Ads Top

SANISAH HURI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSIVIRAL - Biduanita Sanisah Huri adalah salah seorang Ikon Muzik era 60/70 an yang mempunyai banyak lagu hits yang malar segar dan popular sehingga kini. Gaya nyanyian unik dan identiti vokal tersendiri menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi terbaik dan popular di Malaysia dan Singapura untuk era 60 an dan 70 an. Nama beliau juga sangat sinonim dengan peminat seni hiburan sehingga menjadi salah satu Ikon Budaya Pop yang popular di kalangan penggemar muzik terutama untuk generasi era 90 an dan 2000 an.

BIODATA RINGKAS SANISAH HURI

Nama  Penuh : Sanisah Huri
Tarikh Lahir : 7 Januari 1952
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1960 - kini
Album Studio : 6
1972 - Taj Mahal
1973 - Aku Bintangmu
1974 - Senada Hati
1977 - Namamu (Nyanyian Hidupku)
1979 - Lagu Buat Kekasih
1983 - Dari Jiwa Yang Tenang
Antara Pencapaian Utama :
2007 - Calon Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 60 an (Si Baju Hijau)


SANISAH HURI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SEJAK KU BERTEMU PADAMU
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :
P.Ramlee
Penulis Lirik : S.Sudarmaji
Album : Sejak Ku Bertemu Padamu
Tahun : 1974
Catatan : Lagu ini adalah lagu signature paling popular dan mega hits daripada Sanisah Huri. Lagu ini sangat catchy dan masih popular sehingga kini. Gaya dan cara alunan vokal yang berbeza serta unik daripada Sanisah Huri telah berjaya membuatkan orang terlupa yang lagu ini asalnya nyanyian Biduanita Malaysia Pertama Saloma. Ini sudah jelas menunjukkan Sanisah Huri adalah salah seorang penyanyi terbaik era 70 an. 



02. SIAPA GERANGAN bersama THE TERWELLOS
Komposer : Yusoff B
Penulis Lirik : Nordin Arshad
EP : OST A Go Go '67
Tahun : 1967
Catatan : Lagu pertama yang mempopularkan nama Sanisah Huri di era 60 an dan irama muzik Pop Yeh Yeh / A Go Go. Lagu ini sangat popular di Malaysia dan Singapura dan pernah diadun semula menjadi lagu Rock Metal pada tahun 1997. 



03. BAJU HIJAU bersama THE HOOKS
Komposer : Asnadi
Penulis Lirik : A.Romzi
Album : Sanisah Huri
Tahun : 1968
Catatan : Lagu khas untuk tentera ini sangat popular pada hujung era 60 an dan juga popular dikalangan kanak-kanak era 90 an. Lagu irama Pop Yeh Yeh ini juga tercalon dalam senarai Lagu Pilihan Popular Era 60 an Anugerah MACP 2007.



04. TARI TUALANG TIGA
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :
 Yusoff B
Penulis Lirik : S.Sudarmaji
EP : Ku Berikan Pada Nya
Tahun : 1973
Catatan : Lagu ini membuktikan yang Sanisah Huri juga hebat menyanyikan lagu irama tradisional. Ramai memuji lenggok nyanyian Sanisah Huri yang cukup baik dalam mengalunkan lagu irama tradisional ini. Ini jelas menunjukkan terdapat versatili dalam gaya nyanyian Sanisah Huri. 



05. SEMENJAK BERJAUHAN
Komposer : S.Omar Osman
Penulis Lirik : S.Omar Osman
EP : Semenjak Berjauhan
Tahun : 1972
Catatan : Lagu ini berjaya meneruskan kemuncak populariti Sanisah Huri apabila EP ini berjaya menghasilkan tiga lagu hits pada waktu yang berdekatan pada masa itu.



06. SEDEH SEKELIP MATA bersama CLIQUE FANTASTIQUE
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Malam Minggu
Tahun : 1970
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang membawa kepada perubahan corak muzik Sanisah Huri daripada muzik Pop Yeh Yeh kepada Pop Hindustan yang menjadi trademark muzik Malaysia era awal 70 an. Lagu ini juga berjaya menjadi hits pada tahun itu.



07.  PERMATA HATIKU
Komposer : Raja Idris Shah
Penulis Lirik : Raja Idris Shah
EP :  Sejak Ku Bertemu Padamu
Tahun : 1974
Catatan : Lagu ini juga popular pada tahun 1974.



08. MENANTI JODOH
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Osman Ahmad
Penulis Lirik : H.M Rohaizad
EP : Gadis Panca Delima
Tahun : 1973
Catatan : Lagu irama tradisional sempena orang kahwin ini memang sangat popular sehingga hari ini terutamanya versi nyanyian Sanisah Huri. 



09. JOGET MALAM BERINAI
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Pathe Publications
EP : Seiring Sejalan
Tahun : 1974
Catatan : Seperti lagu Menanti Jodoh, lagu ini juga terdapat banyak rakaman semula atau adunan semula yang direkod sejak era 70 an sehingga era 2000 an. 



10. KAU PENGHIBOR KU
(ADUNAN SEMULA) 
Komposer : Tony Romeo
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Semenjak Berjauhan
Tahun : 1972
Catatan : Lagu Pop klasik era 70 an ini mencerminkan irama muzik yang tular pada zaman  itu selain irama lagu Pop Hindustan. Lagu ini juga sangat popular pada tahun berkenaan. 



11. KESAH TUAH DAN TIJAH
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Semenjak Berjauhan 
Tahun : 1972
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu hits daripada EP ini. Judul lagu yang ringkas tapi unik jni berjaya menarik perhatian peminat seni tanahair. 



12. TAJ MAHAL
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Kerana Kau
Tahun : 1972
Catatan : Lagu berirama Pop Hindustan ini sememangnya sangat popular di era 70 an. 




Video Lagu Paling Popular Sanisah Huri

Album Studio Solo Sanisah Huri

GALAKSI VIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, ladybosz



Tiada ulasan:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Dikuasakan oleh Blogger.
FE