SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR DI SEPANJANG ZAMAN
GALAKSI VIRAL - Irama Rock sudah lama bertapak di negara Malaysia. Boleh dikatakan kumpulan Sweet Charity adalah perintis kepada permulaan irama Rock di Malaysia sejak hujung era 70 an lagi. Bermula pada pertengahan era 80 an, irama Rock mula menjadi salah satu irama paling popular di Malaysia ketika itu. Ianya disebabkan fenomena yang dicetuskan oleh kumpulan Rock yang baru muncul pada era itu iaitu kumpulan Search. Ramai kagum dengan muzik, lagu, vokal dan persembahan kumpulan Search yang mmg rock habis dan mantap sekali apabila mereka membuat persembahan di pentas. Album pertama kumpulan Search berjudul Cinta Buatan Malaysia telah diterbitkan pada tahun Julai 1985 dan album terbaru mereka pula berjudul Katharsis telah diterbitkan pada 22 November 2017. Setelah hampir lebih 33 tahun di dalam industri muzik tanahair ini, kumpulan Search selayaknya dinobatkan sebagai Kumpulan Rock No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka yang merentasi muzik rock di dalam dan juga luar negara Malaysia. Kumpulan Search juga merupakan salah satu Artis Paling Berjaya Di Dalam Industri Muzik Malaysia Sepanjang Zaman. Oleh itu, mari kita lihat lagu-lagu kumpulan Search manakah paling popular sepanjang zaman di Malaysia.
TRIVIA
Nama Ahli Kumpulan : Amy, Hillary, Man Kidal, Yazit, Kid, Nasir, Din.
Tahun Aktif : 1981 - kini
Album Studio : 12
1985 - Cinta Buatan Malaysia
1986 - Langit Dan Bumi
1987 - Mentari Merah Di Ufuk Timur
1989 - Fenomena
1990 - Karisma
1992 - Rampage
1995 - Gema Di Timur Jauh
1996 - Rock N Roll Pie
1998 - Bikin Wilayah (Search & Awie)
1999 - Selepas Banjir
2006 - Gothik Malam Edan
2017 - Katharsis
Antara Pencapaian Utama :
1987 - ABP - Kumpulan Paling Popular
1989 - AJL - Juara Lagu & Persembahan Terbaik (Issabella)
1989 - ABP - Kumpulan Paling Popular
1996 - AIM - Album Terbaik, Album Rock Terbaik (Gema Di Timur Jauh)
1999 - AIM - Album Rock Terbaik (Bikin Wilayah - Search & Awie)
2007 - AIM - Album Hard Rock Terbaik (Gothik Malam Edan)
2008 - APM - Anugerah Khas
2012 - ABP - Anugerah Sepanjang Hayat
TOP 12
LAGU
KUMPULAN SEARCH
PALING POPULAR DI MALAYSIA
01. ISSABELLA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Issabella adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Alam Nusantara sepanjang zaman. Lagu ini juga sangat popular di rantau Alam Melayu kerana muzik dan liriknya yang puitis. Lebih menarik lagi, lagu ini juga adalah Juara Anugerah Juara Lagu 1989 dan juga kumpulan Search juga merupakan Artis Paling Popular Tahun 1989.

02. FANTASIA BULAN MADU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini antara lagu kumpulan Search paling banyak dibawakan di dalam pertandingan nyanyian bukan sahaja di Malaysia malah juga di Indonesia. Lagu ini juga merupakan salah satu signature song kumpulan Search. Ianya juga turut popular di Hong Kong apabila ada penyanyi lelaki di sana bernama Danny Summer merakamkan semula lagu ini di dalam dalam Bahasa Kantonis dan Bahasa Mandarin pula dirakamkan oleh Raja Pop Hong Kong Jackie Cheung.
03. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini juga adalah salah satu karya terbaik kumpulan Search. Melodi muzik dan lirik lagu yang sangat mendalam mengenai Hari Kiamat ini juga pernah dinyanyikan semula dengan kumpulan Rabbani.
04. NUR NILAM SARI
bersama AWIE
Komposer : M.Nasir & Search
Penulis Lirik : Loloq
Album : Bikin Wilayah
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini merupakan lagu nyanyian Awie bersama dengan kumpulan Search. Ianya sangat popular pada tahun 1998 dan merupakan salah satu lagu kumpulan Search paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999.
05. FENOMENA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Usop
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Lagu ini meneruskan kehebatan album Fenomena ini apabila turut mendapat perhatian luas di kalangan peminat seni tanahair.
06. MENITI TITIAN USANG
Komposer : A.Rahim / M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan :
Lagu ini memang antara karya terbaik kumpulan Search kerana liriknya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ada unsur ketuhanan. Susunan muzik yang sangat bagus dan melodi lagu ini juga hebat.
07. ROZANA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan :
Lagu Rozana sememangnya amat popular pada tahun 1986/87 dan pernah menjadi lagu tema filem Rozana Cinta 87 di mana pelakon utamanya ialah Bibiyana Layola dan Erma Fatima.
08. PAWANA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Fenomena
Tahun : 1989
09. PELESIT KOTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Bakri Johari
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : 1987
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Rock terbaik sepanjang zaman. Intro muzik, petikan gitar dan hentakan drum yang mantap lagi padu telah berjaya menjadikan lagu ini sangat hebat dan epik. Ditambah pula dengan lirik lagu yang mengutarakan isu sosial sudah cukup menjadikan lagu ini cukup pakej untuk diangkat sebagai salah satu lagu terbaik di Malaysia.
10. SEROJA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Rock N Roll Pie
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1996. Lebih menarik lagi, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1997.
11. TEGUH
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Bob
Album : Karisma
Tahun : 1990
12. LAILA NAMAMU TERATAS
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Cenderawasih
Album : Gema Di Timur Jauh
Tahun : 1995
Catatan :
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Klik Video Untuk Dengar Lagu
Sumber : Youtube Channel, Google Image, MuzikRock.com, Search
(kemaskini 7 Jun 2025)










sampai sekarang suka dengar lagu serojaa.
BalasPadamBest lagu tu kan kak Fatin. Lagu tahun 1996. Hihi. Puteri serojaaaa... hihi. :D
PadamSemua lagi Tu memang mama suka.. Dari dulu hingga skrg boleh layan
BalasPadamLagu kumpulan Search best kan mama. Hihi. :D
PadamDulu2 memamg suka layan lagu2 Search ni
BalasPadamBest kan lagu-lagu mereka kan Mr WP. :)
Padamsuka semuaaaaaa👍👍👍👍👍
BalasPadamBest semua kan kak Anies. Hihihi. :D
Padamlagu2 searhni..x jemu didgr
BalasPadamBetul kak JM. Best2x lagu mereka ini. Hihi. :)
PadamLagu kumpulan ni sampai sekarang masih menyengat...
BalasPadamKumpulan legenda muzik tanahair. Terbaik mereka kan Mr Zumal. :)
PadamM.asir ini kok hebat sekali ya
BalasPadamkomposer bertalenta
Kebanyakan lagu Search Dato' M.Nasir yang buat. Hihi. :)
Padamtau lagu, tak tau tajuk, dtg sini baru tau tajuknya Fenomena. power. t.ksh byk
Padam