Ads Top

XPDC : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan XPDC adalah salah satu Legenda Rock yang sangat popular dan terkenal di Malaysia. Lagu-lagu dan kesemua album mereka sangat laris di pasaran terutamanya album Brutal yang diterbitkan pada tahun 1997 di mana ia telah terjual lebih 350,000 unit. Jumlah keseluruhan jualan album mereka adalah melebihi 1.8 juta unit dan semenangnya mereka layak digelar Raja Metal Malaysia dan salah satu kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia sepanjang zaman.Walaupun ada ahli dalam kumpulan ini yang pernah  bersilih ganti, namun ia tidak menghalang kepada peminat untuk terus meminati kumpulan ini sehingga kini. Identiti muzik XPDC yang berteraskan muzik Metal dan Hard Rock ini sememangnya menjadi perintis kepada band Rock Metal lain untuk muncul di persada seni dengan irama sedemikian di dalam muzik arus perdana. 

Kumpulan XPDC




BIODATA RINGKAS KUMPULAN WINGS

Nama Ahli Kumpulan : Mael, Jeff, Zua, Amy, Ali, Izo, Ariff Izo, Eddie, Lola, Yan, Lee Space, Pae
Tahun Aktif : 1987 - kini
Album Studio : 7
1990 - Darjah Satu (150,000 unit)
1992 - Timur Barat (100,000 unit)
1994 - Kita Peng-Yu 200,000 unit)
1997 - Brutal (350,000 unit)
1999 - Samurai (200,000 unit)
2002 - V6 (80,000 unit)
2009 - Rasopariso
Lain-Lain Album
1995 - Unplugged XPDC & Rakan-Rakan (25,000 unit)
1995 - Rock Ballad (80,000 unit)
1995 - Seleksi Headbang (55,000 unit)
1997 - Metal 60' an (250,000 unit)
1998 - Metal 50'60' an (150,000 unit)
1998 - Konsert Raksasa XPDC  Brutal Stadium Negara (95,000 unit)
2000 - Un'metal (110,000 unit)
2000 - Real N Reality (35,000 unit)
2004 - Un'metal 2
Antara Pencapaian Utama :
1990 - AJL - Finalis Akhir (C.I.N.T.A)
1998 - AIM - Top 5 Album Rock Terbaik (Brutal)
1999 - AIM - Top 5 Album Rock Terbaik (Konsert Raksasa XPC Brutal Stadium Negara )
2000 - AIM - Top 5 Album Rock Terbaik (Samurai)
2003 - AIM - Top 5 Album Hard  Rock Terbaik (V6)
2005 - AIM - Top 5 Album Pop Rock Terbaik (Un'metal 2)
2010 - AIM - Top 5 Album Rock Terbaik (Rosapariso)



XPDC : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. C.I.N.T.A
Komposer : Z.N Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Darjah Satu
Tahun : 1990
Catatan : Lagu ini adalah lagu pencetus fenomena band XPDC pada awal 1990an. Lagu ini berjaya ke peringkat akhir pertandingan Anugerah Juara Lagu 1990 dan ramai memuji persembahan mantap XPDC. Pada masa ini vokal unik Mael juga telah menjadi trademark kepada XPDC.

Video Lagu C.I.N.T.A


02. C.T. CINTA KENANGAN SILAM 
Komposer : Zul Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Timur Barat
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini adalah lagu hits daripada album kedua kumpulan XPDC. Ianya dikatakan lagu sambungan kepada lagu mega hits yang pertaman daripada kumpulan  XPDC iaitu C.I.N.T.A,

Video Lagu C.T. Cinta Kenangan Silam


03. TITIAN PERJALANAN
Komposer : Izo XPDC
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album :Kita Peng-Yu
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini cukup popular pada tahun 1995. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 di dalam kategori Balada. Kedudukan terbaik di dalam Carta Muzik Muzik ialah No4 dan berada di dalam carta selama 29 minggu.

Video Lagu Titian Perjalanan


04. NAFISA
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : Sabri Zainuddin Zainal
Album : Kita Peng-Yu
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu paling kerap diminta oleh pendengar Radio Muzik pada tahun 1995 terutamanya di dalam rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik. 

Video Lagu Nafisa 


05. HIJAU BUMI TUHAN
Komposer : Izo XPDC
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Kita Peng-Yu
Tahun : 1994
Catatan : Lagu yang memuji keindahan alam ini sangat digemari para pemiant seni hiburan di pertengahan era 1990 an kerana  lagunya yang ringkas dan mendamaikan. 

Video Lagu Hijau Bumi Tuhan



06. HIDUP BERSAMA
Komposer : Mohamed Ayob & The Rhthym Boys
Penulis Lirik :  Mohamed Ayob & The Rhthym Boys
Album : Brutal
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini adalah pencetus fenomena muzik Rock Metal sehinggakan kumpulan XPDC telah digelar sebagai Raja Metal Malaysia. Selepas kemunculan lagu ini, banyak band Rock Metal yang muncul di dalam muzik arus perdana.

Video Lagu Hidup Bersama


07. HENTIAN INI
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Brutal
Tahun : 1997
Catatan : Lagu Slow Rock ini memang cukup popular di radio dan menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1997. 

Video Lagu Hentian Ini


08. APA NAK DIKATA
Komposer : Izo XPDC
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Brutal
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini antara lagu trademark daripada album Brutal dengan muziknya yang mantap dan segar. 

Video Lagu Apa Nak Dikata


09. SEMANGAT YANG HILANG
Komposer : Izo XPDC
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Brutal
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini memang unik kerana menceritakan tentang erti kehidupan dengan lebih mendalam. Lagu ini sangat popular di kalangan pendengar muzik ketika itu sehinggalah kini. 

Video Lagu Semangat Yang Hilang


10. TEMAN
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S. Kevin
Album : Samurai
Tahun : 1998/1999
Catatan : Lagu ini cukup popular di Radio Era dan pernah menjadi Juara Mingguan Carta ERA tahun 1999. Vokal mantap Ali di dalam album Samurai ini mendapat pujian ramai.

Video Lagu Teman


11. SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI
Komposer : Izo XPDC
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Samurai
Tahun : 1998/1999
Catatan : Lagu ini kerap dijadikan lagu tema motivasi budak-budak sekolah menengah dan universiti ketika itu kerana liriknya yang mendalam. Lagu ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan lagu popular Semangat Yang Hilang. Lagu ini juga berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1999.

Video Lagu Semangat Perjuangan Harmoni


12. LANGSUNG TAK FAHAM
Komposer : J. S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kein
Album : Unmetal
Tahun : 2000
Catatan : Lagu ini meneruskan legasi populariti XPDC untuk era 2000 an dan telah menarik perhatian peminat generasi baru ketika itu. Konsep lagu unmetal ini menjadi perintis kepada kumpulan Rock yang lain untuk muncul dengan konsep album yang sama.

Video Lagu Langsung Tak Faham


Koleksi Album Studio XPDC


Kumpulan XPDC

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
http://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber:
You Tube Channel, Imej Google, liriklagu696.blogspot.com

Kemaskini : 2 September 2020

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.