blog hiburan informasi kababoom

  • Breaking News

    Wednesday, July 12, 2017

    BURGER NASI LEMAK MAKIN FENOMENA

    Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita ciptaan makanan baru yang berasaskan konsep nasi lemak iaitu aiskrim nasi lemak dan juga biskut nasi lemak. Kini, ciptaan makanan paling terbaru pula ialah Burger Nasi Lemak. Intipati kandungan burger ini ialah isi ayam berisi kelapa yang dilapisi dengan bawang, timun, roti semolin, telur goreng dan sos sambal. Unik kan. Walau bagaimanapun, menu istimewa ini adalah menu jualan terhad dan ianya hanya akan mula dijual pada 13 Julai 2017 di satu rangkaian restoran makanan segera yang cukup popular di rantau ini. Restoran popular itu ialah McDonald Singapura. Menu ini dijual khas di restoran ini sempena dengan Festival Makanan Singapura 2017 dan juga untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang akan disambut 9 Ogos 2017 ini. Selain daripada Burger Nasi Lemak, McDonald juga telah menjual makanan berasaskan menu makanan tempatan seperti Chendol McFlurry, kek pandan dengan lapisan pulut dan banyak. Pasti sedap kan.
    Burger Nasi Lemak

    Sumber : AstroAwani

    10 comments:

    1. Inovasi..pasti ramai yang mencuba..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Betul tu kak. Confirm laris nanti. Tambahan lak jualan terhad. :)

        Delete
    2. Replies
      1. hihi. guna konsep perisa nasi lemak je Mr Hanafi. nasi takde. huhu. :D

        Delete
      2. kalau macam tu tukar la kepada burger perisa lemak...

        mesti ramai yang takut nak makan.

        Delete
      3. perisa lemak??? confirm tak laku. huhu. GV pun tak lalu nak makan. hihi.

        Delete
    3. Kena g Singapore la Pula utk Rasa

      ReplyDelete
      Replies
      1. Aah Mama.Burger ni pun dijual selected day je. huhu.

        Delete
    4. menarik ni... tgk dah berselera... hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. setuju kak. tgk pun rasa berselera juga kak. hihi. :)

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Popular Posts

    Waktu Solat

    Follow by Email

    Blogged.my

    Iklan Babab

    Powered by Blogger.