Ads Top

ASIA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 5 (2017) : Episode 2 - Thailand Menang, Malaysia Disukai Ramai

SINOPSIS EPISOD  2:
Episod kedua kali ini bermula dengan kesedihan kesemua peserta di atas penyingkiran Anjelica Filipina minggu lepas. Kemudian, ada sedikit drama yang cuba ditonjolkan pada episod kali ini iaitu Dorothy Thailand dan Jennica Filipina digambarkan sebagai seolah-olah tidak sukakan Maureen Filipina kerana berpendapat Maureen tidak menjadi dirinya yang sebenar. Namun GV pasti kesemua mereka sebenarnya sahabat baik dan drama itu hanyalah sekadar untuk menarik perhatian penonton sahaja. GV bangga wakil Malaysia, Shikin & Alicia sangat baik, ceria dan berfikiran positif sepanjang dua episod musim ini. Mereka sememangnya mempunyai potensi yang amat besar untuk menang musim ini. Antara menarik untuk episod kali ini ialah Tu mengalami sedikit gangguan emosi kerana tidak dapat terima markah dia kedua terendah untuk cabaran pertama @ cabaran individu. Sebenarnya, daripada musim pertama sehingga musim terbaru, semua wakil Vietnam mempunyai pakej Supermodel yang lengkap tapi sayangnya semua kecundang awal. Tahun ini juga buat pertama kalinya ada pasangan kembar bertanding iaitu Valerie dan Veronica daripada Indonesia. Jika dilihat di kaca TV, mereka berdua selalu bagi komen seolah-olah mereka berdua kuat bersaing dan selalu berlawan antara satu sama lain. Tetapi pada hakikatnya, terserlah kasih sayang yang sangat erat antara kedua-dua kembar ini kerana setiap kali waktu penyingkiran, dapat dilihat satu senyuman yang sangat ikhlas dan kelegaan yang jelas terpancar di muka masing-masing apabila salah seorang daripada mereka terselamat daripada penyingkiran. Yang pastinya tahun ini sememangnya mempunyai ramai peserta yang berkualiti tinggi dan bakal menjadi Supermodel hebat pada masa akan datang. 
Dorothy Thailand

Tema : The Girl Who Genetically Blessed
Episode : 2
Tarikh : 12 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)


Untuk Episod Kedua ini ada dua cabaran yang perlu dilakukan oleh para peserta. 

Cabaran Pertama : Tarian Berkumpulan
Pemenang : Kumpulan Maureen Filipina / Markah Individu Tertinggi : Dorothy Thailand
Catatan :
Tiga kumpulan dibahagikan iaitu Kumpulan Clara, Kumpulan Valerie dan Kumpulan Maureen. Setiap kumpulan perlu mereka satu bentuk tarian ekpresi sesuatu perkataan yang akan diberikan oleh pereka tarian jemputan. Perkataan untuk Kumpulan Clara ialah Pure. Ahli kumpulan Clara ialah Maureen, Heidi, Jennica dan Alicia. Manakala ahli kumpulan Valerie pula ialah Veronica, Tu dan Cindy dan perkataan mereka dapat ialah Posh. Kumpulan ketiga yang diketuai oleh Maureen pula  terdiri daripada Shikin, Layla, Nametha dan Dorothy. Ketiga-tiga kumpulan memberikan satu persembahan tarian yang menarik. Kelebihan kemenangan Kumpulan Maureen ialah mereka menggunakan konsep setiap seorang daripada mereka mempunyai bentuk tarian berbeza berbanding dengan dua kumpulan yang lain yang mempamerkan tarian yang perlukan pergerakan seragam dan serentak tetapi tidak menjadi. 

Cabaran Kedua : Iklan Colgate
Pemenang : Dorothy Thailand
Jurufoto : Joel Lim
Catatan :
Cabaran kali ini ialah berkaitan dengan iklan Colgate dan kesemua peserta perlu senyum dengan memberikan empat gaya berbeza ketika gambar diambil.

JURI TETAP :
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Cara G (Mentor Model/Juri), 
Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN :
Lukkade Metinee Kingpayome - Supermodel Thailand 

KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 2)

01. DOROTHY  THAILAND
(GAMBAR TERBAIK EPISOD 2)
KOMEN:
Kesemua Juri Supermodel bersetuju gambar ini sangat cantik kecuali  Yu Tsai yang mengatakan gambar ini tidak sesuai untuk iklan di majalah.

02. CINDY TAIWAN
KOMEN:
Kesemua Juri menyukai gambar ini kerana terpancar keikhlasan senyuman Cindy di dalam semua gambar beliau. 

03. VERONIKA INDONESIA
KOMEN :
Juri menasihati Veronika untuk pelbagai reaksi/gaya untuk mendapatkan gambar yang terbaik ketika proses pengambaran .

04. LAYLA SINGAPURA 
KOMEN :
Lukkade kurang suka gambar ini tapi Yu Tsai kata ada potensi untuk Layla berkembang  maju sebagai model.

05.MAUREEN FILIPINA
KOMEN :
Cara G menasihati Maureen untuk pelbagai gaya kerana gaya senyuman beliau hanya sama untuk semua. Namun Maureen tetap dipuji kerana berjaya menonjolkan senyuman gigi yang menarik dan cantik. 

06. CLARA INDONESIA
KOMEN :
Lukkade & Yu Tsai menasihati Clara untuk belajar senyum dengan lebih bergaya agar tidak nampak gusi beliau apabila beliau senyum. 

07. NAMETHA SINGAPURA
KOMEN :
Cara G menasihatkan Nametha untuk mengawal perasaan gila-gila ketika proses pengambaran kerana ia akan menganggu prestasi Nametha sendiri. Lukkade memberikan tips kepada Nametha untuk belajar bergaya dengan kedudukan muka yang sesuai agar gambar lebih menarik. 

08. SHIKIN MALAYSIA
KOMEN :
Juri menasihatkan Shikin untuk  mempelbagaikan gaya ketika di proses pengambaran untuk mendapatkan gambar yang menarik. #teamshikin. Calon juara musim ini. :)

09. TU VIETNAM
KOMEN :
Kesemua juri suka gambar ini kerana ada jalan cerita tersendiri. Tu hanya ditegur untuk kelihatan lebih bersemangat apabila berhadapan dengan klien. 

10. VALERIE INDONESIA
KOMEN :
Semua juri suka gambar ini tetapi Yu Tsai menegur Valerie supaya peka dengan pengcahayaan lampu di set pengambaran. 

11. ALICIA MALAYSIA
KOMEN :
Gambar Alicia dipuji kerana terserlah karakter ceria beliau di dalam gambar ini. Cara G memuji Alicia kerana boleh memberikan gaya yang menarik ketika sesi pengambaran dilakukan. Lukkade & Cindy suka dua gambar di sebelah kanan kerana ia nampak semulajadi dan membuatkan orang dapat rasa keriangan yang ditonjolkan. #TeamAlicia

12. JENNICA FILIPINA
KOMEN :
Lukkade mengatakan gambar Jennica seperti ratu cantik dan bukan model. Yu Tsai mengatakan gambar ini mudah dilupakan. 

13. HEIDI THAILAND
TERKELUAR EPISOD 2
KOMEN :
Yu Tsai mengatakan ada benda yang menghalang Heidi untuk senyum daripada hati apabila berhadapan di depan kamera. Cara G menasihati Heidi untuk belajar untuk mempamerkan perasaan yang lebih berkeyakinan ketika proses pengambaaran. Akhirnya, Heidi mendapat markah terendah dan terkeluar. 



Anda Boleh Tonton Episode Kedua Di Bawah Ini.
Video Asia's Next Top Model  Musim Kelima Episod Kedua Penuh.
Credit To AsNTM YouTube Channel


Dorothy Thailand

Sumber Rujukan : Asia's Next Top Model Website & Facebook


No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.