Ads Top

SITI NURHALIZA : 22 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Dato' Siti Nurhaliza merupakan Artis No.1 Malaysia yang bertahan utk jangka masa yg sgt lama iaitu daripada pertengahan 90 an sehinggalah kini. Andai kata Dato' Siti masih bertanding Anugerah Bintang Popular, GV (Galaksi Viral) yakin Dato' Siti akan menang kategori Penyanyi Wanita Popular berturut2x sehingga kini dan seterusnya menang Bintang Paling Popular. Setelah hampir lebih 20 tahun dalam industri muzik, sudah tentu banyak lagu popular Dato' Siti yang telah menjadi evergreen dan kekal popular sepanjang masa. Oleh itu, GV ingin menyenaraikan 22 lagu paling popular Dato' Siti yg dinyanyikan secara solo (tidak termasuk lagu duet) untuk tatapan para pembaca GV.



Dato' Siti Nurhaliza 



01. JERAT PERCINTAAN
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1 April 1996
Kejayaan : Juara Lagu 1996, Lagu Terbaik AIM 1996/97
Catatan : Lagu ini adalah pencetus fenomena kepada populariti living legend Dato' Siti Nurhaliza setelah ia berjaya memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu 1996. 




02. AKU CINTA PADAMU
Komposer/Penulis Lirik : Ly / Baiduri
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 27 Januari 1997
Kejayaan : Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL)1997, Persembahan Terbaik Solo Anugerah Carta Radio 3 Shah Alam 1998, Lagu Melayu Paling Banyak Dipersembahkan Anugerah MACP 2009.
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara setelah ia berjaya menakluki hati peminat hampir seluruh peminat Alam Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei. Selatan Thai & Indonesia). 




03. WAJAH KEKASIH 
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 27 Januari 1997
Kejayaan : Finalis Akhir Kategori Balada AJL 1998
Catatan : Lagu ini telah berjaya menjadi juara carta Muzik Muzik 1997/98 selama 5 minggu dan berada di dalam carta utk jangka masa yg sgt lama iaitu 33 minggu. 



04. CINDAI
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Cindai
Tahun : 17 November 1997
Kejayaan : Juara Lagu 1998, Lagu Pilihan Penonton Juara Lagu AJL 2005, Lagu Paling Popular era 90 an Anugerah MACP 2007, Pilihan Qu Puteh Diva 2015.
Catatan : Lagu ini merupakan antara lagu Malaysia paling kerap dibawa di dalam pertandingan nyanyian di Indonesia utk era 2000an dan 2010an. Malah ia juga merupakan salah satu lagu Irama Malaysia paling popular di Nusantara dan ada penyanyi luar negara seperti Chien Bai Hui (daripada negara China) merakamkan lagu ini dalam versi Mandarin.






05. PURNAMA MERINDU
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer / Lukhman.S
Album : Adiwarna
Tahun : 29 Jun 1998
Kejayaan : Juara Kategori Balada AJL 1998, Anugerah Emas Shanghai Asia Music Festival 1999,
ghai Music Festival, Juara Grand Prix Voice Of Asia 2002
Catatan : Lagu ini antara lagu paling kerap dibawakan di pertandingan nyanyian antarabangsa dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut.




06. NIAN DI HATI 
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer /Azam Dungun
Tahun : 7 Mei 1999
Album : Pancawarna
Kejayaan : Finalis Akhir Kategori Balada AJL 2000
Catatan : Lagu ini pernah menjuarai carta lagu mingguan ERA tahun 1999 selama hampir 6 minggu dan 8 minggu juara carta mingguan Muzik Muzik 2000.





07. KAU KEKASIHKU
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Alam Maya
Album : Pancawarna
Tahun : 1999
Kejayaan : Lagu Paling Popular Carta100 Terhangat di Radio ERA 1999, Juara Kategori Balada AJL 2000
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara Muzik Muzik 2000 selama 13 minggu dan dua minggu di carta mingguan radio ERA tahun 1999. Malah, lagu ini berjaya berada di dalam Carta 100 Terhangat Di Radio ERA selama dua tahun - 1999 (No.1) dan 2000 (No.3).




08. BALQIS 
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 1 Januari 2000
Kejayaan : Juara Lagu 2000, Lagu Paling Popular Anugerah Planet Muzik (APM) 2001
Catatan : Lagu ini berjaya mendapat kedudukan kedua untuk carta lagu 100 terhangat di radio ERA tahun 2000.



09. YA MAULAI 
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 1 Januari 2000
Kejayaan : Persembahan Terbaik AJL 2001
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Irama Malaysia yg popular di Malaysia.




10. PERCAYALAH
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Siti Nurhaliza
Album : Safa
Tahun : 11 Januari 2001
Kejayaan : Lagu Pop Pilihan & Muzik Video Pilihan Anugerah ERA 2001
Catatan : Salah satu lagu Balada paling popular di Malaysia & Indonesia. Muzik Video lagu ini menjadi fenomena kerana kecantikan dan keunikan muzik video ini.




11. BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU
Komposer/Penulis Lirik : Aiman / Lukhnan.S
Album : Safa
Tahun : 11 Januari 2001
Kejayaan : Persembahan Terbaik Anugerah Pilihan Hits Radio Kuala Lumpur & Radio Muzik
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara carta mingguan Muzik Muzik 2002.




12. NIRMALA
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Che'Kem
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 10 Mac 2002
Kejayaan : Juara Kategori Irama Malaysia & Persembahan Terbaik AJL 2002, Grand Prix Voice Of Asia 2002, Lagu Etnik Global Pilihan & Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2002
Catatan : Lagu ini juga sgt kerap dibawakan di pertandingan di Indonesia dan merupakan salah satu lagu Malaysia paling popular di Nusantara. 





13. KURIK KUNDI
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Nurul Asyiqin
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 10 Mac 2002
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2002
Catatan : Lagu unik ini sgt popular kerana terdapat beberapa dialek negeri dinyanyikan oleh Dato' Siti dengan cara tersendiri dan liriknya sgt indah serta puitis di mana ia mencerminkan keindahan Bahasa Malaysia.




14. BUKAN CINTA BIASA 
Komposer/Penulis Lirik : Dewiq / Siti Nurhaliza
Album : EMAS
Tahun : 3 Mac 2003
Kejayaan : Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2003, Lagu Paling Popular APM 2004, Susunan Muzik Terbaik Lagu AIM 2004.
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Balada paling popular di kalangan rakyat Malaysia.




15. DIALAH DI HATI
Komposer/Penulis Lirik : Aidit Alfian / Habsah Hassan
Album : Prasasti Seni
Tahun : 12 April 2004
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2004
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara carta mingguan radio ERA tahun 2004.




16. LAGU RINDU
Komposer/Penulis Lirik : Yasin
Album : Prasasti Seni
Tahun : 12 April 2004
Kejayaan : Lagu Paling Popular Hits 1 2004, Lagu Paling Popular APM 2005
Catatan : Lagu ini menjadi satu-satunya lagu irama World Music paling popular daripada beliau yg masih popular sehingga kini. 




17. SEINDAH BIASA
Komposer/Penulis Lirik : Pongki
Album : Prasasti Seni
Tahun : 12 April 2004
Kejayaan : Susunan Muzik Terbaik AIM 2005
Catatan : Lagu ini kerap dibawakan oleh peserta pertandingan nyanyian di Malaysia.





18. BIARLAH RAHSIA 
Komposer/Penulis Lirik : Melly Goeslaw / Siti Nurhaliza
Tahun : 23 April 2006
Kejayaan : Lagu Terbaik APM 2007
Catatan : Tajuk  dan lirik lagu ini menjadi fenomena di kalangan peminat muzik tahun 2006.





19. KU MAHU
Komposer/Penulis Lirik : Audi Mok / Rina Khan
Album : Hadiah Daripada Hati
Tahun : 10 Disember 2007
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2007
Catatan : Lagu ini merupakan lagu tema drama popular Spa Q tahun 2007.




20. LEBIH INDAH 
Komposer/Penulis Lirik : Aubrey Suwito / Ad Samad
Album : Fragmen
Tahun : 31 Ogos 2013 (single) / 30 Jun 2014 
Kejayaan : Persembahan Vokal Terbaik Wanita Anugerah Industri Muzik 2013/2014, Lagu Terbaik Malaysia, Artis Wanita Terbaik APM 2014,
Catatan : Lagu ini berjaya menarik perhatian peminat baru generasi Y & Z  untuk meminati beliau dan seterusnya mengekalkan status beliau sebagai Artis No.1 Malaysia.




21. ANTA PERMANA
Komposer/Penulis Lirik : Ezra Kong/Hael Husaini
Album : ManifestaSITI2020
Tahun : 21 September 2018 / 3 Julai 2020
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2008 & 2009 / N0.2 Lagu Popular Radio ERA Tahun 2018 / Tempat Ketiga AJL 2019




22. AKU BIDADARI SYURGAMU
Komposer/Penulis Lirik : Ippo Hafiz / Siti Rosmizah
Album : ManifestaSITI2020
Tahun : 3 Julai 2020
Kejayaan : Lagu Paling Popular Tahun 2020
Catatan : Lagu ini merupakan lagu tema drama No.1 tahun 2020 iaitu 7 Hari Mencintaiku 2.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Di atas adalah antara lagu paling popular Dato' Siti Nurhaliza. Yg pastinya semua lagu Dato' Siti mmg sedap dan best semuanya. Sememangnya Dato' Siti adalah legenda muzik Malaysia yg sangat berharga dan pastinya akan diingati oleh generasi akan datang sampai bila-bila. 

Dato' Siti Nurhaliza

Semua Imej Gambar Adalah Carian Google.
Kemaskini : 21 September 2020





6 comments:

  1. Replies
    1. Ya betul tu. hihi. Living legend Malaysia. :D

      Delete
    2. semua jenis lagu dia blh bawa kan 😄

      Delete
    3. yezzzza. setuju juga. Dato Siti mmg penyanyi versatile. :D

      Delete
    4. tapi, sy lg suka dgr dato ct nyanyi lagu irama mesia. cam lagu hati kama tu, best

      Delete
    5. dato ct nyanyi irama malaysia mmg terbaik. hati kama, nirmala, cindai, ada masa mata, janji, badarsila. semua best kak. hihi.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.