GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Ahad, 23 Julai 2017

KAK LINA POM POM ADALAH RATU DRAMA RAYA 2017

Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein memang diakui di antara artis paling popular ketika ini. Jika tahun lepas, Fattah Amin adalah Raja  Drama Hari Raya 2016, berbeza pula  tahun ini apabila Kak Lina Pom Pom pula memegang takhta sebagai Ratu Drama Hari Raya 2017. Banyak drama beliau telah ditayangkan di televisyen bersempena dengan hari perayaaan tahun ini. Antara drama beliau yang popular  ialah  Gitu-Gitu Raya 2017, Riuh Raya Kak Mah , Raya Diva dan Asam Pedas Peewit. Kesemua drama ini sangat popular dan ramai penonton  menyukainya. 
Jika dilihat kembali, populariti Kak Lina Pom Pom mula mencanak kembali apabila beliau menyertai pertandingan Gegar Vaganza 2016. Impak besar daripada pertandingan ini sebenarnya telah memberikan Kak Lina satu dimensi baru di dalam kerjaya beliau. Melalui pertandingan ini, Kak Lina berjaya mengumpul peminat baru di kalangan generasi Millenium di samping peminat lamanya yang tetap setia menyokong beliau sejak kemunculan pertama beliau di persada seni pada tahun 1997. Kak Lina Pom Pom yang berasal daripada Perak ini juga beruntung kerana mempunyai peminat setia tahap mega seperti yang dimiliki oleh Diva Pop Ziana Zain, Dato' Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Erra Fazira, Amelina, Nur Fazura, Stacy, Fattah Amin, Neelofa, Janna Nick, Dato' Awie, Amy Search, Ramlah Ram, Mawi dan ramai lagi. Ini secara tidak langsung akan dapat mengekalkan populariti Kak Lina Pom Pom di dalam industri hiburan untuk jangka masa yang sangat lama kerana mempunyai fan based yang sangat kuat untuk menyokong beliau di dalam industri ini. Itulah fenomena Kak Lina Pom Pom. 
Elly Mazlein @ Kak Lina Pom Pom
Gambar daripada Instagram EllyMazlein



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI