Ads Top

ASIA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 5 (2017) : Episode 3 - Taiwan Menang, Supermodel Malaysia Juri Undangan

Cindy Taiwan

SINOPSIS EPISOD 3 :
Episod kali ini sangat menarik kerana ada proses make over (new haircut style)  untuk semua peserta yang bertanding. Disebabkan Dorothy Thailand memenangi gambar terbaik minggu lepas, maka beliau telah diberikan kelebihan untuk memilih jenis bentuk potongan rambut manakah yang sesuai untuk rakan-rakannya yang lain. Antara situasi yang menarik ialah Shikin Malaysia mendapat potongan rambut pendek ala lelaki tetapi stylo dan Nametha Singapura pula mendapat rambut blonde berbeza rambut asalnya yang berwarna hitam. Seperti musim lalu, pasti ada peserta yang menangis kebudak-budakkan kerana tidak dapat menerima potongan rambut yang baru. Kali ini Clara Indonesia tidak suka rambutnya dipotong pendek kerana teman lelakinya tidak suka imej itu dan dia merasakan dirinya kelihatan tidak cantik jika berambut pendek. Alasan yang sama seperti diberikan oleh Mai Ngo Vietnam musim keempat. Cuma Mai Ngo Vietnam ada alasan tambahan yang lebih kukuh iaitu mendiang ayah beliau tidak suka dia berambut pendek sehinggakan dia jadi trauma dengan rambut pendek. Sikap Clara Indonesia yang menangis kerana tidak mahu rambut pendek itu sebenarnya akan menjadi kekangan besar kepada beliau untuk menjadi Supermodel yang hebat di peringkat antarabangsa. Supermodel Thailand Cindy Bishop sempat menasihati @ sound direct kepada Clara agar terima perubahan imej itu dengan seadanya. Akhirnya, Clara pasrah sahaja dengan apa yang berlaku. Selepas itu, mereka semua pun pulang ke rumah dan terkejut ada Mini Kiosk Bergambar di rumah. Semua bergembira mengambil gambar di mini kiosk itu kecuali Clara yang masih bersedih dengan rambut barunya itu. 
Kemudian, cabaran photoshoot mereka pun bermula. Kali ini temanya adalah pakaian denim dan tempat pengambarannya adalah di sekitar padang bersama dengan satu kerusi besar. Supermodel Malaysia Ling Tan dan Yu Tsai turun padang untuk membantu kesemua peserta ketika proses pengambaran dilakukan. Boleh dikatakan hampir semua peserta berjaya melaksanakan photoshoot ini dengan baik kecuali Jennica Filipina dan Maureen Filipina yang agak berusaha keras untuk memberikan gaya model yang terbaik. Tu Vietnam pengsan selepas photoshoot kerana beliau menghadapi masalah jantung berlubang dan Layla Singapura pula kena "basuh" dengan Yu Tsai kerana kelihatan tidak bersemangat ketika proses pengambaran dilakukan.
Seperkara yang baru di dalam musim ini ialah wakil Filipina tidak sebulu antara satu sama lain di mana sebelum ini kesemua peserta Filipina sangat bersatu hati di dalam pertandingan ini. Jennica nampak sangat ketara tidak sukakan Maureen dan mengharap Dorothy Thailand menang untuk musim ini. Selain itu, ramai yang salah anggap persaingan yang ditunjukkan oleh pasangan kembar Indonesia, Valerie dan Veronika yang dikatakan terlalu kuat bersaing antara satu sama lain. Sebenarnya, pasangan kembar ini sangat menyayangi antara satu sama lain dan ini telah dibuktikan ketika waktu penyingkiran untuk episod kali ini. 

Tema : The Girl Is Who Is A Crybaby
Episode : 3
Tarikh : 19 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)

Untuk Episod Ketiga Ini Melibatkan Satu Cabaran Photoshoot Sahaja.
Cabaran : Wearing In Open Field
Pemenang : Cindy Taiwan
Mentor Undangan : Supermodel Malaysia Ling Tan & Yu Tsai
Jurufoto : Shavonne Wong (Singapore)


                                                                       JURI TETAP :
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN :
SUPERMODEL MALAYSIA LING TAN
Supermodel Malaysia Ling Tan - Majalah Vogue Jerman dan Korea



KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 3)

01. CINDY TAIWAN
GAMBAR TERBAIK EPISOD 3
02. TU VIETNAM
03. SHIKIN MALAYSIA
04. CLARA INDONESIA
05. NAMETHA SINGAPURA
06. ALICIA MALAYSIA
07. LAYLA SINGAPURA
08. DOROTHY THAILAND
09. VERONIKA INDONESIA
10. VALERIE INDONESIA
11. MAUREEN FILIPINA

12. JENNICA FILIPINA 
TERKELUAR EPISOD 3

Anda Boleh Tonton Episod 3 Penuh Di Bawah
Credit To AsNTM YouTube Channel
Cindy Taiwan


Sumber Rujukan : Asia's Next Top Model Website & Facebook


6 comments:

  1. wow...super

    top model memang hebat tu

    ReplyDelete
  2. i wonder berapa bayaran untuk setiap modeling shot diorang..i mean after they become real model la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dapat dipastikan berapa actual bayaran dorg dapat. Tetapi GV ada baca artikel yg kalu model tu pandai berjimat-cermat, boleh kaya raya juga. Rasanya kalu model tu kategori Top Model, paling kurang pun ribu-ribu rasanya. Lagipun mereka banyak dapat job luar negara plus brand yang dah established. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada usaha kerja keras mereka juga sebab kerjaya top model ini nampak senang tapi hakikatnya susah dan perlukan banyak pengorbanan. :)

      Delete
  3. Shoot yang dberikan really awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. gambar dorg nampak ekslusif dan menarik. mmg awesome. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.