Ads Top

POP ICON WANITA PALING TOP DI DUNIA

Siapakah penyanyi wanita paling popular di dunia sepanjang zaman. Madonna ? Marilyn Monroe? Selena Gomez. Jika ingin tahu siapakah mereka, jom kita baca di bawah. 😍



20 POP ICON 
WANITA PALING POPULAR DI DUNIA 
 SEPANJANG MASA


01. MARILYN MONROE
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 36 tahun / 5 Ogos 1962 (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 1 June 1926
TAHUN AKTIF : 1945 - 1962
CATATAN :
Siapa tidak kenal Marilyn Monroe. Beliau adalah legenda Hollywood yang sangat popular sejak era 50 an. Walaupun beliau meninggal dalam usia yang agak muda iaitu 36 tahun, namun, impak populariti beliau di dalam pengaruh budaya pop seni dunia sangat besar dan tidak perlu dipertikaikan. Beliau tidak pernah menang Anugerah Grammy dan Anugerah Oscar. Tetapi kerjaya beliau lebih bersinar dengan megahnya berbanding sesetengah artis lain yang pernah menang Anugerah Grammy dan Akademi itu. 
Marilyn Monroe adalah artis wanita pertama membuktikan yang anda tidak perlu mempunyai vokal hebat atau gaya lakonan terlampau hebat untuk menjadi Ikon Budaya Pop Paling Terkenal Sepanjang Masa. Yang paling penting di dalam kerjaya seni hiburan ialah perlu ada pakej, X-Factor, rajin berusaha, mesra media dan tuah. Marilyn memiliki semua itu. 
Walaupun Marilyn tidak mempunyai koleksi lagu yang banyak, namun lagu beliau seperti Diamonds Are A Girl's Best Friend Forever (1953) sudah cukup dijadikan lagu ikonik kepada artis generasi baru selepas kehadiran beliau di dalam bidang muzik. Begitu juga dengan lagu ringkas berjudul Happy Birthday Mr. President yang dinyanyikan oleh beliau secara live kepada mendiang Presiden Amerika John F.Kennedy pada tahun 1962. Lagu itu juga menjadi lagu ikonik sehingga kini dan ramai penyanyi pelbagai generasi menyanyikan semula lagu itu  dalam bentuk rakaman semula atau membuat parodi. 
Penduduk seluruh dunia juga lebih mengenali Marilyn Monroe daripada Diva R&B Aretha Franklin dan Diva Pop Barbara Streisand. Ianya kerana Marilyn mempunyai X-Factor yang unik dan ianya jarang terdapat pada artis yang lain.
Mungkin ramai tidak tahu yang perwatakan gaya seksi Marilyn itu sebenarnya diinspirasikan daripada pelakon legenda Hollywood  yang lain iaitu Mae West. Tetapi sayangnya Mae West hanya popular di Amerika sahaja berbanding Marilyn yang sangat popular di seluruh benua planet Bumi ini. Tahap populariti Marilyn adalah sama taraf dengan populariti Elvis Presley dan Mickey Mouse. Marilyn juga memegang rekod sebagai manusia paling banyak diambil gambar untuk abad ke 20 ini di Amerika. Itulah bintang legenda seni dunia, Marilyn Monroe.


02. MADONNA

ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 16 Ogos 1958
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Madonna adalah artis wanita paling banyak jualan rekod sepanjang zaman di dunia iaitu lebih 300 juta salinan rekod terjual. Beliau berada di kedudukan keempat untuk artis paling banyak terjual rekod di dunia selepas kumpulan The Beatles, Elvis Presley dan Michael Jackson. Madonna juga memegang rekod  artis paling banyak kutipan jualan tiket konsert seluruh dunia iaitu lebih USD 1.4 Billion. 
Selepas kematian Marilyn Monroe, peminat seni hiburan dunia mengambil masa agak lama untuk mencari seorang pelapis Ikon Pop sehebat Marilyn Monroe. Namun segalanya berubah apabila Madonna muncul pada tahun 1983 dengan album berjudul Madonna. Album itu berjaya memperkenalkan Madonna sebagai salah seorang artis baru paling berjaya ketika itu walaupun mempunyai saingan daripada penyanyi lain iaitu Cyndi Lauper. 
Kehadiran album seterusnya seperti album Like A Virgin, True Blue dan Like A Prayer juga berjaya mengukuhkan nama Madonna sebagai Ikon Pop baru sehebat Marilyn Monroe. 
Walaupun vokal Madonna bukan kategori vokal hebat, tetapi beliau mempunyai nada suara yang unik dan tersendiri. Ditambah pula dengan imej dan karekter beliau yang suka membuat gimik ketika persembahan dan memakai pakaian yang diluar kebiasaan daripada penyanyi yang lain. Mungkin juga sudah ramai tahu yang salah seorang idola Madonna adalah Marilyn Monroe.  
Madonna juga menjadi perintis kejayaan kepada artis generasi baru selepas beliau seperti Britney Spears, Christina Aguilera, Beyonce, Miley Cyrus dan Selena Gomez. Madonna juga terkenal dengan video muzik beliau yang hebat dan imej yang berbeza-beza setiap kali muncul album baru. Beliau juga seorang penari dan penghibur yang hebat. 
Madonna juga adalah artis pertama yang tidak mengunakan tambahan nama keluarga di dalam pengenalan nama artis beliau dan ianya menjadi ikutan kepada artis lain seperti Britney dan Beyonce. 
Tenaga dalaman Madonna juga hebat kerana walaupun usia dah hampir mencecah 60 tahun, beliau masih mampu menyanyi sambil menari dengan hebat sekali di konsert beliau.
Kita semua sedia maklum yang Madonna cukup suka dan meminati Britney Spears dan Miley Cyrus. Tetapi ada seorang artis yang beliau cukup tidak suka iaitu Lady Gaga. Beliau mengatakan Lady Gaga copycat lagu dan gaya beliau. Sedangkan Lady Gaga pernah beritahu media yang beliau menjadikan Madonna sebagai sumber inspirasi beliau di dalam kerjaya. Sehingga kini, Madonna masih lagi tidak menyukai kehadiran Lady Gaga di dalam bidang muzik antarabangsa. Lady Gaga pernah meluahkan rasa kekecewaanya mengenai isu ini. 
Walaupun terdapat pelbagai isu yang Madonna, kita pastinya tidak nafikan yang Madonna adalah Penyanyi Wanita Paling Popular Sepanjang Zaman  ketika ini.


03. BRITNEY SPEARS

Britney & Madonna saling bertukar baju wajah masing-masing.

Michael Jackson dan Britney Spears

Britney dikatakan mempunyai aura pesona sama seperti Marilyn Monroe


Britney berpakaian seperti Elvis Presley untuk konsert di Las Vegas 2001/2002

ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 36 tahun
TARIKH LAHIR : 2 Disember 1981
TAHUN AKTIF : 1992 - kini
CATATAN :
Selepas kehadiran Madonna, ramai peminat seni hiburan tertanya-tanya siapakah yang bakal mengikut jejak fenomena kejayaan Madonna. Semuanya terjawab apabila Britney Spears muncul pada tahun 1998 dengan lagu ...Baby One More Time. Britney Spears dikatakan artis gabungan dua penyanyi tersohor iaitu Madonna dan Janet Jackson. Ini disebabkan Britney mempunyai gaya persembahan hebat seperti Madonna dan pandai menari seperti Janet Jackson. 
Britney Spears memegang rekod artis remaja paling laris jualan album debut di dunia dan artis paling muda mempunyai empat album pertama debut No.1 di Amerika. Britney juga pernah memegang rekod Manusia Paling Banyak Dicari di Internet di abad ke 21. Beliau juga merupakan penyanyi pertama menjadi Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia di dalam majalah Forbes pada tahun 2002. Lebih hebat lagi, Britney juga adalah penyanyi wanita paling laris jualan album di era 2000 an.
Sewaktu di era kemuncak kerjaya Britney Spears, beliau cukup dikenali sebagai penghibur yang hebat menari dan banyak gimik unik dilakukan di atas pentas persembahan beliau.
Antara paling diingati ialah seperti menari dengan ular, menukar baju tuxedo kepada baju seksi di atas pentas, buat jump split dan paling hebat sekali membuat backflip ketika di persembahan Anugerah Billboard USA 1999. Rasanya tiada artis wanita yang pernah buat backflip ketika membuat persembahan secara langsung di atas pentas seperti Britney Spears kan. 
Selain itu, Britney juga sama seperti Madonna yang mempunyai banyak video muzik hebat yang mempengaruhi peminat generasi masing-masing dengan gaya imej dan konsep video muzik yang mengagumkan. 
Britney Spears pernah dilabelkan sebagai salah satu jenama hasil eksport Amerika paling berjaya di era 2000 an. 
Album Oops I Did It Again (2000) pernah memegang rekod album wanita paling laris dalam minggu pertama jualan iaitu 1.3 juta salinan rekod di dunia. Namun rekod itu dikalahkan dengan album Adele berjudul 25 yang terjual 3.38 juta salinan rekod pada tahun 2015. 
Britney juga menjadi trendsetter kepada artis remaja lain apabila beliau yang asalnya berimej Innocent Girl bertukar menjadi imej Bitch Girl. Imej sebegini telah mempengaruhi ramai artis muda  yang lain seperti Miley Cyrus, Taylor Swift dan Selena Gomez untuk muncul gaya yang serupa di dalam kerjaya masing-masing. 
Mungkin ramai tidak yang lagu Britney pernah digunakan oleh tentera British untuk menghalau lanun Somalia di perairan laut pada tahun 2013. Hebat kan. 
Britney juga merupakan salah seorang penyanyi yang mempunyai identiti vokal unik paling dikenali di dunia kerana hampir seluruh dunia artis impersonator akan menjadikan vokal beliau sebagai bahan parodi mereka.
Selain itu, tagline It's Britney Bitch juga sangat popular di dalam dunia budaya pop dunia dan pernah dijadikan lirik lagu dalam lagu Will.I.Am berjudul Scream & Shout (2012).
Kisah hidup beliau juga pernah dijadikan sebagai sumber rujukan kajian ilmiah di pelbagai universiti seluruh dunia di dalam bidang media dan seni budaya.
Madonna juga sangat menyukai Britney Spears kerana beliau merasakan fenomena Britney mengingatkan beliau kepada diri beliau di awal kerjaya dahulu. Ramai menganggap yang Britney adalah protege Madonna. 
Media barat juga pernah melabelkan Britney sebagai Michael Jackson & Elvis Presley versi Wanita dan jelmaan semula Marilyn Monroe.
Miley Cyrus, Selena Gomez, Demi Lovato, Taylor Swift, Lady Gaga dan Lana Del Rey menjadikan Britney Spears sebagai Ikon idola mereka dalam mencapai kejayaan di dalam bidang nyanyian masing-masing. 
Britney juga adalah satu-satunya artis yang pernah berduet secara langsung dengan dua orang Ikon Pop Dunia iaitu Madonna dan Micheal Jackson di atas pentas. 
Pernah dengar muzik Dubstep? Britney adalah artis arus perdana pertama yang membawakan muzik Dubstep ini di dalam album sehingga menjadikan irama itu makin dikenali di dalam muzik arus perdana. Sebelum itu, muzik Dubstep hanya dikenali di kalangan peminat muzik underground. 
Artis Gred A lain seperti Mariah Carey, Whitney Houston dan Celine Dion juga turut menyukai Britney Spears kerana bagi mereka Britney adalah salah seorang Artis Gred A paling rendah diri dan tidak mengutuk artis lain  walaupun beliau sendiri kerap dilanda kontroversi di dalam kerjaya beliau.
Kini, Britney cukup dikenali sebagai Puteri Pop Dunia dan Ratu Las Vegas kerana jualan tiket persembahan mingguan beliau di Planet Hollywood sangat laris di pasaran dan menjadi perintis kepada artis lain seperti Jennifer Lopez dan Mariah Carey untuk turut serta membuat persembahan di Las Vegas. The Power Of Britney. It's Britney Bitch. 


04. MARIAH CAREY
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 47 tahun
TARIKH LAHIR : 27 Mac 1970
TAHUN AKTIF : 1988 - kini
CATATAN :
Mariah Carey cukup dikenali dengan kekuatan vokal beliau mencapai five-octave vocal range dan whistle register. Disebabkan vokal beliau yang hebat itu, beliau digelar The Songbird Supreme. Beliau merupakan Artis Wanita Paling Laris Jualan Rekod era 1990an. Mariah juga seorang yang hebat dalam melenggokkan lagu dengan style tersendiri dan majoriti lagu beliau memang agak susah untuk dinyanyikan oleh penyanyi yang lain. Selain itu, beliau juga turut popular sebagai The Power Vocal Diva bersama Celine Dion dan Whitney Houston.
Tidak dapat dipastikan kenapa album dan lagu terbaru beliau kurang menyerlah seperti di era 90 an dan 2000 an. Namun, satu perkara yang jelas Mariah sudah tidak mampu menyanyi menggunakan key asal untuk lagu nyanyian beliau sendiri. Ini menyebabkan beliau kerap memggunakan lipsync untuk membuat persembahan. Tetapi jika beliau menyanyi live, beliau selalunya akan improvised lagu beliau menjadi lebih menarik  walaupun mungkin key lagu itu direndahkan. 
Antara artis yang paling tidak disukai oleh Mariah Carey ialah Jennifer Lopez. Mariah pasti akan menjawab "I Dont Know Her" setiap kali ditanya mengenai JLO. Punca utama kenapa Mariah benci JLO adalah kerana bekas suami Mariah iaitu Tommy Mottola. Tommy pernah menggunakan JLO untuk menjatuhkan karier Mariah pada tahun 2001. Bermula daripada situ, Mariah tidak mahu dikaitkan dengan JLO. Kesan daripada pergaduhan itu, munculah meme "I Dont Know Her" itu dan popular sehingga kini. 
Selain JLO, Mariah juga cukup tidak suka dengan Nicki Minaj. Mereka berdua pernah bergaduh di set pertandingan American Idol sehingga menimbulkan kekecohan di sosial media. Walau bagaimanapun, ramai menganggap yang adegan bergaduh itu tidak realiti dan hanya untuk menaikkan rating rancangan itu yang sendiri. 
Walau apa pun berlaku, Mariah Carey tetap diakui sebagai salah seorang Ikon Pop Dunia Paling Berjaya di Dunia dan Vokalis Terhebat Dunia. 


05. CELINE DION
ASAL : Kanada
UMUR : 49 tahun 
TARIKH LAHIR : 30 Mac 1968
TAHUN AKTIF : 1980 - kini
CATATAN :
Sebelum kemunculan Shania Twain, Avril Lavigne dan Justin Bieber, Celine Dion adalah Artis No.1 Kanada paling terkenal di dunia. 
Celine Dion juga memegang rekod Artis Kanada Paling Laris Jualan Rekod Sepanjang Masa Di Dunia iaitu lebih 200 juta salinan rekod. 
Celine Dion adalah penyanyi lagu Power Ballad yang sangat hebat dan banyak lagu beliau menjadi fenomena seperti My Heart Will Go On, Because You Love Me dan The Power Of Love. 
Celine juga merupakan Diva Pop yang paling kurang kontroversi di sepanjang karier beliau. 
Selain itu, Celine juga merupakan Legenda Muzik Perancis kerana kesemua album dan lagu beliau dalam Bahasa Perancis sangat popular dan laris di pasaran. Selain Bahasa Perancis, Celine juga mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin. 
Berbanding dengan Mariah, hanya Celine  sahaja yang masih mampu menyanyi lagu mengikut key asal untuk lagu nada tinggi di dalam konsert secara langsung ketika ini. Itu adalah satu perkara yang sangat mengagumkan kerana usia Celine lebih tua daripada Mariah. Lebih menarik lagi, nama Celine Dion juga kini lebih dikenali dan popular di kalangan peminat muzik muda di Amerika dan Eropah berbanding dengan artis sezamannya. Album terbaru beliau juga sangat laris di pasaran.
Celine Dion juga merupakan  perintis awal untuk artis era moden membuat persembahan mingguan di Las Vegas di mana sedekad kemudiannya Britney Spears pula muncul mengikuti jejak beliau di sana. Itulah Diva Pop Celine Dion. 


06. WHITNEY HOUSTON
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 48 tahun / 11 Februari 2012 (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 9 Ogos 1963
TAHUN AKTIF : 1977 - 2012
CATATAN :
Whitney Houston adalah penyanyi Afrika-Amerika paling berjaya di dunia sebelum kemunculan Beyonce. Nama lain untuk beliau ialah The Voice. Lontaran vokal beliau untuk kesemua lagu yang bernada tinggi memang sangat hebat. Pastinya lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody menjadi lagu beliau paling popular kerana lagu ini paling banyak dibawakan di pelbagai pertandingan nyanyian di seluruh dunia. Beliau juga memegang rekod album OST paling laris di dunia iaitu album OST Bodyguard yang terjual lebih 45 juta unit. Lagu nyanyian beliau juga diakui sangat sukar dinyanyikan semula oleh mana-mana penyanyi yang lain. Sama seperti lagu Celine Dion dan Mariah Carey. 
Mungkin ramai tidak tahu yang Whitney Houston pernah dikatakan rasa tergugat dengan kehadiran Mariah Carey pada awal era 90 an dulu. Malah, ada video di internet yang menunjukkan Whitney seakan tidak selesa jika ditanya mengenai Mariah pada suatu ketika dahulu. Namun, segala gosip itu berakhir apabila Whitney dan Mariah berduet bergabung menyanyikan lagu When You Believe pada tahun 1998.


07. JANET JACKSON
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 51 tahun
TARIKH LAHIR : 19 Mei 1966
TAHUN AKTIF : 1973 - kini
CATATAN :
Janet adalah penyanyi wanita Hollywood paling hebat menari dalam sejarah muzik dunia. Kredibiliti dan kehebatan beliau menari adalah sama hebat seperti Michael Jackson. Hampir semua artis yang menyanyi sambil menari seperti Britney Spears dan Jennifer Lopez menjadikan beliau sebagai idola persembahan tarian hebat. 
Persamaan yang sangat ketara untuk Janet, Madonna dan Britney ialah ketiga-tiganya bukan Power Vocal Diva tetapi mempunyai nada suara unik, video muzik yang hebat dan kesemua mereka hebat menari di pentas. 
Ada khabar angin mengatakan Janet menganuti agama Islam selepas berkahwin dengan jutawan Qatar bernama Wissam Al Mana tetapi tiada pengesahan sahih mengenainya. Walau bagaimanapun, pasangan itu berpisah selepas Janet melahirkan bayi lelakinya pada tahun ini.
Berbalik kepada isu kerjaya beliau, walaupun lagu beliau bukan jenis lagu nada tinggi, tetapi harus diakui lagu beliau juga bukan senang dinyanyikan semula. Teknik nyanyian menggunakan nada rendah untuk majoriti lagu beliau itu menjadikan lagu beliau begitu unik dan ada identiti tersendiri. 
08. CHER
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 71 tahun
TARIKH LAHIR : 20 Mei 1946
TAHUN AKTIF : 1963 - kini
CATATAN : 
Nama Barbara Streisand dan Aretha Franklin sememangnya tidak dapat melawan populariti peringkat dunia yang diperolehi oleh Cher. Ini disebabkan Cher digelar Goddes Of Pop oleh peminat seni hiburan dunia. 
Sudah pelbagai jenis muzik Cher pernah nyanyikan iaitu daripada zaman A Go Go kepada Pop Disco, Pop Ballad, Rock N Roll sehinggalah kepada Dance Music dan EDM. Semua telah dinyanyikan dengan mudah oleh Cher.  Cher juga sangat dikenali dengan suara jantan beliau ketika menyanyi.
Pernah dengar suara Auto-Tune. Cher  adalah artis perintis awal  yang menggunakan Auto-Tune di dalam lagu sehingga ianya  digelar Cher' Effect pada tahun 1998. 
Cher juga adalah segelintir selebriti dunia yang berjaya menang Anugerah Gred A di Anugerah Grammy dan Anugerah Akademi. 
Cher juga pernah dikatakan yang dia sangat benci kepada Madonna. Namun, perkara ini dinafikan oleh Cher kerana beliau berkata yang beliau tidak benci Madonna tetapi hanya anggap Madonna Just A Bitch. Opps. 

09. BEYONCE
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 36 tahun
TARIKH LAHIR : 4 September 1981
TAHUN AKTIF : 1997 - kini
CATATAN :
Beyonce' adalah penyanyi Afrika-Amerika paling berjaya di zaman ini. Beliau memegang rekod Artis Pertama Yang Mempunyai Enam Album Debut No.1 di minggu pertama jualan secara berturut-turut. Beliau juga dikenali sebagai penyanyi yang hebat menari dan menyanyi secara langsung di atas pentas. 


10. LADY GAGA

ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 31 tahun
TARIKH LAHIR : 28 Mac 1986
TAHUN AKTIF : 2001- kini
CATATAN :
Lady Gaga adalah gabungan penyanyi Madonna + Britney Spears + Micheal Jackson + David Bowie + Grace Jones. Pada awal kemunculan beliau, ramai yang membandingkan Lady Gaga dengan artis-artis yang disebut sebelum ini. Namun, Lady Gaga berkata kesemua artis itu adalah artis kegemaran beliau dan menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi di dalam kerjaya beliau. Hasilnya sudah pasti mengagumkan. Lady Gaga berjaya mencipta satu imej personaliti yang hebat sehingga terbitnya satu jenama baru dalam bidang seni hiburan dengan menggunakan namanya sendiri. 
Imej pelik dan fesyen aneh Lady Gaga telah berjaya meletakkan Lady Gaga ke satu tahap populariti yang sangat berbeza dan menjadi ikon muzik dan fesyen dunia dalam masa yang singkat. 
Kini, jika ada artis yang memakai imej aneh dan pelik, perkara pertama yang keluar di minda pastinya kita akan katakan yang artis itu mahu ikut gaya Lady Gaga. 
Lady Gaga juga cukup dikenali dengan persembahan hebat di atas pentas dengan pelbagai gimik aneh tetapi hebat. 
Walaupun Lady Gaga dibenci oleh Madonna tetapi beliau diterima baik oleh protege Madonna iaitu Britney Spears. 

11. RIHANNA

ASAL : Barbados
UMUR : 29 tahun
TARIKH LAHIR : 20 Februari 1988
TAHUN AKTIF : 2003 - kini
CATATAN :
Rihanna adalah Artis Barbados paling popular di dunia. Berbeza dengan Beyonce, lagu nyanyian Rihanna lebih banyak popular dan menjadi juara Carta Hot 100 Billboard USA. 
Beliau juga bukan penyanyi Negro yang klise dan strereotaip  kerana  beliau turut menyanyikan lagu pelbagai irama seperti Pop Ballad, Dance Music, Raggae dan juga EDM di dalam album beliau. 
Selain itu, beliau juga turut dikenali sebagai Ikon Fesyen kerana imej rambut dan pemakaian beliau kerap menjadi trending di kalangan peminat fesyen dunia. 
Rihanna juga mempunyai banyak video muzik yang hebat dan menarik sama seperti Madonna, Britney dan Janet Jackson. 


12. JENNIFER LOPEZ
 ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 48 tahun
TARIKH LAHIR : 24 Julai 1969
TAHUN AKTIF : 1986 - kini
CATATAN :
Jennifer Lopez adalah Ikon Muzik Latin paling popular di dunia. Kalau ada saingan pun, hanya Shakira sahaja dapat melawan JLO. Kehadiran JLO di dalam rancangan American Idol sebenarnya berjaya memanjangkan hayat populariti JLO utk era 2010 an ini. JLO juga dikenali antara penyanyi yang hebat menari di pentas. Selain itu, JLO juga dikenali kerana pergaduhan tidak jelas beliau dengan Mariah Carey. Malah, sehingga kini kedua-duanya tidak pernah bersemuka bersama untuk meleraikan kekususutan yang melanda mereka. 


13. DIANA ROSS

ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 73 tahun
TARIKH LAHIR : 26 Mac 1944
TAHUN AKTIF : 1959 - kini
CATATAN :
Diana Ross pernah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Paling Berjaya di Dunia di era 80 an dan awal 90 an dulu kerana kejayaan nyanyian beliau yang cemerlang di Amerika dan Eropah. Nama Diana Ross juga merupakan salah satu nama paling diingati oleh peminat seni generasi era 60 an sehinggalah kini di seluruh dunia. Diana juga merupakan antara rakan artis paling rapat dengan Micheal Jackson. 


14. SPICE GIRLS
ASAL : England
TAHUN AKTIF : 1994 - kini
CATATAN :
Kumpulan Spice Girls adalah kumpulan wanita paling berjaya di dunia dengan jualan keseluruhan rekod lebih 85 juta salinan rekod terjual sehingga kini. Populariti dan fenomena mereka di era 90 an menjadikan mereka Artis British Paling Berjaya selepas The Beatles. 
Segala-gala mengenai kumpulan Spice Girls adalah unik kerana setiap ahli kumpulannya mempunyai identiti vokal dan imej tersendiri. 
Lebih menarik lagi apabila kesemua ahli kumpulan ini sangat popular dan menjadi ikon dan perintis kepada kemunculan kumpulan wanita yang seterusnya seperti All Saint, The Pussycats Dolls dan Fifth Harmony. 
Kumpulan Spice Girls juga lebih diminati dan digemari oleh penduduk seluruh dunia berbanding kumpulan Destiny's Child. Ini adalah kerana kumpulan Spice Girls mengutamakan kelebihan dan keunikan setiap ahli kumpulannya dan ianya adalah sama rata. 
Berbeza dengan Destiny's Child di mana imej dan lagu mereka semuanya dibayangi dengan populariti Beyonce  sehingga ada yang menggelarkan kumpulan ini sebagai kumpulan Beyonce & Friends.

15. TAYLOR SWIFT
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 28 tahun
TARIKH LAHIR : 13 Disember 1989
TAHUN AKTIF : 2004 - kini
CATATAN :
Taylor Swift adalah antara peminat Britney Spears di sewaktu beliau masih remaja. Di awal kemunculan beliau, beliau adalah seorang artis muzik Country yang mempunyai rekod bersih dan tiada kontroversi. Namun, segalanya berubah apabila beliau tiba-tiba menjadi seolah-olah Play Girl apabila kerap menukar teman lelaki dan menulis lagu mengenai hubungan mereka. 
Selain itu, beliau juga masih bergaduh dengan Katy Perry kerana isu penari konsert beliau sebelum ini. Boleh dikatakan kebanyakan lagu beliau adalah mengenai orang yang beliau suka dan tidak suka. Taylor juga memegang rekod satu-satunya artis yang tiga albumnya terjual lebih satu juta unit di minggu pertama. 
Video muzik beliau juga banyak yang mirip kepada video muzik Britney sebelum ini. Ini dapat dilihat apabila ada adegan dan imej yang sama seperti Britney di dalam video muzik lagu Blank Space, Bad Blood dan Look What You Made Do.


16. MILEY CYRUS
ASAL : Amerika Syarikat 
UMUR : 24 tahun
TARIKH LAHIR : 23 November 1992
TAHUN AKTIF : 2001 - kini
CATATAN :
Miley Cyrus adalah bintang remaja paling berjaya di dunia selepas Britney Spears. Disebabkan itu Miley kerap dibandingkan Britney Spears. Malah, Madonna sendiri menyukai kehadiran Miley Cyrus. 
Miley Cyrus juga menggunakan konsep sama seperti Britney di dalam kerjayanya iaitu  Good Girl Turn Into Bitch Girl. Ianya bermula apabila Miley mula berani membuat persembahan dengan menari dengan tiang sama seperti dilakukan oleh Britney di dalam video muzik Gimme More. Selepas itu, Miley Cyrus tukar terus imej daripada imej innocent Hannah Montana kepada It's Miley Bitch. Video muzik We Can't Stop dan Wreckel Ball telah berjaya menjadikan nama Miley lebih popular dan menjadi fenomena seluruh dunia.
Selepas itu, Miley cuba pula muzik Hip Hop ting tong apabila lagu beliau menjadi lebih pelik dan aneh lagi berbanding sebelum itu. Seperti dijangka, album itu tidak laris. Kini, Miley tukar imej lagu dengan membawakan konsep muzik Pop Rock era lama dan Country Pop untuk album barunya. Setakat ini, hasilnya sangat memberangsangkan. 

17. KATY PERRY
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 33 tahun
TARIKH LAHIR : 25 Oktober 1984
TAHUN AKTIF : 2001 - kini
CATATAN :
Katy Perry cukup dikenali dengan video muzik yang sangat kreatif, colourful dan versatile. Rasanya, sehingga kini, hanya Katy Perry sahaja yang mempunyai kesemua video muzik yang cantik dan berwarna warni. Dua video muzik beliau mendapat tontontan lebih 2 Billion views di You Tube setiap satu.
Beliau memegang artis wanita pertama yang mempunyai single No.1 berturut-turut di dalam Carta Hot 100 Billboard pada tahun 2010 dan 2011. Selain itu, beliau juga dikenali dengan imej fesyen yang unik dan tersendiri.
Video muzik Swish Swish juga dikatakan sebagai jawapan balas kepada video muzik Taylor Swift Bad Blood di mana ia berkaitan dengan pergaduhan mereka di dalam bidang muzik.


18. SHAKIRA
ASAL : Colombia
UMUR : 40 tahun
TARIKH LAHIR : 2 Februari 1977
TAHUN AKTIF : 1990 - kini
CATATAN :
Shakira cukup popular di kalangan peminat muzik Latin. Beliau juga dikenali sebagai gelaran Ratu Lagu Bola Sepak. Beliau juga mempunyai kelebihan menari Belly Dance dengan sangat hebat. Ada satu lagu beliau yang cukup unik di mana lagu itu mengabungkan irama Arab dengan irama Latin dan ada penggunaan bahasa Arab di dalam lagu itu. Judul lagu itu ialah Ojos Asi yang bermaksud Eyes Likes Yours. 

19. ADELE
ASAL : England
UMUR : 29 tahun
TARIKH LAHIR : 5 Mei 1988
TAHUN AKTIF : 2006 - kini
CATATAN :
Adele adalah penyanyi wanita British paling berjaya di dunia. Banyak rekod kejayaan yang telah berjaya beliau menangi seperti Jualan Paling Laris Untuk Album Studio Untuk Minggu Pertama dan dua album beliau berjaya mencatat jualan melebihi 20 juta unit. Suata angka yang sangat luar biasa untuk jualan muzik era digital ini. Selain itu, beliau juga di antara artis yang kerap menggunakan bahasa kurang sopan di atas pentas sehingga pernah diberi amaran oleh penerbit TV dan konsert untuk tidak mengulanginya di atas pentas. 



20. NICKI MINAJ

ASAL : Trinidad & Tobago 
UMUR : 35 tahun
TARIKH LAHIR : 8 Disember 1982
TAHUN AKTIF : 2004
CATATAN :
Pernah tengok video muzik Anaconda? Video itu pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2014. Walaupun Cardi B berjaya dapat single No.1 dengan lagu Bodak Yellow dan Remy Ma pula memenangi Artis Hip Hop Wanita Terbaik tahun ini. Ini semua tidak dapat menafikan yang Nicki Minaj adalah Rapper Wanita Paling Popular di Seluruh Dunia. Hampir semua artis popular wanita zaman kini Nicki pernah berduet kecuali hanya seorang iaitu Taylor Swift. Ini disebabkan Nicki adalah geng Kanye West dan Katy Perry di mana kedua-dua artis ini adalah musuh Taylor Swift. Semua video muzik Nicki juga sangatmenarik dan colourful. Beliau juga dikenali sebagai Lady Gaga versi Negro. 
Walaupun Lil Kim, Queen Latifah dan Remy Ma tidak mengiktiraf kejayaan Nicki Minaj, ianya tetap tidak boleh menafikan yang Nicki Minaj adalah Best Selling Female Rapper All Time. Suatu kejayaan yang jarang dikecapi oleh rapper wanita yang lain kecuali Missy Elliot dan Nicki sendiri.


Jika ingin tahu siapakah Ikon Pop Lelaki Paling Top Di Dunia pula, anda boleh klik link ini >>IKON POP LELAKI PALING TOP DI DUNIA

Sumber rujukan : Google Image etc.

9 comments:

  1. Replies
    1. ular tu jinak kak. tapi kalu GV pun seram nak pegang. huhu.

      Delete
  2. Semua ada aura dan kehebatan yang tersendiri....ada pengikut dan laluan yang dirintis...biar ada segelintirnya dibaluti pelbagai spekulasi namun populariti mereka tidak terancam...kerana bakat yang mereka miliki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Bakat yang dimiliki itu mmg sangat unik dan mereka juga bertuah berada di landasan yang betul untuk popular di dalam kerjaya mereka. yezzaa kak. :D

      Delete
  3. Semua fav artist mama kecuali Marilyn Monroe sebab X penah tgk lakonan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilyn Monroe sangat legend Mama. Hampir semua artis pernah cuba try gaya dia. Hihi. Lakonan dia okey. Dia pun pernah Golden Globe Award. Just Oscar je tak pernah menang. huhu.

      Delete
  4. pernah tengok mereka ni... tapi yang penting walaupun umur dah tua awet sangat.. ada sebaya dengan my mum.. muda pada nenek pun ada.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak cik Ash. Hihi. Ada di antara mereka tetap maintain cantik dan muda lagi. Sebaya mum dan nenek. Mmg lama sangat tu. hihi. :)

      Delete
  5. ~BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR~

    Banyak permainan yang bisa Anda mainkan hanya di BOLAVITA. Baik dari casino, sportsbook, togel, slotgames, poker, sabung ayam, tangkas dan masih banyak lainnya.

    Bonus-bonus yang menarik sayang untuk Anda lewatkan:
    - Bonus New Member 10%
    - Bonus Setiap Hari 5%
    - Bonus Referral up to 10%
    - Bonus Rollingan

    Dengan minimal deposit Rp 50.000,- dan minimal withdraw Rp 50.000,- saja Anda sudah dapat memainkan semua permainan yang disediakan.

    DAFTAR GRATIS !!

    Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita

    LIVECHAT 24 JAM !!

    #bolavita #pokeronline #bonusnewmember #agenjuditerpercaya #bandarjuditerpercaya #togelonlineterbaik #bandartogelterbaik #agenjuditerbaik #bandarjuditerbesar #agenbolaterpercaya #casinoonline #sabungayam #slotgames #tangkas #bola #sportsbook

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.