Ads Top

IKLIM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Iklim adalah salah satu kumpulan muzik Malaysia paling popular di era 1990 an. Kemunculan awal mereka pada tahun 1990 telah berjaya menyaingi kumpulan muzik senior yang lain ketika itu seperti kumpulan Search, Wings, Lefhanded, May dan BPR. Album pertama mereka berjudul Satu Kesan Abadi telah terjual lebih 350,000 unit dan lebih 1 juta unit di Indonesia. Nama-nama seperti Saleem, Umarul, Mohalim, Kama dan Huzali sangat sinonim dengan kumpulan ini.Vokal arwah Saleem yang unik dan muzik Slow Rock yang mantap dan sedap didengar menjadi faktor utama kenapa hampir semua album mereka meletop di pasaran.

BIODATA RINGKAS KUMPULAN IKLIM

AHLI KUMPULAN : Saleem, Umarul, Mohalim, Huzali, Kama, Khir Rahman
TAHUN AKTIF : 1989 - kini
ALBUM STUDIO : 8 
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
1. Anugerah Sri Angkasa RTM 1989/1990 - Penyanyi Radio Duo/Berkumpulan Piihan 
2. Anugerah Bintang Popular 1990 - Kumpulan
3. Anugerah Pujaan 10 Nescafe 1990 - Lagu Paling Popular (10 Minggu No.1)
4. Anugerah Juara Lagu 1990 - Tempat Kedua
5. Anugerah HDX Awards Indonesian Music Industry 1992 - Lagu Terbaik (Suci Dalam Debu) & Jualan Terbaik (Suci Dalam Debu - 1 Juta unit)
6. Anugerah Juara Lagu 1994 & 1995 - Finalis (Bukan Aku Tak Cinta / Di Pintu Mahligai)
7. Anugerah Pujaan 10 Nescafe 1995 - Finalis (Di Pintu Mahligai)


12
LAGU PALING POPULAR
KUMPULAN IKLIM

01
SUCI DALAM DEBU
KOMPOSER: Wan Zul
PENULIS LIRIK : S.Amin Shahab
ALBUM : Satu Kesan Abadi
TAHUN : 1 Jun 1990
CATATAN:
Lagu malar segar ini adalah karya terbaik daripada kumpulan Iklim kerana sangat popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga. Boleh dikatakan hampir semua peminat hiburan Malaysia dan Indonesia tahu dan kenal lagu ini. Lagu ini juga pernah dikaitkan lagu Nasyid kerana lirik lagunya yang sangat mendalam dan penuh makna dalam isu kehidupan. 



02 
HAKIKAT SEBUAH CINTA
KOMPOSER: Azam
PENULIS LIRIK : Zur'Ain
ALBUM : Satu Kesan Abadi
TAHUN : 1 Jun 1990
CATATAN:
Lagu ini juga sangat popular dan single kedua paling hit di dalam album debut mereka ini. Melodi lagu ini yang sedap didengar dan ditambah dengan kelunakan vokal Saleem telah berjaya meningkatkan lagi populariti kumpulan ini pada tahun 1990.





03 
GERHANA CINTA LUKA
KOMPOSER: Umarul
PENULIS LIRIK : Umarul
ALBUM : Bulan Jatuh Ke Riba
TAHUN : 3 Julai 1991
CATATAN:
Populariti lagu  ini telah berjaya menjadikan kumpulan Iklim bukan artis One Hit Wonder kerana mempunyai lagu hits dua tahun berturut-turut tanpa henti. Melalui lagu ini juga, kumpulan Iklim telah berjaya mengekalkan anugerah Kumpulan Paling Popular ABP tahun 1991. Lagu ini juga berjaya menjadi juara Carta Pujaan 10 Radio Satu RTM selama 6 minggu.


04
BUDI
KOMPOSER: Wan Zul
PENULIS LIRIK : Wan Zul
ALBUM : Budi
TAHUN : 10 Julai 1992
CATATAN: 
Lagu Budi ini merupakan salah satu lagu Balada terbaik daripada kumpulan Iklim. Lagu ini sangat popular pada tahun 1992.


05
BLUES TERENGGANU KITA
KOMPOSER: Umarul & Mat Adorina
PENULIS LIRIK : Mat Adorina & Iklim
ALBUM : Budi
TAHUN : 10 Julai 1992
CATATAN:
Kumpulan Iklim juga boleh dikatakan artis Terengganu paling popular di era 1990 an. Ianya jelas apabila lagu ini telah menjadi salah satu lagu loghat Terengganu yang sangat popular di seluruh Malaysia dengan irama muzik Rock Blues yang ceria dan mantap.



06
BUKAN AKU TAK CINTA
KOMPOSER: Adinda Amiro
PENULIS LIRIK : Rosyid Somantri
ALBUM : Dunia Iklim
TAHUN : 1993
CATATAN:
Lagu ini memegang rekod lagu kumpulan  Iklim paling lama dalam Carta Muzik Muzik 1993/1994 iaitu untuk kedudukan No. 1 selama 7 minggu dan berada dalam carta selama 43 minggu. Lagu ini juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 1994. Populariti lagu ini juga sehebat lagu Suci Dalam Debu.




07
DATANG DAN PERGI
KOMPOSER: Ramli Sarip
PENULIS LIRIK : Rosli
ALBUM : Tribute 
TAHUN : 1994
CATATAN:
Ramai pada mulanya mengingatkan lagu ini adalah lagu asal nyanyian kumpulan Iklim. Tetapi rupa-rupanya lagu ini adalah nyanyian asal kumpulan Sweet Charity. Lagu nyanyian versi kumpulan Iklim ini sangat sedap dan mempunyai originaliti tersendiri. 


08
DI PINTU MAHLIGAI
KOMPOSER: Iklim
PENULIS LIRIK : S.Amin Shahab
ALBUM : Iklim
TAHUN : 19 Ogos 1994
CATATAN:
Lagu ini pernah dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular tahun 1995. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 1995 dan Konsert Pujaan 10 Nescafe 1995.


09
BUKAN NIATKU
KOMPOSER: Rosyid Somantri / Adinda Amiro
PENULIS LIRIK : Iklim
ALBUM : Bukan Niatku
TAHUN : 7 Ogos 1995
CATATAN:
Lagu ini meneruskan populariti hebat kumpulan Iklim pada tahun 1995.


10
KARAM DI LAUT DUKA
KOMPOSER: Umarul
PENULIS LIRIK : Umarul
ALBUM : Salam Perpisahan
TAHUN : 21 Ogos 1996
CATATAN:
Lagu ini merupakan single hits utama untuk album Salam Perpisahan tahun 1996.


11
BUKAN KU TAK SUDI
KOMPOSER: Reza
PENULIS LIRIK : Arab
ALBUM : Digarhayu Iklim
TAHUN : 1997
CATATAN:
Lagu ini diterbitkan di dalam album kompilasi Iklim berjudul Digarhayu Iklim. Lagu ini sangat popular di radio tempatan dan Saleem pernah menyampaikan lagu ini  secara solo di dalam Rancangan Muzik Muzik 1997/1998 sebagai artis jemputan.


12
BUNGA EMAS
KOMPOSER: Eddie Hamid
PENULIS LIRIK : Romali AS
ALBUM : Bunga Emas
TAHUN : 2003
CATATAN:
Ramai terkejut apabila lagu Bunga Emas meletop di pasaran dan album ini juga terjual lebih 50,000 unit. Melalui album ini jelas menunjukkan bahawa kumpulan Iklim masih hebat dan mempunyai kelompok peminat setia dengan mereka.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, yosef-setiawan78.blogspot.com

8 comments:

  1. Replies
    1. setuju. bila dia nyanyi ada jiwa dan rasa. huhu.

      Delete
  2. lagu lejen...

    sampai sekarang belum terjumpa lagi pengganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. lagu mereka malar segar dan sedap.huhu.

      Delete
  3. sy kenal iklim ms kawan sekelas kena denda menyanyi dpn kelas. dia nyanyi lagu suci dalam debu dan lepas tu terus ikuti Iklim..

    alfatihah untuk arwah Saleem

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu suci dalam debu mmg ikonik dan legend. Al-fatihah untuk arwah Saleem. Aamin.

      Delete
  4. Aku membesar dgn lagu² iklim...kini aku sudah tua 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. lirik lagunya bukan kaleng kaleng bossku mmg mantul

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.