Ads Top

SALOMA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus-ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi. Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang Ikon Wanita Paling Berjaya di Malaysia sehingga kini.
Lagu pertama yang dirakam oleh beliau ialah pada tahun 1954 iaitu berjudul Pandang Kasih. Pada masa itu, penyanyi lelaki popular era 50 an, S.Hamid menyokong kuat kerjaya arwah Saloma untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Hasilnya sungguh luar biasa sehingga Saloma berjaya menjadi salah seorang penyanyi paling popular pada era itu sebaris dengan arwah P.Ramlee, Nona Asiah, arwah Momo Latiff, arwah R.Azmi, arwah Rubiah, dan ramai lagi. Kolaborasi arwah Saloma menyanyikan lagu P.Ramlee di dalam filem juga telah menaikkan populariti arwah Saloma sehingga berjaya menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaya era 50 an sehingga hujung 60 an. Banyak anugerah dalam dan luar negara yang beliau terima. Beliau juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East dan Perintis Fesyen Malaya.

BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUANITA PUAN SRI SALOMA

NAMA SEBENAR : Salmah binti Ismail
UMUR : 48 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Januari 1935
TARIKH KEMATIAN : 25 April 1983
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1950-1983
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini.

12 
LAGU PALING POPULAR
BIDUANTITA SALOMA
SEPANJANG ZAMAN

01. 
BILA LARUT MALAM 
(with PANCHA SITARA)
KOMPOSER : P.RAMLEE 
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : LABU DAN LABI
TAHUN : 1962
CATATAN :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Pop nyanyian arwah Saloma paling popular dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia (selain lagu Selamat Hari Raya). Lagu arwah Saloma bersama kumpulan vokal Pancha Sitara ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar di dalam industri hiburan tempatan kerana ianya kekal evergreen dan kerap dinyanyikan di dalam pelbagai pertandingan  nyanyian dari era 60 an sehinggalah kini. Gaya nyanyian Saloma dan vokal harmoni Pancha Sitara juga dipuji ramai kerana mempunyai identiti nyanyian tersendiri. 

02.
 TIRU MACAM SAYA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : HUJAN PANAS (1953)
TAHUN : 1974 (Rakaman Saloma)
CATATAN :
Lagu ini adalah nyanyian asal biduanita Nona Asiah di dalam filem Hujan Panas tahun 1953. Lagu ini dipopularkan semula oleh arwah Saloma pada tahun 1974 dan turut menjadi salah satu lagu signature beliau. 

03. 
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : SEMERAH PADI 
TAHUN : 14 JULAI 1956
CATATAN :
Lagu Irama Malaysia ini sememangnya antara karya terbaik arwah P.Ramlee dan  kerap dimainkan di dalam majlis-majlis hiburan daripada dahulu sehingga kini. Malah pernah suatu ketika dahulu judul lagu ini dijadikan sebagai judul sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen TV tempatan.

04. 
BOSSANOVA
KOMPOSER : AHMAD NAWAB
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : DO RE MI
TAHUN : 3 JULAI 1966
CATATAN :
Lagu berentak irama Latin ini menunjukkan arwah Saloma adalah penyanyi yang serba boleh dan penghibur yang hebat. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Wann dan meletop di pasaran pada tahun 1992. 

05. 
TARI TUALANG TIGA 
KOMPOSER : YUSOFF B
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : SUMPAH ORANG MINYAK
TAHUN : 1958
CATATAN :
Lagu ini antara lagu Irama Malaysia yang sangat popular dinyanyikan di majlis-majlis hiburan sehingga kini. Biduanita Sanisah Huri juga pernah mempopularkan semula lagu ini pada tahun 1973.

06.
 KASIHYA IBU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : PANCHA DELIMA
TAHUN : 7 JULAI 1957
CATATAN :
Lagu ini kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan di dalam konsert masing-masing seperti arwah Sharifah Aini, Jamal Abdillah dan juga Siti Nurhaliza. Lagu ini selalu menjadi lagu tema Hari Ibu. 

07.
MENGAPA DIRINDU
KOMPOSER : AHMAD WAN YET
PENULIS LIRIK : ZAIN MAHMOUD
FILEM : DUA PENDEKAR
TAHUN : 1964
CATATAN : 
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh biduanita Uji Rashid pada tahun 1977.Intro muzik lagu ini 
sangat kreatif kerana ianya bunyi seakan lagu yang dramatik tetapi rupanya adalah lagu Irama Asli. 

08.
 PERWIRA
KOMPOSER : AINUL JAMAL
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : MASAM MASAM MANIS
TAHUN : 21 OGOS 1965
CATATAN :
Lagu ini dicipta oleh adik angkat arwah P.Ramlee iaitu Ainul Jamal. Lagu ini dicipta khusus untuk semua perwira di dalam konteks perjuangan masing-masing seperti cikgu, tentera, ibubapa, doktor, ahli muzik dan sebagainya. 

09.
PESTA MUDA MUDI
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : NASIB DO RE MI
TAHUN :  SEPTEMBER 1966
CATATAN : 
Lagu ini pasti mengingatkan tarian ligat Pak  Meon di dalam filem Nasib Do Re Mi yang menciutkan hati ini. Lagu rancak berkonsepkan Pop Yeh Yeh ini memang enak didengar. 

10.
ISTANA CINTA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : ANAKKU SAZALI 
TAHUN : 27 OKTOBER 1956
CATATAN :
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh Liza Hanim pada tahun 1998. Pelakon legenda Hashimah Yon menggunakan suara arwah Saloma untuk menyanyikan lagu ini di dalam filem Anakku Sazali.

11. 
DARAH MUDA
 KOMPOSER : KASSIM MASDOR 
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : DARAH MUDA
TAHUN : 1963
CATATAN : 
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa penyanyi asal lagu ini adalah kakak arwah Saloma sendiri iaitu arwah Allahyarham Mariani. Arwah Saloma menyanyikan lagu ini dalam versi rakaman piring hitam. Manakala arwah Mariani pula menyanyikan lagu ini di dalam filem. 

12. 
SELAMAT PENGANTIN BARU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : MADU TIGA
TAHUN : 12 FEBRUARI 1964
CATATAN : 
Lagu ini telah menjadi lagu signature untuk majlis kenduri kahwin dari tahun ianya diterbitkan sehinggalah kini. 

Jika ingin tahu lagu manakah paling popular untuk Legenda Muzik Malaysia, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, bolehlah klik link di sini >>> P.RAMLEE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :
bharian.com., Google Image, wanita.fesyen

12 comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.