Ads Top

AMY SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Raja Rock Malaysia iaitu Amy Search adalah salah seorang Ikon Muzik/Fesyen dan Legenda Muzik Tanahair yang sangat popular dan dikagumi ramai. Kerjaya beliau sebagai penyanyi solo sangat berjaya apabila berjaya memenangi anugerah utama industri muzik iaitu seperti Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Industri Muzik. Beliau juga merupakan satu-satunya Rockstar Malaysia yang paling stailo dan berani bergaya fesyen di luar kotak. Beliau menjadikan dua seni berbeza iaitu muzik dan fesyen sebagai satu jenama beliau sebagai penghibur hebat di Malaysia. 

Muzik Rock yang dibawakannya juga jauh berbeza dengan Raja Rock yang lain seperti Datuk Ramli Sarip, Dato' Nash, Dato' Awie dan Dato' Hattan, Boleh dikatakan beliau ialah seperti ibarat Faizal Tahir era 1990 an dan Faizal Tahir pula adalah Amy Search era 2000 an. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu membawakan muzik Rock moden yang jauh ke depan dan terkini. 

BIODATA RINGKAS AMY SEARCH

Nama  Penuh : Suhaimi bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 28 Julai 1958
Umur : 62 tahun
Tempat Lahir : Johor
Tahun Aktif : 1981 - kini
Album Studio : 4
1994 - Magic
1997 - Camouflage
1999 - Aku
2000 - Suatu Masa
Lain-Lain Album
2006 - IKON A Rockstar Chronicle
Antara Pencapaian Utama :
1995 - AIM - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Magic)
1998 - AIM - Album Rock Terbaik (Camouflage)
1998/1999 - ABP - Penyanyi Lelaki Popular 
2000 - AIM - Album Rock Terbaik (Aku)
2001 - AIM - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Suatu Masa)
2006 - Mentor - Juara 
2011 - AF9 - Pengetua 



AMY SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SAATKU IDAMKAN 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Magic
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan Amy Search sebagai penyanyi solo rock ternama negara. Ternyata ianya berjaya apabila lagu ini meletop di pasaran dan sangat popular pada tahun 1994. Satu lagi kelebihan lagu ini ialah ianya mengingatkan kita kepada pemuzik Rock antarabangsa yang popular pada ketika itu seperti kumpulan Spin Doctors, Soul Asylum dan Bon Jovi. Ini menunjukkan lagu ini adalah bertaraf antarbangsa kerana muziknya yang sangat terkini pada ketika itu dan menepati peredaran zaman semasa. 

Video Lagu Saatku Idamkan


02. AKU DAH BOSAN
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Keon
Album : Magic 
Tahun : 1994
Catatan : Lagu Rock Raggae ini benar-benar mencerminkan fenomena muzik Rock antarabangsa yang popular tahun 1994. Lagu ini benar-benar unik dan mantap. Boleh dikatakan lagu ini adalah lagu Rock terbaik 1994. 

Video Lagu Aku Dah Bosan 


03. KERJA GILA
Komposer : Amy (M.Nasir)
Penulis Lirik : Loloq
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini adalah lagu solo Rock paling popular daripada Amy Search. Lagu ini  mempunyai pengaruh muzik Alternatif Rock di mana muzik ini mula mencetuskan fenomena pada tahun 1996 dan 1997 di Malaysia.

Video Lagu Kerja Gila


04. APA SAJA
Komposer : Zulkifli Daud
Penulis Lirik : Keon
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Lagu muzik Rock Alternatif ini amat popular di radio ERA fm pada tahun 1998/1999. Boleh dikatakan hampir setiap minggu lagu ini akan diputarkan di radio berkenaan. 

Video Lagu Apa Saja


05. TINGGAL SEPI

Komposer : M.Nasir, Harold, Steven, Huang
Penulis Lirik : Loloq
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Satu lagi karya hebat daripada gabungan ramai komposer dan penulis lirik legenda arwah Loloq untuk Amy Search. Lagu ini juga sangat popular di radio No.1 di Malaysia ketika itu iaitu Radio 
ERA Rentak Muzik Terkini pada tahun 1998/1999.



06. GITA SAMA RITA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Ramai terkejut dengan lagu ini kerana ianya jauh berbeza dengan konsep album solo Amy Search sebelum ini. Lagu Hard Rock moden ini juga sangat berat dari segi susunan muziknya dan penuh energetik. Antara karya terbaik lagu Hard Rock era 1990 an. 

Video Lagu  Gita Sama Rita


07. AKU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Sekali lagi peminat seni hiburan terkejut apabila single seterusnya juga adalah lagu Hard Rock moden seperti single terdahulu. Lagu ini juga di antara karya lagu Rock terbaik era 1990 an.

Video Lagu Aku


08. KALIMAH CINTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Lagu Balada ini sangat popular pada tahun 1999 dan 2000. Ianya juga merupakan lagu Balada Amy Search yang paling popular di dalam sejarah karier muzik solo beliau dan juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 2000.

Video Kalimah Cinta


09. TIADA LAGI
Komposer : Kahler Kohar
Penulis Lirik : Kahler Kohar
Album : Suatu Masa
Tahun : 2000
Catatan : Ramai keliru siapakah penyanyi asal lagu ini kerana lagu versi nyanyian Amy Search lebih popular daripada versi penyanyi asalnya yang berasal daripada Indonesia iaitu Mayank Sari. Lagu ini sebenarnya sudah lama diterbitkan di Malaysia/Indonesia iaitu sejak tahun 1998 (versi Mayank Sari). Namun, ianya mula popular pada tahun 2001 (versi Amy Search) apabila video muzik lagu ini kerap dimainkan di saluran TV terutamanya NTV7 hampir setiap hari. Malah lagu ini selalu juga kerap dibawakan oleh peserta  di dalam pertandingan nyanyian kerana populariti hebat lagu ini di kalangan peminat seni hiburan. 

Video Lagu Tiada Lagi


10. SURALAYA D MAJOR
Komposer : Edrie Hashim
Penulis Lirik : Loloq
Album : IKON - A Rockstar Chronicle
Tahun : 2006
Catatan : Lagu Balada Rock moden ini sangat popular pada tahun 2006 dan pernah menjuarai Carta Muzik Muzik tahun 2006. Tajuk lagu yang unik ini menjadikan ianya cepat popular dan disukai ramai.

Video Lagu Suralaya D Major


11. AKULAH PEJUANG

Komposer : Hang Dimas, Iman Wan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : OST Impak Maxima
Tahun : 2007
Catatan : Lagu tema filem Impak Maxima ini amat popular pada tahun 2007 apabila filemnya turut meletop di pawagam. Lagu ini juga popular ketika pemuzik indie mula menguasai industri muzik Malaysia ketika itu. 

Video Lagu Akulah Pejuang

12. TERJAH
Komposer : Edrie Hashim
Penulis Lirik : Nas Ahmad
Album :  Terjah Nas Ahmad
Tahun : 2008
Catatan : Kalau anda peminat rancangan hiburan Melodi TV3 era 2000 an dan awal 2010 an, pasti anda akan pernah dengar lagu ini. Lagu Terjah ini sangat popular pada penghujung era 2000 an dan awal 2010 an kerana lagu ini menjadi lagu tema gosip hiburan di rancangan Melodi. Malah, perkataan Terjah juga sudah menjadi sinonim di dalam dunia hiburan sebagai salah satu istilah gosip yang sangat popular digunakan sehingga kini. 

Video Lagu Terjah

Album Studio Amy Search


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, 

12 comments:

  1. Lagu saat ku idamkan tu best. Suara rocker dulu betul betul rock.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. suara rocker dulu mmg sangat rock dan power. huhu

      Delete
  2. Tapi yang lebih famous dari kesemua lagu ini adalah tagline peewwiitt dia hehe

    ReplyDelete
  3. kalau pegi karok kan, lagu isabella ja mampu bawak..lagu lain semua susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, lagu lain mmg agak susah kak. huhu. lagu issabella lagu legend giteww kak. huhu

      Delete
  4. Suatu masa and tiada lagi, fav song kalau masuk karaoke. Pastu suara hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. akak nyanyi tarik tinggi sgt kut sampai suara hilang kak. takpe, yg penting kita enjoy. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.