Ads Top

AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Dato' Awie merupakan salah seorang legenda muzik Rock di Malaysia kerana kejayaan beliau bersama Kumpulan Wings dan juga kerjaya solo beliau yang sangat cemerlang dan hebat ketika era kegemilangan beliau. Beliau juga dikategorikan sebagai salah seorang Ikon Budaya Pop Malaysia (selain Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira dan ramai lagi ) kerana impak dan pengaruh besar beliau di dalam seni hiburan Malaysia. Selain itu, beliau juga sangat terkenal sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dan banyak filem lakonan beliau meletop di pawagam. Dato' Awie juga sangat terkenal dengan style nyanyian dan vokal tersendiri sehingga menjadi ikutan kepada sesetengah penyanyi lelaki baru yang lain. Selain itu juga, Dato' Awie pernah menjadi Artis Lelaki No.1 Di Malaysia dari tahun 1995 sehinggalah tahun 1999 kerana kegemilangan populariti beliau di dalam bidang muzik dan filem yang seiring sejalan mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat hiburan tanahair. Di bawah terdapat biodata ringkas Dato' Awie.

Dato' Awie

BIODATA RINGKAS DATO' AWIE 

Nama  Penuh : Dato' Ahmad Azhar Bin Othman
Tarikh Lahir : 24 November 1968
Umur : 48 tahun 
Tempat Lahir : Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Album Studio : 5
1. 1994 - Awie (220,000 unit)
2. 1996 - O-Tak (80,000 unit)
3. 1998 - Satu
4. 2000 - Rentap
5. 2005 - Santai 
Lain-Lain Album
1995 - Awie Unplugged 
Antara Pencapaian Utama :
1) Pelakon Filem Lelaki Popular 1994, 1995, 1996
2) Penghibur Lelaki Popular 1995
3) Penyanyi Lelaki Popular 1996, 1997, 1998
4) Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik 1996
5) Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2006
6) Pemegang Rekod Album Solo Lelaki Paling Laris Di Malaysia Untuk Album Awie 1994 Yang Terjual Lebih 220,000 unit di pasaran.

Berikut ialah 10 Lagu Solo Dato' Awie Paling Popular Sepanjang Zaman. 

01. TRAGEDI OKTOBER
Komposer : Boon Tan
Penulis Lirik : Awie
Album : Awie
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 1995. Lebih istimewa lagi, tajuk lagu ini juga telah dijadikan judul filem lakonan Awie yang diterbitkan pada tahun 1996 dan filem ini juga berjaya mengutip lebih RM3 juta kutipan panggung. Antara kejayaan lain lagu ini ialah berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dan Peringkat Akhir Pujaan 10 Nescafe 1995.
Video Lagu Tragedi Oktober


02. DI BAYANG AWAN
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Keon
Album : Awie
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir Kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu 1995. Ini juga merupakan penampilan pertama Awie sebagai artis solo bertanding di Anugerah Juara Lagu.
Video Lagu Di Bayang Awan


03. UKIRAN JIWA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Awie
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu tema filem Sembilu 2  ini memang sangat popular dan meletop di radio seiring dengan fenomena filem ini yang berjaya mengutip kutipan sebanyak RM6.2 juta. Suatu angka kutipan yang mengagumkan ketika itu.
Video Lagu Ukiran Jiwa 


04. TIADA RAHSIA ANTARA KITA
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Awie 
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini adalah lagu Rock Balada yang sangat popular pada tahun 1995. 
Video Lagu Tiada Rahsia Antara Kita


05. RATUKU
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Awie
Album : Awie Unplugged
Tahun : 1995
Catatan : Lagu Pop Balada ini menunjukkan Awie juga boleh menjadi seorang Penyanyi Pop Lelaki yang baik selain terkenal dengan imej vokal Rock sebelum ini.
Video Lagu Ratuku 


06. DIPENJARA JANJI
Komposer : Yan
Penulis Lirik : Kristo Bimbo
Album : O-Tak
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan antara lagu Awie yang agak sukar dinyanyikan oleh orang lain kerana perlukan kekuatan nada tinggi yang mantap dalam melagukan lagu ini. Lagu ini antara lagu kegemaran ramai ketika pergi ke pusat karoake. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997.
Video Lagu Di Penjara Janji


07. NOSTALGIA CINTA
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : O-Tak
Tahun : 1996/1997
Catatan : Lagu tema filem  Tragedi Oktober juga sangat popular sepertimana filemnya sendiri. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997.
Video Lagu Nostalgia Cinta


08. ALIF BA TA DUNIAKU
Komposer : Benny Ardjuna
Penulis Lirik : Sinbad
Album : Satu
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini membawa satu dimensi baru dalam karier muzik solo Awie kerana melodi lagu yang berbeza dan liriknya yang begitu tersirat dengan maksud tertentu. Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998.
Video Lagu Alif Ba Ta Duniaku


09. TERIMA KASIH
Komposer : Awie
Penulis Lirik : Awie
Album : Satu
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1998 dan selalu menjadi permintaan peminat di radio-radio tempatan pada tahun itu. Lagu ini juga popular dengan lirik Terima Kasih Sayang yang menjadi trademark kepada lagu ini.
Video Lagu Terima Kasih


10. BARA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Yusof Kelana
Album :  The Best Of Awie
Tahun : 1999
Catatan : Lagu tema filem Bara ini sangat popular dikalangan peminat Awie dan meneruskan kesinambungan populariti Awie pada tahun itu.
Video Lagu Bara


11. MAYA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Rentap
Tahun : 2000
Catatan : Lagu ini sangat popular di radio pada tahun 2000 dan pernah menjuarai Carta Era selama seminggu. Lagu ini adalah antara lagu Rock Moden Awie yang berkualiti tinggi dan disukai ramai. 
Video Lagu Maya


12. IRIS
Komposer : Edrie Hashim
Penulis Lirik : Edrie Hashim
Album : Santai
Tahun : 2005/2006
Catatan : Lagu ini sangat popular di radio pada tahun 2006 dan juga telah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Kategori Balada Muzik Muzik 2006.
Video Lagu Iris


Koleksi Album Dato' Awie


Dato' Awie

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Semua Imej Gambar Adalah Carian Google
Semua Video Lagu Daripada You Tube Channel
(kemaskini 10 & 22 Ogos 2020)

3 comments:

  1. U tak letak video setiap lagu dia. 10 lagu tu. Kalau ada lagi besr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti GV akan letak. Terima kasih bg feedback. :)

      Delete
  2. terbaik admin.sy peminat fanatik dato'Awie.semua info berkenaan lagu di atas semuanya tepat.👍

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.