Ads Top

PINTU ANGKASA KE ALAM SEMESTA LAIN

Pernah tengok cerita Star Wars, Doraemon, Thor, The Avengers, Star Trek, Star Gate, Dr Who, atau filem terbaru yg box office Guardian Of The Galaxy ? Kesemuanya cerita ini ada menerangkan mengenai jalan pintu angkasa untuk ke alam galaksi yang lain dengan menggunakan peralatan teknologi yang sangat canggih. Persoalannya wujudkah jalan pintu angkasa itu di dalam alam realiti ini ? 
Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hal ini, tokoh sains terkemuka Albert Eistein bersama Nathan Rosen pernah mengemukakan satu teori bahawa ada lubang cacing angkasa yang dapat menghubungkan dua kawasan yang dipisahkan oleh ruang waktu dan angkasa. Dalam erti kata lain, Albert mengatakan bahawa ada jalur jambatan yang melalui ruang waktu di alam semesta. Menerusi lubang cacing angkasa ini, manusia dapat menghantar pesanan dengan menggunakan denyut cahaya ke lokasi jauh di alam semesta. Contoh lokasi yang mungkin manusia boleh pergi ialah Bulan, Bintang, Planet, Galaksi dan Sistem lain. Teori Eistein-Rosen ini pertama kali diterbitkan di dalam majalah pada tahun 1935.
Nama lubang cacing ini dipilih kerana sifat cacing yang melubangi buah epal dan membuat ruang di dalam buah ini. Lubang cacing dalam konteks sains ini bermaksud terowong yang menghubungkan dua lokasi dalam senario ruang-waktu alam semesta. Ada teori mengatakan lubang cacing angkasa ada di pusat lohong hitam. Namun ianya masih lagi diperingkat kajian awal. 
Manusia ketika ini masih lagi mencari lokasi sebenar lubang cacing atau terowong kosmos ini kerana ia merupakan jalan pintas ke alam semesta yang lain. Mungkin ia memakan berpuluh-puluh tahun atau beratus tahun untuk mencapai kejayaan melalui teknologi hebat ini. Jika manusia berjaya menguasai teknologi lubang cacing ini, ianya pasti akan memberi manfaat yang besar kepada manusia terutamanya di dalam perkembangan teknologi kehidupan manusia dan juga dapat menggalakkan pelancongan di antara alam semesta yang lain. 
Walaupun begitu, masih ada kerisauan jika lubang cacing ini berjaya dijumpai, ini bermakna mahkluk asing daripada alam semesta lain juga boleh datang ke planet kita dengan sesuka hati mereka. Seperti di dalam filem The Avengers di mana pintu ruang angkasa telah terbuka sehingga menyebabkan makhluk asing datang menyerang Bumi tanpa belas kasihan. Nasib baik ada kumpulan Avengers dapat berlawan dengan mereka untuk menyelamatkan Bumi. Masalahnya di alam realiti kita tiada Captain Amerika, Superman, Wonder Woman, Iron Man, Spiderman, X-Men dan superhero yang lain itu untuk menyelamatkan kita. Jadi wajarkah lubang cacing ini dicari ? Wallahualam. Jika mahu menghayati konsep lubang cacing angkasa ini macam mana, anda boleh tonton filem berjudul Interstellar tahun 2014. Filem ini mengisahkan 13 astranout pergi menjelajah galaksi lain untuk mencari planet baru untuk manusia diami melalui lubang cacing angkasa. Ramai memuji jalan cerita filem ini sangat genius dan hebat. Memang menarik filem ini.
Wormhole

Sumber : Dewan Kosmik Bil 7, 2017 & Google Imej. 

10 comments:

  1. cari sahaja jalan ke Syurga bro..

    hidup lebih tenang dan damai..

    namun kalau semua orang berfikir mudah ...maka dunia tiada inovasi

    sekarang terpulang kepada cara kita berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Ya betul tu Mr Hanafi. GV setuju. Jika lubang cacing itu ditemui, kena pastikan pertahanan planet Bumi dalam keadaan stabil tahap tertinggi sebab kita tidak tahu makhlukm apa yang akan datang nanti. :)

      Delete
  2. Dengan kuasa Allah semuanya boleh terjadi

    ReplyDelete
  3. x perlu cari semua tu kerja Allah yang ptg kita laksanakan tugas kita yg Allah suruh... erm... nice sharing, akak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Aamin kak. Hihi. Misteri alam semesta yang penuh keajaiban kan kak. Indahnya ciptaan Tuhan. :)

      Delete
  4. kalau barat berjaya cipta Captain Amerika, Superman, Wonder Woman, Iron Man, Spiderman, X-Men, dan mungkin jugak spiderman or fantastic four, sy nak sgt jumpa awek the amazing spiderman yg mati tu (emma stone), dgn kakak budak yg berapi dlm fantstic four tu (jessica alba)..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Mr Cahaya peminat Emma Stone dan Jessica Alba rupanya. Hihi. Emma Stone baru lepas menang Aktres Terbaik Oscar 2017. Jessica Alba mmg best berlakon dalam Fantastic Four tu. budak berapi fantastic four dah jadi captain amerika dah. hihi.

      Delete
    2. Artis2 barat, minat gitu2 je..kecuali sorang, yg paling sy suka Avril lavigne, tp dia xberlakon.... Filem superhero ada yg sy minat, ada yg tak..captain america tu mcm kategori thor, sy kurengg..tapi deadpool, spiderman, fantastic 4 n beberapa yg lain lg sy suka pulakk..ntah sy pun xfaham dgn diri sendiri

      Delete
    3. Avril Lavigne? Lagu2x Avril best best. GV suka lagu lama dia Complicated, Skater Boi, I'm with you,keep holding on, nobody's home dan when you're gone. hihi. xpe Mr Cahaya. GV pun tak suka semua superhero macam The Avengers ada iron man Gv suka tgk tapi kalu filem Iron Man sendiri GV tak suka tgk. Citarasa kut Mr Cahaya. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.