Ads Top

FATTAH AMIN : KENAPA BELIAU SANGAT POPULAR KETIKA INI? INI JAWAPANNYA....

Fattah Amin - satu nama yg cukup popular ketika ini. Selalu dikaitkan dengan Selebriti Malaysia paling popular 2016 iaitu Neelofa. Boleh dikatakan Fattah Amin adalah Aktor No.1 Malaysia ketika ini kerana fenomenanya tersendiri. Bagi yg belum mengenali Fattah Amin, di bawah ada sedikit info ringkas mengenai beliau :

Fattah Amin
Gambar - Carian Google Imej

Nama : Abdul Fattah bin Mohd Amin
Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur
Umur : 26 tahun
Tinggi : 180 cm
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, UiTM Puncak Perdana ; Jurusan Pengurusan Kreatif, Universiti Utara Malaysia.
Profession : Model, Pelakon, Ahli Perniagaan & Penerbit Eksekutif Drama
Idola Dalam Bidang Lakonan : Leonardo Dicarpio
Pencapaian : Hero Remaja 2011/2012, Personaliti Drama Melodi 2016

Sebagai selebriti popular, apa jua dilakukan pasti mendapat perhatian para peminat seni hiburan. Bermula dikatakan lakonan tahap biasa, seterusnya isu lofattah, ditambah pula dengan pelancaran lagu Wanita Terakhir yg menjadi juara carta lagu iTunes Malaysia dan terkini penerbitan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin. Semuanya mengundang perhatian positif dan negatif. Sebelum itu, mungkin sudah ramai mengetahui yg Fattah Amin dan Neelofa mempunyai persamaan yg ketara iaitu kedua-duanya pernah memenangi pertandingan anjuran majalah Remaja. Fattah adalah juara Hero Remaja 2011/2012. Manakala Neelofa pula adalah juara Dewi Remaja 2009/2010. Berbalik tajuk utama entri tadi iaitu kenapa Fattah Amin sgt popular ketika ini. Berikut antara jawapannya.

1) Drama Suri Hati Mr.Pilot mendapat rating drama yg sgt tinggi dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat. 
2) Perkongsian populariti win-win situation dengan Neelofa yang menyebabkan wujudnya peminat #lofattah
3) Beliau selalu turun padang, mesra dan menghargai peminatnya
4) Populariti sekarang adalah hasil penat lelah beliau yg berusaha tanpa henti utk tingkatkan populariti dan bakat beliau dalam bidang seni
5) Paling penting dan sepatutnya yg pertama sekali - Ini semua sudah ditetapkan rezeki beliau dan kita sepatutnya mendoakan yg baik-baik sahaja supaya kita pun memperolehi rezeki yg sama.

Artis juga seperti peniaga. Mereka perlu lakukan sesuatu utk mengukuhkan jenama mereka dan paling penting itulah salah satu punca rezeki mereka. Bagi Fattah Amin, beliau hanya menggunakan peluang yang ada utk mengukuhkan jenama beliau sendiri dengan  menghasilkan produk seperti lagu dan buku. Di sini mungkin beliau mengunakan konsep try and error di dalam penjualan produk seperti lagu dan buku. Disebabkan lagu Wanita Terakhir meletop di pasaran, jadi beliau cuba pula dengan penerbitan buku. Mungkin vokal Fattah Amin tidak sehebat Anuar Zain dan buku beliau lagi mahal daripada sesetengah buku ilmiah yang  lain. Namun, jika peminat beliau sukakannya, siapalah kita hendak mengkritiknya. Seperti saya katakan tadi, jika org suka sesuatu produk itu, mahal ke murah tiada masalah bagi mereka kerana mereka sukakannya. Citarasa  manusia berbeza-beza. Saya bukan peminat  #lofattah tetapi cuma ingin kongsi pendapat mengenai situasi sebegini. Yang penting kita doakan yang baik2x sahaja supaya kita pun murah rezeki juga. InsyaAllah. Aamin.



Fattah Amin

Gambar - Carian Google Imej



Sumber Rujukan : 

42 comments:

  1. keep supporting him hehe. elsa tak beriya sangat minat dia tapi semoga dia maju jaya dengan kerjaya dia sekarang :)

    singgah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/tahniah-kepada-pemenang-giveaway-new.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak elsa.aah, kita doakan yg baik2x sahaja. semoga sama2x murah rezeki. Terima kasih sudi singgah isi tabung kak. hihi. Jap lagi sy datang singgah blog akak. :D

      Delete
  2. sekarang keluar buku lagi. lepastu buku dia macam hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai syed. huhu. xpe, itu rezeki dia. kita doakan yg baik2x sahaja. terima kasih sudi singgah. Jap lagi sy singgah blog syed. :D

      Delete
  3. Moga terus success dalam apa pun kerjaya yang dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak perdu. InsyaAllah. kita doakan yg baik2x sahaja. terima kasih sudi singgah. Jap lagi sy singgah blog akak. :D

      Delete
  4. Sementara dia di puncak, memang patut dia ambil peluang dan kesempatan yang ada...kalau tak bila lagi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. betul tu. skang dia tgh di puncak. jadi masa ini lah dia nak kumpul harta melalui pelbagai produk dan promosi demi bekalan masa depan dia. lagipun populariti ini sukar dijangka samada lama atau sebaliknya bertahan. terima kasih sudi singgah abg noor azlan. jap lagi sy singgah blog abg. :D

      Delete
  5. untungla dia, tengah popular memang patut dia ambil peluang yang ada. buku dia tu saya tak nampak salah pun. apa salahnya, bukan buku tak elok pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak. dia murah rezeki skang ini.kita doakan semoga semua murah rezeki. InsyaAllah. Aamin. terima kasih sudi singgah sini kak. jap lagi sy singgah blog akak. :D

      Delete
  6. Kemain si fattah ni sekarang kan huhu... minat jugaklah dia ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. rezeki dia skang kak. kita doakan semoga kita pun murah rezeki seperti dia juga. InsyaAllah. Aamin. terima kasih sudi singgah kak. nanti jap lagi sy singgah blog akak. :D

      Delete
  7. Bila dh popular mmg camtu. Buat ni xkena buat tu xkena. Bab buku tu hmm... teruk jgk dia kene troll kan. Haha pape pon rezeki dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. teruk juga dia kene troll. tapi secara tak langsung org yg troll dia promote buku dia dan dia tetiba jadi bertambah famous. hihi. aah, betul tu. pape pun rezeki dia. terima kasih sudi singgah. nanti jap lagi sy singgah blog ridz. :D

      Delete
  8. tak berapa follow sangat dia ni
    tapi tahu sedikit sebab dia memang popular sangat
    dah dengan popularity tu dia mampu menerbitkan buku
    tak salah bagi saya, dia hebat bab marketimg I will said..haha

    anyway saya membalas kunjungan
    done follow sini juga ye
    all the best =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak Yana Yani. Aah dia mmg popular sgt skang. betul tu, semua tu marketing dia nak bagi laku buku dia. huhu. terima kasih sudi balas kunjungan. nanti sy singgah blog akak. all the best juga. :D

      Delete
  9. Assalamualaikum, balas kunjungan dari MYiDEAKiNi...

    kurang follow juga dengan selebriti Fattah Amin. Mungkin dia mula femes kisah drama "Suami Playboy" follow jugalah drama sehingga habis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. oh, antara drama awal dia jadi pelakon utama tu. hihi. terima kasih balas kunjungan Mr Nur Khairul. nanti sy singgah blog Myideakini. hihi. :D

      Delete
  10. rezeki orang lain2 Allah bg. mungkin ni rezeki dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak. rezeki dia skang niey. harap kita semua juga dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Aamin. terima kasih sudi singgah kak. nanti sy singgah blog akak. hihi. :D

      Delete
    2. rezeki dia tengah top sekarang.

      Delete
    3. betul tu kak, rezeki dia tgh top skang. :D

      Delete
  11. tak pernah suka fattah amin tapi suka dengan cara dia yang tak cepat melenting bila ramai yang bash dia malah dia buat perubahan yang ketara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. nasib baik dia pandai kontrol keadaan dengan tak cepat melenting. hope perjalanan karier berjalan lancar. terim kasih sudi singgah kak,nanti sy singgah blog akak jap lagi.hihi.:D

      Delete
  12. tak follow sangat dia.. tapi kalau nampak dia berlakon kat tv tu, sis tengok juga.. lakonan dia kira ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. xpe kak. nama dia baru nak naik. hihi. skang baru banyak ckit lakonan dia kat tv. terima kasih sudi singgah kak, nanti sy singgah blog akak jap lagi.hihi. :D

      Delete
  13. Heheheheh... tak follow sangat pasal artis nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. xpe Mr Izni. sekadar info ringan sahaja. terima kasih sudi singgah, nanti jap lagi sy singgah blog Mr Izni.:D

      Delete
    2. Done follow blog awak juga...

      Delete
    3. terima kasih Mr Izni. sy sangat menghargainya. :D

      Delete
  14. x follow pkembangan dia atau lofa. lagipun jemu sana sini #lofattah. peminat terlalu taksub dgn depa. sy x benci dgn dua artis ni, cuma dah jemu gosip tntg dorg x abis2.

    tp sy puji fattah sbb x cepat melenting bila ramai yg bash dia pasal buku tu. tu menunjukkan dia mempunyai semangat yg tinggi. yg tu patut kita contohi 😄 sy dpt agak lepas ni dia akan terbitkan lg buku 😉

    alamak, dah terbebel pnjg plak kat sini 😱. maaf ya GV

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Okey jew kak. lagipun sy faham kak. sy pun jemu juga ngan isu lofattah yg tak habis lagi tu. hihi. setuju ngan pandangan akak, dia mempunyai semangat yg tinggi dan nampaknya ramalan akak yg dia terbit buku tu jadi kenyataan. hihi. terima kasih sudi singgah kak. jap lagi sy singgah blog akak. :D

      Delete
  15. Bagi saya (ulang : bagi saya) dia popular sebab dua perkara. Pertama, sebab dia hensem dan kedua, sebab dia rajin dan mesra dengan peminat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu Mr Nurhaziq. mmg rezeki dia skang nie. semoga kita pun murah rezeki seperti dia juga. InsyaAllah. Aamin. terima kasih sudi singgah, jap lagi singgah blog mr nurhaziq ya. :D

      Delete
  16. Hi! || https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mr Amer. Terima kasih sudi singgah. nanti sy singgah blog mr amer. :D

      Delete
  17. Kalau ikutkan bakat dan latar belakang mmg org yg bagus. Moga beliau terus sukses dlm apa jua yg diceburi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kita doakan semoga dia berjaya apa dia lakukan. InsyaAllah. terima kasih sudi singgah. nanti sy singgah blog mr khir khalid. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.