Ads Top

NORANIZA IDRIS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Ratu Pop Etnik/Irama Malaysia/Tradisional. Itulah gelaran yang diberikan kepada penyanyi yang bernama Noraniza Idris. Satu-satunya legenda muzik tanahair yang sentiasa mengkaji, dan mendalami ilmu-ilmu muzik berkaitan Irama Etnik Melayu dan seterusnya mengabadikan hasil kajian beliau di dalam setiap album yang beliau hasilkan kepada peminat. Jika ada yang ingin mengenali Irama Malaysia/Irama Melayu atau muzik Pop Etnik Kontemporari Malaysia dengan lebih mendalam, album-album Noraniza Idris adalah jawapannya. Bermula dengan album Ala Dondang sehinggalah album seterusnya, kesemua album beliau menampilkan kualiti produksi lagu yang sangat berkualiti dan boleh dijadikan rujukan akademik bagi ingin mengenali Irama Melayu ini dengan lebih mendalam. Di bawah ada info ringkas mengenai Ikon Muzik Malaysia, Noraniza Idris. 

Noraniza Idris

BIODATA RINGKAS NORANIZA IDRIS 

Nama : Nor Aniza Binti Haji Idris
Tarikh Lahir : 27 Ogos 1968
Tempat Lahir : Kluang, Johor
Umur : 52 tahun
Tahun Aktif : 1985 - kini
Album Studio : 13
1986 - Kaparinyo
1987 - Nostalgia Malindo
1987 - Mengemis Rindu
1988 - Inginku Sandarkan Harapan
1990 - Masihkah Dirimu Menyayangiku
1992 - Noraniza Idris
1997 - Noraniza Idris
1998 - Masyhur
1999 - Bekaba'
2000 - Iktiraf
2002 - Aura
2004 - Sawo Matang
2010 - Cintaku Satu
Lain-Lain Album :
1985 - Melayu Deli
1991-1992 - Lagu-Lagu Dari Filem Dan Kenangan Lama 
1991 - Seindah Budi
1999 - Seri Balas
2004 - The Best of Ratu Pop Tradisional
2006 - Lenggok 20 Tahun
2016 - Ria Aidilfitri
Antara Pencapaian Utama :
1) Album Pop Etnik Terbaik 1998,1999,2000,2005
2) Album Terbaik 2000 (Seri Balas bersama Dato' Siti Nurhaliza)
3) Wanita Pertama Pelopor Pop Tradisional, MAWAR Johor 2000
4) Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 1998,1999,2000,2004
5) Salah Seorang 30 Living Legend Malaysia - Majalah Media Hiburan 2010
6) Anugerah Jasa Bakti Seniman, Yayasan Insan Melaka 2010
7) Anugerah KaryaOne Legend  2016

Berikut ialah 12 Lagu Nyanyian Solo Noraniza Idris
 Paling Popular Sepanjang Zaman

01. MENGEMIS RINDU
Komposer : A.Ali
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Mengemis Rindu
Tahun :14 Oktober 1987
Catatan : Lagu ini adalah single pertama milik asal nyanyian Noraniza Idris yang cukup popular pada tahun 1987. Sebelum itu, beliau hanya menyanyikan lagu lama yang diadun semula untuk dua album pertama solo beliau iaitu album Kaparinyo dan Nostalgia Malindo. 

Video Lagu Mengemis Rindu


01. AWALLA DONDANG
Komposer : Anak Sarawak
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Ala Dondang
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini adalah pencetus kepada fenomena kebangkitan populariti Irama Tradisional/Pop Etnik ke satu tahap yang berbeza sehingga ianya boleh bersaing hebat dengan irama muzik yang lain. Lagu ini juga telah berjaya menarik perhatian para peminat segenap usia tidak kira samada tua, muda mahupun kanak-kanak. Kejayaan album Ala Dondang yang telah terjual melebihi 200,000 unit di pasaran juga telah mengejutkan ramai pihak dan membuka ruang baru kepada penggiat industri muzik yang lain untuk menghasilkan karya lagu berteraskan Irama Malaysia dan Etnik Kontemporari. Selain menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1997, lagu ini berjaya ke peringkat akhir Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1997. 
Video Muzik - Awalla Dondang


02. DIKIR PUTERI
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Masyhur
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini cukup popular di Malaysia pada tahun 1998. Ia juga merupakan lagu beliau yang paling popular dan paling dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia. Lebih istimewa lagi, lagu ini juga cukup popular di Thailand sehingga terdapat pelbagai jenis remix lagu ini telah diterbitkan menggunakan lagu ini. Selain itu, lagu ini juga kerap digunakan untuk persembahan tarian samada untuk pertandingan tarian ataupun pertunjukan keraian majlis di Thailand. Boleh dikatakan agak jarang lagu Malaysia boleh popular sebegitu di Thailand dan ditambah pula lagu dengan berentak Irama Tradisional Kontemporari dan liriknya pula Bahasa Malaysia. Ini menunjukkan yang lagu Irama Etnik Melayu juga boleh popular di peringkat Asia jika lagunya sedap dan seterusnya boleh berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Video Muzik - Dikir Puteri


Lagu Dikir Puteri Digunakan Untuk Pertandingan Tarian Di Thailand Pada Tahun 2013


03. DONDANG DENDANG
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Masyhur
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini  berada di dalam Carta Muzik Muzik 1999 agak lama iaitu 32 minggu. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 1999 dan memenangi Persembahan Terbaik. 


Video Muzik Dondang Dendang


04. ZAPIN PUSAKA
Komposer : Fadzil Ahmad
Penulis Lirik : Megamutiara
Album : Masyhur
Tahun : 1998
Catatan : Jika sebut lagu Zapin, pasti kita teringat  tarian Zapin Johor. Lagu ini merupakan salah satu lagu irama Zapin yang sangat popular di Malaysia. 


Video Muzik Zapin Pusaka

05. TINGTING
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Bekaba'
Tahun : 1999
Catatan : Lagu berentak irama Hadrah moden ini memang sangat unik dengan bunyian kompang yang sangat padu dan suara latar yang penuh dengan alunan nyanyian merdu. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu masterpiece Noraniza Idris yang sangat berkualiti dan berharga. 

Video Muzik - Tingting


06. NGAJAT TAMPI
Komposer : Rosli Selaseh
Penulis Lirik : Siso
Album : Bekaba'
Tahun : 1999
Catatan : Lagu yang berasaskan irama etnik Sarawak ini memang sangat meriah dan kaya dengan pelbagai bunyian irama yang merdu yang pastinya menggamit perhatian para pendengarnya. Lagu ini berjaya ke peringkat akhir Kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 2000 dan memenangi Persembahan Terbaik dengan persembahan beliau yang berwarna-warni dan unik.


Video Muzik Ngajat Tampi ( Anugerah Juara Lagu 2000)


07. IBOQ
Komposer : Indra
Penulis Lirik : Siso
Album : Iktiraf
Tahun : 2000
Catatan : Lagu yang bersifatkan eksperimental ini  mengabungkan Irama Etnik Orang Asli dan elemen tradisional yang lain menjadikannya ia sangat mahal dari sudut kualiti lagu ini.

Video Muzik Iboq


08. MANIRA
Komposer : Pak Ngah, Fadzil Ahmad
Penulis Lirik : Ce'Kem
Album : Iktiraf
Tahun : 2000/2001
Catatan : Lagu berentak Samrah ini memang sangat popular pada tahun 2001 dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2001.

Video Muzik Manira

09. HALA TIMUR
Komposer : Addy Hamid
Penulis Lirik : N.D La La
Album : Aura
Tahun : 2002
Catatan : Lagu yang menggunakan separuh liriknya di dalam loghat Kelantan ini memang sangat popular pada tahun 2002. Lirik lagu yang menceritakan isu kehidupan, ketuhanan dan alam ini memang sangat bagus dan salah satu lagu beliau yang sangat berkualiti. 

Video Muzik Hala Timur


09. TANDANG BERMADAH 
Komposer : Noraniza Idris / Narawi CD
Penulis Lirik : Raja Kobat / Noraniza Idris 
Album : Aura
Tahun : 2002
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat Akhir AJL 2003 di dalam kategori Etnik Kreatif.

Video Muzik Tandang Bermadah


10. HATINYA TAK TAHAN
Komposer : Noraniza Idris
Penulis Lirik : Siso
Album : Sawo Matang
Tahun : 2004
Catatan : Lagu berentak irama Jawa ini memang sangat popular pada tahun 2004. Pastinya ramai yang mengingati persembahan hebat beliau ketika peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2004 di dalam kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif. Persembahan tarian Noraniza Idris dan penari-penarinya yang selari dan seragam itu dan di tambah pula dengan vokal mantap beliau menjadikan persembahan beliau sangat hebat dan menghiburkan. 


Video Muzik Hatinya Tak Tahan (Anugerah Juara Lagu 2004)


Koleksi Album Studio Noraniza Idris.


Noraniza Idris

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Semua Gambar Adalah Carian Google
Semua Video Lagu Daripada You Tube Channel
Kemaskini : 17 September 2020



3 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , memang hasilan lagu kak Ani sedap belaka , sukar dilupakan pd setiap zaman.....

    ReplyDelete
  2. Sekarang 2021 pun masih didengari oleh anak-anak muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis , ya.....setuju habis dengan kata -kata kamu ,bgtu jg saya , skrg ni masih nikmati kembali hasilan lagu kak Ani lagi....hi sis , nm saya Nur Atiqah Yap bt Abdullah, sdh berhijrah agama bbrpa tahun lalu

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.