GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In
GALAKSI VIRAL - Makanan apakah paling popular dan sangat digemari di dunia ? Adakah nasi ? Adakah sushi atau ramen ? Pasti ada banyak pilihan bukan ? Lazimnya makanan sesebuah negara itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti gaya hidup, ekonomi, sosial, iklim dan juga budaya. Oleh itu, hasil daripada beberapa sumber rujukan berkaitan makanan di dunia ini, maka terhasillah Carta 10 Makanan Paling Popular di Dunia. Jom kita baca untuk info selanjutnya.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

10 
MAKANAN 
PALING POPULAR DI DUNIA 

1. PIZZA
Negara  Asal : Itali
Catatan :
Pizza ialah sejenis makanan berasaskan roti dan diatasnya boleh diletak pelbagai topping. Sudah beberapa tahun Pizza menduduki tangga pertama sebagai makanan paling popular di dunia. Makanan Itali ini sudah menjadi makanan kegemaran di seluruh dunia kerana ianya mudah dibuat dan resipinya tidak terlalu rumit. Antara pizza yang paling popular di dunia ialah Pizza Napolita. Menariknya, di Malaysia juga pernah wujud pizza perisa tempatan iaitu Pizza Satay.  

2. PASTA
Negara Asal : Itali
Di mana ada Pizza, di situ pastinya ada Pasta. Pasta ialah merupakan sejenis mi dan merupakan makanan ruji untuk masakan tradisional orang Itali. Oleh itu, boleh dikatakan mi paling popular  di dunia ialah pasta. Manakala, jenis pasta paling popular di dunia ialah Spagetti dan Macaroni.



3. HAMBURGER
Negara Asal : Jerman
Hamburger atau nama ringkasnya Burger ialah sejenis hidangan sandwich yang terdiri daripada daging burger yang dimasak samaada digoreng, dikukus, dipanggang, atau disalai, serta selalu dihidangkan dengan pelbagai topping di dalam roti burger yang dibelah dua. Di negara kita sahaja, bukan setakat ada dijual di restoran makanan segera, malah ianya turut dijual di pasar malam dan gerai-gerai di tepi jalan. Mungkin ramai masih ingat yang Singapura pernah memperkenalkan Burger Nasi Lemak di Festival Makanan Singapura pada tahun 2017. Burger paling popular di dunia ialah Burger Keju. 


4. SUP
Negara Asal : N/A (20,000 SM)
Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas/sejuk/dingin yang dibuat dengan mengabungkan bahan - bahan seperti daging dan sayuran, dengan stok, jus, air atau cecair yang lain. Boleh dikatakan hampir setiap negara ada resipi tempatan sendiri untuk makanan sup. Kalau di Malaysia, sup paling popular ialah Laksa. Perkataan sup sebenarnya wujud daripada perkataan Perancis dan ianya digunapakai sehingga kini. Sup paling popular di dunia ialah Sup Ayam. 

5. SALAD
Negara Asal : Era Roman, Greek Purba & Persia (Iran)
Salad adalah sejenis hidangan  makanan yang dihidang dalam jumlah kecil, yang sering digaul dengan sos. Salad ini selalunya dikaitkan dengan makanan orang diet atau makanan sihat kerana ianya banyak menggunakan sayur-sayuran bercampur buah dan diselaputi dengan penambah rasa seperti mayonis, minyak zaitun dan sebagainya. Salad paling popular di dunia ialah Som Tam daripada Thailand. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

6. ROTI
Negara Asal : Kawasan Eropah/Australia (30,000 tahun)
Roti ialah satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung dan air yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Ianya juga merupakan salah satu makanan paling lama pernah wujud sejak adanya bidang pertanian. Jika anda perasan, kebanyakan penduduk negara yang makanan ruji mereka berasaskan roti atau tepung gandum selalunya mempunyai saiz badan yang tinggi. Tidak pasti samada ianya satu kebetulan atau fakta sains. Roti paling popular di dunia ialah resepi roti berasal dari India iaitu roti paratha, chapati atau roti canai.

7. BERAS
Negara Asal : China atau India
Beras ialah padi yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Beras yang dimasak dipanggil sebagai Nasi. Nasi adalah menu makanan yang sangat popular di negara Asia. Beras paling popular di dunia ialah beras putih.


8. TELUR
Negara Asal : N/A
Telur ialah zigot yang dihasilkan oleh melalui persenyawaan terhadap ovum. Hampir semua negara moden mempunyai menu makanan yang berkaitan telur. Telur paling popular di dunia ialah telur ayam.


9. AISKRIM
Negara Asal : China Purba/Empayar Roman/Empayar Mongolia
Aiskrim ialah sejenis makanan beku yang dibuat dari hasil tenusu seperti krim dan digabungkan dengan perasa serta pemanis. Aiskrim paling popular di dunia ialah aiskrim Vanila. 



10. SUSHI
Negara Asal : Jepun
Sushi ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada nasi bercuka dan diletakkan inti campuran ikan, makanan laut, sayuran dan telur. Sushi paling popular di dunia ialah California Temaki atau California Roll.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber Rujukan :
zegrahm.com, tasteatlas.com, htop5.com, Google Image
GALAKSI VIRAL - Kajian mengenai bintang di alam semesta ini meletup sudah mula diperkatakan oleh masyarakat antarabangsa sejak tahun 2008 lagi. Ini adalah kerana terdapat satu bintang  yang diberi nama V1309 Scorpii tiba-tiba meletup di ruang angkasa dan ianya mengejut ramai ahli astronomi pada ketika itu. Dan kini, sekali lagi situasi bintang meletup bakal terjadi pada tahun 2022 dengan merujuk kepada kajian ahli astronomi. Penemuan mereka ini sememangnya pasti menarik perhatian ramai orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku apabila bintang di langit meletup dan apa kesannya kepada kita di planet Bumi. Oleh itu, jom kita baca info ringkas mengenai fenomena alam semesta ini bagi memahami situasi ini yang bakal berlaku pada tahun 2022.

Lakaran Imej Bintang Meletup - credit to Mr Scientific Youtube Channel


a) Ahli astronomi pertama yang memulakan teori bintang meletup ini pada tahun 2022 ialah Dr Larry Monar dan pembantu penyelidiknya Daniel Van Noord.

b) Dr Larry Malnor  adalah professor di Jabatan Fizik & Astronomi, Kolej Calvin, Grand Rapid, Michigan, Amerika Syarikat.

c) Dr Larry dan pembantunya mula menjalankan kajian mengenai sebuah sistem bintang yang diberi nama  KIC 9832227 pada tahun 2013 dan seterusnya mendapati sistem ini adalah sistem bintang binari (sistem bintang berkembar).

d) Bintang tersebut berada di dalam buruj Cygnus di langit utara dan jaraknya ialah 18 quadrillion km daripada Bumi.

e) Disebabkan kedua-dua bintang ini saling mengorbit di antara satu sama lain dengan jarak yang agak dekat dan ianya berputar seakan semakin laju setiap hari. Satu teori baru telah dicadangkan  iaitu bintang ini dijangka akan bertembung dan meletup menjadi Red Nova pada tahun 2015.

Dua Bintang Saling Mengorbit Antara Satu Sama Lain


f) Menurut laman web falakonline.net, Red Nova ialah sejenis letupan bintang akibat dua bintang bercantum menjadi satu. Letupan bintang ini juga boleh dilihat secara mata kasar di langit dan akan menjadi bintang paling cerah di langit Bumi nanti. 

Lakaran Imej Langit Dari Bumi Apabila Bintang Meletup


g) Namun, menurut majalah National Geographic  dan Business Insider, teori ini telah dinilai semula selepas satu pemebetulan teknikal data telah dilakukan di mana bintang binari tidak akan jadi meletup seperti dijangka pada tahun 2018.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

h) Walaupun begitu, hujung tahun lepas, sekali lagi dunia astronomi menjadi hangat apabila bintang super gergasi merah bernama Betelguese bakal meletup kerana warna bintangnya yang semakin pudar dari sehari ke sehari. Lazimnya, ianya adalah ciri-ciri bintang tua gergasi bakal meletup menjadi supernova. 

i) Betelguese berada di dalam buruj Orion dan sedang melalui perubahan fasa kehidupannya di sekitar 40,000 tahun. Jarak bintang ini dari Bumi ialah 430 hingga 650 tahun cahaya.

j) Betelguese adalah bintang paling dekat dan mirip dengan Matahari. Ianya juga boleh dilihat di langit Bumi. 

Bintang Betelguese


k) Akhirnya, dalam bulan Mac 2020, sekali lagi teori bintang ini meletup tidak menjadi apabila tahap cahaya bintang ini semakin naik dan ianya juga didapati mempunyai ciri variable star iaitu bintang yang boleh berubah kecerahannya pada waktu-waktu tertentu. Walaupun begitu, bintang ini tetap akan meletup apabila proses pelakuran nuklear berhenti dan terasnya runtuh apabila usia bintang ini menjangkau 100,000 tahun.

l) Ahli astrofizik ada menyatakan yang letupan bintang supernova tidak akan memberi kesan kepada Bumi kerana jaraknya yang sangat jauh. Jarak minimum aktiviti letupan sebegini yang boleh memberi kesan berbahaya kepada Bumi ialah sekurang-kurangnya 50 juta tahun cahaya.

Contoh Imej Bintang Meletup 

Kesimpulannya, fenomena letupan bintang itu mungkin tidak akan terjadi buat masa ini. Namun, apa-apa sahaja boleh berlaku seperti peristiwa letupan mengejut bintang V1309 Scorpii  pada tahun 2008. Sama-samalah kita menanti berita terkini daripada pihak astronomi antarabangsa mengenai hal ini. Kita Merancang, Tuhan Menentukan. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : 
National Geographic, Business Insider FalakOnline1, Digital Tech, FalakOnline2, FalakOnline3, Mr Scientific Channel




GALAKSI VIRAL - Tahun 1992 masih merupakan tahun kegemilangan  Ratu Rock Ella kerana album beliau berjudul 30110 menjadi album paling laris tahun 1992. Anggaran jualan album ini ialah lebih 300,000 unit. Oleh itu, secara tidak rasmi, ianya turut mengesahkan populariti Ella sebagai Penyanyi Paling Popular  tahun1992.  Untuk Penyanyi Lelaki Paling Popular pula jatuh kepada Nash dan Kumpulan Paling Popular ialah Fotograf. Artis Baru Paling Popular tahun 1992 ialah kumpulan 4U2C. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Fauzi Marzuki. Tahun ini juga merupakan tahun permulaan populariti irama Rap/Hip Hop di Malaysia apabila kumpulan 4U2C meletop dengan lagu Fiona. Selain itu, kemunculan Sandy Suzukii iaitu penyanyi Jepun  yang menyanyikan semula lagu klasik Melayu seperti Ikan Kekek dan Lengang Kangkong dalam versi Remix telah membawa satu perubahan baru dalam dunia muzik Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila banyak lagu Irama Malaysia yang mula digabungkan dengan muzik  lain sehingga wujudnya irama Pop Etnik Fusion seperti lagu Monolog Duka Noraniza Idris, Yang Remeh Temeh Pak Pandir, Siti Payong Liza Aziz, Khazanah Malaya Ayati Tasrip dan banyak lagi. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1992 di Malaysia. 





TOP 12
LAGU MALAYSIA  PALING POPULAR
TAHUN 1992

01. ALAM FANA CINTAMU
Artis : Fotograf
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Zur' Ain
Album : Fotograf  92
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1992. Tahun ini juga kemuncak kejayaan di dalam karier kumpulan Fotograf. Antara kejayaan yang diperolehi ialah menjadi Juara kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992, Lagu Paling Popular Radio (kumpulan) Pujaan Nescafe 10 1992 dan Kumpulan Paling Popular di Anugerah Bintang Popular. Lagu ini juga pernah memegang rekod paling lama No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1992 iaitu selama 15 minggu tidak berturutan iaitu daripada tahun 1992 hingga 1994 dan berada di dalam carta selama 23 minggu. Jualan album mereka pada tahun itu ialah sebanyak 40,000 unit sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


02. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Artis : Jamal Abdillah
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Jamal
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Balada paling popular daripada Raja Pop Jamal Abdillah kerana populariti lagu ini yang bertahan lama dan menjadi malar segar sehingga kini. Lagu ciptaan komposer legenda Fauzi Marzuki ini juga telah berjaya memenangi Lagu Paling Popular Radio (solo) dan Persembahan Terbaik (solo) di pertandingan akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 7 minggu berturut-turut dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 di dalam kategori Pop Kreatif.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


03. PADA SYURGA DI WAJAHMU
Artis : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Nash
Tahun  : 1992
Catatan :
Satu lagi karya mantap daripada komposer legenda Fauzi Marzuki apabila lagu nyanyian Nash telah berjaya menjadi Juara kategori Pop Kreatif dan Anugerah Juara Lagu tahun 1992. Berikutan impak populariti lagu ini juga, secara tidak langsung telah memberikan  kemenangan berganda kepada Nash apabila berjaya memenangi  undian anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 19 minggu.
 KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


04. MADAH BERHELAH
Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Madah Berhelah
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu signature Ratu Pop Ziana Zain ini adalah salah satu lagu paling kerap dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di negara kita walaupun kita semua sedia maklum lagu ini sebenarnya antara lagu yang sukar dinyanyikan kerana memerlukan stamina vokal yang sangat mantap dan nada tinggi yang jitu. Selain itu., lagu ini juga berjaya membuktikan yang Ziana adalah Ratu Pop in the making kerana kelainan vokal beliau dan gaya nyanyian beliau yang unik. Antara teknik vokal beliau yang kerap dipuji ialah sebutan nyanyian Ziana sangat jelas/bulat dan teknik  vibrato yang dinamik serta sedap didengar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 14 minggu. Jualan album ini pada tahun ini ialah sebanyak 40,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


05. SATU
Artis : SM Salim feat Zainal Abidin
Komposer : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Nizam & Zainal Abidin
Album : 1
Tahun : 1992
Catatan :
Tiada siapa yang akan menjangka Raja Irama Malaysia SM Salim akan berduet dengan Raja Pop Etnik Zainal Abidin  di dalam satu lagu dan lagu itu juga dinamakan dengan judul Satu. Lagu unik dan kreatif ini sememangnya menarik perhatian ramai peminat seni hiburan dan boleh dikatakan lagu ini adalah salah satu  karya lagu Etnik Malaysia yang terbaik dan malar segar sehingga kini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU




06. FIONA
Artis : 4U2C
Komposer : Man Senoi
Penulis Lirik : Mama Rap
Album : 4U2C
Tahun  : 1992
Catatan :
Selepas kemunculan kumpulan pertama Rap/Hip Hop Malaysia iaitu Krash Kozz dengan mini album mereka pada tahun 1990, kemuncak kegemilangan irama ini terus meletop dengan kehadiran kumpulan 4U2C pada tahun 1992. Lagu Fiona telah berjaya menarik perhatian para peminat pada tahun itu kerana kelainan muzik yang ditampilkan. Malah, yang menariknya lagu ini juga pernah dirakam semula dalam Bahasa Inggeris oleh kumpulan Krash Kozz pada tahun 1993 melalui album debut pertama mereka. Album mereka ini telah terjual 70,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

07. UNTUKMU IBU
Artis : Exist
Komposer : Rahim Othman
Penulis Lirik : Megat Ismail Ibrahim
Album : Exist
Tahun : 1991
Catatan :
Suara merdu Mamat Exist dalam melagukan lagu ini telah berjaya mencairkan kepada sesiapa sahaja mendengarnya. Lagu ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian peminat dewasa, malah peminat kanak-kanak juga meminati kumpulan ini kerana mesej lagu ini  yang universal. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat akhir Kategori Pop Kreatif Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 11 minggu. Jualan album mereka pada tahun ini ialah 250,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


08. SEMBILU
Artis : Ella
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : 30110
Tahun  : 1992
Catatan :
Album ini memegang rekod album paling pantas terjual lebih 100,000 unit di dalam masa seminggu di Malaysia. Album ini juga merupakan salah satu album Ella yang banyak killer hits kerana  kesemua lagu album ini popular dan diminati ramai peminat. Namun, lagu paling popular di dalam album ialah Sembilu, Layar Impian dan Kitalah Bintang. Lagu Sembilu boleh dikatakan antara karya terbaik daripada komposer legenda Saari Amri. Album ini juga boleh dikatakan album paling laris tahun 1992 iaitu dengan anggaran jualan album lebih 300,000 unit.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


09. GEMURUH
Artis : Search & Wings
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Double Trouble
Tahun  : 1992
Catatan : 
Gabungan dua gergasi kumpulan Rock Malaysia untuk tampil di dalam album Double Trouble jelas membawa kejayaan kepada kedua-dua kumpulan apabila lagu Gemuruh muncul antara lagu Rock Malaysia yang sangat popular dan terbaik di dalam sejarah muzik Rock Malaysia. Kemantapan vokal Awie dan Amy Search menjadikan lagu ini sangat mahal dan epik. Ianya seolah-olah seperti gabungan dua  kumpulan mega stars iaitu Queen dan The Rolling Stones di dalam satu lagu yang epik. Jualan album ini ialah 180,000 unit. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


10. GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU
Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Fauziah Latiff
Album : Gubahan Rindu Puisi Syahdu
Catatan :
Ratu Pop Fauziah Latiff adalah di antara segelintir artis di Malaysia yang mempunyai lagu killer hits hampir setiap tahun iaitu bermula daripada tahun debut album beliau pada tahun  1988 sehinggalah tahun 1992. Lagu ini boleh dikatakan antara lagu nada tinggi Fauziah Latiff yang agak sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.1 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 15 minggu. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


11. MAHLIGAI SHAHDU
Artis : Hattan
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Antem
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Hattan yang paling popular dan antara lagu yang paling kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi lain samada untuk pertandingan nyanyian atau rakaman semula di dalam album. Lagu ini juga telah mengesahkan status Hattan sebagai salah seorang Raja Rock Malaysia yang disegani dan seangkatan dengan Raja Rock yang lain seperti Amy Search, Awie, Saleem dan Nash pada tahun itu. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 6 minggu dan berada di dalam carta selama 10 minggu. Selain itu, lagu ini berjaya ke peringkat akhir kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU



12. YANG REMEH TEMEH
Artis : Pak Pandir
Komposer : Pak Pandir
Penulis Lirik : Pak Pandir
Album : Pak Pandir
Tahun :  1992
Catatan :
Lagu ini antara lagu perintis kepada permulaan kegemilangan Irama Malaysia +  Pop Kreatif  kerana tahun ini ramai yang cuba membuat irama muzik kreatif dengan mengabungkan pelbagai irama etnik dengan muzik lain agar nampak muzik unik dan ke depan. Lagu Yang Remeh Temeh adalah salah satu lagu Irama Malaysia moden yang sangat popular pada tahun itu dan juga turut telah berjaya menjadi Juara Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1992. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah di No.5 dan berada di dalam carta selama 2 minggu sahaja.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU


-------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA

JANGAN PISAHKAN 
(INDONESIA)
Artis : Deddy Dores & Mayank Sari
Komposer : Dandang S.Manaf
Penulis Lirik : Dandang S.Manaf
Album : Jangan Pisahkan
Tahun  : 1991
Catatan :
Deddy Dores adalah ikon muzik Slow Rock era 1990 an di Indonesia. Antara lagu beliau yang meletop di Malaysia ialah lagu Jangan Pisahkan di mana beliau berduet dengan Mayank Sari. Lagu ini merupakan salah satu lagu Indonesia paling popular di Malaysia pada era 1990 an. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia iaitu kumpulan Phyne Ballarze tahun 2003 dan kolaborasi beliau dengan Ratu Pop Siti Nordiana pada tahun 2006.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU

------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA

SMELL LIKE TEEN SPIRIT
(AMERIKA SYARIKAT)


Artis : Nirvana
Komposer : Kurt Cobain, Krist Novoselic, Dave Grohl
Penulis Lirik : Kurt Cobain, Krist Novoselic, Dave Grohl
Album : Nevermind
Tahun  : 1991
Catatan :




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1991
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1993
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1994
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1995
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1996
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1997
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1998
KLIK SINI >>>  LAGU PALING POPULAR TAHUN 1999

Sumber : Google Image, Youtube Channel,Jualan Album Double Trouble




Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes