Ads Top

PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1995

Tahun 2017 menyaksikan ramai penyanyi baru era ini yg popular seperti Ayda Jebat, Aiman Tino, Projector Band dan ramai lagi. Jika diimbas kembali, siapakah penyanyi lama yg pernah mencapai populariti sama seperti mereka ini sekarang. Kita kembali kepada 22 tahun dahulu iaitu tahun 1995. Berikut ialah senarai penyanyi Malaysia yg sangat popular dan fenomena sepanjang tahun 1995.


Penyanyi Popular Tahun 1995


01. Ziana Zain
Di tangga pertama ialah Ziana Zain. Ziana Zain adalah Artis No.1 Malaysia. tahun 1995. Ini adalah disebabkan tahun 1995 adalah tahun kemuncak kegemilangan Ziana di dalam bidang industri hiburan tanahair. Filem Ziana iaitu Sembilu 2 meletup di pawagam. Album solo ketiga Ziana berjudul Setia Ku Disini sgt laris dan terjual lebih 180,000 unit. Ziana memegang rekod sebagai artis wanita pertama Malaysia yg memenangi pertandingan peringkat antarabangsa iaitu Juara Voice Of Asia di Kazakhstan. Ini membolehkan nama Ziana tercatat dalam Malaysia Book of Records. Gaya penampilan Ziana juga menjadi ikutan para peminat dan mencetuskan fenomenanya yg tersendiri. Maka tidak hairanlah jika kisah kejayaan Ziana di dalam bidang hiburan telah menjadi berita utama hampir semua majalah bercetak di Malaysia ketika itu. Sejak itu, Ziana Zain telah berjaya menjadikan diri beliau sebagai salah seorang Diva Pop Malaysia yang unggul dan bertahan sehingga kini.

Album Setia Ku Di Sini

Lagu popular 1995 : 
Kekal, Bersama Akhirnya, Sangkar Cinta, Kemelut Di Muara Kasih, Setiaku Di Sini, Tiada Kepastian, Tuduhan, Antara Ikhlas Dan Paksa


02.Awie (kini Dato')
Awie merupakan Artis No.1 Lelaki bagi tahun 1995. Seperti Ziana, Awie juga meletup dengan filem Sembilu 2 dan albumnya berjudul Awie yg diterbitkan hujung 1994 telah terjual 220,000 unit. Kejayaan album Awie itu membolehkan Awie memegang rekod jualan album artis solo lelaki paling laris ketika itu. Album Awie Unplugged juga berjaya di pasaran dengan jualan melebihi 100,000 unit. Kisah percintaan Awie-Erra juga telah menaikkan populariti Awie pada tahun itu.

Album Awie 

Lagu Popular 1995 : 
Tragedi Oktober, Di Bayang Awan, Ukiran Jiwa, Permainan Duniawi, Tiada Rahsia Antara Kita, Ratuku


03.Erra Fazira
Bekas Ratu Cantik Malaysia ini juga sgt popular dan berjaya seperti  Ziana & Awie. Filem Sembilu 2 telah berjaya meletakkan Erra, Awie dan Ziana sebagai artis papan atas ketika itu,. Kebetulan, ketiga2x mereka juga ada keluarkan album pada tahun itu dan semuanya laris di pasaran. Seperti Erra, album berjudul Aku & Dia juga laris di pasaran dan telah terjual lebih 50,000 unit. Kisah percintaan Erra-Awie juga menjadi bahan berita utama para peminat sepanjang tahun itu. Lebih menarik lagi, lagu Erra berjudul Yang Terindah Hanyalah Sementara telah menjadi lagu Erra Fazira paling popular dan salah satu lagu Balada terbaik pernah dihasilkan.

Album Aku Dan Dia

Lagu Popular 1995 :
 Yang Terindah Hanyalah Sementara, Cemburu, 


04.Kumpulan KRU
Kehebatan dan populariti KRU pada masa itu boleh diibaratkan seperti fenomena kumpulan lelaki KPop ketika ini. Ketampanan Norman, Yusry dan Edry telah menjadi kegilaan gadis2x ketika itu. Dengan membawa konsep Dance Music dan Rap, majoriti peminat remaja pada masa itu menjadikan kumpulan KRU sebagai idola mereka. Konsert mereka Awas Da' Concert mendapat perhatian luas dan berjaya. Album mereka berjudul Beware: Awas Da Soundtrack juga laris di pasaran.

Album Awas Da' Concert

Lagu Popular 1995:
Negatif, 2, Salah Siapa, Emilia


05.Amy Mastura
Album pertama beliau berjudul Amy Mastura telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit. Album ini diterbitkan pada tahun 1994. Namun impak populariti album ini berjaya dibawa sehingga ke tahun 1995. Konsep album beliau yg unik dan ceria telah menjadikan sebagai beliau salah seorang artis wanita paling popular ketika itu. Lagu Jawapan Kasih juga telah berjaya menjadi juara carta Muzik Muzik 1995 selama 8 minggu. 

Album Amy Mastura

Lagu Popular 1995: 
Kasih, Jawapan Kasih, Meniti Hari, Warkah Biru, Suria Khatulistiwa, Flora Fauna.


06.Fauziah Latiff
Fauziah Latiff adalah antara artis paling konsisten mengeluarkan single hits setiap tahun pada era 90 an. Pada tahun itu, lagu Enggan telah menjadi salah satu lagu paling popular sepanjang tahun. Album kompilasi Petikan Shahdu Vol.1 itu juga turut memuatkan lagu rancak berjudul Alam Ceria. Lagu Enggan juga telah berjaya  menjadi juara carta Muzik Muzik 1995 selama 5 minggu. 

Album Petikan Shahdu Vol.1

Lagu Popular 1995:
Enggan, Alam Ceria


07.Ning Baizura
Ratu R&B ini tetap meneruskan kecemerlangan beliau di dalam industri muzik pada tahun itu. Lagu2x beliau daripada album berjudul Ning yang diterbitkan pada tahun 1994 telah berjaya menjadi siulan peminat pada tahun 1995.

Album Ning

Lagu Popular 1995:
Pasti, Kau Dan Aku, Penjara Kasih, In Another Life, Antara Mungkin & Curiga


08.Amelina
Amelina adalah penyanyi baru paling popular tahun 1995. Album dangdut pertama Amelina  telah terjual hampir 200,000 unit dan ini menjadikan Amelina pencetus fenomena irama Dangdut baru pada tahun itu. Imej Dangdut yg lebih elegan dan komersial itu telah menjadikan Amelina sebagai salah seorang artis paling popular tahun 1995. 

Album Amelina

Lagu Popular 1995 :
Rindu, Yang Indah Yang Hangat, Andaikan Bintang Itu Berkata. 


09.Kumpulan U.K's
U.K's beruntung kerana banyak lagu mereka yg popular dan sedap didengar. Album Tajam Menikam yg dikeluarkan pada tahun itu telah berjaya telah terjual sebanyak lebih 280,000 unit. Lagu2x di dalam album banyak dinyanyikan di pusat karoeke sehingga kini. 

Album Tajam Menikam

Lagu Popular 1995 :
Sebak, Pahit Manis Akhirnya, Rhtyhm Si Jantung Hati, Kekasih, Kita Akan Dijemput


10.Kumpulan Slam
Album kedua Slam berjudul Kesan Terbukti sememangnya terbukti menjadikan Slam sebagai salah satu band paling popular tahun 1995. Album ini juga mencipta rekod tersendiri apabila terjual lebih 300,000 unit. 

Album Kesan Terbukti

Lagu Popular 1995 : 
Kembali Terjalin, Nur Kasih, Tak Mungkin Berpaling, Bukan Niat Membalas Derita, Manisnya Rindu





Penyanyi Popular Tahun 1995


Semua Imej Adalah Carian Google

2 comments:

  1. Ziana Zain, Fauziah Latif, and UK's tu memang favorite. Kalau all time fav pula mestilah Saleem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua artis tu best. Hihi. Artis era 90 an banyak lagu best kan. Terima kasih sudi komen. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.