Ads Top

RAFEAH BUANG : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSIVIRAL - Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang cukup dikenali salah seorang biduanita Malaysia yang sangat paling popular era 60 an dan 70 an. Vokal Allahyarham yang lemak merdu, alunan suara yang penuh syahdu dan lenggok kemelayuan yang padu menjadikan beliau salah seorang Ikon Muzik Malaysia yang cukup dihormati dan disegani ramai. Selain lagu raya yang menjadi malar segar iaitu Bila Takbir Bergema (1974), beliau juga mempunyai banyak koleksi lagu mega hits yang pernah menjadi siulan peminat seni tempatan pada suatu ketika dahulu. Kemuncak populariti arwah bermula pada tahun 1965 dan bertahan untuk jangka masa yang sangat lama sehingga awal dekad 2000an. Beliau boleh dikatakan Biduanita Kedua Paling Popular era 60 an selepas Biduanita Saloma ketika itu. Yang menariknya beliau antara generasi awal penyanyi wanita yang mempunyai bakat berkebolehan mencipta lirik lagu nyanyian sendiri. Selain itu, arwah juga merupakan salah seorang Ikon Muzik Irama Melayu/Tradisional Malaysia dan Ikon Pop Budaya Malaysia sepanjang zaman yang sangat popular. 

BIODATA RINGKAS RAFEAH BUANG

Nama  Penuh : Rafeah binti Buang
Tarikh Lahir : 25 Julai 1948
Tarikh Kematian : 24 Julai 2002 (53 tahun)
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1963 - 2002
Album Studio Solo : 11
1970 - Di Pentas Nyanyian
1972 - Lagu Dan Perasaan
1973 - Kan Ku Berikan Hati
1976 - Renungan Mesra
1977 - Bisikan Hati
1978 - Bila Terima Puji-Pujian
1980 - Don Juan II
1981 - Dalam Ketenangan
1981 - Di Luar Jendela
1983 - Potret Seorang Biduanita 
1987 - Rinduku Mama
Antara Pencapaian Utama :
1962 - Juara Bintang Satria Singapura
1963 - Juara Bintang Radio Malaysia Kuala Lumpur
1964 - Juara Bintang Radio Singapura Asli 
2007 - Calon Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 60 an (Selamat Datang)
2007 - Calon Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 70 an (Bisikan Hati)


RAFEAH BUANG : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. BISIKAN HATI (ISTILAH CINTA)
Komposer : A.R. Ismail
Penulis Lirik : A.R.Ismail
Album : Bisikan Hati
Tahun : 1977
Catatan : Lagu irama Keroncong ini adalah salah satu lagu Keroncong paling popular di Malaysia. Lagu ini adalah salah satu signature songs Allahyarham dan pernah dinyanyikan semula oleh Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza di dalam album Sanggar Mustika tahun 2002.



02. DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN 
Komposer : Ibrahim Bachik
Penulis Lirik : Rosley Haji Yusuf
EP : Selamat Datang
Tahun : 1968
Catatan : Lagu Irama Asli ini adalah salah satu lagu Irama Malaysia yang sangat popular dan cukup diminati sehingga kini. 



03. SELASIHKU SAYANG bersama ALLAHYARHAM AHMAD JAIS
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :
 Taib Osman
Penulis Lirik : Zainal Abas
Album : Paduan Suara Emas Malinda Vol.3
Tahun : 1991
Catatan : Lagu adunan semula versi Rafeah Buang dan Ahmad Jais ini adalah antara versi paling popular untuk lagu ini. Ini secara langsung meneruskan lagi populariti Rafeah Buang untuk era baru 90 an.



04. JUITA KU SAYANG bersama ALLAHYARHAM AHMAD JAIS
Komposer : Osman Ahmed 
Penulis Lirik : A.R Tompel
Album : Juwita Ku Sayang
Tahun : 1969
Catatan : Lagu duet ini adalah salah satu lagu duet paling popular di Malaysia sepanjang zaman. 



05. GURINDAM JIWA bersama ALLAHYARHAM R.ISMAIL

Komposer : Wandy Yazid
Penulis Lirik : Hamzah
EP : Gurindam Jiwa
Tahun : 1966
Catatan : Lagu ini adalah lagu tema filem Gurindam Jiwa dan juga merupakan salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman. 



06. DARI HATI KE HATI bersama ALLAHYARHAM R.ISMAIL
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Nordin Ahmad
EP : Gelombang & Anak Buluh Betong
Tahun : 1965
Catatan : Lagu ini merupakan lagu tema filem Anak Buloh Betong di mana lirik awal lagu ini iaitu Tinggi Lah Tinggi pernah menjadi ikutan suatu ketika dahulu. 



07.  KALAU RINDU
Komposer : Raja Idris Shah
Penulis Lirik : Raja Idris Shah
Album :  Don Juan II
Tahun : 1980
Catatan : Lagu Pop Klasik sentimental ini cukup popular pada awal era 80 an dan berjaya mengekalkan populariti Rafeah Buang untuk era 80 an dan seterusnya. 



08. KENANGAN DI-RANTAU ABANG
Komposer : Ibrahim Bachik
Penulis Lirik : Ibrahim Bachik
Album : Kenangan Di-Rantau Abang
Tahun : 1972
Catatan : Lagu ini antara lagu yang menarik kerana judul dan lirik lagu ada perkataan nama tempat Rantau Abang. Rasanya mungkin nama Rantau Abang di Terengganu bertambah popular ketika lagu ini muncul. 



09. SELAMAT DATANG
Komposer : Yusnor Ef
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Selamat Datang
Tahun : 1968
Catatan : Lagu ini tercalon dalam Lagu Pilihan Popular era 60 an Anugerah MACP 2007. Lagu yang mempunyai pengaruh Pop Yeh Yeh ini amat menarik untuk didengari.



10. UDANG SAMA UDANG
Komposer : Rafeah Buang
Penulis Lirik : Rafeah Buang
EP : Rafeah Buang
Tahun : 1968
Catatan : Lagu tradisional ini adalah antara lagu malar segar yang popular sehingga kini.




11. SI DIA 
Komposer : Ali Ahmad
Penulis Lirik : Ali Ahmad
EP : Ada Yang Chemburu Buta
Tahun : 1969
Catatan : Lagu ini antara lagu yang pernah dinyanyikan semula oleh artis era 90 an seperti Allahyarham Maya pada tahun 1998. 



12. MENGIKAT JANJI bersama ALLAHYARHAM AHMAD JAIS
Komposer : Ahmad Jais
Penulis Lirik : Rafeah Buang 
Album : Juwita Ku-Sayang
Tahun : 1969
Catatan : Lagu irama Joget era 60 an ini sememangnya sangat menarik kerana menggunakan muzik sasksofon sebagai salah satu instrument muzik lagu ini.

Video Lagu Paling Popular Rafeah Buang


Album Studio Rafeah Buang

GALAKSI VIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, geocities.wscarmahlms. filemklasikmalaysialadybosz.com




 

Tiada ulasan:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Dikuasakan oleh Blogger.
FE