burger ini menggunakan ramen yang dimasak untuk dijadikan sebagai penganti roti untuk burger ini. Macam masak Maggi dan lepas tu letak atas daging burger je kan. hihi.




05. BIR WASABI
- GV dulu pernah buat wasabi untuk dimakankan dengan sushi. Masa blend wasabi itu, perghhh, bau menusuk hidung lagi pedih daripada cili padi. Mesti Bir Wasabi ini rasa pedas dan pedih.



06. AISKRIM VIAGRA
- Tidak pasti samada Viagra itu dihancurkan jadi aiskrim atau dalam aiskrim tu ada pil Viagra. 


07. BISKUT SERANGGA PENYENGAT
- Ala-ala biskut Chipsmore. Cuma chip coklat ditukar dengan serangga penyengat yang rangup dimakan. Kuku lelaki ini kotoq la. Manicure please. 







 08. AIR PEPSI PERISA TIMUN, YOGHURT, ETC.
- Pepsi Yoghurt mungkin sedap. Tapi Pepsi Timun rasa macam cannot go je.





09. SNEK KOLON
- Rasanya bentuk biskut ini nampak macam kolon tapi bukan guna kolon betul.




09. AISKRIM DAKWAT SOTONG
- Antara bahan utama aiskrim ini ialah dakwat sotong katak. 



10. MINUMAN 10000 JELI PLASENTA
- Minuman ini menggunakan plasenta khinzir sebagai salah satu bahan campurannya. Ianya dikatakan menyihatkan dan rasa ala ala buah pic.  


11. AIR LIMAU KARI
- Air limau yang dicampur kari. Kalau minum ini, confirm tak lalu makan kari ikan, ayam dan daging dah.


12. GULA-GULA SOTONG
- Dikatakan gula-gula ini antara makanan kegemaran ramai penduduk di Jepun.

13. SODA BELUT
- Air minuman pun boleh dicampurkan dengan belut. Mesti air tu rasa belut bergas soda

14. AISKRIM KUDA
- Nampaknya bukan sotong je ada aiskrim, kuda pun ada juga. GV takkan terkejut lagi kalau lepas ini GV terjumpa Aiskrim Kangaroo ke, Aiskrim Penyu, atau Aiskrim Gajah. Out of box itu pasti. 


15. ROTI TIN
- Roti pun dah dimasukkan dalam tin sekarang ini ya. Inovatif betul orang Jepun ini kan.


16. MATA TUNA 
Ianya boleh dimakan mentah begitu saja atau dimasak stim atau juga digoreng bersama bawang putih dan sos soya untuk bagi perisa lebih kepadanya. 


17. IKAN TUGU
Ikan Tugu selalunya dibuat sashimi dan dimakan bersama wasabi dan sos soya Jepun. Makanan ini adalah makanan eksotik dan mahal di Jepun. Ikan ini sebenarnya berbahaya dan tahap penyediaanya juga rumit bagi memastikan tosik ikan ini dibuang sepenuhnya sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Ianya hanya dihidangkan di restoran yang mempunyai lesen untuk memprosesnya. 

Orang Jepun ini memang suka berfikir di luar kotak dan maju ke hadapan kan termasuklah jenis makanan dan minuman mereka. 


Sumber : Japan1Japan2Japan3Japan4Japan5 dan Google Image.

16 comments:

  1. yang paling saya terkesan susu ibu dalam kotak

    dan jelly plasenta khinzir..agak geli la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. agak geli. Makanan Jepun mmg pelik2x kan. huhu.

      Delete
  2. Kreatif diorg ni Kan mcm2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kadang kagum juga cmner Jepun boleh fikir idea pelik2x ni. huhu.

      Delete
  3. Replies
    1. GV pun tak sanggup makan kak Nor. huhu.

      Delete
  4. Replies
    1. GV pun xlalu mama. huhu. Tapi kagum orang Jepun sangat kreatif dan inovatif.

      Delete
  5. euwwwww... dush... huhuhu.. disebalik kecanggihan teknologi terselit juga canggihnya nafsu makan diorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Zaleha. Fikiran dorg sangat jauh ke depan termasuk makanan dorg sekali. huhu.

      Delete
  6. ada yg lucu ada yg seram makan diorang ni... susu ibu segera siap ada gambar ibu bby lg.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Aah kak. Rasa macam semua benda dorg leh makan. huhu.susu ibu segera utk ibu yg tak sempat menyusukan anak. Hebat dorg kan kak. huhu.

      Delete
  7. Pelik pelik ye makanan orang Jepun. semakin mereka maju semakin pelik diaorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr Nurhaziq. Kemajuan dan kepelikan mereka seiring sejalan untuk pelbagai sudut kehidupan. huhu.

      Delete
  8. Tengokoun x lalu makanan diorang nih..pelik pelik jer..ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan mereka mmg di luar kotak kan. Tak jangka boleh buat makanan cam2. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI