GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Saturday, February 11, 2017

PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1999

Berikut ialah senarai penyanyi Malaysia yang popular tahun 1999.

Penyanyi Popular Tahun 1999


01.Siti Nurhaliza (kini Dato')
Diva Pop Siti Nurhaliza tetap mengekalkan populariti beliau sebagai Artis No.1 Malaysia apabila tiga tahun berturut2x berada di tangga teratas. Album beliau iaitu Seri Balas dan Pancawarna juga mencatat jualan melebihi 100,000 unit setiap satu dan menghasilkan banyak lagu popular daripada album berkenaan. Tahun ini Siti Nurhaliza telah memenangi Best Female Vocal Performance dan Pop Winner/Top 40 Category Internatinal Song di Australia utk lagu We'll be As One. Malah Siti juga telah memenangi Anugerah Emas di di Shanghai Asia Music Festival 1999 di China. 


Album Pancawarna

Lagu Popular 1999 :
Hati Kama, Kau Kekasihku, Nian Di Hati, Engkau Bagaikan Permata, Lenggang Lenggok, Seribu Kemanisan, Kurniaan Dalam Samaran, Salju KasihNya


02.Ziana Zain
Album Ziana Zain 1999 telah berjaya mengekalkan status Diva Pop Ziana dengan jualan album lebih 50,000 unit dan lagu Syurga Di Hati Kita meletup di radio serta menjadi salah satu lagu paling popular sepanjang tahun 1999.

Album Ziana Zain

Lagu Popular 1999:
Syurga Di Hati Kita, Kesuma Hati, Penawar Semalu, Gementar Menghukum Kalbu, Pusaka Rimba, Hidup Selagi Hidup, Satu Persatu, Ada Suara Ada Cinta


03.Noraniza Idris
Ratu Pop Etnik Noraniza Idris meneruskan kecemerlangannya dengan  kejayaan album Seri Balas dan Bekaba'. Kesungguhan Noraniza Idris memartabatkan Irama Malaysia di peringkat yg lebih tinggi  sememangnya sgt dihormati oleh para peminat muzik tanahair.


Album Bekaba'

Lagu Popular 1999:
Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Lenggang Lenggok, Tinting, Ngajat Tampi


04.XPDC
Kumpulan rock metal XPDC sememangnya di antara artis Malaysia yg jualan albumnya sangat laris di pasaran pada zaman 90an. Album Samurai ini telah terjual lebih 200,000 unit di pasaran.


Album Samurai

Lagu Popular 1999:
Teman, Semangat Perjuangan Harmoni, Kenapa Apakah


05.Amy Mastura
Amy Mastura tetap dapat mengekalkan status populariti apabila album soundtrack beliau PuterimImpian 2 laris di pasaran. Pada masa ini juga lagu duet beliau bersama Glenn daripada Indonesia yg berjudul Dengarkanlah juga meletup di radio.


Album OST Puteri Impian 2 
Lagu Popular 1999:
Kedua, Cahaya, Dengarkanlah


06.Awie (kini Dato')
Album kompilasi The Best Of Awie laris dipasaran  dengan menampilkan lagu tema filem Bara yg juga berjudul Bara dan juga single Cinta Illusi . Kedua2x lagu ini popular di kalangan peminat,  


Awie 

Lagu Popular 1999:
Bara, Cinta Bukan Illusi, Bayang Baiduri


06.Erra Fazira
Kemunculan semula Erra di dalam bidang nyanyian telah berjaya  mengembalikan semula  nama beliau sebagai salah seorang penyanyi popular tanahair. Album Kini juga laris di pasaran dan lagu2x juga menjadi siulan peminat. Erra juga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan lagu Jendela Hati.


Album Kini
Lagu Popular 1999:
Jendela Hati, Teman Bicara


07.Jamal Abdillah
Raja Pop Jamal Abdillah telah berjaya menunjukkan yg beliau penyanyi serba boleh apabila album Pop Etnik beliau berjudul Samrah laris di pasaran. Malah, beliau juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu dengan lagu Samrah Mentari.


Album Samrah

Lagu Popular 1999:
Samrah Mentari, Seri Langkat, Ghazal Asmara, Zapin Berpesan


09.Juliana Banos
Juliana Banos adalah penyanyi baru paling popular tahun 1999. Ini semua disebabkan tiga singles beliau berjaya menjadi juara carta2x radio di seluruh Malaysia. Walaupun menghadapi saingan sengit
daripada artis baru lain seperti Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Moin dan Shawan Baharin, beliau tetap berjaya menakluk hati peminat kerana kelainan konsep album yg ditonjolkan oleh beliau iaitu Dance Music dan Pop R&B.

Album Juliana Banos

Lagu Popular 1999:
Sehidup Semati, Mana Satu, Tiap Detik



10.Def Gab C
Lagu Cinta Sakti adalah salah satu lagu paling popular tahun 1999. Kelainan konsep album rock yg mempunyai pengaruh muzik hard rock, punk, emo/gothic dan style nyanyian unik vokalis kumpulan ini menjadikan mereka dikenali salah sebuah kumpulan rock yg disegani. 


Album Skala

Lagu Popular 1999:
Cinta Sakti, Apakah Illusi



Penyanyi Popular Tahun 1999





Semua Imej Adalah Carian Google.

6 comments:

  1. Zaman zaman hakak ni GV....lagu lagu depa mmg popular masa tu.
    Cuma Juliana Banos dengan Def Gab C je hakak tak berapa minat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza kak. hihi. Lagu2x dorg best kan kak. Oh, akak kurang minat Juliana Banos dan Def Gab C. Xpe kak, mengimbau memori lama kak. hihi. :)

      Delete
  2. Saya peminat erra fazira dan ziana zain hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kita. erra & ziana. dua2x best. hihi. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kump Ukays/ U.K's dah kurang popular pada tahun 1999. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI