CARA UNTUK SEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG
Pernah terkena penyakit batu karang ? Penyakit batu karang ini sebenarnya adalah lebihan garam yang pekat yang bertukar menjadi seperti batu atau pasir halus yang boleh menyekat pengaliran air kencing kita. Ianya selalu akan mengakibatkan sakit di sekeliling pinggang dan rasa tidak selesa kepada badan kita. Punca berlakunya batu karang adalah pelbagai kerana ia bergantung kepada sejarah dan gaya kehidupan seseorang itu. Antara punca yang lazim berlakunya penyakit batu karang ialah kurang minum air, faktor keturunan, umur yang semakin meningkat, kencing manis, darah tinggi, kesan sampingan ubat, pemakanan yang banyak protein purin dan asid urik serta kurang bersenam.
Ada empat jenis penyakit batu karang yang diketahui umum iaitu batu kalsium (jenis paling biasa, melibatkan kalsium dan oksalat), batu struvite (selalunya berlaku kepada wanita, berpunca daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu), batu asid urik (terbentuk daripada asid urik iaitu hasil sampingan metabolisme protein) dan batu sistein (diwarisi genetik, buah pinggang terlebih menghasilkan asid amino tertentu).
Di permulaan penyakit batu karang mula hendak berlaku, selalunya akan rasa loya dan rasa hendak muntah. Selepas itu, rasa sakit yang amat tidak terkata akan berlaku secara bergilir-gilir di sebelah kiri dan kanan buah pinggang kerana batu itu bergerak-gerak di kawasan berkenaan. Paling sakit sekali ialah apabila batu itu tersekat di saluran kencing kita sehingga membuatkan kita rasa senak dan macam ada benda tersumbat di bahagian itu. Sewaktu hendak kencing, memang rasa agak seksa terutamanya bila batu itu hendak keluar melalui air kencing. Jika semua ini berlaku, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan ambil ubat untuk sembuh semula. Lazimnya doktor akan beri ubat pecah batu serta beberapa ubat lagi untuk sembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk penyakit batu karang tidak kritikal. Jika ia kritikal, mungkin pembedahan ultrasound pecah batu atau pembedahan keluarkan batu itu daripada badan akan dilakukan.
Berdasarkan pengalaman GV, ada beberapa cara yang boleh sembuhkan penyakit batu karang yang bukan kritikal disamping kita turut memakan ubat pecah batu itu. Antaranya seperti berikut :
Itulah serba sedikit info sihat mengenai penyakit batu karang. Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin.
- Minum air masak secukup-cukupnya yang diperlukan oleh badan. Andaikata baru lepas kena penyakit batu karang, pastikan minum air 3 liter sehari sehingga betul-betul sembuh. Dengan adanya banyak air ini, ia secara tidak langsung ia akan memudahkan proses pengeluaran batu itu keluar melalui air kencing kita.
- Minum jus lobak putih dan nenas. Dikatakan kedua-dua jenis buahan ini dapat melembutkan dan melarutkan batu karang dalam badan.
- Elakkan makanan yang kaya dengan oksalat seperti tomato, lobak merah, bayam etc.
- Banyakkan makan sayur -sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat.
- Elakkan minum air bikarbonat
- Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan seharian
- Paling penting sekali banyakkan berdoa kepada Allah SWT dengan mohon disembuhkan penyakit ini dengan segera dan redha dengan ketentuan Illahi. InsyaAllah. Jika dengan izinNya kita akan disembuhkan daripada penyakit ini.
Sumber : batukaranginfo, Medicinet & Imej Google.
GV, terima kasih utk entri ni..sedikit sebanyak boleh sy sampaikan pd mak ayah sy utk bantu mrk pikirkan cara penyelesaian batu karang yg ada pd bladder sy, 2 cm..mak sy cite waktu sy koma pun mmg ada diberi ubat ( antibiotik kot? ), ditambah sy mana pernah bersenam selama nak dekat 6 tahun ni..paling latest ada darah dlm air kencing lepastu parents terus bwk sy buat ultrasound..sy dah pernah try lobak putih, masa minum mmg jgn nafas ikut hidung!, dlm satu hari tu kalau sendawa pun jgn nafas ikut hidung!, sy dah try buah belimbing buluh..tapi masih sakittt..mybe jgak sbb sy ni ada kaitan jgak dgn saraf..so GV doakan sy..hish panjangnya komen ni
ReplyDeleteSama2x Mr Cahaya. Sebenarnya info di atas adalah berdasarkan pengalaman GV sendiri yang pernah kena sakit batu karang. Air lobak putih baunya memamng perghhh... tiap kali GV nak minum air juz lobak putih, mmg GV akan tahan nafas dan terus telan minum. Skang GV kena pastikan badan sentiasa cukup air sebab kalu badan tak cukup air, rasa sakit kiri atau kanan pinggang akan terasa. GV doakan Mr Cahaya semoga cepat sembuh ya. Sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Aamin.
DeleteOh yeke berdasarkan pengalaman sndri..sy pun tahan nafas waktu minum air lobak putih tu, dan waktu minum ada rasa pedas kat tekak, yg penting jgn nafas ikut hidung kan...hahah.. Ok time kasih GV
DeleteSama2x Mr Cahaya. hihi. banyak khasiat lobak putih tu. huhu. :D
DeleteBagusnya Ada tips mcm ni. Tq for sharing
ReplyDeleteSama2x mama. hihi. :D
Deletemenakutkan betul sakit batu karang ni. masa saya sekolah rendah ada sorang kawan kena. banyak kali juga dia cuti sebab nak pergi hospital.
ReplyDeleteaah. mmg sakit sangat terutama di bahagian pinggang kiri dan kanan. kena selalu pastikan minum cukup air. hope kawan Mr Nurhaziq tu dah sembuh. InsyaAllah. Aamin.
Deletetq sebab bagi info pasal benda ni. kalau tak baca selagi tu la tak tahu pasal ni
ReplyDeleteSama2x. Penyakit ini datang mengejut. Jika ada tanda2x awal, better rujuk doktor serta merta. Terima kasih sudi singgah. :)
DeleteMacam mana nak bantu pesakit batu karang ni tidur ya? Saya selalu susah tidur dan selalu dikejutkan disebabkan batu karang ni
ReplyDelete