Ads Top

GIMIK MELETOP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 YANG EPIK


Perasmian Sukan SEA KL 2017 tahun ini boleh dikatakan adalah paling terbaik sepanjang penganjuran sukan SEA pernah diadakan selama ini. Banyak gimik  hebat yang dilakukan demi memastikan perasmian kali ini menjadi sangat menarik dan meriah.  Antara yang menarik ialah kesan khas grafik yang sangat menakjubkan, tarian tradisional yang mantap dan jalan cerita mengenai sejarah perjalanan budaya Malaysia juga dipersembahkan dengan begitu unik sekali. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti berbangga dengan hasil terbaik persembahan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran sukan berprestij ini. Mari kita lihat antara momen-momen yang sangat indah dan menarik ketika majlis ini berlangsung.

Penataan cahaya lampu yang hebat, kesan khas grafik yang mantap dan susun atur pentas yang menarik.

Pergerakan lampu LED gergasi di kerusi penonton memang woww. 

Suasana seolah seperti  di galaksi dan bintang-bintang sedang berkedipan. 
Cahaya di tangan Orang Asli dilepaskan terbang ke udara. 

Topeng muka orang Etnik tempatan. 

Kelihatan seperti orang-orang zaman lalu mendaki gunung. 

Mengingatkan kita kepada zaman awal Malaysia

Antara momen paling gempak malam itu ialah  apabila sekumpulan lelaki menunggang kuda sambil air laut  buatan muncul mengiringinya. Terbaik.

Kapal laut bergerak di atas lautan buatan. Mantap. 

Semua penari pelbagai etnik menari bersama-sama dengan koreografi yang sangat cantik dan mantap. 

Tarian Naga warna warni. Meriah.

Muzik masa ini membuatkan seolah - olah  Naga itu sedang berterbangan di awan langit buatan. Marvellous. 

Tiga bentuk seni pertahanan diri daripada Melayu, Cina dan India dipersembahkan secara bergilir dan bergabung bersama dengan menggunakan Batang Bercahaya.

Tarian tradisional pelbagai etnik di Malaysia. 

Sungguh cantik bentuk grafik ini.

Pandelela Rinong - Ikon & Legenda Sukan Malaysia. 

Nur Dhabitah Sabri - Penyala Obor Sukan SEA KL 2017

Superb. Dhabitah terbang ke udara untuk nyalakan obor gergasi Sukan SEA.

Letupan bunga api memeriahkan lagi suasana.

Maskot  Sukan SEA KL 2017 - RIMAU

Tiga Juara Dunia daripada Malaysia
Dari kiri Al-Juffri (Silat), Cheong Jun Hoong (Renang) & Azizulhasni Awang (Basikal)

Kontinjen Malaysia masuk berarak ke dalam stadium.

Azlan The Typewriter & Monoloque bergabung menyanyikan lagu berjudul Tunjuk Belang.

Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu Bangkit Bersama dengan vokal mantap dan superb.

Datuk M.Nasir segak berpakaian baju tradisional Melayu lama. 

Mia Palencia menyanyikan lagu Rising Together dengan vokal yang cukup merdu dan hebat. 

Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil

Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil

Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil

RISING TOGETHER MALAYSIA !!!!

Jom Tonton Video Ulangan Penuh Upacara Ini Di Bawah

Video Penuh 
Upacara Pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017





Sumber : Google  & Kuala Lumpur 2017 Youtube Channel. 

32 comments:

  1. Keseluruhannya kak PC sangat suka..kami suami isteri khusyuk tengok..kagum dengan bakat yang Tuhan kurniakan..ilham yang dimanfaatkan sebaik-baiknya...diterjemahkan dengan pelbagai kreativiti..alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Perdu. Syukur alhamdullilah. Segalanya berjalan lancar. GV pun kagum dengan bakat & ilham dalam menghasilkan persembahan ini. Terbaik semua. :D

      Delete
  2. Sudah pasti, persembahan upacara pembukaan sukan pada kali ni memang superb! Saya tak begitu menonton sangat sebab berada di majlis tahlil arwah... tapi sekilas pandang, memang nampak benar-benar menarik.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak nisa. Takpe, nanti kak nisa boleh tgk siaran ulangan video di atas. Memang sangat menarik dan superb kak. hihi. :D

      Delete
  3. Adik sy x habis2 kempen ajak tgk sukan sea, katanya tgk bola sepak bawah 22 tahun hebat, ada potensi nk jd lg hebat pada masa akan dtg dari squad sekarang ni..sy tgk gambar dlm entri GV ni pulak pun meriah jgak, sgt sgt meriah n gempak...ok sy rasa mmg patut sy mula layan sukan sea thn ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV setuju ngan pendapat adik Mr Cahaya. Aah bola sepak bawah 22 tahun ni hebat. Bukan tu saja, bola jaring, ragbi, gimnastik, renang, ekuestrian, olahraha dan banyak lagi mmg sangat cemerlang kali ni. Jom layan sukan sea Mr Cahaya. hihi.

      Delete
  4. Memang happening sgt tgk upacara pembukaan sukan sea ni. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV sampai ulang banyak kali tgk perasmian ni kak. hihi. Memang terbaik. hihi.

      Delete
  5. Iye lah effect air Tu mmg nampak real sgt. Mama x tengok masa ni. Mama tgk gambar je lah kt blog gv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama sudi tgk gambar kat blog GV. hihi. effect tu mmg nampak real mama. Gv tgk masa tu terus kata wowww. hihi.

      Delete
  6. Memang terbaik opening sukan sea KL. Singgah dari sy http://www.lokmanamirul.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-produk-terbaik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr Lokman. hihi. Terima kasih sudi singgah sini. hihi. :D

      Delete
  7. Saya dapat tengok separuh sahaja. Pembukaan yang menarik dan canggih.. Semoga team Malaysia berjaya membawa kilauan emas yang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgk siaran ulangan di link you tube di atas kak hidayah. terima kasih sudi singgah sini kak. :D

      Delete
  8. Replies
    1. xpe kak pha is. kita tgk je siaran ulangan kt link u tube di atas. hihi.

      Delete
  9. Replies
    1. Takpe Mr Hanafi. Nanti boleh tgk siaran ulangannya. hihi. :D

      Delete
  10. tgk kjp saja sampai part dayang nyanyi... uh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak sheila.. nanti boleh tgk siaran ulangannya. hihi. :D

      Delete
  11. Memang cantik kan,.,even just tengok dalam tv.. kalau kat live mesti lagi memukau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi juga tak sempat nak tengok..

      Delete
    2. setuju kak noor maizan. cantik sangat grafik malam tu. terbaik kan kak. :D

      Delete
    3. takpe mr hanafi. boleh tonton siaran ulangan kat link atas. hihi. :D

      Delete
  12. Memang hebat dan mantap semua persembahan yang diketengahkan. Sangat berwarna-warni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak naimah. persembahan mantap dan berwarna warni. Tahniah Malaysia. :D

      Delete
  13. terbaiklah sukan sea tahun nie. mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah kak Myhara. Aah kak. Best kan sukan sea tahun nie. mmg mantap. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.