blog hiburan informasi kababoom

  • Breaking News

    Monday, April 17, 2017

    FILEM KOMEDI THAILAND YANG BEST : HEADLESS FAMILY (KELUARGA TIADA KEPALA)

    Majoriti filem Thailand tidak kira seram, sedih ataupun komedi memang sangat bermutu dari segi jalan cerita, pelakon dan sinematografinya. Jika anda peminat setia filem Thailand pasti pernah menonton cerita berjudul Headless Family ini yang dilakonkan oleh tiga pelakon utama yang sangat popular di Thailand iaitu Kohtee Aramboy, Jaturong Mokjok, dan Supermodel Thailand, Lukkade Mentinee Kingpayom. 
    Poster Filem Headless Family

    PELAKON UTAMA
    Kohtee Aramboy sebagai Brazil. 
    Watak beliau digambarkan sebagai seorang pelajar lelaki yang sangat popular dan disukai ramai wanita di sekolah.

    Jaturong Mokjo sebagai Ding
    Watak beliau digambarkan sebagai seorang ayah yang penyanyang dan selalu bergurau senda di pejabatnya. 

    Lukkade Metinee sebagai Kanta
    Watak beliau digambarkan sebagai seorang suri rumah yang sangat gembira menguruskan hal ehwal rumah tangganya. 

    SINOPSIS 
    Secara ringkasnya cerita ini adalah mengenai kisah satu keluarga bahagia yang terdiri daripada tiga orang iaitu Ding (ayah), Kanta (ibu) dan Brazil (anak lelaki). Ianya bermula apabila mereka sekeluarga pergi bercuti ke wilayah Kanchanaburi dengan menaiki keretapi dan telah berlaku satu kemalangan tidak disangka oleh mereka. Disebabkan kemalangan itu, mereka membatalkan percutian dan kembali semula ke rumah mereka. Namun, telah berlaku suatu perkara mengejutkan apabila mereka mendapati kepala mereka boleh dicabut dan diletak balik secara tiba-tiba sahaja. Hal ini sangat membimbangkan mereka sekeluarga kerana keliru samada mereka itu sudah mati atau masih hidup. Mereka cuba sesuaikan diri dengan apa yang berlaku dan menganggap mereka masih hidup kerana masih ada degupan jantung di dalam tubuh mereka. Nak dijadikan cerita, jiran mereka bernama Sangkom telah ternampak kepala Kanta tercabut apabila terkena sepakan bola sepak takraw oleh beliau dan Kanta mengatakan apa yang berlaku adalah magik sahaja. Sangkom mengambil keputusan untuk menghebohkan hal ini kepada orang ramai dengan pergi berjumpa media tempatan. Akibatnya keluarga Ding diburu oleh para wartawan seluruh dunia dan ini menyebabkan mereka sekeluarga dalam kerisauan. Walau bagaimanapun, segala kerisauan mereka hilang apabila terkejut ditawarkan hampir 3 juta Bath untuk ditemuramah oleh media luar termasuklah rancangan Ripley Believe It Or Not dan Oprah Winfrey Show. Buat seketika mereka hidup dalam kegembiraan kerana menjadi terkenal dan mendapat pendapatan tinggi hasil peristiwa aneh itu. Namun itu semua hanya sementara sahaja  apabila kulit mereka sekeluarga tiba-tibanya sahaja mula mereput seolah-olah mahu menjadi mayat. Jika mahu tahu apa yang berlaku seterusnya bolehlah tengok filem di bawah. Oh sebelum terlupa, filem ini diterbitkan pada tahun 2008. Salah satu karya komedi Thailand yang sangat best. :)

    Boleh Tonton Di Sini:
    Headless Family Full Movie
    Tahun 2008
    Credit To Thai Comedy You Tube Channel

    Headless Family


    4 comments:

    1. ni macam cerita cina dulu-dulu je..apa pun salam singgah jer sini

      ReplyDelete
      Replies
      1. Aah, hihi. macam cite hong kong dulu2x. jalan cerita thai ni mmg kelakar dan menarik. terima kasih sudi melawat blog ini. :)

        Delete
    2. filem thailand memang best. Tapi yang bodoh bodoh pun ada juga.

      ReplyDelete
      Replies
      1. hihihi. biasalah tu. even kat hollywood, bollywood, hong kong dan middle east pun ada filem gred B juga. hihi. :)

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Popular Posts

    Waktu Solat

    Follow by Email

    Blogged.my

    Iklan Babab

    Powered by Blogger.