Ads Top

RATU BOLLYWOOD PALING POPULAR DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Filem Bollywood dengan peminat seni hiburan Malaysia sememangnya tidak dipisahkan lagi sejak dahulu lagi. Ianya mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan penduduk Malaysia kerana filem-filem Hindustan, Tamil, Malayalam dan Telegu ini adalah di antara produk awal hiburan yang telah dihidangkan kepada rakyat Malaysia setelah sekian lama. Jika kita amati filem-filem lama Malaysia dulu pun banyak dipengaruhi dengan gaya persembahan filem dari Bollywood dan Tamil. Kini, setelah berdekad-dekad industri perfileman Bollywood melebarkan pengaruhnya di Malaysia, sudah pasti ada nama-nama aktres tertentu yang berjaya menawan hati peminat di sini. Berikut ialah 10 Ratu Bollywood Paling Popular Di Malaysia.

Kajol

10 RATU BOLLYWOOD PALING POPULAR DI MALAYSIA

01. KAJOL 
Nama : Kajol Mukherjee Devgan
Umur : 46 tahun
Tarikh Lahir : 5 Ogos 1974
Catatan : 
Kajol adalah suatu nama yang cukup besar di dalam industri hiburan Bollywood. Nama beliau mula popular di Malaysia apabila filem blokbuster beliau iatu Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) meletop di seluruh dunia dan ditayangkan hampir 20 tahun di pawagam negara India. Kemudian, filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) pula mencetuskan fenomena luar biasa di Malaysia apabila filem dan lagu temanya menjadi sangat popular di kalangan peminat filem Bollywood. Peminat Malaysia sememangnya amat meminati beliau kerana gandingan lakonan mantap beliau bersama dengan Shah Rukh Khan di dalam filem dan menganggap beliau sebagai Ratu Bollywood yang unggul. Tidak dilupakan filem mega blokbluster beliau yang lain iaitu Kabhi Kushi Khabi Gham (2001) dan Dilwale (2015) juga turut impak besar kepada para peminatnya di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika beliau dikatakan Ratu Bollywood paling popular dan digemari di Malaysia. 


02. MADHURI DIXIT
Nama : Madhuri Dixit Nene
Umur : 53 tahun
Tarikh Lahir : 15 Mei 1967
Catatan :
Beliau dianggap sebagai salah seorang Aktres Bollywood paling berpengaruh di dunia. Di Malaysia, Madhuri Dixit sangat terkenal dengan filem Raja (1995), Dil To Pagal Hai (1997) dan Devdas (2002). Sebelum Kajol meletup dengan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, Madhuri Dixit adalah Aktres Bollywood No.1 pilihan rakyat Malaysia. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik dan juga penari yang hebat di Bollywood. Sehingga kini, tiada siapa dapat melupakan tarian hebat beliau bersama dengan Aishyarwa Rai di dalam filem Devdas. Masterpiece.




03. AISHYARWA RAI
Nama : Aishyarwa Rai Bachan
Umur : 47 tahun
Tarikh Lahir : 1 November 1973
Catatan : 
Bekas Miss World 1994 ini sememangnya adalah salah seorang Ikon Industri Hiburan Bollywood. Pada awal pembabitan beliau di dalam industri perfileman, beliau dikritik kerana tidak dapat memberikan mutu lakonan yang memberangsangkan. Namun, semua itu berubah apabila beliau mula menunjukkan bakat lakonan hebat beliau di dalam filem Tamil berjudul  Jeans (1998) yang juga merupakan salah satu filem yang paling laris di dalam karier beliau. Antara filem beliau yang sangat popular di Malaysia ialah Hum Dil De Chuke Sanam (1999), Taal (1999), Mohabttein (2000), Dhoom 2 (2006) dan Ethiran (2010). Beliau juga merupakan salah seorang Diva Bolywood yang hebat menari di pentas selain Sri Devi, Madhuri Dixit dan Karisma Kapoor. 


04. KARISMA KAPOOR
Nama : Karisma Kapoor
Umur : 46 tahun
Tarikh Lahir : 25 Jun 1974
Catatan :
Nama Karisma Kapoor mula meniti populariti di kalangan peminat filem Bollywood apabila filem Raja Hindustani (1996) dan Dil To Pagal Hai (1997) meletop di pasaran. Kecantikan yang dimiliki olehnya menjadikan beliau sebagai salah seorang Ratu Bollywood paling jelita di India. Walaupun beliau berasal daripada keluarga yang berpengaruh besar di dalam industri perfileman Bollywood, Karisma tetap berusaha untuk membuktikan yang beliau adalah salah seorang aktres berbakat di sana. Dan itu semua sebenarnya sudah dibuktikannya apabila beliau berjaya membawakan pelbagai watak lakonan dengan cemerlang seperti di dalam filem Fiza (2000), Zubeidaa (2001) , Biwi No.1 (1999) dan Hum Saath Saath Hain (1999). Karisma juga adalah salah seorang Ratu Bollywood yang hebat menari di filem dan juga di pentas persembahan.


05. RANI MUKERJI
Nama : Rani Mukerji
Umur : 43 tahun
Tarikh Lahir : 21 Mac 1978
Catatan : 
Rani Mukerji adalah salah seorang Aktres Terbaik Bollywood kerana pernah memenangi 7 kali anugerah Filmfare Awards dan pelbagai anugerah terbaik yang lain. Nama beliau mula dikenali apabila membawa watak pembantu di dalam filem blokbuster Kuch Kuch Hota Hai (1998). Kemudian, nama beliau sekali lagi menyinar dengan filem Hum Tum (2004), Yuza (2004) dan Veer Zaara (2004) di peringkat antarabangsa. Namun jika di Malaysia, Rani Mukerji lebih diingati di dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, Hello Brothers (1999), dan Har Dil Jo Pyar Karega (2000). 





06. SRIDEVI
Nama : Sridevi Kapoor
Umur : 54 tahun (Meninggal Dunia)
Tarikh Lahir : 13 Ogos 1963
Catatan : 
Sridevi ialah Ratu Bollywood No.1 di dalam industri perfileman India sepanjang masa. Ini telah dibuktikan apabila beliau adalah Ratu Bollywood No.1 dari hujung tahun 70 an sehingga awal 90 an. Malah, beliau juga telah dipilih Aktres India Paling Hebat Di India Dalam Masa 100 Tahun di dalam undian kebangsaan media CNN-IBN pada tahun 2013. Antara filem beliau yang sangat popular ialah Nagina (1986) dan Mr India (1987). Beliau juga adalah seorang yang hebat menari walaupun tubuh beliau agak gempal dan tidak langsing seperti kebiasaan Heroin Bollywood yang lain. Sridevi adalah contoh terbaik Ratu Bollywood yang hebat di dalam segala aspek seperti lakonan hebat, tarian mantap, filem lakonannya hampir semua laris di pawagam serta banyak filem beliau yang telah diiktiraf filem terbaik di India. Media antarabangsa memberi gelaran kepada beliau sebagai Meryl Streep Of India dan Rajnikanth Versi Wanita. 


07. PRIETY ZINTA

Nama : Priety Zinta
Umur : 46 tahun
Tarikh Lahir : 31 Januari 1975
Catatan :
Nama beliau mula popular apabila menjadi pelakon pembantu filem Dil Se pada tahun 1998. Kemudian, filem-filem beliau yang seterusnya  seperti Kya Kehna (2000), Kal Ho Naa Ho (2003), Koi..Mil Gaya (2003) dan Veer-Zaara (2004) telah mengukuhkan nama beliau sebagai Ratu Bollywood No.1 ketika itu. Beliau juga kerap digandingkan dengan seorang lagi Ratu Bollywood yang juga saingan beliau ketika itu iaitu Rani Mukerji. Kedua-duanya sangat berjaya di dalam industri perfileman dan juga bersahabat baik antara satu sama lain. 





08. PRIYANKA CHOPRA
Nama : Priyanka Chopra
Umur : 38 tahun
Tarikh Lahir : 18 Julai 1982
Catatan : 
Miss World 2000 ini telah berjaya mengikut jejak langkah Aisyarwa Rai iaitu Miss World 1994 apabila berjaya menjadi Ratu Bollywood No.1 di pertengahan era 2000an. Antara filem beliau yang cukup berjaya di pawagam ialah Krish (2006), Don (2006) dan Fashion (2008). Beliau juga merupakan artis Asia Selatan pertama yang berjaya mendapat watak utama untuk drama hit di Amerika iaitu Quantico. Kefasihan beliau berbahasa Inggeris tanpa ada slang Asia amat dikagumi ramai. 








08. KAREENA KAPOOR
Nama : Kareena Kapoor Khan
Umur : 40 tahun
Tarikh Lahir : 21 September 1980
Catatan :
Adik Karisma Kapoor ini sememangnya amat popular dan disegani ramai di Bollywood kerana bakat lakonan beliau yang versatil dan berkualiti. Banyak filem beliau yang meletop di pawagam seperti Khabi Kushi Kabhi Gham (2001) dan Bajrangi Bhaijaan (2015). Untuk aktres yang baru muncul pada era 2000an, hanya beliau dan Priyanka Chopra sahaja yang popular, dikenali dan digemari oleh peminat Malaysia. Ianya mungkin disebabkan pakej menarik yang dibawakan oleh mereka iaitu berbakat besar, cantik dan banyak filem mereka yang box office di Malaysia. 


10. MANISHA KOIRALA. 
Nama : Manisha Koirala
Umur : 50 tahun
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1970
Catatan : 
Manisha adalah di antara segelintir aktres Bollywood yang bukan berasal daripada India tetapi sangat berjaya di dalam bidang perfileman Bollywood. Beliau sebenarnya berasal daripada negara Nepal. Di Malaysia, Manisha cukup dikenali dengan filem Mann (1999) dan Dil Se (1998).










Mungkin ada beberapa nama yang boleh dimasukkan di dalam senarai ini seperti Juhi Chawla, Bipashah Basu, Dimple Kapadia, Hema Malini, Rekha, Katrina Kaif, Tabu, Urmila Matondkar, Shilpa Shetty dan ramai lagi yang juga turut popular seperti yang lain.Walau bagaimanapun, GV berpendapat  kesemua artis yang telah tersenarai sebenarnya adalah yang paling popular dan paling dikenali oleh segenap rakyat Malaysia. Aktres Vidya Balan, Deepika Pandukone, Kangana Raut dan Alia Bhatt memang sangat popular ketika ini di India tetapi jika di Malaysia, populariti mereka tetap tidak setanding dengan populariti yang diperolehi oleh Kajol, Madhuri Dixit dan Aishyarwa Rai.

Kajol



Semua gambar adalah carian imej Google.
19 April 2017
28 Ogos 2020 - Kemaskini

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.