Wednesday, July 26, 2017

NUR FAZURA BINTANGI FILEM BOX OFFICE INDONESIA AYAT AYAT CINTA 2

Aktres terkenal Malaysia, Nur Fazura  telah dipilih membintangi filem sekuel  Ayat Ayat Cinta yang pernah mencetuskan fenomena hebat di negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada tahun 2008. Ini merupakan filem keempat Fazura di Indonesia. Sebelum ini, Fazura telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila lakonan beliau dengan ramai aktor hebat Indonesia di dalam filem Warkop DKI Reborn telah berjaya mendapat kutipan luar biasa dan menjadi filem paling laris di Indonesia sepanjang masa. Disebabkan kejayaan itu juga, Fazura boleh dikatakan satu - satunya aktres Malaysia paling popular dan berjaya di Indonesia ketika ini serta sentiasa mendapat perhatian media di sana. Maka tidak menghairankanlah jika Fazura ditawarkan untuk berlakon di dalam filem blockbuster ini. Boleh dikatakan Fazura juga adalah Aktres No.1 Nusantara ketika ini kerana cukup dikenali dan popular bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan juga Filipina. Hebat kan Fazura.
Filem Ayat - Ayat Cinta 2 ini bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Indonesia iaitu Guntur Soeharjanto dan turut dibintangi dengan pelakon asal filem ini iaitu Fedi Nurul bersama  dengan penambilan baru daripada Dewi Sandra dan Chelsea Islan. Untuk pengetahuan semua, lagu Ayat - Ayat Cinta nyanyian Dato' Rossa adalah lagu paling popular di Malaysia pada tahun 2008. Pasti ramai peminat filem tidak sabar menonton filem Ayat Ayat Cinta 2 ini. 


Sumber : BeritaHarian

6 comments:

  1. Ayat ayat cinta bercerita ketika ku bersujud ~~ tahun 2008 lagu tu fames, sedar xsedar nk dekat 10 tahun...cptnya masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, cepat sangat berlalu. Dulu lagu ini hari2x keluar kat radio. huhu. memori sangat. :)

      Delete
  2. carissa puteri (maria) lakon jadi kristian masuk islam, tapi rianti (aisha) lakon muslimah berpurdah niqab akhirnya nyata telah murtad...semoga diberi petunjuk.

    ReplyDelete
  3. pelakon berbakat besar...

    jarang dia dah berlakon drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu. Fazura mmg sangat selektif dalam pemilihan produk lakonan beliau. Terbaik. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget