Ads Top

MAKANAN TERENGGANU PALING POPULAR, SEDAP DAN LAZAT

Negeri Terengganu cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang kebanyakan berasaskan ikan dan makanan laut kerana kedudukannya yang berdekatan dengan pantai Laut China Selatan. Malah, kini boleh dikatakan sudah banyak makanan tradisional Terengganu sudah terjual di merata tempat di Malaysia kerana keunikan dan kesedapannya yang tidak terhingga. Oleh itu, mari kita lihat apakah makanan tradisional Terengganu yang cukup popular bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh Malaysia ini. Na Na Na Na Terengganu Kite... hihi.

Keropok Lekor Terengganu


01. KEROPOK LEKOR / KEPING
Keropok lekor Terenganu atau juga dipanggil Kepok Gete ini memang sangat popular di seluruh Malaysia kerana keenakan dan kekenyalan keropok itu sendiri. Ditambah pula dengan  sos lada keropok lekor yang lazat itu pastinya menambahkan lagi kesedapan memakan keropok lekor itu. Bagi GV, keropok lekor daripada Terengganu adalah keropok lekor paling sedap di Malaysia. Begitu juga dengan keropok keping yang juga ranggup dimakan selepas digoreng. 


Keropok Keping


02. NASI DAGANG
Kini banyak gerai di pasar malam dan juga di kedai makan sarapan pagi seluruh Malaysia yang menjual nasi dagang dengan pelbagai lauk terutamanya gulai ayam dan ikan tongkol. Bagi GV, nasi dagang original daripada Terengganu sendiri adalah terbaik kerana rasa gulai ayam atau ikan tongkol itu lebih pure dan nasi dagang itu sendiri rasa lebih sedap. 

Nasi Dagang Gulai Ayam


03. NASI LEMAK IKAN TONGKOL
Pada era 90an dulu, GV selalu beli nasi lemak ikan tongkol dengan rakan sekolah yang datang menjual kepada rakan-rakan sekelas (masa itu GV bersekolah di Terengganu). Dengan harga 50 sen, saiz bungkusan nasi lemak ikan tongkol pada masa itu adalah 5 kali ganda saiz nasi lemak harga seringgit sekarang. Nasi banyak, saiz ikan besar, ada sambal, telur, dan timun. Cukup sedap dan lazat. 







04. SATAY IKAN
Satay ikan ini memang sedap jika dimakan dengan sos ladanya sendiri. Rasanya satay ikan ini dahulunya hanya popular di sebelah pantai timur sahaja. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini sahaja baru ada dijual di sebelah pantai barat Malaysia di pasar malam dan juga gerai-gerai makanan. 







05. NASI MINYAK TERENGGANU
Satu lagi kelebihan di Terengganu ialah sarapan pagi mereka ada pelbagai jenis makanan ringan mahupun berat seperti nasi minyak Terengganu dan satay ayam beserta nasi impit. Bayangkan, di awal pagi ada jual nasi minyak Terengganu yang sememangnya sangat lazat dan paling tidak sangka ada jual satay di awal pagi. Sedap kan.






06. KAYU KERAMAT
Kayu Keramat atau juga dipanggil sebagai Kayu Khaamat oleh penduduk tempatan ini sebenarnya adalah sama seperti cakoi. Saiz Kayu Keramat ini selalunya besar dan boleh jadi bulat ataupun panjang berbanding cakoi yang agak kecil saiznya. Ianya selalu menjadi makanan sarapan pagi atau makanan di waktu petang. Kuih ini juga selalunya dimakan dengan kuah kacang atau pun dengan sos lada. 





07. LAKSAM
Laksam atau  juga dikenali sebagai Laksang oleh orang Terengganu boleh dikatakan sebagai adik beradik laksa kerana mempunyai bentuk fizikal makanan yang hampir serupa. Bentuk meenya seperti mee kway teow dan kuahnya pula agak berlemak berbanding kuah laksa. Memang sedap.







08. IKAN SINGGANG
Ikan singgang cicah budu memang sangat menyelerakan dan sangat sedap jika dimakan dengan nasi ketika panas. 














09. KETUPAT SOTONG
Ketupat sotong atau juga dikenali sotong sumbat ini juga merupakan makanan kegemaran penduduk tempatan di sini. Beras pulut yang dimasak bersama santan akan disumbat ke dalam sotong dan kemudiannya dihidangkan dengan kuah santan. Memang unik dan lazat. 









10. NEKBAT 
Kuih Nekbat ini sebenarnya hasil campuran dua bahan masakan iaitu tepung dan telur. Rasanya manis dan sedap dimakan jika dalam keadaan sejuk (letak dalam peta ais). Bentuk kuih ini seperti bahulu tetapi berkuah. 
Keropok Lekor Terengganu

Semua Imej Gambar Daripada Google

13 comments:

  1. Laa satay ikan dari terengganu ye, teruknya baru harini tau.. nekbat tu best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. satay ikan popular di pantai timur kak. actually satay ikan dikatakan berasal daripada thailand kak, bukan terengganu. huhu. nekbat tu mmg best kan. hihi. :)

      Delete
    2. Oh dikatakan asal drpd thailand, apa2 pun sedap, lembik lembik dia tu kan..
      Btw jgn panggil 'kak', sy lelaki la..haha.. Eh terima kasih tau sudi singgah n baca blog sy, rasa terharu..

      Delete
    3. oh, sowieeee. hihi. salam perkenalan juga. terima kasih sudi singgah blog GV juga. hihi. :D

      Delete
  2. Baru saya tahu satay ikan itu makanan tradisi orang Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satay ikan makanan popular semenanjung pantai timur. asalnya daripada thailand. huhu. awal awal popular kt terengganu, kelantan dan pahang, masuk era 2010 an ni baru org jual kat sebelah pantai barat semenanjung malaysia. huhu.

      Delete
  3. sedapnya... sate ikan tu dari kecik2 memang ada kat Penang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, dah ada kat penang. lagipun penang kan negeri utara dekat ngan thailand. satay ikan ni pn asalnya dari thailand. hihi. mmg sedap. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.