GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Sabtu, 11 Februari 2017

PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1996

Tahun 1996 boleh dikatakan tahun kegemilangan irama Dangdut kerana album paling laris utk album studio dan album kompilasi adalah datang daripada album irama Dangdut. Tahun ini juga irama Alternatif rock mula  menjadi  fenomena di kalangan peminat muzik Rock. Berikut ialah senarai penyanyi paling popular sepanjang tahun 1996.

Penyanyi Popular Tahun 1996

01.Ziana Zain
Ziana Zain masih lagi mengekalkan populariti beliau sebagai penyanyi No.1 Malaysia pada tahun 1996. Tahun ini antara kejayaan Ziana Zain ialah menang Anugerah Melodi Emas di Tokyo Music Festival, konsert pertama Unplugged Ziana yg sold out, album Ziana Zain Unplugged dan OST Maria Mariana sgt laris di pasaran dan lagu Korban Cinta menang Lagu Paling Popular di Anugerah Muzik Singapura. Lagu Kemelut Di Muara Kasih juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 1996. Pada masa ini, Ziana Zain digelar sebagai Whitney Houston Asia oleh para peminatnya.

Album Ziana Zain Unplugged

Lagu Popular 1996:
Korban Cinta, Gerhana, Dekat Tapi Jauh


02.Amelina
Tahun 1996 adalah tahun kegemilangan Ratu Dangdut 90 an iaitu Amelina. Album beliau berjudul Asyik yg terjual lebih 200,000 unit adalah album studio solo/berkumpulan paling laris tahun 1996. Bukan itu sahaja, album kompilasi rakaman semula Dang Dang Dut juga menjadi album kompilasi paling laris pada tahun itu dengan jualan melebihi 350,000 unit. Kejayaan luar biasa Amelina ini menunjukkan irama Dangdut juga boleh bersaing hebat dengan irama lain. Malah, lagu Amelina berjudul Asyik adalah satu-satunya lagu irama Dangdut yg pernah menjadi juara carta Muzik Muzik 1996 iaitu selama 2 minggu. Amelina juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu dengan lagu Ah Rindu Lagi. 

Album Asyik

Lagu Popular 1996 :
Asyik, Aku Jatuh Cinta, Di Dadaku Ada Kamu, Ah Rindu Lagi, Anak Dara, Sini Cinta Sana Cinta, Yang Tersayang


03.KRU
Tarian lagu Oh La La sememangnya menjadi trademark KRU ketika ini kerana ia telah menjadi ikutan para peminatnya. Album ini terjual lebih 150,000 unit dan perubahan imej KRU pada masa ini juga kelihatan sedikit dewasa berbanding sebelumnya. Muzik video Oh La La juga cantik dan unik. Seperti sebelum ini, KRU tetap digilai oleh peminat yg majoritinya adalah para remaja kerana konsep muzik mereka yg lebih fresh dan rancak.


Album Oh La La

Lagu Popular 1996 :
Oh La La, Apa Saja, Semuanya OK


04.Slam
Lagu Gerimis Mengundang yg cukup popular pada hujung tahun 1995 dan sepanjang tahun 1996 telah menjadikan Slam sebagai salah sebuah band legenda di Malaysia. Konsert Slam Unplugged juga berjaya dan album Kembali Merindu juga meletup di pasaran. Slam juga telah memenangi Juara Pujaan 10 Nescafe 1996. 

Album Kembali Merindu

Lagu Popular Tahun 1996 :
Gerimis Mengundang, Kurnia, Jalan Keindahan, Jika Kau Rasa Getarnya, Kembali Merindu, Kita Terpaksa Bermusuhan, Suratan


05.Siti Nurhaliza (kini Dato')
Ini adalah tahun pertama kemunculan legenda muzik tanah air iaitu Siti Nurhaliza melalui album pertamanya di persada seni. Siti Nurhaliza mula popular apabila lagu Jerat Percintaan berjaya menjadi Juara Anugerah Juara Lagu dan lagu duet beliau dengan 2by2 berjudul Mawarku pula menjadi fenomena pada tahun itu. Siti juga dikatakan mempunyai lenggok nyanyian yg unik dan pakej lengkap sebagai penyanyi popular. Maka tidak hairanlah jika Siti Nurhaliza ini dikatakan sebagai artis baru paling popular tahun 1996. 

Album Siti Nurhaliza

Lagu Popular 1996 :
Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan, Antara Waktu Dan Usia, Jalanan Berduri, Mahligai Asmara, Sempadan, Cari-Cari


06.Awie (kini Dato')
Populariti Awie sebagai penyanyi lelaki No.1 Malaysia tetap kekal pada tahun 1996. Kelahiran album O-Tak meneruskan kegemilangan Awie dalam bidang muzik. Album ini juga laris di pasaran. 




Lagu Popular 1996:
Di Penjara Janji, O-Tak


07.Amy Mastura
Album kedua Amy Mastura telah meletup di pasaran dan terjual hampir 100,000 unit juga. Lagu Kembalilah, Kasih Kita dan Di Pintu Harapan dijadikan sebagai lagu tema drama popular TV3 iaitu Cinta Korporat. Selain itu, lagu Diam Diam Rindu juga telah berjaya menjadi juara carta Muzik Muzik selama 5 minggu berturut2x dan seterusnya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1996.


Album Pujaanku

Lagu Popular 1996:
Diam Diam Rindu, Lagu Untukmu, Kembalilah, Kasih Kita, Pintu Harapan, Bicara Hati, Pujaanku


08.Fauziah Latiff
Diva Pop ini meneruskan kecemerlangan beliau dengan terlahirnya album Sahabat pada hujung tahun 1995. Banyak lagu hits daripada album ini. Malah muzik video Sahabat juga diiktiraf sebagai Muzik Video terbaik tahun 1996. Lagu Sahabat juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu. 

Album Sahabat
Lagu Popular 1996 :
Sahabat, Batas Menanti, Kenari, Cinta Rahsia, Dia


09.U.K's
Album U.K's ini telah terjual 100,000 unit dalam masa hanya seminggu. Album ini juga mengulangi kejayaan album2x U.K's sebelum ini.

Album Panas Berpanjangan

Lagu Popular 1996 :
Kekasihku Di Menara, Bila Diri Disayangi, Sesak, Di Luar Kemampuanku, Permata Hati, Satu Lilin Sehening Malam, 


10.Mas Idayu
Inilah album yg telah menjadikan Mas Idayu sebagai Ratu Gelek 45. Persembahan dengan gelekan unik beliau ketika menyampaikan lagu telah menjadi trademark beliau sehingga kini. Begitu juga dengan style unik beliau ketika memegang mikrofon. Album ini juga terjual lebih 100,000 unit dan merupakan salah sebuah album Dangdut paling laris tahun itu.  

Album Cintaku 100%

Lagu Popular 1996 :
Robek Hatiku, Cintaku 100% , Gelitik Cintamu, Tergoda, Andai Bulan Berbicara.


Penyanyi Populart Tahun 1996


Semua imej adalah carian Google.





4 ulasan:

  1. wah! Imbas kembali ke thn 1996 ni. memang artis2 ni tgh fames masa tu. sentiasa menantikan kemunculan mrka di TV n paper. abam kie follows you back here. TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah Abam Kie. Tahun 1996 byk lagu best dan banyak memori manis dalam hidup sy. Artis2x ni mmg sgt peymes pada masa tu kan. Terima kasih sudi follow sy. Nanti sy wat kunjungan balas. Terima kasih sudi komen. :)

      Padam
  2. Ramai jugak artis sekarang dapat Dato...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. betul tu. Mmg ramai jugak artis dapat Dato'. Hope artis legenda muzik lain pun dapat juga sbg menghargai jasa mereka menghiburkan kita semua. :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI