Ads Top

M.NASIR : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRALDato' M.Nasir diberi gelaran Sifu Muzik Malaysia kerana kehebatan beliau di dalam bidang seni nyanyian Malaysia. Beliau merupakan Artis Lelaki Pertama yang menang tiga anugerah utama dalam bidang nyanyian iaitu Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1994, Juara Anugerah Juara Lagu 1994,1997 & 1999 dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001/2002. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang komposer paling popular di Malaysia kerana banyak lagu beliau meletop di pasaran muzik tempatan. Beliau turut digelar sebagai Genius Muzik Malaysia kerana berjaya menghasilkan begitu banyak karya berkualiti tinggi dan majoritinya mencapai status lagu malar segar sehingga kini. 

Dato' M.Nasir

BIODATA RINGKAS DATO' M.NASIR

Nama  Penuh : Dato' Mohamad Nasir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 4 Julai 1957
Umur : 63 tahun 
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1979 - kini
Album Studio : 7
Untuk Pencinta Seni 1979
S.O.L.O 1989
Saudagar Mimpi 1992
Canggung Medonan 1993 (100,000 unit)
Sri Kandi Cintaku 1999 (50,000 unit)
Phoenix Bangkit 2001
Sang Pencinta 2006
Lain-Lain Album
Konsert Akar M.Nasir Manifestasi Akustika 1995
Terbaik M.Nasir 1998
M.Nasir Prahara Seni Abadi 2001
Antara Pencapaian Utama :
Artis Paling Popular ABP 1994
Juara Lagu AJL 1994
Album Tradisional Terbaik AIM 1995 (Canggung Mendonan)
Lagu Terbaik AIM 1995 (Mantera Semerah Padi)
Album Terbaik, Artis Lelaki Terbaik, Artis Popular Lelaki, APM 2001
Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Album AIM 2000 & AIM 2002
Album Terbaik AIM 2002 (Phoenix Bangkit)
Anugerah Wirama AIM 2002
Top 5 Artis Popular Malaysia Anugerah MTV Asia 2002
Artis Lelaki Terbaik APM 2007
Lagu Terbaik AIM 2007 (Juwita Citra Terindah)
Album Terbaik AIM 2007 (Sang Pencinta)
Darjah Indera Mahkota Pahang Peringat Kedua (D.I.M.P) - Dato' 2011
Pelbagai Anugerah MACP (Penyanyi/Komposer)


M.NASIR : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. MUSTIKA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : S.O.L.O
Tahun : 1989
Catatan : Lagu Mustika telah membawa satu dimensi baru di dalam irama muzik Malaysia apabila lagu Pop ini digabungkan sedikit dengan dengan unsur muzik tradisional telah menjadikan lagu ini sangat unik dan kreatif. Ianya ketika itu dipanggil irama Nusantara. Penyanyi Sheqal antara perintis irama lagu ini bersama dengan M.Nasir dan Ramli Sarip. Namun, muzik nusantara M.Nasir kelihatan lebih berat dari segi susunan muziknya dan lirik lagunya yang sangat kreatif dan di luar kotak. Lagu ini juga menunjukkan hala tuju jenis muzik yang akan dibawakan oleh M.Nasir pada masa akan datang dan menjadikan ianya satu jenis muzik ala M.Nasir. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1990 dan pernah menjuarai Carta Bulanan Muzik Muzik pada bulan Januari 1990.

  
Video Lagu Mustika


02. APOKALIPS
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Saudagar Mimpi
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular daripada album solo ketiga M.Nasir pada tahun 1992. Tahun 1992 boleh dikatakan tahun kebangkitan pelbagai irama baru dan segar dan maka tidak menghairankanlah jika lagu Apokalips ini mendapat perhatian besar para peminat seni hiburan ketika itu.
Video Lagu Apokalips 


03. MANTERA SEMERAH PADI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : Sewaktu lagu ini mula diputarkan di radio tempatan, ramai menjangkakan lagu ini akan diingati sebagai salah satu lagu terbaik di Malaysia kerana muziknya yang sangat kreatif dan lirik lagu yang sangat intelektual. Dan kini, ianya sudah terbukti kerana lagu ini telah diiktiraf sebagai Lagu Terbaik AIM 1995 dan turut dijulang sebagai salah satu karya muzik malar segar yang tiada tandingannya. Ramai keliru apakah genre muzik yang sesuai untuk lagu ini pada ketika itu kerana perkataan Etnik Kreatif belum wujud lagi (ianya wujud pada tahun 2000). Mungkin genre yang sesuai ialah Pop Fusion (gabungan kreatif  irama Pop Moden + Tradisional). Antara artis yang pernah muncul irama sebegini di era 1990 an ialah Datuk Ramli Sarip, Datuk Sheila Majid, Dato' Zainal Abidin, Noraniza Idris dan Sandii Suzuki.
Video Lagu Mantera Semerah Padi


04. TANYA SAMA ITU HUD HUD
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini adalah Juara Lagu AJL 1994 dan pernah tercalon dalam kategori Lagu Terbaik AIM 1995. Lagu ini adalah lagu tahun kemuncak kerjaya M.Nasir untuk era 1990 an. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.4 dan berada di dalam carta selama 16 minggu. 
Video Lagu Tanya Sama Itu Hud Hud


05. BONDA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nurbisa
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Irama Malaysia terbaik pernah diterbitkan di Malaysia. Muzik, lirik, melodi, nyanyian semua sangat bagus dan berkualiti tinggi. Lagu ini adalah Juara Kategori Irama Malaysia AJL 1994 dan pernah tercalon dalam kategori Lagu Terbaik AIM 1995. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 selama empat minggu dan berada di dalam carta selama 36 minggu.
Video Bonda


06. ANAK ANAK KITA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : Salah satu lagu Irama Malaysia daripada M.Nasir yang sangat popular sehingga kini. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Irama Malaysia Muzik Muzik 1994. 
Video Lagu Anak Anak Kita


07. ADA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Canggung Mendonan
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini sangat popular di radio tempatan walaupun ianya tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik. 
Video Lagu Ada


08. KIAS FANSURI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Terbaik 
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini telah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998 dalam kategori Irama Malaysia. Kedudukan terbaik lagu di dalam Carta Muzik Muzik 1997/1998 ialah No.3 dan pernah dicalonkan di dalam kategori Lagu Terbaik AIM 1999. 
Video Lagu Kias Fansuri


09. ANDALUSIA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Terbaik 
Tahun : 1998
Catatan : Lagu beirama Pop Latin ini telah berjaya mengembalikan kegemilangan M.Nasir sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia pada tahun 1999 apabila beliau menjadi penyanyi pertama memenangi Juara Lagu buat kali  ketiga selepas memenanginya pada tahun 1994 dan 1997. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.5 dan berada di dalam carta selama 12 minggu.
Video Lagu Andalusia


10. RAIKAN CINTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album :  Phoenix Bangkit
Tahun : 2001
Catatan : Lagu yang mempunyai irama World Music ini sangat popular pada tahun 2001. Lagu ini juga berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2001 kategori Etnik Kreatif dan turut tercalon di dalam kategori Lagu Terbaik AIM 2002. 
Video Lagu Juwita Citra Terindah 


11. JUWITA (CITRA TERINDAH)
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Sang Pencinta
Tahun : 2006
Catatan : Lagu ini berjaya menarik perhatian muda ketika itu kerana lagunya yang catchy, retro tapi moden. Lagu ini juga berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2006 untuk kategori Pop Rock dan pernah memenangi kategori Lagu Terbaik AIM 2007. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 selama 4 minggu. 
Video Lagu Juwita Citra Terindah


12. TUJUH  NAFAS LAGI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Sang Pencinta 
Tahun : 2006
Catatan : Ramai terkejut apabila mendengar lagu ini kerana muziknya yang diluar kebiasaan daripada muzik jenama M.Nasir yang selalu kita dengar. Selain itu, lagu ini juga membuktikan yang M.Nasir boleh menyanyikan pelbagai rentak lagu dan pada masa yang sama masih mengekalkan identiti muziknya yang tersendiri. Seperti biasa, judul lagu unik ini sebenarnya sudah cukup menarik perhatian peminat generasi muda dan emas untuk mendengar lagu ini serta seterusnya meminatinya. Lagu ini juga pernah dicalonkan di dalam kategori Lagu Terbaik AIM 2007.
Video Lagu Tujuh Nafas Lagi

Album Dato' M.Nasir

Dato' M.Nasir

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel

5 comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.