TEMPAT DI MANA TIADA MALAM, HANYA SIANG 24 JAM TANPA HENTI ??
GALAKSI VIRAL - Pernah tengok jam menunjukan waktu tengah malam tetapi cahaya matahari masih jelas dan terang pula waktu itu ? Mungkin ada yang sudah tahu info ini dan mungkin juga sebaliknya.
Seperti peminat sains sedia maklum, saintis antarabangsa telah menjumpai satu planet seakan Bumi tetapi tidak berputar seperti Bumi. Secara ringkasnya, putaran Bumi di orbit ini yang menyebabkan berlakunya waktu siang dan malam di Bumi. Walau bagaimanapun, planet yang diberi nama GLIESE 581c (info lanjut boleh baca di link ini >> 11 Planet Aneh) tidak berputar dan menyebabkan sebahagian kawasan planet ini sentiasa siang tanpa malam dan kawasan sebelahnya pula sentiasa malam tanpa siang. Satu-satunya kawasan yang sesuai manusia tinggal di planet GLIESE 581c ini ialah di tengah-tengah kawasan antara siang dan malam. Cuaca di kawasan ini akan kelihatan seperti waktu subuh atau waktu senja sepanjang masa.
Matahari Tengah Malam Di Alaska
Berbalik semula ke Bumi, terdapat enam lokasi yang mataharinya tidak pernah terbenam dan tiada waktu malam di kawasan tersebut untuk tempoh tertentu. Fenomena ini terjadi kerana kedudukan geografi kawasan ini di bahagian Utara Bulatan Artik atau Selatan Bulatan Antartik di Bumi.
TEMPAT SIANG LEBIH LAMA
DARIPADA MALAM
01.
SVALBARD, NORWAY
Catatan :
Norway dipanggil Negara Matahari Tengah Malam. Secara lazimnya, Norway akan mengalami fenomena waktu siang lebih 20 jam sehari selama 76 hari iaitu dari Mei hingga hujung Julai. Namun, ianya berbeza bagi kawasan di Svalbard. Di sini matahari bersinar hampir 24 jam bermula dari 10 April sehingga 23 Ogos setiap tahun. Menarik bukan ?
02.
ICELAND
Catatan :
Negara Iceland mempunyai fenomena waktu siang lebih lama bermula daripada 10 Mei hingga bulan Julai setiap tahun.
03.
INUVIK, CANADA
Catatan:
Antara kawasan yang terlibat dengan fenomena ini di Kanada ialah Inuvik dan utara Kanada. Ianya mengambil tempoh selama 50 hari di musim panas (Jun hingga Ogos setiap tahun).
04.
ALASKA
Catatan:
Tempoh masa fenomena ini di Alaska ialah dari hujung Mei sehingga hujung bulan Julai setiap tahun.
05.
SWEDEN
Tempoh masa fenomena ini di Sweden ialah awal Mei sehingga hujung Ogos setiap tahun. Lazimnya matahari di sini terbenam tengah malam dan muncul semula pada pukul 4.30 am.
06.
FINLAND
Catatan :
Kebanyakan kawasan di Finland akan menikmati fenomena cahaya matahari tengah malam ini selama 73 hari di musim panas (hujung Mei sehingga pertengahan September setiap tahun).
Jom lihat video di bawah bagaimana suasana Matahari Tengah Malam di Svalbard Norway
Credit to Gview Youtube Channel
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :
Kesian la org kena puasa hampir 24 jam di sana..huhuhu
ReplyDeleteaah, betul tu Mr Abam Kie. huhu. rasa ada cara puasa kat sana. tapi lupa kat mana baca. huhu.
Deleteterima kasih info, baru saya tahu...
ReplyDeleteterima kasih juga sudi baca Mr Jmbelog. GV hargainya. :)
DeletePaling terkesan masa bulan ramadhan la kan, tapi negara2 tu semua cantik2
ReplyDeleteaah kak. rasa ada cara puasa tertentu kat sana tapi tak pasti. huhu. negara kat sana memang cantik2x kak. :)
Deletemenarik info ni.. pernah juga terdengar kawan bagitau berpuasa dalam tempoh masa yg lama..
ReplyDeleteaah, GV pun pernah dengar. mmg kuat iman mereka berpuasa lama. huhu.
DeleteAda matahari tapi cuaca sejuk..
Deletetentang cuaca, GV kurang pasti tapi its normal kalau sejuk sebab berada di hemisfera utara kan/dekat dengan kutub utara.
DeletePerkongsian ilmu yang sangat menarik. Rasa nak pergi tempat gini
ReplyDeleteGV pun teringin nak ke sini. hihi.
Deletetaktahu apa rasanya jika siang terlalu lama melebihi malam nak banding dengan malaysia sekarang. mesti letih nak adapt. selalu beranggapan, malam adalah waktu tidur dan siang waktu bekerja. entah berapa lama badan harus bekerja dan rehat dalam masa yang singkat
ReplyDeletebetul tu. kalau kita mesti badan rasa tak selesa sebab asyik siang 24 jam. huhu.
Deletewah, menarik infonya. done follow back..salam kenal.. hehe
ReplyDeleteTerima kasih kak follow balik. hihi. Salam kenal juga kak. huhu.
Deletesaya lebih suka kalau malam lebih panjang..
ReplyDeletedapat tidur lebih lama hehehehe
hahaha. sama la GV mr Hanafi. hihi
Deletetq sharing GV! baru tahu ade negara yg siang sahaja..atau mlm sahaja..nsb bumi kita ada 2 sesi..kurg2 mlm boleh berehat siang bkerja..
ReplyDeleteTerima kasih kak shida. sama-sama kak. betul tu kak, malam rehat siang keje kak.huhu.
Deletemenarik ni.. semua negara2 ni memang cantik tp sejuk
ReplyDeletewah jika seharian siang terus bisa-bisa kurang istirahat karena ramai
ReplyDelete